Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Meriahnya Berbuka Puasa Di The Everly Putrajaya Korang Bila Pula

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mana lagi tempat yang korang dah pergi untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini. Maha ni baru nak merasa pergi hotel makan mewah-mewah sikit. Kali ni Maha pergi berbuka di The Everly Putrajaya.



Sebelum ni Maha cuma cite teaser sahaja tentang tempat ni, tapi kali ini Maha pergi sendiri dan rasai suasana macam mana berbuka kat sana. Sebagai sebuah hotel yang mewah tapi masih sediakan buffet buka puasa hanya pada harga RM98.00 sahaja untuk dewasa. Manakala untuk kanak-kanak separuh harga RM49.00 sahaja.


Korang rasa berbaloi tak dengan jumlah makanan yang sangat banyak lebih daripada 100 jenis serta restoran mereka dapat pengiktirafan Halal jadi tak perlu was-was untuk makan. Masa Maha sampai hari tu makanan sampai disusun kat lobby hotel kerana kat dalam restoran tu penuh meja orang tempah. Lepas tu kat dalam restoran mereka ni ada lagi barisan gerai-gerai yang dibuka dengan pelbagai masakan dari seluruh Malaysia.




Bersempena dengan konsep mereka tahun ni mengetengahkan konsep '4 Chef, 4 Rencah, Pelbagai Rasa' jadi rambang mata nak makan tak tahu yang mana satu. Tempat juga sangat selesa dan luas lepas tu ada stage dimana menyediakan persembahan daripada Pak Pandir Otai Busker. Sambil makan boleh layan lagu-lagu klasik yang dipersembahkan memang membuai.






Kat sini kalau korang datang jangan risau untuk parking memang ada banyak kawasan parking kerana kat bawah hotel tersedia parking dengan kadar flat rate lepas pukul 6 petang. Lepas tu lak ada bilik solat yang selesa kalau nak solat Maghrib dulu sebelum sambung makan balik.








Jadi kalau sapa-sapa nak buka puasa kat sini memang kena booking lebih awal agar korang dapat tempat duduk sebab selalu penuh. Bulan Ramadan ini juga The Everly Putrajaya menawarkan pakej penginapan 1 malam dengan harga hanya serendah RM369.00 nett termasuk sekali dengan sahur dan buffet buka puasa bagi 2 orang.  Jadi tunggu apa lagi booking sekarang nikmati berbuka dengan mewah pada harga berpatutan. Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua.

Tempahan dan pertanyaan :
Tel : 011-6318 6029
        03-8892 2929
Facebook : https://www.facebook.com/TheEverlyPutrajaya
Instagram : https://www.instagram.com/theeverly_putrajaya




 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Trending Articles