Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korea memang popular dengan makanan ayam goreng yang ada pelbagai rasa. Manis ada, masam ada dan paling pedas pun mereka suka. Sebab tu kalau pergi sana mereka suka makan ayam goreng extra hot kerana cuaca mereka yang sejuk.
So kali ni Maha nak cuba buat satu resipi mudah dan ala-ala makanan Korea kesukaan ramai. Resipi Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea tapi menggunakan sos paling pedas daripada Lingham's. Maha percaya kepada produk sos cili keluaran Lingham's ini kerana ia tanpa 6 perkara yang tidak sihat ini iatu tanpa pengawet, tanpa perisa tambahan, tanpa bahan pengawet, tanpa puri tomato, tanpa kanji dan tanpa MSG.
Mereka menggunakan 100% cili merah yang diproses sebab tu rasanya sangat pedas. Bagi Maha ia pedas tahap level pedas 5 Maha bagi yang ni 5 markah penuh. Jadi nasihat Maha kalau nak cuba resipi ini kena pastikan kurangkan pedas dengan tambah gula atau banyakkan madu. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan dalam resipi ini sangat mudah.
Bahan-bahan :-
1 botol Lingham's Sos Cili Extra Hot
3 ketul Kepak Ayam
3 ulas Bawang Putih
1 biji Telur
3 sudu Tepung Goreng Ayam
6 helai Daun Kari
Biji Bijan
6 helai Daun Kari
Biji Bijan
Minyak Masak
Cara nak buat resipi ni macam biasa Maha sediakan dalam bentuk video yang mudah dan cepat untuk korang tonton sekali.
So macam mana rasa teringin tak nak buat Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea Maha ni hehehe. Ni semua sebab nak pergi restoran Korea tu mahal sikit masak sendiri jer kat rumah lebih kurang sama jer. Kalau nak kurang hot korang boleh guna sos cili lain daripada Lingham's seperti Sos Cili Halia dan Sos Cili Bawang Putih.
So kalau korang ada idea nak Maha masak korang boleh sharekan apa sahaja resipi menarik kerana Maha tengah cari idea ni ada projek baru. Apa pun selamat mencuba semua dan selamat memasak.