Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Makan Seperti Restoran Dalam Drama Korea Di SeoulNami Korean BBQ

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang yang peminat dan penonton setia drama Korea selalu melihat pelakon mereka akan makan dalam sebuah restoran dengan konsep di mana daging, makanan laut, dan makanan lain dimasak di depan meja makan. Mereka akan memanggang sendiri setiap daging dan juga makanan mengikut citarasa yang dikehendaki. 


Sekarang ini korang boleh merasai suasana makan seperti dalam drama tu hanya di Malaysia sahaja. Sebab Maha dan pergi makan kat restoran seumpama itu di The Gardens Mall. Restoran tersebut adalah SeoulNami Korean BBQ yang terletak di level 1 mall ini. Tak perlu risau kerana restoran ini mesra muslim dan diilhamkan orang tempatan untuk memenuhi kehendak makanan Korea di Malaysia. 




Bagi korang yang suka memasak live depan mata dan makan makanan yang panas-panas wajib cuba datang sini. Restoran ini menyajikan BBQ Korea dengan arang di panggang di atas meja. Kat sini terdapat pelbagai jenis makanan istimewa Korea untuk dipilih. Korang boleh makan daging, makanan laut, mee yang sangat pedas hingga ke pencuci mulut. Bagi memulakan hidangan mereka akan melayani korang dengan salad segar, kimchi, dan juga telur kukus. Telur kukus ni wajib memang mereka akan hidangan dan masak depan korang.

Telur kukus 

Honey Butter Chicken - RM59.00

Ganjang Chicken - RM59.00


Hidangan sampingan dan sos boleh diisi semula kalau korang rasa tidak cukup. Hidangan utama mereka adalah Famous Chuncheon Chicken ikonik dari Korea Selatan! Ayam chuncheon boleh didapati dalam empat perisa rempah tapi yang Maha makan hari tu ada dua iaitu Honey Butter Chicken dan Ganjang Chicken

Beef Platter - RM119.00



Ayam ini akan dipanggan di atas arang mengikut kehendak kita lah. Lepas tu balutkan ayam panggang dengan salad segar dan ditopping dengan sos. Tapi kalau korang nak makan macam tu sahaja pun dah cukup sedap ayang ni kerana dapat rasa perapan rempahnya. Selain ayam korang boleh juga ambil Beef Platter yang ada 3 jenis hirisan daging. Itu pun korang kena panggan atas arang. Ikut citarasa nak masak berapa lama janji korang makan masa ia masih panas-panas baru urhmmm.

Spicy Octopus - RM39.00

Fist Rice - RM29.00


Fire Ramyeon - RM39.00

Kalau yang suka panggang makanan laut korang boleh pilih Spicy Octopus macam yang Maha makan ni. Cuma sotong ni tak perlu panggang lama nanti ia akan liat macam getah. Semua ni korang boleh makan dengan pilihan antara Fist Rice dan Fire Ramyeon. Kedua-dua memberi kelainan rasa kerana yang nasi gumpal tu sangat lembut sebab beras merekakan macam pulut sikit kenyal-kenyal. Kemudian yang Ramyeon tu sangat pedas ok bagi orang tak tahan pedas jangan cuba memang berapi tapi masih sedap dinikmati.



Kimchi Trio - RM29.00

Kalau restoran Korea tak ada kimchi tak sahkan tapi kat sini ada 3 jenis Kimchi Trio iaitu Fresh, Fried dan Smoke. Orang suka Korea ni memang akan suka Kimchi ni lah hehehe Maha kurang sikit tapi bolehlah makan lagi. 

Binggrae Banana Uyu Colada (Rm24.00), Fizzy Sour Plum Cooler (RM19.00),  Out-of-This-World Lemonade (RM24.00) dan Sparkling Orange Cream Soda (RM19.00)

Bila dah makan pedas-pedas dan panas-panas nak kena ada minuman yang segar dan juga menyejukan baru padan. Kat sini mereka ada 4 jenis pilihan signature drink iaitu Out-of-This-World Lemonade, Binggrae Banana Uyu Colada, Sparkling Orange Cream Soda dan Fizzy Sour Plum Cooler. Paling ramai orang suka adalah yang sour plum tu memang sangat kena dengan makanan Korea. 

Charcoal Burnt Cheesecake - RM12.00

Akhir sekali korang kena cuba Charcoal Burnt Cheesecake mereka. Cheesecake ini dimasak dalam arang, di bawah gril semasa korang memanggan daging dan ayan tadi. Setelah lebih kurang 10minit keluarkan dari arang tadi dan makan panas-panas sangat sedap menyelerakan. Maha suka ok boleh habis 2 bekas cheesecake tu hehehe. 


Restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi boleh bila-bila masa jer nak nikmati hidangan di sini. Maha rasa nak repeat makan kat sini lagi hehehe walaupun tak berapa minta drama Korea tapi makanan mereka ada rasa yang berbeza. Sekali sekala nak makan hidangan yang sihat kena datang ker restoran SeoulNami Korean BBQ.

Promosi dan juga menu lain layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles