Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebab utama kenapa Maha suka shopping kat LuLu Hypermarket bukan sahaja kerana harganya yang murah tetapi juga boleh menang hadiah-hadiah hebat. Ini kerana LuLu yang telah menapak di Malaysia sejak 2016 telah menganjurkan peraduan dengan hadiah-hadiah hebat. Tahun ini adalah peraduan kali kedua anjuran mereka.

Kalau korang yang biasa pergi beli belah kat LuLu Hypermarket di Munshi Abdullah atau juga kat cawangan 1Shamelin Mall akan tahu tentang peraduan Dream & Drive Shop & Win yang telah bermula sejak 1 Mei hingga 1 September 2019 yang lalu. Korang yang membeli lebih dari RM50 barangan di kedua-dua cawangan LuLu dalam satu resti layak untuk menyertai peraduan ini. Untungkan shopping dan menang hadiah siapa nak kasi.
Ucapan daripadaMr Asif, Regional director of LuLu |
Supermodel dan Pengacara TV Amber Chia |
Baru-baru ini bertarikh 28 September 2019 bertempat di LuLu Hypermarket 1Shamelin Malltelah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang bertuah. Mereka telah mengadakan dua kali cabutan untuk peraduan kali ini iaitu pada tarikh 5 Julai dan 6 September 2019. Hadiah yang ditawarkan tahun ini lebih hebat dan memang sangat besar.
Mana tidaknya Hadiah Utama sahaja 2 buah Kereta Proton X70 dan juga 6 biji Apple iPhone 7Plus serta 6 biji TV 49" UHD jenama Toshiba. Tak habis kat situ 100 orang pemenang lain pula memenangi hadiah baucer bernilai RM100 daripada LuLu Hypermarket. Majlis penyerahan hadiah yang diadakan pada hari tu sangat meriah kerana bukan sahaja pemenang dan ahli keluarga yang hadir tapi juga Supermodel dan Pengacara TV Amber Chia turut memeriahkan majlis.
Di sini Maha senaraikan nama pemenang bertuah kali ini memang nasib mereka untung sangat.
Pemenang hadiah utama Kereta Proton X70
1) Khairul Hilmi
2) Roslee Bin Misman
Pemenang hadiah Apple iPhone 7Plus
1) Faizan Farooq Siddiqui
2) Rana
3) Ho Foong Lian
4) Nur Syazwani Afiqah Bt Mohd Nazri
5) Soh Bau Lai
6) Kelly Lim
Pemenang hadiah TV 49" jenama Toshiba
1) Nur Adawiyah Bt Mohd Nasir
2) Sipinapa
3) Saw Wan Ying
4) Surina Yeo
5) En Yahya
6) Anoj Joseph
Semua pemenang sangat gembira pada hari tu terselah diraut wajah mereka selepas disampaikan hadiah. Selain itu juga semua tetamu kehormat dan juga hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional berbilang bangsa di Malaysia. Juga ada persembahan Silap Mata yang sangat menghiburkan. Tahniah sekali lagi Maha ucapkan kepada semua pemenang. Insha Allah tahun depan mereka akan buat lagi dengan hadiah yang lebih hebat dengar cerita. Sama-sama kita tunggu ok.
LuLu juga bakal mengembangkan lagi cawangan mereka di beberapa lokasi baru seperti Setia City Mall, Bangi Gateway Bachang Melaka dan juga Johor Bahru dalam awal dan petengahan tahun depan. Best lah lagi dekat nak shopping kat LuLu tuk dapatkan harga murah mereka. Selamat membeli-belah semua.
Promosi dan juga harga runtuh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermarketkl