Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Panas Terik Tak Menghalang Untuk Nikmati Makanan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lokasi makan kali ini sebenarnya dah cukup tular dan mendapat perhatian ramai orang sejak ia mula diperkenalkan. Konsep makan sambil menikmati aliran air sungai semulajadi yang sejuk dan menyegarkan. Ini lah BBQ Lamb KL Kemensah yang terletak dilaluan belakang Zoo Negara.




Maha pertama kali dapat pergi makan kat sini memang sangat teruja kerana selalu nampak orang update jer tak pernah cuba. Mula-mula nak sampai ke kawasan ini memang akan lalui jalan yang sangat sempit dan kalau berselisih kereta kena berhati-hati. Tapi jiwa ini rasa tenang kerana dikelilingi hutan dan juga ketengangn hijau bumi Tuhan.



Sampai jer kat sana isu pertama adalah parking kalau korang sampai lewat dalam pukul 12 memang dah penuh jadi kena hati-hati nak parking takut terparking kawasan larangan dan mungkin akan diblock. Dalam jiwa ni dah bergelora sebab dah dengar deruan air sungai dan juga melihat kejernihan sungainya membuat rasa sangat teruja nak masuk dan makan.




Kat sini mereka buka setiap hari kecuali Isnin tutup dan hari biasa ia beroperasi dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja akan buka 2 sesi iaitu pukul 12.00 tengahari hingga 4.00 petang dan sesi kedua pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Paling senang kat sini meraka sediakan set menu BBQ yang mengandungi pelbagai jenis daging yang dipanggang. Daging yang terdapat dalam set tu seperti daging lembu, daging ayam, daging itik dan juga daging kambing semua dipanggang panas.





Menu ni datang dengan 3 jenis sos yang sesuai dan menambah rasa kepada BBQ yang disediakan. Kemudian ada sup, coslow salad dan juga nasi berempah yang berwarna kuning. Satu set harga makanan RM140.00 untuk 4 orang makan. Jadi kalau korang datang ramai kena booking banyak set. Minuman pula mereka sediakan air Teh Lemon yang disediakan di ruang tepi sungai boleh tambah ikut suka. Meraka ada menu ala-carte tapi lambat nak tunggu, kalau makan malam sesuai lah sebab tak ramai orang.


Makan dalam sungai ini adalah satu pengalaman yang Maha tak dapat nak gambarkan memang menarik dan seronok. Jangan risau air sungai ni tak dalam pun tapi hati-hati banyak batu dalamnya. Cuma kalau korang dapat bahagian yang tiada bumbung dedaun akan disimbah kepanasan mentari tengahari, tapi kerana lapar punya pasal tak kisah berpeluh sambil makan. 


Ada beberapa tips yang Maha dapat waktu datang makan kat sini jadi kongsi dengan korang mana tahu ada yang pertama kali nak datang makan :-

1) Kalau datang ramai harap dapat kongsi kenderaan kerana kawasan parking yang terhad dan juga jalan yang agak sempit. 

2) Datang dengan pakaian yang sesuai kalau korang pakai kasut tumit tinggi atau juga kasut mahal lupakan lah. Paling sesuai pakai selipa sahaja atau crocs lagi mudah nak masuk sungai kalau tidak terpaksa berkaki ayam dalam tu dan agak banyak batu dalam sungai tu.

3) Korang kena booking awal untuk makan kat sini agar mudah dan tidak balik dengan kelaparan sebab terpaksa tunggu lama. Kalau nak makan dalam sungai pastikan juga korang booking kawasan yang lebih redup jangan pilih yang panas walaupun sungai tu sejuk tapi bahang matahari tengahari sangat terasa dan boleh berpeluh satu badan dibuatnya.

4) Dilarang untuk membuang tisu, sisa makanan atau sampah sarap dalam sungai kerana kita sama-sama kena jaga kebersihan sungai tu. Nanti orang lain nak makan kat situ jadi sama-sama kita menjaganya betul tak.



Bagi Maha pengalaman makan kat sini memang sangat menarik dan tiada kat tempat lain. Konsep makan dalam sungai ini satu yang perlu diperkenalkan kepada masyarakat luar sana. Bestnya hari tu Maha makan bukan sahaja dengan kawan blogger tapi juga dengan bintang popular sapa lagi kalau bukan Aiman Tino dan juga ayah dan maknya. Aiman Tino dah makan kat sini korang bila lagi. In Sha Allah kalau ada masa nanti Maha datang lagi makan kat sini memang menarik dan best.

Tempahan dan promosi layari :-
Tel : 012-211 4100





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles