Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Minum Petang Bersama Resipi Banana Cheese Roll Yang Lazat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama sebenarnya Maha tak keluar dengan resipi masakan dapur sendiri pun dah lama tak berasap hehehehe. Almaklumlah sibuk dengan kerjaya tahun baru ini. Tapi tak apa kali ni Maha nak kongsi dengan korang satu resipi mudah dan pasti ramai suka.


Actually resipi ni sebelum ini ramai orang buat kerana ia agak popular tapi Maha ada olah sedikit ikut citarasa sendiri nak bagi kelainan. Resipi ini menggunakan pisang dan cheese tapi bukan nak buat pisang cheese ok. Resipi ini Maha namakan sebagai Banana Cheese Roll.


Kita tahu buah pisang ini banyak khasiatnya bagi mereka yang nak diet pisang adalah pemakanan yang sangat bagus. Pisang juga mampu merawat masalah sembelit kalau sapa-sapa rasa susah nak buang air besar banyak-banyak lah makan pisang hehehehe.


Sedikit info kesihatan pasal buah pisang jom sekarang kita tengok pula bahan-bahan yang Maha gunakan untuk membuat resipi ini.


Bahan-bahan
1 sikat Buah Pisang Emas/Berangan
1 sudu serbuk Kulit Kayu Manis
10 helai Kilut Popiah
10 keping Ceddar Cheese 
1 sudu Tepung Gandum
Sedikit air 

Itu jer bahan-bahan yang digunakan cuma pisang tu ikut korang nak guna pisang jenis apa tapi paling sedap pisang yang manis dan tidak berbiji. Kalau korang ada pisang lain yang sedap juga boleh tapi jangan guna Pisang Tanduk besar sangat. Jom kita tonton lak cara memasak yang Maha sediakan dalam bentuk video mudah ini.


Taraaa so korang rasa macam mana mudah tak cara nak buatnya. Menu ni boleh dijadikan makan petang atau juga juadah penyambut tetamu yang datang. Mudah sangat nak buat kalau sapa rasa nak cuba dialu-alukan dan nanti bagi lah komen sikit kat sini ok. Selamat mencuba semua.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Trending Articles