Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Info Percutian Di Cameron Highland Puncak Yang Sangat Cantik

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalai ni Maha nak cerita kat korang tentang Cameron Highland walaupaun majoritinya dah pernah pergi dan tahu selok belok tempat ini, tapi Maha nak share info kat korang just in case korang ada tertinggal fakta menarik tentang puncak sejuk ini. So harap korang hadap la membaca artikel Maha ni yer. Cameron Highland ni terletak di dalam negeri Pahang. Jarak puncak ini dari bandar Ipoh lebih kurang dalam 85km dan dari Kuala Lumpur pula 200km. Kawasan ni berkeluasan lebih kurang dalam 712km persegi lebih besar dari negara Singapura. Tetapi penduduk yang mendiami kawasan ini hanya dalam 43000 orang sahaja.


Ketinggian dari paras laut pula adalah 1,135meter ke 1,829 meter. Suhu di sana kadang-kadang pada waktu siang 25°C dan boleh mencecah sehingga 12°C pada waktu malam. Sejuk tu kalau korang ke sana jangan lupa bawa baju sejuk tau. So kalau nak ke sana ada 4 laluan utama yang menghubungkan bandar utama ke puncaknya iaitu melalui Bandar Ipoh, Tapah, Gua Musang dan Kuala Lipis. Nak naik kapal terbang takde airport lagi kat atas tu so jangan buat hal nak pergi buat booking kapal terbang. Di antara pekan yang terdapat di Cameron Highland ialah Kampung Raja, Taman Tringkap, Kea Farm, Brinchang, Tanah Rata, Ringlet dan Lembah Bertam. Nak ke Cameron Highland ni korang boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas dari Ipoh, KL, Gua Musang atau Kuala Lipis terus ke Tanah Rata. Kalau menggunakan kenderaan sendiri melalui lebuhraya PLUS korang boleh exit Tapah kemudian ikut route 59 dan dalam sejam setengah korang akan sampai ke Ringlet. Selain tu korang boleh ikut Simpang Pulai dan akan sampai dalam sejam ke Kampung Raja. 


Di antara kawasan yang wajib korang explore di sini ialah Gunung Brinchang. Tempat yang paling tinggi yang boleh dinaiki kenderaan di Malaysia. Kat atas tu ada stesen radio dan TV serta kat atas tu korang boleh menyaksikan pemandangan yang menakjubkan seluruh Cameron Highland. Jikalau korang menaiki teksi cuba ayat sikit driver teksi untuk bawak korang ke Mossy Forest dan Boh Tea punya tempat yang berada kat Sungai Palas. Korang boleh jugak berjalan untuk ke Waterfall Parit. Pastikan korang pakai baju yang sesuai sebab perjalanan menggunakan lalu pejalan kaki mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai. Kat area sini juga sebenarnya korang boleh tengok bunga Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia dan ia adalah pemangsa serangga.


Di puncak ini juga korang boleh melawat Time Tunnel, iaitu sebuah muzium yang ada banyak memori tentang sejarah Malaysia. Ada bayaran masuk yang dikenakan. Selain itu juga, korang boleh pergi ke Butterfly Farm, yang terdapat banyak jenis spesies rama-rama dan korang boleh bergambar bersama rama-rama tersebut. Kat sini pun ada bayaran juga untuk masuk. Lokasi paling wajib pergi kat sini adalah ladang Strawberry. Kat sini mereka membuat aiskrim strawberry, jus strawberry dan memetik buah strawberry untuk korang beli and bawa balik segar dari ladang. Termasuklah kalau korang nak beli sayur pun ada. Pada malam hari akan ada pasar malam kat sini korang boleh beli macam-macam jenis sayur yang segar dengan harga sangat murah berbanding korang beli kat supermarket area rumah korang wakakaka.



Lokasi semua korang dah tahu tapi macam mana pula dengan penginapan korang kat sini. Kalau korang nak cari Cameron Highland hotel untuk korang bermalam cadangan Maha adalah korang install apps Traveloka dan dari situ korang boleh search hotel apa yang ada kat Cameron Highland. Traveloka boleh bantu korang untuk bandingkan setiap hotel yang ada dari segi reviews, lokasi dan juga harga yang sesuai untuk korang. Dari situ juga korang boleh buat research dulu sebelum pergi, dan juga lepas dah yakin dengan hotel mana yang korang nak duduk korang boleh book terus dari Traveloka. Dijamin senang dan selamat. Kalau nak dapat harga lagi murah korang boleh register dengan Traveloka dan akan dapat diskaun 25%. Best tak? Sangat mudah untuk bercuti.


Moga beberapa tips dan panduan yang Maha sediakan ini dapat memberi pengalaman menyeronokan bila korang pulang dari bercuti. Ini kerana bercuti adalah masa untuk merehatkan dan mecari ketenangan bukan kesusahan. Selamat merancang percutian dan selamat bercuti semua.



*Gambar dari laman visitmalaysia.info






  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles