Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Satu Harga Dua Rumah Serendah RM320 Ribu Di DK Impian West Damansara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai mengeluh sekarang ni nak beli rumah memang tak masuk akal dan banyak rumah hanya mampu lihat bukan mampu milik. Maha sendiri pun agak struggle untuk dapatkan hartanah sendiri pada usia yang muda ini tapi Alhamdulillah kini dah milik satu. 


Bagi kawan-kawan luar sana yang masih mencari rumah pada harga yang sangat berpatutan dan masih berada pada kawasan yang primier iaitu berdekatan dengan segala kemudahan yang ada mungkin kat DK Impian ini korang boleh pertimbangkan. Maha dapat ini pun daripada rakan-rakan yang rekmen katanya ada rumah strata yang murah kat area Pinggiran Subang


Kalau siapa yang bekerja area Subang Skypark Terminal, Star Avenue Mall atau Subang Galaksi sini sangat dekat dan memang sesuai untuk korang. Kawasan perumahan ini dekat dengan kemudahan lain seperti HELP University hanya 5km dan juga MRT hanya 3km sahaja jadi memang mudah. Lagi pun kat sini jalan dalam proses pembesaran untuk memberi kemudahan dari kesesakan. Pihak pemaju ada menyediakan shuttle bas untuk ke beberapa lokasi yang berhampiran jadi lebih mudah.


Rumah DK Impian ini sekarang dalam pembinaan dan untungnya rumah ini konsepnya adalah beli satu harga dapat dua kunci pintu. Maksudnya ada rekaan rumah ini mempunyai dua bahagian rumah yang dipisahkan dengan pembahagi bagi memudahkan untuk pemilik menduduki rumah tersebut dan dalam masa sama menyewa sebahagian lagi tanpa diganggu oleh penyewa. Best tak konsep ini jarang ada kat banyak rumah. 


Rumah ini ada banyak sangat kemudahan lain yang turut disediakan untuk pemiliknya nanti seperti kawasan riadah iaitu kolam renang yang luas, bahagian atas pula ada kawasan terbuka untuk BBQ atau sebarang aktiviti kemasyarakatan dan juga kekeluargaan, ruangan gymnasium dan banyak lagi. Parking juga turut disediakan dibahagian tingkat bawah perumahan ini so tak nampak sesak dan berselerak.


Maha cerita ni sebab Maha dah pergi sendiri kat DK Impian Sales Gallery mereka yang terletak kat Shah Alam. Maha suka konsep showroom mereka yang lebih mesra pembeli dan juga dapat memberi kita ruang untuk perbincangan agar segala kesulitan dapat diselesaikan. Kat tingkat atas sales gallery ini ada pula ruang pameraan reka bentuk dan keluasan rumah sebenar yang mereka hasilkan mengikut kemudahan yang ada.




Apa yang Maha suka kat sini mereka menekankan kepada flexibility perabot dalam rumah ini agar ia menggunakan segala ruang yang ada dan nampak lebih kemas dan selesa. Contoh ruang tamu mereka boleh tukarkan menjadi ruang untuk bilik tidur dan juga ia tak ubah seperti sebuah hotel. Katakanlah kalau korang berminat kepada mana-mana unit mereka boleh booking sekarang dan kalau nak yang fully furniture pun boleh ada disediakan. 





So kalau rasa nak mula miliki hartanah sendiri, ini adalah masa yang tepat dan pilihan yang terbaik, harga pun berpatutan bermula dari RM320K sahaja. Orang yang gaji kecil pun mampu memiliki rumah sekarang ini dengan keselesaan dan juga kemudahan yang ada. Boleh pergi kat sales gallery mereka yang terletak seperti alamat di bawah atau contact terus untuk maklumat lanjut. Selamat membuat pilihan kerana pilihan bijak untuk masa depan yang cemerlang.

Pertanyaan dan maklumat lanjut kunjungi :
Alamat : DK Impian Sales Gallery
               No 25 Jalan Uranus AG U5/AG,
               Bandar Pinggiran Subang
               Seksyen U5
               40150 Shah Alam, Selangor
Tel : 017-2002322
        017-2006662








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles