Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari-hari akhir Syawal makin meriah pula orang buat rumah terbuka. Pada 23 Julai 2017 baru-baru ni Maha dapat jemputan untuk majlis Rumah Terbuka dan Pelancaran Buku Gaya Untuk Berjaya. Agak menarik program hari tu sebab dapat makan dan juga dapat buku hehehe.
Hafiz Mustapha Pengasas CuteCarry Sdn Bhd dan Penulis Buku Gaya Untuk Berjaya |
Majlis ini adalah anjuran CuteCarry Sdn Bhd sebuah firma pakar perunding imej yang diasaskan oleh Hafiz Mustapha yang juga merupakan penulis buku Gaya Untuk Berjaya. CuteCarry telah ditubuhkan 9 tahun dahulu dengan misi menyediakan latihan bermutu praktikal dan perubahan dalam bidang-bidang pembangunan diri, keusahawanan, imej, tingkah laku komunikasi dan etiket sosial.
Pada hari tu ramai juga tetamu yang diundang untuk bersama memeriahkan majlis rumah terbuka dan pelancaran buku pertama beliau. Hari tu buat pertama kali Maha dapat berkenalan dengan Tuan Hafiz Mustapha ini atau lebih manja disapa CuteCarry. Peramah orangnya dan mudah mesra kalau sapa-sapa yang kenal beliau.

Hari tu juga tengok banyak makanan yang disediakan meriah dengan makanan. Majlis simple yang diadakan di pekarangan pejabat urusan CuteCarry Sdn Bhd yang terletak di Sri Kembangan. Turut hadir pada majlis tu media, keluarga dan kenalan terdekat beliau yang selama ni menjadi tulang belakang kepada kejayaan beliau dalam bidang yang diminati ini.

Begitu juga dengan minat beliau untuk menulis buku Gaya Untuk Berjaya. Katanya ini buku pertama di Malaysia yang menggabungkan 4 elemen imej iaitu penampilan, kelakuan/protokol dan etika, komunikasi dan pembangunan diri. Serba sedikit Maha cerita pasal buku ini yang sempat Maha baca.

Dalam buku ini ada 9 bab yang menerangkan lebih teperinci tentang semua perkara utama yang dititik beratkan dalam menjaga penampilan dan keyakinan diri. Bab yang Maha paling suka adalah berkaitan dengan bentuk badan. Pemilihan pakaian yang salah menyebabkan kita akan nampak lebih teruk. Jadi kena kenali bentuk badan dan pilihan baju dengan tips yang diberikan mudah untuk kita ikuti.
Kalau korang nak tahu lebih detail lagi boleh lah dapatkan buku ini sekarang dah ada start jual kat pasaran dengan harga RM50.00 sahaja senaskah. Sapa yang perlu baca buku ini iaitu mereka yang nak berjaya dengan bergaya. Juga mereka yang merasakan diri zero dalam bergaya dan tiada keyakinan diri dengan penampilan.
Golongan suri rumah, pelajar, usahawan, penjawat awam, penuntut universiti dan semua yang mahu lebih bergaya. Bagi Maha buku ini mudah untuk difahami kerana dalamnya menggunakan gaya bahasa yang kita mudah faham dan juga ada gambar yang memberi penerangan lebih jelas kepada kita. Korang nak tahu kena dapatkan buku ini Maha cite panjang pun tak gunakan. Selamat membaca semua.
Mana nak dapatkan buku ni boleh layari laman web seperti di bawah :-
Facebook :www.facebook.com/cutecarry.cc
Instagram : www.instagram.com/cutecarry