Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Promosi Istimewa Di Restoran On The Table TTDI Sempena Ramadhan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ni kita ke sebuah lagi restoran yang baru sahaja beroperasi dalam tahun ini juga bulan Februari macam tu. Restoran yang Maha maksudkan adalah On The Table yang terletak di dalam Plaza TTDI Kuala Lumpur.


Restoran ni mula-mula Maha masuk tengok dekorasi seperti sebuah restoran timur tengah dengan lampu dan juga beberapa perhiasan yang ada disekeliling restoran. Tapi ia adalah sebenarnya sebuah restoran menyediakan hidangan makanan nasi campur dengan menu-menu tradisi rakyat Malaysia.



Bestnya masa Maha datang tu kita sebenarnya boleh request kepada chef di restoran tersebut untuk sediakan hidangan masakan yang istimewa. Macam hari yang Maha datang tu ada makanan Masak Tempoyak Ikan Patin serta Char Kueh Teow. Tapi kena hubungi mereka awal supaya dapat mereka mencari bahan mentah dan menyediakan hidangan tersebut. 



Bagi Maha masakan Ikan Patin mereka sedap dan lengkap dengan segalanya terasalah Tempoyak cuma ia kurang pedas jer sesuai untuk semua bangsa. Selain daripada menu utama tu dah kata restoran ini ada masakan nasi campur menyediakan pelbagai masakan Melayu popular seperti Sambal Petai Udang, Kari Kambing, Rendang Ayam, Daging Masak Berlada, Pucuk Paku Masak Lemak dan macam-macam lagi.









Juga ada bahagian yang mereka sediakan hidangan seperti Mee Udang yang memang rasa udangnya dan sangat pedas. Lepas tu ada Sup Ayam dan juga bahagian pembuka selera seperti Tauhu Sumbat, Kerabu Mangga, dan juga ulam-ulaman kampung bersama Sambal belacan. 








Kalau nak makan pencuci mulut kampung kat sini ada banyak seperti Lai Chi Kang, Karipap, Kuih Bakar, Kuih Lapis, Agar-agar, Bubur Kacang Hijau, Payasam dan banyak lagi. Semua ini memang membuka selera Maha bila datang kat sini.

Promosi Istimewa Bufet Ramadhan


Istimewanya kat restoran ini mereka menyediakan bufet makan Melayu ini sempena dengan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan untuk mereka yang datang bagi makan berbuka puasa bersama rakan pejabat atau keluarga.


Harga yang ditawarkan sempena bufet Ramadhan 2018 adalah seperti dibawah :-

Tempahan Awal
RM33.90 nett (Dewasa)- jika tempah sebelum 15th April 2018.
RM35.90 nett (Dewasa) – jika tempah antara 16 April – 5 Mei 2018
RM37.90 nett (Dewasa) – jika tempah antara 6 Mei – 10 Mei 2018

Harga Walk In
RM39.90 net (Dewasa),
RM25.00 net (Warga Emas 60 tahun ke atas)
RM25.00 net (Kanak-kanak 8 – 12 tahun)
Kanak-kanak bawah 7 tahun percuma

Info mengenai tempahan:
*Nombor tempahan akan diberikan.
*50% bayaran pendahuluan diperlukan pada 1 Mei 2018.  

Hari-hari biasa restoran ini buka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Manakala untuk Ramadhan ini yang bermula 20hb Mei – 11hb Jun 2018 akan bukan dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam.




Keseluruhan apa yang Maha dah rasa kat restoran ini memang semua sedap dan cukup rasa. Memenuhi kehendak tekak orang Malaysia yang suka kepada makanan tradisi kita. Juga pilihan makanan yang sangat banyak membuat kita rambang mata nak pilih.

Tempahan dan pertanyaan sila hubungi :-
Jay: 011 2653 2128
Taufiq: 019 385 2148
Alamat :
On The Table
B-01-03, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3
60000 Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur


Facebook : https://www.facebook.com/On-The-Table-806668626210546
Instagram : https://www.instagram.com/onthetable.ttdi

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles