Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini minat pada sejarah terutama sejarah Islam dan bahan arkeologi? Kalau gitu korang mesti suka datang ker Pameran Artifak Asli Rasullullah S.A.W dan Para Shabat R.A. Alhamdulillah Maha dah berjaya sampai ker sana untuk melihat sendiri barang peribadi milik baginda yang kita kasihi.
Kalau sapa yang ada kesempatan boleh datang berkunjung ker pameran ini. Ia telah berlangsung bermula dari 10 Julai 2017 hingga 9 Ogos 2017 yang terletak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam. Pameran ni buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Maha hari tu lepas jer kerja siap-siap terus bergerak ke sana dan sempat solat Maghrib dan Isyak di masjid tu sekali. lepas tu terus masuk kawasan pameran ni. Mula-mula masuk dan terpegun dengan segala barangan yang ada dalam pameran itu.

Pertama sekali Maha terpandang janggut Rasullullah S.A.W. Janggut yang disimpan dan diletak khas dalam bekas kaca ini. Korang boleh datang ambil gambar jangan risau. Tapi korang di larang untuk menyentuh semua artifak yang ada dalam pameran ini bagi menjaga keselamatan barang tersebut.
Dalam ni bukan setakat ada janggut tapi juga ada rambut Rasullullah S.A.W. Buktinya keagunan baginda ini boleh kita lihat pada rambutnya dimana mengikut pegawai yang bertugas disitu mereka memberi tahu bahawa rambut dan janggut Rasullullah S.A.W ini tiada bayang walaupun disuluh dengan cahaya. Sebab tu belakang rambut ni diletak kertas putih dan disuluh lampu.
Lagi uniknya rambut dan juga janggut Rasullullah S.A.W ni kalau dipotong pendek ia akan kembali panjang pada asalnya. Maksud macam lebih kurang rambut tu hidup walaupun telah beratus-ratus tahun lamanya. Rambut dan janggut ini disimpan oleh beberapa pemerintah dunia sekarang ini.
Selain tu juga yang menarik perhatian Maha adalah barang peribadi milik Rasullullah S.A.W seperti capal, cop mohor, busar dan juga kopiah yang dulu pernah digunakan oleh baginda. Semua masih cantik dan ada seni tersendiri. Membuat diri ini rasa kerdil sangat disamping nabi junjungan kita yang jauh lebih agung dan suci ini.
Selain tu juga barang-barang para sahabat yang rapat dengan baginda juga ada kat sini seperti pedang, harta rampasan perang dan macam-macam lagi. Semua pameran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa cinta kita kepada Rasullullah S.A.W dan sentiasa memuji baginda dengan kalimah-kalimah yang indah dan suci.
Juga kat sini ada pemeran kepada barang-barang Makkah seperti Kiswah iaitu kain yang digunakan untuk menutupi Kaabah. Juga ada kunci Kaabah yang dari zaman dulu sehingga ke zaman sekarang ni. Rasa teringat kembali masa Maha dapat pertama kali menjejakkan kaki ker Makkah dan Madinnah menunaikan Ummrah tahun lepas. Rindu rasa nak kembali semula dan berdoa banyak-banyak pada Allah S.W.T.
Kalau korang rasa nak insafkan diri dan juga mendekatkan diri kepada baginda ini adalah masanya dan ruang yang ada. Walaupun baginda tidak pernah kita lihat tapi hasil daripada peninggalan baginda sudah cukup merasakan kita kagum kepada keagunan baginda yang diutuskan oleh Allah S.W.T. Luang-luangkan masa korang ker sini ok.
Bawa anak-anak kerana ia adalah ruang untuk pembelajaran mengenali Nabi kita Muhammah S.A.W. Harga untuk masuk sini pula seperti berikut :
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar, Warga Emas, OKU dan kanak-kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma
Belian tiket boleh dilakukan secara online di www.tamadunislam.com dan juga di pintu masuk pameran.
Layari laman ini untuk maklumat lanjut :
Twitter : twitter.com/PameranArtifak