Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Patutlah sekarang orang duk perkatakan pasal Biskut Gery Saluut Malkist tu. Maha sendiri juga terjebak beli juga biskut ni sebab tengok kawan-kawan duk update kat facebook hari-hari makan biskut ni sedap sangat ker.


Sebelum ni usha-usha orang yang jual secara online jer ingat nak beli tapi dapat tahu yang kat Mydin USJ ada jual stock biskut ni terus pecut bawa kereta pergi beli kat sana. Tak mahal pun hanya RM3.20 sahaja satu pek plastik ni.


Ada dua perisa lak tu yang satu tu biskut salut dengan keju Perancis yang sweet sangat dan satu lagi pula biskut salut dengan cokolat. Terus beli dua-dua perisa ni sebab nak tahu sedap sangat ker biskut ni.


Balik sampai rumah terus buka dan rasa sendiri memang betul lah kata ramai orang biskut ni macam berhantu tau. Sekali makan memang tak boleh henti sebab sedap sangat rasanya. Walaupun kalau korang tengok mereka macam gunakan biskut kering biasa jer. Korang nak tahu kena cuba sendiri tak boleh nak dikatakan.


Biskut ini made from Indonesia yang diimport ker Malaysia. Biskut ni juga ada sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia yang telah diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. So boleh nikmati tanpa was-was. Lepas ni akan beli lagi selagi masih ada stock dan juga sebelum ia jadi lebih popular.