Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau sebut nama Hotel Sri Petaling mesti ramai orang kenal dan tahu kat mana hotel ni. Tapi bila sebut Espira Sri Petaling korang tahu tak kat mana kan. Maha sendiri pun tak tahu sebenarnya Hotel Sri Petaling telah di jenamakan semula dengan Espira Sri Petaling. Walaupun rumah Maha dekat situ dan selalu lalu situ pun tak tahu pasal perubahan ini.

Sejak Ogos 2019 lagi hotel 3 bintang ini telah diambil alih oleh Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Wahh hebat yer PNB makin banyak hotel beliau seluruh Malaysia. Tak lama lagi akan ada pula menara tertinggi di Malaysia milik PNB juga yang terletak dekat dengan Stadium Merdeka tu hurmmm.




Hotel ini memperkenalkan identiti korporat dan imej baru kepada komuniti, pelanggan dan syarikat koporat. Hotel ni terletak ditengah bandar Sri Petaling dan hanya 2.7km daripada Stadium Nasional Bukit Jalil. Hotel ini sekarang ada 168 buah bilik yang terdiri daripada Superior King/Twin, Family Standard, Family Superior, Family Deluxe, Junior Suite dan Executive Suite.



Maha berkesempatan masuk dan melihat sendiri bilik-bilik yang ada kat sini bagaimana susun aturnya juga saiz biliknya. Kalau yang gamily tu memang sangat besar boleh muat sehingga empat orang terdapat bilik asing untuk ibubapa dan anak-anak. Kemudian bilik suite lain pun semua kemas dan teratur daripada segi perabut mahu pun hiasan yang ada di dalamnya. Satu bilik tu iaitu bilik paling besar siap ada Jacuzzi lagi kat dalamnya mewah giler.

Tu perubahan daripada segi bilik mereka juga telah menambah menu baru lebih daripada 50 jenis makanan yang terdapat di Dine Coffee House dalam hotel ini. Semua di sediakan sendiri oleh chef profesional mereka dan pasti memenuhi selera masyarakat Malaysia. Menariknya sehingga hujung bulan Mac 2020 ini mereka buat promosi 'Buy 2 Free 1' untuk semua jenis ala-carte menu mereka dari jam 11.00 pagi hingga 10.30 malam. Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan promosi ini hanya like Facebook Page Espira Sri Petaling dan korang boleh terus tebus promo ini.
Salmon Bakar (RM38.00) |
Caeser Salad with Salmon Salai (RM15.00) |
Maha nak kongsi dengan korang menu-menu baru yang terdapat kat sini tak adalah semua tapi yang mana sempat Maha cuba hari tu masa datang ke hotel ini. Kalau korang kaki ikan Salmon mesti kena cuba dua menu ini iaitu Salmon Bakar dan juga Caeser Salad with Salmon Salai. Selain makanan laut ada juga beberapa menu daging dan kambing yang menarik di sini seperti Daging Sirloin Panggang dan NZ Lamb Chop Panggang. Kedua-duanya ada sos lada hitam dan juga bersama kentang goreng dan sayur yang ditumis bersama mentega.
Daging Sirloin Panggang (RM35.00) |
NZ Lamb Chop Panggang (RM40.00) |
Kalau korang tak berapa sangat makanan barat nak cuba hidangan masakan Melayu kat sini ada juga Daging Halia, Sup Ekor dan Kacang Pool. Semua ini cukup rasa masakan tempatan dimana dagingnya lembut dan juga sup ekor yang direneh selama 2 jam untuk pastikan ia masak sempurna. Juga kalau orang Johor rindu nak makan masakan Johor boleh cuba Kacang Pool mereka rasa sama jer macam kat sana. Kalau yang nak makan nasi paling rekemen kat sini adalah Nasi Goreng Sri Petaling bersama dengan sambal udang, ayam goreng dan acar sayur cukup lengkap.
Daging Halia (RM15.00) |
Sup Ekor (RM20.00) |
Kacang Pool (RM12.00) |
Malaysia ni kaya dengan pelbagai bangsa menu kat sini juga ada untuk semua bangsa seperi masakan Cina. Kat sini popular adalah Mee Sup Wantan dan juga Beef Stroganoff. Jadi boleh pilih nak mana satu korang mesti balik tak akan lapar dan puas kenyang makan. Akhir sekali mesti kena tutup dengan pencuci mulut iaitu Puding Roti dan Mentega. Lengkap makanan satu hari korang kalau menginap kat hotel ini tak perlu pergi jauh-jauh.
Mee Sup Wantan (RM18.00) |
Cili Padi Chicken Chop (RM18.00) |
Puding Roti dan Mentega (RM5.00) |
Paling penting Dine Coffee House, Espira Sri Petaling mendapat persijilan Halal daripada JAKIM jadi makan tanpa was-was. Korang yang tidak menginap kat sini pun boleh datang untuk makan tengah hari bawa rakan pejabat atau juga bawa keluarga sekali-sekala makan yang sedap-sedap dan mewah, tapi harga tetap masih mampu bayar. Kalau korang dah makan kat sini nanti boleh tinggal komen untuk reference orang lain juga nantikan. Selamat menjamu selera.
Info lanjut dan juga tempahan boleh hubungi :
Laman web : https://www.hotelsripetaling.my
Facebook : https://www.facebook.com/espirasripetaling
Instagram : https://www.instagram.com/espirasripetaling
Whatsapp : 011-3676 5641
Tel : 03-9058 2323