Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini yang suka makan Oden sila angkat tangan. Ala makanan yang dah mula tular sejak dua menjak ini. Makanan daripada Jepun tu tapi sekarang dah menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Cuma nak cari Oden yang betul-betul Halal dan sedap agak susah sekarang ni sebab banyak kedai dah mula jual.
Tak perlu risau kerana sekarang ni dah ada khidmat untuk tempahan katering Live Stall Halal Oden daripada TEKUN Mart. Kat mana lak TEKUN Mart ini? Kalau korang yang selalu menggunakan pengangkutan awam di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) korang boleh jumpa kedai serbaneka ini. Korang boleh naik kat tingkat 4 TBS tersebut berdepan betul-betul dengan Food Court.

Korang boleh datang sana terus untuk mencuba secara langsung Oden yang mereka sediakan. Bila dah cuba rasa puas hati boleh lah order untuk majlis yang korang nak buat. Macam majlis harijadi, majlis kenduri, doa selamat, pertunangan, majlis aktiviti sekolah dan macam-macam lagi. Paling penting Oden kat sini dijamin Halal yang disediakan oleh usahawan muslim.

Sebenarnya kalau korang masuk TEKUN Mart tu bukan sahaja ada jual Oden, tapi banyak lagi makanan panas yang ada di bawah satu bumbung. Korang boleh beli Jagung Manis, Spaghetti, Dim Sum, Meatball, Chickenball, Durian Crepe, Bomboloni, Bun cheese, Bun sosej, Mini Pizza dan Pau dengan pelbagai inti didalamnya serta pelbagai jenis minuman sejuk dan panas.
Jagung Cheese dan Jagung Susu – RM3.50 |
Durian Crepe 6pcs – RM13.00 |
Meatball – RM6.00 |
Chickenball - RM6.00 |
Minuman special kat sini korang kena cuba sendiri mereka punya Thai Red Tea dan Thai Green Tea yang sangat sedap, pekat dan sejuk. Lepas tu makan pula dengan Oden panas dan pedas tu memang terangkat lah satu gabungan yang sepadan.
Thai Red Tea dan Thai Green Tea – RM3.00 |
Spaghetti – RM6.00 |
Dim Sum 6pcs – RM5.00 |
Aiskrim Kon Vanilla – RM1.50, Aiskrim Kon Coklat – RM2.00 dan Aiskrim Kon Vanilla + Coklat – RM1.80 |
Maha ni cerita macam tokei kedai pulak tapi sebenarnya Maha dah pergi sendiri beli makan kat kedai ini. Hari tu masa hantar kawan balik kampung menaiki bas express kat TBS tu nampak kedai ni singgah lah nak beli minum. Rupanya banyak lagi yang ada kat dalam tu.

TEKUN Mart ini adalah satu konsep kedai serbaneka yang mengutamakan produk tempatan dan juga yang Halal. Sebab tu masuk sini boleh jumpa macam-macam produk makanan dan minuman usahawan tempatan. Paling menarik adalah Maha suka nak cuba mereka punya Nasi Lemak segera, Asam Pedas, Nasi Goreng dan banyak lagi lah.
Jadi kalau siapa yang nak travel jauh-jauh keluar negara tak sempat nak beli makanan yang Halal dan sedap boleh beli kat sini sebelum naik ERL untuk ker KLIA. Cadangan jer sebab kawan Maha balik naik bas ke kampung pun beli kat sini bekal dalam bas katanya.
TEKUN Mart ini adalah di bawah pembiayaan Koperasi Rakan Tekun Berhad (KRTB). Jadi kebanyakan produk usahawan TEKUN akan ada kat sini untuk dipasarkan. Kedai ini dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam. Jadi nanti kalau singgah kat TBS jangan lupa untuk kunjungi TEKUN Mart ini mesti meriah punyalah.
Sebarang tempahan katering dan juga pertanyaan hubungi :
Tel : 016-964 5544 (Kak Wani)
Email : tekunmart@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/odenhalal