Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Nak Buat Kenduri Tengok Dulu Pakej Yang Ditawarkan Oleh Djarilicious Mesti Korang Terkejut

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahu zaman sekarang ini bukan sahaja orang nak buat kenduri nak cari pakej yang murah dan berbaloi tapi juga nak cari vendor yang boleh dipercayai agar tidak ditipu seperti mana yang banyak berlaku sekarang ni.


Sebab itu Maha nak korang tengok dulu apa yang Maha nak ceritakan kat sini tentang satu pakej yang hebat ditawarkan oleh syarikat pengurus majlis kenduri yang berpengalaman iaitu Dijari. Di bawah naungan syarikat ini ada dua lagi cabang utama iaitu Djarilicious yang hanya menguruskan pakej katering manakala Djariartz perunding majlis dan perkahwinan yang lengkap. Bukan sahaja majlis perkahwinan tapi semua acara lain yang korang nak buat tanpa perlu fikir banyak dan menyusahkan diri. 

Pakej Tunang Atau Nikah


Pakej ini ditawarkan dari harga RM4,490 yang mengandungi keperluan lengkap satu-satu majlis yang meriah. Pakej ini termasuklah jamuan makan untuk 150 orang dan menyediakan sudut khas teh tarik dengan 2 jenis kuih muih. Mereka juga memberikan 2 orang pertugas jamuan yang dapat membantu dalam menguruskan makanan.




Tak perlu nak fikir lagi pasal kanopi kerana harga itu termasuk 2 unit kanopi, 8 set meja bulat untuk tetamu dan 80 kerusi bersarung serta 1 unit meja buffet. Sesetengah nak majlis tunang nak ada pelamin dalam pakej ini disedikan 1 set pelamin mini 8" dengan deko bunga plastik. Cuma kalau nak tambah untuk mekap serta juga fotografi dengan album kena ada tambahan harga lagi. Tu korang kena runding dengan mereka lebih lanjut.

Pakej Katering Serendah RM2990


Pakej katering ini mereka sediakan bukan sahaja untuk kenduri kahwin tapi juga untuk majlis lain yang korang nak buat seperti majlis pertunangan, akad nikah, aqiqah, doa selamat, harijadi, jamuan makan malam dan macam-macam lagi. Pakej ini khas untuk 150 orang tetamu yang termasuk dengan 2 petugas jamuan, 2 unit kanopi, 8 set meja bulat, 80 kerusi bersarung dan juga 1 unit meja buffet.







Boleh pilih dari 2 menu yang disediakan dalam pakej ini iaitu set Menu Diraja dan juga set Menu Kampung. Ada 6 jenis hidangan yang disediakan dalam dua set ini termasuk nasi, lauk-pauk dan juga makanan sampingan lain. Melengkapkan lagi set ini diberikan lagi item tambahan seperti buah-buahan potong, air sirap limau dan juga air botol R.O 1.5litter.

Pakej Berbuka Puasa Dan Jamuan Rumah Terbuka


Bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi mereka ada juga ada pakej khas untuk majlis berbuka puasa. Pakej ini menyediakan katering makanan dengan harga serendah RM15.50 per pax untuk minima 100 orang. Mana tahu ada syarikat atau juga orang perseorangan yang nak buat majlis berbuka puasa kat rumah atau pejabat korang boleh order di sini sahaja. Juga bagi majlis buka puasa meraikan anak-anak yatim mana tahu nak mengandakan amalan bulan mulia nanti.





Terdapat 3 menu pilihan iaitu Menu 1, Menu 2 dan Menu 3 dengan lebih daripada 10 jenis makanan dan minuman serta makanan sampingan. Juga dah buat majlis buka puasa lepas tu solat terawih dan lepas solat mesti nak sediakan Moreh dalam set ini juga ada termasuk sekali hidangan Moreh. Dah habis berpuasa dan tiba masa untuk menyambut Hari Raya dan orang kita beraya selama sebulan jadi memang semua plan nak buat rumah terbuka. Tak kiralah orang persendirian atau juga syarikat yang nak buat jamuan raya boleh ambil pakej di ini.



Terdapat 3 pakej yang berlainan disediakan untuk jamuan raya ini iaitu pakej Raya 1 yang berharga RM19.90 per pax, pakej Raya 2 berharga RM28.90 per pax dan pakej Raya 3 pada harga RM36.90 per pax. Semua pakej ini perlu ditempah untuk minima 100 orang tetamu. Perbezaan harga ini dipengaruhi dengan perbezaan jumlah makanan yang disediakan. Nak tahu lebih detail makanan yang disediakan kena hubungi meraka kalau Maha nak tulis sini memang panjang posting ni. 

Pakej Kenduri Dalam Dewan


Apa yang Maha senaraikan kat atas tadi bagi mereka yang nak buat kenduri pada skala kecil-kecilan sahaja tapi kalau korang ada nak buat kenduri dengan melibatkan lebih ramai tetamu boleh ambil pakej dewan yang mereka sediakan. Djari ada bekerjasama dengan beberapa buah dewan sekitar Selangor untuk majlis lebih besar dengan jumlah tetamu sehingga 1000 orang.






Antaranya adalah Dewan Ar Raha Seksyen 7 Shah Alam, Dewan Bukit Mewah Kajang, Dewan Ostia Bangi dan Dewan Seri Cempaka Saujana Impian. Mereka menawarkan harga yang berbeza dan pakej yang berlainan mengikut kehendak pelanggan. So ia lebih murah dan lebih menjimatkan sekiranya korang nak buat majlis di situ.



Macam mana Maha tahu semua pakej ini hari tu Djari telah mengadakan majlis Open Day bagi memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk mengetahui pakej yang mereka tawarkan dan sambil tu ada food testing sekali di pejabat mereka di Kajang Perdana. Moga perkongsian Maha ini dapat memudahkan dan sedikit sebanyak membantu korang dalam membuat pilihan vendor yang lebih dipercayai bagi majlis yang sangat bermakna ini agar tidak tertipu.

Tempahan dan pertanyaan lanjut hubungi :
Tel : 016-2328532 (Sham)
        016-9208532 (Amy)
        016-6608532 (Farhan)
        016-9058532 (Cida)
Pejabat : 03-87301711
Email : djariartz@live.com 
Alamat :No 30-G , Jln kajang Perdana 3/2, Kajang Perdana, Kajang
Laman web : www.djariartz.com







Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Trending Articles