Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Beberapa hari jer lagi bakal menjelang Ramadan dan ibu antara orang paling sibuk kerana apa nak plan untuk memasak terutama masa berbuka puasa dan juga masa bersahur. Kalau nak makan kat bufet Ramadan tu sekali sekala boleh lah hari-hari rabak jugakan.
Maha sendiri yang masih bujang ni (In Sha Allah lepas September tak bujang lagi wakakaka) terfikir-fikir juga nak makan untuk berbuka tu. Nak pergi bazar Ramadan boleh tapi tak hari-hari lah kalau tekak ni tiba-tiba nak rasa masakan luar baru pergi. Jadi Maha plan nak memasak yang mudah tapi boleh bagi tenaga lebih.
Search resipi kat Google tiba-tiba tengok ramai orang share resipi membuat Kerabu Kerang Ala Thai. Meleleh air liur tengok gambar-gambar yang mereka post terus rasa nak cuba buat juga. Jadi gigihlah pergi pasar beli kerang nasib harga masih murah lagi. Kemudian beli juga beberapa bahan lain yang juga mudah nak dapat kat kedai runcit atau pasar. Yang Maha tengok tu mereka gunakan bahan-bahan yang macam Maha gunakan ni lah jom kita tengok.
Bahan-bahan membuat resipi Kerabu Kerang Ala Thai :
500 gram Kerang
2 biji Tomato
6 biji Cili Padi
1 biji Limau Nipis
3 ulas Bawang Putih
2 sudu besar Sos Ikan
2 inchi Belacan
2 sudu Air Asam Jawa
1 sudu Gula
Tu bahan yang Maha gunakan untuk buat resipi ini tak banyak sangat dan memang ada jual kat banyak tempat. Cuma Sos Ikan tu sahaja susah nak cari tapi sekarang dah banyak sos ikan yang ada Halal tak perlu risau. Jom kita tengok pula video yang Maha sediakan ini bagaimana untuk menyediakan resipi ini step by step.
Rasa terliur tak bila tengok video ini time-time macam ni wakakaka. Saja nak bagi korang terliur sebab Maha pun dah tak sabar nak makan Kerabu Kerang Ala Thai ini dengan nasi putih dan juga ikan masin perrrhhhh terangkat. Cuma Maha tak tunjukkan step untuk merebus kerang kerana step tu semua orang tahu kot nak makan kerang kena rebus dulu ok jangan makan mentah-mentah sakit perut karang.

Cuma bila nak rebus kerang tu Maha gunakan periuk special ini Stainless Stain Pot kenapa sebab pot ini mempercepatkan proses merebus kerang ini tanpa merosakkan isi kerang ini. Periuk ini juga tahan karat jadi tak perlu risau nak guna banyak kali. Korang boleh dapatkan periuk ini kat laman Lazada sini http://ho.lazada.com.my/SHQNAi.

Kemudian masa menyediakan bahan yang tumbuk-tumbuk dalam video tadi Maha gunakan lesung batu yang dapatkan juga kat laman Lazada. Rupa-rupanya kat situ semua jenis lesung ada yang batu atau yang kayu mahupun yang stainless stain pun ada. Nak beli boleh pergi ker link ni http://ho.lazada.com.my/SHQNBH.
Maha cite ni sebab Lazada tengah mengadakan promosi Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale. Jualan ini telah bermula sejak dari 19 Mei lalu sehingga 30 Jun 2017 nanti. Jadi sebulan puasa korang boleh dapatkan promosi pelbagai barang dengan potongan sehingga 90%. Gila tak beli menyesal rugi nak shopping persiapan masak untuk buka puasa dan sahur. Beli-beli juga jangan lupa cuba resipi yang Maha dah cuba ni mesti buka puasa korang lebih menyelerakan. Selamat mencuba semua.