Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Masak Resipi Pais Ikan Mabong Lebih Mudah Dengan Pensonic Stimbot & BBQ 2-Dalam-1

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha ada jalan-jalan kat pasaraya ingat nak beli bahan untuk memasak tapi sekali ternampak satu perkakasan memasak yang masih tiada kat rumah. Jadi apa lagi terus jatuh cinta dan belilah produk Pensonic Stimbot & BBQ 2-Dalam-1


Nak masak steamboat waktu berbuka tak berapa selera sangat jadi fikir satu idea untuk buat satu resipi yang boleh guna peralatan Maha baru beli ini. Maka terlintas kat fikiran nak masak Pais Ikan Mabong. Sebab barang Pensonic ini ada BBQ ditengah-tengahnya jadi mudah lah nak buat panggang makanan laut. Besar juga perkakasan ini ingat kecil jer.


Bila Maha balik dan buka memang rasa teruja sangat nak cuba perkakasan ini. Terus sediakan bahan-bahan untuk buat resipi yang dan plan tadi. Tak banyak pun bahan kena sedia dan cara nak buat pun tak susah cuma yang susah nak dapatkan daun pisang kat KL ni. Kalau tak ada daun pisang boleh gantikan dengan daun kunyit untuk balut ikan tu nanti.


Jom tengok apa bahan-bahan yang Maha gunakan untuk resipi kali ini.

2 ekor Ikan Mabong
3 tangkai Cili Merah
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
4 biji Cili Padi
2 cm Halia
2 cm Kunyit Hidup
2 batang Serai
4 sudu masak Air Asam Jawa
1 helai Daun Kunyit
2 helai Daun Pisang
Garam dan gula secukup rasa



Semua bahan yang kat atas tu kisar sehingga halus. Kalau korang nak ikut cara lebih senang boleh tonton video yang Maha sediakan kat bawah ini cara paling cepat dan mudah nak masak Pais ini.


Tak silap Maha Pais ini adalah masakan berasal dari Negeri Pahang. Tapi serata negeri pun dah ramai orang pandai masak. Ikan tu boleh digantikan dengan ikan lain yang korang suka seperti Ikan Talapia, Ikan Kembong atau juga Ikan Pari. Kalau nak lebih pedas korang boleh lebihkan cili padi tu Maha letak sikit sebab tak kuat pedas.



Perkakasan memasak Pensonic yang Maha beli tu memang sangat bagus lah mudah jer sebab ada kawalan kepanasan berasingan antara Steamboat dan juga BBQ. Kalau Maha masa masak Pais ini gunakan api yang sederhana agar ia masak sekata tida cepat hangus. Bekas periuk untuk steamboat tu pun besar dan banyak boleh isi sup dalam tu untuk rebus bahan steamboat.

Tonton Rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic


Kebetulan hari sama lepas siap masak Pais ini untuk berbuka puasa tengok TV ada pulak rancangan baru dari Pensonic iaitu 'Balik Kampung Bersama Pensonic'. Kalau korang nak tonton rancangan ini ditayangkan setiap hari Isnin jam 6.00 petang di TV3 sebelum berbuka puasa. Boleh bagi ilham untuk memasak.


Kalau dah rancangan Pensonic sapa lagi pengacaranya kalau bukan Dato Chef  Haji Ismail yang memang kelakar tu. Hari yang Maha tonton tu ada artis jemputan iaitu Ashraf Muslim yang berkongsi pengalaman balik kampung beliau kat Melaka. Seronok tengok mereka berceloteh sambil memasak memang tak kering gusi banyak ilmu dapat.


Pada akhir rancangan ada pula promo pertandingan Beli, Tonton & Menang. Boleh memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk kereta Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic. Lagi lah teruja Maha nak masuk sebab nak menang kereta tu. 

Cara untuk penyertaan peraduan ini pun mudah jer.
1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
2. 'Like' Facebook Pensonic Malaysia& poster peraduan.
3. 'Share' poster peraduan di Facebook anda.
4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari korang yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas habis rancangan. Rancangan ini terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua episod.


Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika korang telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana korang masih berpeluang memenangi Hadiah Utama.


Peraduan ini akan berakhir pada 8 Julai 2018 lambat lagi masih sempat nak sertai sekarang. Maha pun dah beli produk Pensonic Stimbot & BBQ 2-dalam-1 ini jadi boleh gunakan resit dan kad waranti sebagai bukti pembelian. Korang tunggu apa lagi join lah mana tahu tuah korang tahun ini boleh menang kereta. Maha dah hantar korang bila lagi selamat mencuba semua.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Trending Articles