Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Cara Orang KL Menikmati Makanan Yang Sedap Dengan Cara Mudah Dan Cepat - Harimau

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu sibuk nak keluar cari makan atau nak pergi beli makanan kadang-kadang menjadi batasan kepada ramai pekerja di kotaraya. Maha sendiri pun menghadapi kesukaran itu dan selalu skip untuk makan tengah hari atau makan malam. 


Paling mudah dengan order makanan melalui online sebab sekarang ni ada banyak perkhidmatan menyediakan makanan dari rumah terus kepada kita. Maha ada cuba satu service ni kalau dengar nama agak macam takut tapi bila dah cuba baru tahu. Apa yang Maha maksudkan adalah service Harimau. Kalau korang nak tahu boleh layari laman web mereka www.harimaumeals.com


Kalau korang masauk tak banyak pun pilihan makanan yang ada kat sini kerana mereka lebih fokus kepada penyediaan makanan yang sihat dan berkualiti. Hari semalam Maha ada order 3 menu yang Maha rasa macam sedap untuk makan tengah hari kat pejabat. 

Char Siew Sesame Chicken with Brown Rice (RM20.00)



Menu ni seakan-akan masakan Nasi Ayam ia menggunakan sos char siew disalut pada bahagian paha ayam tanpa tulang. Cuma mungkin boleh tambahan kepedasan daripada cili atau sambal kerana tahu jer lah orang Malayu ni setiap kali nak makan mesti kena ada pedas-pedas sikit kan baru tambah selera.

Sweet & Sour Chicken Meatball with White Rice (RM19.00)



Menu kedua ini pula Maha pilih nasi putih Thai untuk gandingkan dengan chicken meatball. Rasa meatball yang disalut dengan sos masam manis bersama dengan hirisan nanas, timun dan bawang sangat kenalah cuma manis sedikit.

Classic Lamb Stew with Penne (RM24.00)



Menu ketiga ini pula gandingan dengan Penne sesuai buat korang yang suka makan kambing. Kalau makan memang tiada rasa hanyir daging kambing dan daging sangat lembut. Ia juga datang bersama dengan sedikit sayuran dan saiz Penne tu sangat besar dan boleh buat korang kekenyangan. 


Bagi Maha selepas order semua menu ini keseluruhan boleh dimakan dan memang kenyang untuk hidangan satu orang. Ini kerana saiz yang besar dan kuantiti bahan yang banyak. Harga yang tertera tu adalah harga termasuk penghantaran dan kutleri. Korang boleh order walaupun satu menu sahaja kerana mereka tiada minimum order dan penghantar akan tetap hantar sampai depan pintu.


Pejabat Maha ni pun susah juga nak cari tempat makan yang dekat dan nak order untuk kuantiti yang banyak. Jadi kalau nak buat mesyuarat atau majlis kat pejabat senang order dengan mereka secara pukal dan akan terus hantar depan pintu pejabat mudah dan lebih murah. Sekarang ni kalau korang order untuk pertama kali dengan gunakan kod "HARIMAHAMAHU" korang boleh dapat lagi diskaun RM9. Jadilah rakyat Malaysia yang bijak berbelanja. Selamat menjamu selera semua ok.









Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles