Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1332 articles
Browse latest View live

Menjejaki Kulinar Yang Menjadi Identiti Di Yogyakarta Indonesia - Episod 1

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru dapat masa nak update tentang FAM Trip Maha ker Yogyakarta atau ada sesetengah orang panggil Jogjakarta atau Jogja. Tapi mana-mana pun sama sahaja dan bila sebut Jogja korang akan teringat tentang Borobudur yang menjadi ikonik tarikan pelancongan di sini. Borobudur atau Candi di sini pun dah diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO. Jadi memang ia perlu dipelihara dan juga dikekalkan untuk melambang identiti Jogja.

Tapi ramai orang tak tahu yang pelancongan itu juga bukan sekadar tempat menarik tetapi juga kulinar yang menjadi identiti sesuatu tempat itu membawa orang serata dunia sanggup melancong jauh-jauh untuk nikmatinya. Begitu juga kat Jogja ini ada banyak sebenarya makanan yang menjadi kebanggaan rakyat mereka dan begitu terkenal. Maha pun berpeluang dijemput oleh Tourism Indonesia untuk mengenali juadah yang boleh diketengahkan kepada pelancong luar.

Kalua siapa ada ikut Maha punya Instagram dan Facebook akaun adalah Maha update sepanjang 5 hari berada di sana. Jutaaan terima kasih kepada Indonesia Travel membawa Maha dan beberapa kawan blogger lain ke Jogja. Maha ada banyak episod nak update ni sebab terlalu banyak tempat makanan dan juga jenis makanan yang begitu tradisi di sini juga boleh dinikmati semua orang. Kali ni Maha nak memperkenalkan beberapa restoran yang sempat kami singgah sepanjang lima hari berada di Jogja ini ok.

RESTORAN JE JAMURAN


Ini adalah restoran pertama kami singgah bila sampai kat Jogja ini dan ia sangat popular. Ramai kawan-kawan Maha pun rekmen untuk makan di sini. Je Jamuran adalah diambil daripada nama Jamur atau Malaysia panggil cendawan. Ini kerana hampir 90% makanan di sini berasaskan kepada cendawan.

Kalau korang tak percaya kat sini sangat popular dengan Sate Jamur. Korang makan sate ni rasa seperti macam makan sate daging tapi ia cendawan kerana perapan pada cendawan tu buat ia rasa begitu unik. Kemudian ada pula kuah kacang di atasnya. Kemudian ada juga yang popular lain seperti Goreng Tepung Tiram iaitu cendawan tiram goreng tepung juga ada cendawan Shitake, Merang, Portabella dan banyak lagi. 




Kat sini ada lebih daripada 20 jenis Jamur yang ditanam sendiri dalam ladang yang diusakan oleh pemilik restoran ini. Selapas makan hari tu Maha dibawa untuk menjelajah kedalam ladang melihat bagaimana perusahaan penanaman cendawan dan juga pembiakan dilakukan sendiri di sini. Selain itu juga mereka mengeluarkan beg cendawan untuk diusahakan oleh penduduk tempatan bagi menambah pendapatan mereka juga. 




Nak jaga cendawan ini tak sulit seperti mana tanaman lain. Cuma perlu tahu suhu dan juga pengairan agar ia dapat membiak dengan baik. Hari tu sempat tengok pelbagai jenis cendawan yang ada ditanam di sini seperti Jamur Kuping, Jamur Tiram, Jamur Ling Zhi, Jamur Nameko dan banyak lagi. Ada yang tidak dimasak di restoran sini tapi dijadikan bahan dalam ubatan. Jadi semua cendawan sini berguna dan juga baik untuk dinikmati. Kalau yang memang vegetarian punya orang sangat sesuai datang makan kat sini. 





Buka setiap hari dari pukul 9pagi sehingga 9malam waktu Indonesia. Kat sini menurut kata pemiliknya sentiasa penuh dan juga ramai orang kalau nak datang waktu makan tengah hari kena booking awal. Nasib hari tu kami datang dah siap booking oleh Tourism Indonesia jadi senang. Kemudahan lain semua ada seperti ruang solat, tandas juga ada spa ikan untuk siapa nak bagi ikan makan kaki wakakaka. Memang sini tempat menarik untuk korang kunjungi.

WAROENG KOPI BOROBUDUR


Kat Jogja terutama kat area Borobudur sangat popular dengan perusahaan kopi mereka. Kalau korang untuk lalu di sekitar Gunung Menoreh korang boleh lihat banyak ladang kopi termasuklah yang popular di sini iaitu Luwak Kopi. Tapi kali ni Maha dibawa mencuba satu Waroeng Kopi Borobudur atau juga yang dikenali sebagai Balkondes Borobudur


Dari luaran warong kopi ini sangat unik kerana berbentuk joglo ala Jawa Tengah. Masih mengekalkan tradisi di sini dan juga suasana tenang nyaman sahaja. Kalau sini korang kena cuba kopi mereka yang di buat secara tradisi oleh barista yang ada di sini. Korang boleh tengok beberapa peralatan yang digunakan masih lagi cara lama dan juga serbuk kopi ditapis menggunakan kertas.




Sini ada beberapa jenis kopi yang popular seperti Kopi Argopuro yang rasanya lebih light, bagi korang suka yang medium pekat boleh cuba yang kopi Gayo dan juga kopi Ijen. Kopi Babadan dan juga Kopi Ngawonggo juga rasa light. Kalau nak tahu lebih lanjut nama kopi ni dan asalnya boleh bertanya kepada barista yang menghasilkan minuman kopi di sini beliau memang arif. Orang sini suka minum kopi sambil santai dan bersembang-sembang. Juga ada beberapa makanan waktu petang seperti pisang goreng dan juga tempe goreng.




Kalau korang nak mejelajah dan juga merasai suasana kampung di sini Maha galakkan korang menaiki kereta kuda yang ada di sini. Korang boleh bertanya kepada bapak yang mengendali kereta kuda tu berapa harga Maha tak ingat. Tapi boleh naik seramai empat orang sahaja untuk satu kereta. Meraka akan bawa korang pusing-pusing pekampungan Borobudur dan sekitarnya memang seronok giler.

MATA LANGIT BY PLATARAN


Kalau yang nak kepada makanan barat dan juga Itali ini adalah restoran mewah yang memang korang kena pergi. Mata Langit terletak di atas bukit di pergununang Menoreh tadi. Kalau nak naik sini kena menaiki kenderaan kerana jauh di atas puncak. Korang bila dah sampai atas memang terpukau dengan pemandangan yang sangat indah boleh melihat sekitar Borobudur dan juga beberapa kampung yang ada di situ.




Korang tengok sendiri pemandangan sangat cantik dan indah kalau korang nak bergambar kat sini memang best. Dari atas ni korang boleh lihat pemandangan berlatarbelakang enam gunung sekitar antaranya Merapi, Merbabu, Telemoyo, Andong, Sumbing dan Prahu. Bila tiba waktu malam pula sini boleh lihat cahaya neon lampu menerangi perkampungan yang ada di bawah tu. Pulak tu nampak taburan bintang di langit sebab tu namanya Mata Langit.



Makanan kat sini adalah makanan barat dan juga Itali. Korang boleh cuba antaranya Pesto Risoto, Homemade Ravioli, Spaghetti Carbonara, Spinach Raviolim Spaghetti Aglio Olio dan banyak lagi. Cuma hari tu mungkin bukan nasib kami sebab hanya dapat makan Spaghetti Aglio Olio sahaja yang ada mungkin sebab datang lambat kot. Apa pun memang pemadangan sini menarik dan sungguh menggoda.

SATE KLATHAK PAK PONG


Korang kena sebut betul-betul ok Sate Klathak bukan sate katak yer jangan salah maksud lak. Sate Klathak ini adalah sate daging kambing. Semua sate ini menggunakan daging kambing sebab itu ia menggunakan bukan lidi sate biasa tapi ia dicucuk pada besi khas untuk membakarnya. Ini kerana sate kambing memerlukan masa yang panjang untuk dibakar. Kalau pakai lidi sate biasa nanti habis terbakar semua lidinya hehehe.




Sate Klathak Pak Pong ini sangat popular dikalangan masyarakat tempatan di Jogja terutamanya. Banyak gerai atau pejaja tepi jalan jual sate ini tapi yang ini paling direkmen kepada korang untuk datang cuba. Kat sini banyak masakan yang berasaskan kambing selain dari sate korang boleh cuba Gulai Babat atau juga perut kambing, lepas tu ada Tongseng Daging iaitu sup daging dan banyak lagi.




Kedai ni berada tepi jalan dan kalau datang waktu malam macam Maha datang hari tu memang penuh ramai orang sesak kat sini. Siapa tak makan kambing kat sini ada juga daging ayam goreng tak perlu risau ok. Tapi sate klathak tu memang sedap korang tak rasa kambingnya kerana diperap dalam bumbu hanya garam dan merica. Kemudian bila dah siap bakar akan hidang bersama sos macam kicap pekat. Sedap makan begitu sahaja atau juga makan dengan nasi putih.

GUDEG BU HJ. AMAD


Ini satu lagi makanan yang menjadi kegemaran orang Jawa Tengah terutamanya di Jogja ini. Gudek merupakan sejenis masakan yang berasaskan Nangka Muda yang dimasak bersama santan. Masak memerlukan waktu yang lama untuk menghasilkan rasa yang enak dan juga sehingga ia betul-betul kering dan bewarna coklat. Orang kat sini makan Gudeg ini untuk sarapan pagi, tengah hari atau malam.




Gudek paling popular adalah di Rumah Makan Bu Hj. Amad yang terletak di kota Jogja. Dekat dengan UGM iaitu Universitas Gajah Madah. Sebab hari tu masa nak pergi ke restoran ini lalu universiti yang terkenal di sini. 



Cara makannya pula Gudeg dimakan dengan nasi dan disajikan dengan ayam kampung, telur, tempe, tahu dan sambal goreng krecek. Telur tu warna kegelapan kalau macam kita ini Telur Pindang yang orang selalu bagi kat kenduri. Memang sini mereka makan kering tak ada kuah juga nak sedap lagi kena pula dengan kerupuk yang rangup tu. Ada sesetengah tempat mereka masak Gudeg ini sedikit basah untuk kuahnya. Tapi yang popular adalah yang kering macam ni. 

RESTORAN SEKAR KEDHATON


Ini pula adalah satu restoran makanan yang paling menarik korang kena kunjungi bila datang ker Jogja ini. Sekar Kedhaton adalah sebuah restoran di sebuah bagunan lama yang didirikan pada tahun 1800 oleh orang kaya yang miliki perusahaan berjaya di Jogja. Ia masih kekal sehingga kini dengan sentuhan keagungan dekorasi etnik Jawa. Juga katanya ada campuran unsur China, Portugis dan Belanda pada bangunan ini.




Maha masuk pada mulanya terasa seram sebab ia bangunan lama tapi rasa tenang bila dah nampak makanan wakakaka. Kat sini mereka punya masakan juga terdapat unsur campuran China, Portugis, Belanda dan Jawa. Sebab tu korang nampak ada masakan macam ayam tu masakan Jawa, manakala yang ikan tu masakan Belanda dan juga sayur campur tu adalah masakan China. 





Sini menarik mereka ada unsur tradisi yang boleh dibanggakan dan juga masih kekal sehingga sekarang ini. Datang bukan sahaja untuk makan tapi juga siapa yang suka bergambar sini memang cantik menarik. Sini juga ada juga pusat untuk batik Indonesia yang diusahakan di sini dan juga dijual sebagai cenderamata kepada tetamu. Mungkin korang boleh lah cuba makan sini Maha rekmen memang sangat menarik giler tempat ini.

Jadi ini beberapa restoran atau Rumah Makan yang Maha sempat pergi semasa trip ker Jogja hari tu. Tapi ada lagi untuk episod kedua pula Maha akan share beberapa lagi makanan tadisi yang menjadi kebanggaan orang tempatan. Mereka juga ada macam-macam jajan yang tiada di Malaysia untuk dibawa pulang. Mungkin ramai tahu pasal kuih Bakpia. Tu nanti posting seterusnya ada banyak lagi makanan menarik di sini. Nanti korang datang bercuti sini boleh cuba dan tinggalkan komen kat bawah ok. Selamat menjamu selera semua dan selamat bercuti. 











Pernah Jatuh Tersungkur Dr Rozmey Bangkit Dengan Produk Membantu Petani

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betul kata orang kalau bangun daripada jatuh adalah lebih baik daripada tak rasa jatuh tapi bila terduduk tak mampu bangun. Ini bukan cerita kisah Maha tapi kisah perkongsian usahawan dahulu sangat terkenal dan berjaya. Sebut sahaja nama Dato' Dr Rozmey siapa tidak kenal. Dahulu terkenal dengan pengeluar produk kesihatan dan imej yang lain daripada orang lain. 

Berkesempatan untuk beborak dan juga besama figura yang tidak kenal erti putus asa ini buat kita juga rasa bersemangat untuk berjaya sepertinya. Maha dan juga kawan-kawan berkesempatan untuk makan dan meluangkan masa bersama Dr Rozmey yang kini tampil lebih segar dan berani. Juga membawakan identiti yang tiada siapa sangka beliau adalah Dr Rozmey yang dahulu.

Sembang punya sembang banyak yang Dr kongsikan kepada kami selain daripada kisah silam juga kepada kisah terbaru beliau. Setelah 2 tahun membuat kajian akhirnya kini Dr telah menghasilkan produk terbaru khas untuk membantu petani. DDR Bio Grow adalah produk baja organik kombinasi formula bio dan lautan yang dihasilkan menerusi penyelidikan serta kajian saintifik terknologi terkini.

Kepakaran yang beliau ada digabungkan dengan rakannya seorang pakar kimia dalam polimer maka terhasillah produk baja yang bukan sahaja menambah hasil pengeluaran petani tapi juga mengawal serangan makhluk perosak tanpa memberi kesan sampingan kepada pengguna. Baja ini adalah baja polimer yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam menerusi teknologi biosains dan fasiliti makmal terkini. Sempat juga Dr memberi perumpamaan kalau kita nak mengatasi masalah haiwan perosak kena atasi daripada habitatnya. 

Baja ini kaya dengan NPK (unsur utama) dan trace element (unsur surih) yang membantu membentuk pertumbuhan akar dan penyerapan nutrien dalam tanah. Ia kaya dengan PGR (Plan Growth Regulator), penggalak dan pembesaran tumbuhan dan memperbaiki hasil tanaman serta meningkatkan hasil tanaman. 

Beliau berkata bahawa baja ini terlah teruji secara terus kepada petani padi di Negeri Kedah dimana makhluk perosak seperti Siput Gondang, Tikus, Ulat Gulung dan banyak lagi perosak kepada pokok padi dapat dihapuskan. Ia juga dapat mengawal pembiakkan rumpai yang menjadi pesaing kepada anak padi.

Sejak mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada awal tahun lalu DDR Bio Grow menerima sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan petani terutama pesawah. Kebanyakkan petani yang mencuba dan menggunakan baja ini menjadikan hasil pendapatan mereka meningkat sekali ganda daripada biasa dan secara langsung meningkatkan pendapatan mereka juga. 

Maha tak pandai pasal pertanian walaupun anak peneroka Felda tapi bila dengar bahawa niat murni Dr dalam membantu usahatani untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi rasa ia satu perkara yang terpuji. Bukan keuntungan sahaja yang beliau utamakan tapi hasil kepada pengguna yang menjadi keutamaan semasa menghasilkan baja ini. 

Buat masa ini baja ini sesuai untuk penggunaan petani berskala besar dan juga yang membuat secara persendirian. Harga di pasaran pun tidak begitu mahal menurut kata Dr, DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter RM65 sahaja dan untuk botol 4 liter pada harga RM199 sahaja. Juga boleh digunakan untuk petanian buah-buahan dan juga petanian sayur-sayuran kerana ia selamat dan tiada bahan kimia.

Selain daripada produk baja Dr Rozmey juga ada mengeluarkan produk pewangi dan antibakteria, juga DDR Bioshield untuk makhluk perosak. Kalau korang rasa nak dapatkan info lanjut pasal semua produk ini juga nak mencuba baja keluarakan Dr ini boleh layari laman web beliau dan boleh terus berhubung dengan Dr Rozmey seperti detail di bawah.

Tel : 012 5688446 







Mencari Oleh-oleh Khas Jogja Untuk Dibawa Pulang - Episod 2

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada cerita tentang rumah makan atau restoran yang Maha singgah sepanjang trip mengenali kulinar yang terbaik di Jogja. Kali ini pula Maha nak sambung lagi kerana kat Jogjakarta ini begitu banyak sekali makanan yang terkenal dan juga menjadi identiti kepada daerah ini.

Cuma kali ini Maha menyulusuri pelusuk dan juga kampung untuk mengenali beberapa perusahaan tempatan yang sebenarnya ia boleh menjadi ole-ole untuk dibawa pulang. Mungkin korang selalu kenal Bakpia sahaja tapi banyak lagi juga orang sini kreatif dan juga mencari sumber tempatan diinovasi kepada yang lebih bagus dan berpotensi ke peringkat antarabangsa. Jom kita masuk ke perusahaan tempatan yang berjaya di Jogja.

THE ORIGINAL PAWON LUWAK COFFEE


Seperti mana yang Maha bagi tahu bahawa sekitar pergunungan Menoreh cukup terkenal dengan perusahaan ladang kopi. Di antara salah satu yang menjadi begitu popular adalah Kopi Luwak. Di Kampung Borobudur ini jumpa satu industri tempatan yang mengusahakan dan memproses kopi ini daripada biji kopi yang dikutip dikaki bukit.



Korang tahukan yang biji kopi Luwak ini adalah biji kopi yang dikeluarkan hasil daripada pemakanan musang secara semulajadi. Ia adalah biji kopi yang tidak terhadam kerana musang ni hanya makan isi sahaja. Jadi biji ini semua di kutip oleh peladang daripada hasil buangan musang liar. 



The Original Pawon Luwak Coffee adalah satu perusahan kecil penduduk kampung daripada proses menjemur biji kopi. Kemudian dimasak dan diproses menggunakan mesin tradisional sehingga kepada serbuk kopi. Kat sini cukup terkenal dua jenis kopi iaitu Arabica dan juga Robusta. Korang mesti tak tahukan yang Kopi Luwak ini adalah kopi paling mahal didunia. Harga untuk satu cawan kopi tu sahaja Rp25,000 tau. Siapa suka kopi boleh beli dan bawa pulang serbuk kopi ini.

ASHFA MADU


Sini pula adalah perusahaan madu yang dilakukan dirumah sahaja. Daripada minat hingga kini Ashfa Madu telah ada lebih 300 kotak sarang madu di sekitar rumahnya. Dari mana asal lebah madu ini? Ia sebenarnya dibawa terus daripada perhutanan dan diternak di sini untuk diambil madunya. Jadi lebah sini lebih jinak dan kurang merbahaya kalau kita tidak mengancam rumahnya.






Kat sini popular dengan 3 jenis madu iaitu Madu Rambutan yang dibawa oleh lebah daripada bunga pohon rambutan, Madu Bee Pollen dan juga madu paling banyak iaitu Madu Asli Bunga Kaliandra. Pokok bunga ini ada ditanam sekitar rumah ini untuk terus menghasilkan madu yang berkualiti di sini. Rasa setiap madu pun berlainan dan ada rasanya tersendiri. 

MBAKYU MUN 


Mbakyu Mun ni adalah satu perusahaan kerepek daripada Singkong atau kita panggil Ubi Kayu. Kerana tanah sekitar Borobudur ini begitu subur dan juga kering makan penanaman ubi kayu banyak sangat diusahakan oleh penduduk kampung secara kecil-kecilan. Mereka menanam ubi untuk dimakan sendiri atau juga untuk dibeli oleh pengusaha seperti ini untuk dijadikan kerepek ubi.



Mula masuk tu memang banyak sangat lihat bungkusan kerepek yang telah siap di goreng. Ada yang memang dihasilkan terus daripada ubi kayu yang dihiris nipis dan ada juga yang diadun menjadi doh kemudian di potong untuk menghasilkan kerepek pelbagai bentuk dan jenis. Pulak tu kat sini bukan satu rasa sahaja kerepek macam kita kat Malaysia tapi mereka pelbagaikan rasa seperti cheese, cili juga yang manis, yang pedas juga kepada yang original.



Setiap kerepek ubi yang dihasilkan lain harga korang kena tawar menawar kat pekerja sini tapi bagi Maha ia sangat murah kalau nak banding kat Malaysia. Cuma kerepek di sini dihasilkan bukan untuk tujuan pemasaran luar tapi untuk dijual disekitar kampung sahaja. Cuma pelancong boleh beli bawa pulang dengan bungkus cantik dalam kotak ikat ketak agar tak masuk angin. Maha dan kawan hari tu ada beli juga beberapa bungkus dan bawa balik ke Malaysia masih sedap dan rangup rasanya ok.

BAKPIA PATHOK 25


Kalau sebut Bakpia kita mesti ingat akan Jogja kerana kuih ini begitu sinonim dengan kota ini. Hampir diseluruh tempat pasti ada sahaja menjual kuih Bakpia ini. Namun yang mana adalah yang terbaik dan sedap untuk dinikmati dan dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang korang kena pandai cari. Hari tu Maha dibawa oleh Tourism Indonesia untuk melihat sendiri bagaimana kuih ini dibuat disebuah perusahaan Bakpia Pathok 25 antara pengeluar kuih Bakpia terbaik di kota Jogja.


Sebenarnya kuih Bakpia ini dibawa dari negara Cina dan hanya berintikan kacang ijo sahaja. Namun kini dengan permintaan yang tinggi dan pelbagai cabaran dalam memastikan Bakpia boleh diterima oleh semua orang dah diinivasikan macam-macam inti didalamnya seperti coklat, keju, nanas, durian dan kumbu hitam atau kacang hitam.



Proses nak menghasilkan kuih ini tak muda kerana ia daripada kacang hijau yang dikeringkan kemudian dikukus untuk menghasilkan isi yang lembut. Kemudian kacang dihancurkan dimasak dengan bahan tambahan lain. Lepas tu baru mereka buatkan kulit Bakpia daripada tepung, gula, air dan minyak. Akhir sekali dimasukkan inti didalamnya kemudian dibakar sehingga masak dan mengeluarkan bau yang wangi.


Korang mesti kena bawa pulang kuih ini kalau datang bercuti ker Jogja. Tak sah ok kalau tak bawa oleh-oleh ini sangat rugi rasa sedap. Boleh tahan lama kalau disimpan dengan baik. Ada yang harga biasa dan juga yang premium lebih mahal sikit kerana kualitinya. Bakpia paling Maha suka adalah inti Kacang Ijo hari tu bawa balik beberapa kotak hehehe puas makan.

CHOCOLATE MONGGO


Ini pun menjadi kegemaran Maha masa datang berjalan di Jogja iaitu Chocolate Monggo. Siapa tak suka coklatkan rugilah. Ia merupakan perusahaan daripada pengusaha asing yang memang cinta kepada coklat dan koko di sini. Coklat di sini dihasilkan daripada biji koko yang dikeringkan daripada buah koko. Korang pernah tengokkan buah koko macam mana orang sini panggil Kokao.




Dulu masa mula diusahakan coklat ini dijual menggunakan vespa warna pink oleh pengusahanya keserata Jogja. Kemudian dari tahun ke tahun dengan bantuan kemajuan perusahaan coklat ini makin berkembang dan kini di sini juga terdapatnya muzium coklat. Di sini mereka mencerikan sejarah bagaimana Chocolate Monggo berasal dan juga bagaimana ia dihasilkan dari biji hingga kepada perbungkusan.




Hari tu kami diberi kesempatan untuk membuat coklat sendiri. Sini kalau korang masuk memang baunya harum semerbak sedap kerana bau coklat. Pengeluaran Chocolate Monggo antara coklat terbaik di dunia. Kalau korang memang hantu coklat kena datang dan cuba sendiri semua yang ada disini. Lepas tu boleh bawa pulang sebagai ole-ole. Kat dalam kawasan kilang tu juga ada cafe coklat untuk menikmati makanan dan minuman berasaskan coklat sedap.

So cukup kali ini lima ole-ole yang korang boleh bawa pulang bila datang bercuti ker Jogja ini. Memang masih banyak lagi yang ada tapi tak sempat nak singgah semuanya. Apa pun Jogjakarta cukup bangga dengan makanan mereka sehingga ramai orang luar juga mengiktiraf kulinar mereka. Lepas ni ada satu lagi posting Maha iaitu beberapa menu masakan yang kami masak sendiri sepanjang berada di Jogja ini. Nantikan ok posting seterusnya. Selamat mejamu selera dan juga selamat bercuti.







Setkan Perjumpaan Tahun Baru Cina Di UTARA Hotel Armada Petaling Jaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini lah masanya nak bersama keluarga dan juga sanak-saudara yang jauh untuk makan beramai-ramai sempena dengan Tahun Baru Cina. Almaklumlah waktu tu semua orang cuti jadi semua boleh jumpa bersama dan makan buffet yang ada di UTARA Hotel Armada Petaling Jaya. Jangan risau kerana kafe ini ada sijil Halal JAKIM dan makan lah tanpa was-was.

Permulaan kepada perayaan Tahun Baru Cina nanti dari 17 hingga 23 Januari 2020, UTARA akan mengadakan pra Majlis Makan Malam Buffet Reunion Tahun Baru Cina. Bufet Tahun Baru Cina kali ini membawakan hidangan simbolik kemakmuran, nasib yang baik dan kelimpahan rezeki. Buffet mereka mesti ada kombinasi masakan tempatan, barat, Jepun dan India sikit. 


Kali ini Maha dah cuba semua menu sempena Tahun Baru Cina memang memang menjilat jari dan kekenyangan. Paling best hidangan Seabass yang dikukus dengan Kulat Hitam dalam Sos istimewa, kemudian ada Sayuran Campur Goreng dalam tu ada ubi teratai yang dipotong nipis, Ayam Herba Cina Kee Chee, Fried Kam Heong Mussels dan Sang Har Noodles.


Ini baru separuh sahaja ada lagi tau wajib kalau pergi bufet tahun baru mesti kena ada Yee Sang. Kali ini mereka membawakan King Salmon Yee Sang tradisional pada harga RM88+ per hidangan dan Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian) pada harga RM78+ per hidangan. Petua mereka nak makan Yee Sang makin tinggi kita gaul makin tercapat hajat baik kita gitulah katanya. Tapi jangan sampai bersepah sudahlah hehehe.

Harga untuk pra bufet tadi pula adalah RM80+ seorang dewasa, RM60+ untuk warga emas dan RM40+ untuk kanak-kanak. Manakala harga untuk bufet pada malam Tahun Baru Cina 24 dan 25 Januari  pula berharga RM90+ untuk seorang dewasa dan RM45+ untuk seorang kanak-kanak. Beza berapa jer makanan makin banyak lah. 

Tahun depan juga mereka bawakan Pot Treasure mewah yang juga dikenali sebagai 'Poon Choy'. Dalamnya dipenuhi dengan makanan yang lazat seperti Abalone, Prawns, Scallops, Clams, Cucumber Sea, daging Itik dan bahan-bahan flavourful yang lain menjadikan Poon Choy hidangan yang sangat memuaskan. Poon Choy boleh didapati untuk makan malam dengan harga RM488+. kalau korang beli bungkus bawa pulang Poon Choy claypotnya akan menjadi milik korang.


Bagi yang datang berkumpulan boleh ambil The Pearl Prestige Set Menu yang berharga RM1188+, The Everlasting Future Set Menu berharga RM1288+ atau The Splendor Treasures Set Menu berharga RM1388+. Semua set ini adalah untuk kumpulan seramai 10 orang jadi korang boleh dapat meja exclusive untuk bersembang sambil makan sepuasnya.


Semua set dan juga Yee Sang dan Poon Choy boleh dipesan bermula dari 1 Januari hingga 9 Februari 2020. Sebarang Tempahan atau pertanyaan mengenai juadah Tahun Baru Cina di sini, sila hubungi +603 7954 6888 ext 4557 - UTARA atau email armada@armada.com.my. Maha dah cuba memang puas hati dengan harga dan rasanya boleh masuk tekak kita orang Melayu ni. Lagi pun sekarang ni kafe UTARAini dah berwajah baru memang sangat elegan dan begitu membuat korang rasa lapar membuak-buak nak makan bila masuk ker sini. Mesti kena cuba ok. 









Kahwin Di Hotel Puri Pujangga UKM Bangi Dapat 2 Dalam 1

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung tahun ni memang masa untuk memenuhi undangan perkahwinan walaupun tengah dalam keadaan banjir sekali pun majlis tetap berlangsung dengan meriah. Maha sendiri pun dapat juga beberapa jemputan perkahwinan hujung tahun ini ada yang dekat dan juga ada yang jauh.

Tapi kalau ada pasangan yang masih tercari-cari tempat untuk melangsungkan perkahwinan dalam keadaan yang selesa dan juga tenang tanpa masalah banjir dan sebagainya mungkin Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi boleh dipertimbangkan. Maha belum lagi ada pasangan tapi teringin tu ada nak kahwin belum jodoh kata orang wakakaka. Bila tengok dewan perkahwinan cantik-cantik dan meriah ni rasa macam nak kahwin cepat jer.




Baru-baru ini Maha dijemput untuk menghadiri 'Wedding Open Day' di hotel tersebut. Saja jer tengok-tengok apa yang mereka tawarkan dalam pakej perkahwinan di sini. Kali ini Hotel Puri Pujangga kerjasama dengan SASES selaku wedding partner menawarkan harga serendah dari RM45nett untuk seorang. Dengan tawaran harga ini pasangan pengantin boleh dapat 2 dalam 1 tau.






Apa yang dimaksudkan 2 dalam 1 tu? Ini yang menarik kalau korang pilih untuk buat majlis yang bermakna di hotel ini, korang akan dapat lokasi perkahwinan yang lengkap termasuk makanan serta juga dapat penginapan sekali. Diberi nama Pakej 'Pujangga Bronze' ini kena order minima untuk 1000pax tetamu. Alang-alang dah buat kenduri kat hotel mesti nak ajak ramai orangkan.

Pakej ini termasuk sekali dengan :
- 10 bilik penginapan 2 hari 1 malam
- 1 bilik 'Bridal Suite' untuk pengantin
- Meja beradab untuk 10 orang
- Sistem Audio dengan 2 mikrofon
- Rostrum
- Pentas untuk pelamin 
- Karpet merah
- 'Food Testing' untuk 10 orang
- Percuma Wi-Fi
- Dewan berhawa dingin
- 'Centrepiee' untuk setiap meja
- 2 VIP Dome
- Pakir percuma untuk tetamu
- Valet parking (2 kereta)

Percuma lagi pasangan pengantin akan dapat
- Dekorasi Pelamin
- Dekorasi meja beradab
- Fotografi
- Door Gifts
- Kek Kahwin
- Busana Pengantin (Sanding)

Mesti keluarga dan juga pasangan pengantin akan utamakan makanan kepada tetamu kat sini tak perlu risau kerana menu utama terbaik di sediakan bagaikan hidangan raja. Antara menu yang boleh dipilih seperti Nasi Minyak/Nasi Briani/Nasi Tomato, Daging Rendang/Briani/Palembang, Ayam Masak Merah/Goreng Berempah/Kuzi, Dalca Sayur, Jelatah, Papadom, Kuih muih, Buah-buahan, Air Sirap Limau, Teh 'O'dan Kopi 'O' Panas





Tu pilihan menu untuk tetamu tapi ada, terdapa juga menu disediakan untuk meja Makan Beradab bagi pengantin. Antara yang ada seperti Nasi Minyak/Nasi Briani/Nasi Tomato. Ayam Panggang, Ikan Siakan 3 Rasa, Udang Masak 'Butter', Koktail Buah, Air Sirap Limau, Teh 'O' dan Kopi 'O' Panas. Semua ni dengan harga yang Maha bagi tahu tadi sebab ia dalam satu pakej.



Bagi pasangan yang ada bajet lebih sikit boleh memilih untuk beberapa pakej lain yang ada ditawarkan disini seperti Pakej 'Pujangga Silver', Pakej 'Pujangga Gold'dan juga Pakej 'Pujangga Diamond'. Setiap pakej ada kelebihan dan juga kelainan sendiri demi memenuhi kehendak tuan rumah dan juga pasangan pengantin. 





Selain daripada pelamin dalam dewan kat Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi ini juga ada menawarkan untuk perkahwinan ala 'Garden'. Di mana mereka akan menyediakan dekorasi diluar kawasan dewan yang sangat selesa dan cantik. Nak buat majlis akad nikah boleh, resepsi boleh, atau juga majlis lain sangat sesuai di kelilingi kehijauan dan juga angin sepoi-sepoi bahasa. Maha bila tengok rasa macam nak kahwin esok juga hehehe sebab tu duk berangan duduk kat pelamin tu.


Untunglah siapa yang ada perancangan nak kahwin tahun depan boleh start booking sekarang. Datang terus ke hotel ini untuk sesi rundingan lanjut dan juga boleh booking untuk sesi food testing supaya semua orang berpuas hati. Maha kalau dah ada pasangan pun nak buat kenduri kat sini tak jauh dari KL dan juga sesuai untuk orang area Bangi, Kajang, Serdang atau Putrajaya nak buat majlis di sini.

Sebarang pertanyaan lanjut dan juga infomasi boleh hubungi mereka di sini:
Tel : 03-8927 4128
        03-8922 2891
        03-8926 2443
Email : sales@puripujangga.com.my









Misi Belajar Memasak Kulinar Popular Jogja Sangat Unik - Episod 3

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok hari tu dah tulis pasal rumah makan atau restoran yang popular di sekitar Jogja yang Maha sempat pergi bersama kawan-kawan. Kemudian Maha share lak beberapa perusahaan tempatan Jogja yang boleh dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang. So kali ini seperti mana Maha janjikan nak kongsi kepada korang beberapa resipi makanan Jogja yang menjadikan mereka begitu istimewa.

Kali ini Maha dan kawan-kawan blogger yang pergi trip bersama Tourism Indonesia diajar untuk buat makanan yang kita tengok macam biasa tapi bila rasa memang sangat luar biasa. Macam menurut kata chef profesional di salah sebuah hotel yang kami menginap bahawa Jogja ini cukup popular dengan makanan yang manis-manis. Hampir kebanyakan masakan mereka menggunakan kecap atau kicap. Jom kita belajar masakan yang Maha sempat masak ketika berada di sana.

MEE GORENG JAWA



Ni kalau tengok rupa macam Maggi Goreng kalau kat Malaysia. Sebab ia menggunakan mee telur orang sana panggil tapi kita mee segera. Rasa pedas dan manis yang seimbang kalau nak lebih pedas boleh ditambah cabe yang lebih dalam bumbunya. 

Bahan-bahan utama 
1 bungkus kecil Mee Telur
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji Kemiri (Buah Keras)
1 batang Wortel (Lobak Merah
3 batang Cabe (Cili Padi)
Sedikit daun Sawi 
Garam, Royco (serbuk pati ayam), Kecap Manis, Merica (Lada Sulah) secukupnya

Cara memasak
1) Rebus mee telur sehingga lembut dan selepas tu toskan airnya.
2) Tumbuk sehingga hancur bumbu iaitu buah keras, bawang putih dan bawang merah
3) Masukkan sikit minyak masak dan tumis semua bumbu tersebut sehingga naik bau wangi
4) Tumbuk pula cabe dan masukkan kemudiannya.
5) Lepas tu masukkan mee yang telah direbus gaul sekata
6) Sayur tadi iaitu lobak merah, sawi dipotong pendek kemudian dimasukkan dan masak sehingga layu
7) Akhirnya masukkan royco, kecap, merica dan garam secukupnya.



Siap untuk dihidangkan makan panas-panas pun sangat enak. Kalau makan selalu waktu sarapan pagi atau juga minum petang serta makan malam selalunya. Kalau kita kat Malaysia suka masukkan telur macam mee goreng mamak atau juga kita akan perahkan limau. Tapi kat sini mereka makan begitu sahaja memang sangat sedap.

TAHU MERCON



Ini sebenarnya cukup popular di sini mereka makan sebagai cicipan atau minum petang. Kalau kat Malaysia kita popular dengan Tauhu Bergedil kan. Ia lebih kurang juga macam tu tapi dalamnya di gunakan inti cabe merah yang pedas. Sebab tu bila gigit dalam mulut ia bagaikan meletop kepedasan cili tu sebeb tu namanya Tahu Mercon.

Bahan-bahan utama
300 gram Tahu Putih
3 ulas Bawang Putih
5 biji Cabe (Cili Padi)
Sedikit Ragi dan Garam secukup rasa

Cara memasak
1) Hancurkan tahu putih dengan meramasnya sehingga betul-betul hancur
2) Masukkan bawang putih, ragi dan juga garam kemudian gaul sekata
3) Sesudah tu gempal menjadi bulat dan ditengahnya masukkan cili padi yang telah ditumbuk halus
4) Kemudian goreng dalam minyak masak sehingga keperangan
 



Sangat mudah dan juga sangat sedap giler. Dah la kat dalam tauhu tu pedas ada cili orang kat sini mereka akan makan Tahu Mercon ni dengan sambal kicap untuk menambah kesedapan lagi. Awas kalau makan kena hati-hati kalau terkena bahagian yang banyak cili memang korang akan menganga kepedasan hehehe.

AYAM GORENG KALASAN DAN SAMBAL GORENG KRECEK



Ini pula ada dua menu masakan yang selalu makan bersama dengan nasi putih. Ayam goreng kalasan dan juga sambal goreng krecek ni memang gadingan serasi. Orang kat sini juga suka makan pedas-pedas kerana mereka lebihkan cabenya. Jom kita belajar memasak resipi ini daripada chef.

Bahan utama Ayam Goreng Kalasan
1. Air Kelapa
2. Bawang putih
3. Ketumbar
4. Lengkuas
5. Kunyit
6. Jahe (Halia)
7. Daun salam
8. Daging Ayam
9. Kecap Manis
10. Gula Jawa

Cara memasak
1) Masukkan air kelapa dan panaskan dalam periuk
2) Kemudian masukkan daging ayam masak sekejap
3) Masukkan pula daun salam, halia yang telah ditumbuk, bawang putih ditumbuk, ketumbar, lengkuas dan kunyi dipotong kecil
4) Kacau sekata dan masukkan kecap manis serta gula jawa dan masak sehingga ayam betul-betul masak
5) Keluarkan ayam daripada air rebusan tadi dan gorengkannya dalam minyak panas sehingga warna keperangan



Bahan utama Sambal Goreng Krecek 
1. Bawang besar
2. Bawang kecil
3. Bawang putih
4. Lengkuas 
5. Kacang Hitam
6. Cabe Merah
7. Santan pekat dan Garam secukupnya
8. Kerupuk Kulit Sapi (Keropok Kulit Lembu)

Cara memasak 
1) Tumis bawang merah sehingga naik bau dalam minyak masak
2) Masukkan bumbu yang telah digiling iaitu bawang putih, bawang besar, bawang kecil dan lengkuas
3) Tumis sehingga sedikit masak dan masukkan cili merah giling. Kena masak sehingga cilinya masak yer.
4) Lepas tu masukkan kacang hitam yang telah direbus
5) Masukkan santan pekat dan dikacau selalu supaya tidak berketul
6) Akhir sekali baru masukkan Kerupuk Kulit Sapi masak sehingga kering




Memang puas makan dua menu yang Maha belajar semasa berada di Jogja ni. Bagi Maha mereka banyak menggunakan cabe dalam masakan dan cabe mereka sangat pedas yer nak banding dengan Malaysia. Kalau korang berkelapangan boleh belajar kulinar Indonesia ini memang menarik dan ilmu baru. Ok sampai sini sahaja kisah jelajah kulinar di Jogja memang satu pengalaman best dan seronok. Terima kasih sekali lagi kepada Tourism Indonesia dan semua yang menjemput Maha ke sini. Harap dapat ketemu lagi nanti yer.

#jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia







Hana Japanese Dining Pertama di Lembah Klang Menyajikan Sushi Wagyu Premium

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah makan tak sushi yang disajikan menggunakan daging lembu? Pulak tu daging lembu Wagyu yang premium. Selalu kita tengok susi mesti saingnya adalah seafood seperti salmon dan juga oktopos. Pertama kali kot Maha makan daging bukan yang calang-calang ni di Hana Japanese Dining.

Restoran ini Maha pernah datang dulu cuba makananya tapi kali ini mereka memperkenalkan menu baru dalam koleksi makanan mereka dan juga buku menu terbaru. Sebab itu Maha datang lagi restoran yang terletak di aras Ground flour IPC Shopping Centre ini. Satu lagi cawangan restoran ini berada di Sunway Pyramid




Macam Maha bagi tahu mula-mula tadi kat sini pertama kalinya Maha makan sushi daging lembu premium. Mereke menggunakan daging Wagyu A5 dimana kalau ikutkan number tu melambangkan tahap lemak yang ada pada daging ini. Kalau ikutkan daging A5 ni berada pada tahap pertengahan tidak banyak dan just nice lemaknya masih seimbang. Kalau korang tengok daging tu masih nampak putih-putih yang menandakan lemak pada daging tu.



Sushi daging ini pula ada yang dimakan mentah dan juga ada yang dilayang dengan pembakar. Firstime makan daging mentah betul bersama dengan isi sushi. Korang boleh tengok dalam pinggan tu ada Uniku, Nikura, Ninniku Aburi, Negi Aburi, Nama (Raw) with ginger flower dan Nama (Raw) with truffle. Itu nama-nama sushi yang diberikan di sini.


Bila Maha gigit memang terasa dagingnya tidak bergitu tebal dan juga dipotong nipis cuma tak boleh nak makan banyak lah sikit-sikit boleh lah hehehe. Tapi yang Maha suka adalah Premium Loin Aburi (Roasted) dimana daging yang dihidangkan ini akan dibakar dengan torch depan korang secara live. Lepas tu terus makan panas-panas memang terbaik nipis saja daging nya. 

Lagi yang terbaru di sini adalah Tama Go iaitu menu yang hanya menggunakan Onzen Eggs. Ini adalah telur dari ayam organik yang bebas antibiotic, bebas hormone dan hanya makan bahan semulajadi yang mengandungi astaxanthin. Paling menarik telur ni bukan import tapi daripada ladang ayam tempatan dan ia adalah produk tempatan. 


Banyaklah kebaikan kalau makan telur ayam ni ia dapat menjada kesihatan mata, sistem imunisasi badan, anti-aging dan banyak lagi lah. Kat sini pun mereka ada menyediakan beberapa menu berasas telur ini seperti Fuwa Fuwa Omelette dan Eel Maki Top with Scramble Egg. Kalau korang pernah tengok video dimana telur yang digoreng dan dipotong tengahnya kemudian meleleh cair isi yang separuh masak itu lah dia Fuwa Fuwa Omelette. Kena makan panas-panas baru sedap.

Bagi yang kurang sikit makan sushi ni jangan bimbang pemilik restoran ini masih memberi pilihan kepada pelanggan mereka yang bermacam latar belakang. Sebab itu ada menu baru diperkenalkan di sini yang menggabungkan Timur dan Barat. Ini unik tiada juga kat restoran Jepun lain hanya kat Hana Japanese Dining sahaja. 


Kat sini korang boleh dapat macam yang Maha cuba hari tu iaitu Nyonya Curry Udon dan Curry Soba. Bayangkan kita selalu makan mee kari sahaja tapi kat sini kuah mee kari tapi menggunakan mee Udon dan juga Soba korang boleh pilih. Ditambah lagi kesedapan dengan adanya Tempura Prawn dan juga Crunchy Bean Sprout. Ala macam tauhu goreng tapi bentuk segitiga dan rangup bila makan dengan kuah kari tu. Nyonya kari tu agak sedikit pedas bagi mereka yang kurang suka pedas. Tak Malaysialah kalau tak makan pedas betul tak wakakaka.


Juga kat sini ada menu set untuk korang yang nak mudah ada banyak pilihan dipanggil Business Course Meal. Dalam satu harga korang akan dapat satu mangkuk Salad segar yang disediakan boleh ambil sendiri tapi hanya sekali ambil sahaja nak banyak mana ikut suka. Kemudian ada 2 hidangan utama bersama pilihan nasi atau mee serta minuman.





Dua hidangan utama tu korang boleh pilih ada banyak macam yang Maha pilih hari tu Chicken Karaage dan Assorted Nigiri atau juga Tempura Moriawase dan Salmon Teriyaki. Mee tu pula ada pilihan Udon atau Soba manakala minuman ada pilihan daripada Green Tea atau Ice Lemon Tea. Korang boleh mix and match ikut selera. Set ini adalah pada harga hanya RM15 sahaja ok. 





Walaupun nampak kecil saiznya tapi bila dah makan rasa cukup kenyang puas hati. Harga pun tak lah mahal sangat masih dalam lingkungan kemampuan korang. Mana tahu korang nak ubah angin cuba makanan Jepun lak boleh cuba kat sini atau juga cawangan satu lagi. Restoran ini konsep 'Fine Dining' dibuka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam. Nanti kalau korang dah cuba boleh tinggalkan komen kat sini macam mana rasanya menu baru mereka. Selamat menjamu selera semua ok. 

Info lanjut tentang menu, harga dan juga nak booking boleh layari :







BIFE Charcoal Steakhouse Menyajikan Steak Daging Premium Terbaik Di Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai sini yang suka makan steak kan tambah pula steak yang dagingnya bukan kalang-kalang yang premium digunakan. Cuma nak cari yang diyakini Halal tu agak susah tambahan pula restoran dari luar negara. Tapi sekarang ini Maha dah jumpa satu restoran berkonsep dari negara Portugal dengan cara masakan dan juga penyediaannya.

Restoran yang Maha maksudkan adalah BIFE Charcoal Steakhouse yang terletak di The Linc KL bersebelah dengan Jalan Tun Razak. Pasti korang kena sebut betul-betul nama restoran ini 'Bi''Fee'ada dua suku kata di situ. BIFE ini adalah dari perkataan PORTUGAL yang membawa maksud daging. Sebab orang sana memang suka makan daging erutama yang di panggang panas dan segar. 



Terbaiknya kat sini adalah mereke menggunakan daging premium yang terbaik untuk memberi kepuasan kepada pecinta daging ketika menikmatinya. Kalau korang memang suka makan daging tahu mana yang Wagyu, Sirlion, Shank dan juga Ribs. Maha tak pandai sangat tahu sikit-sikit jer. Tapi pemilik restoran ini memang cukup arif tentang bahagian daging ini. Restoran ini adalah kerjasama empat orang sahabat yang memang pecinta makanan.

 

Hari tu Maha dan kawan-kawan berkesempatan di majlis perasmian pembukaan restoran ini yang pertama di Malaysia. Tapi restoran ini telah beroperasi sejak bukan Oktober lalu lagi dan telah diketahui ramai orang. Cuma pada tanggal 19 Disember 2019 baru-baru ini diadakan perasmian secara besar-besaran. Dimana turut hadir adalah barisan artis tanah air seperti Dato Seri Siti Nurhaliza dan Dato K, Farah Dhiya, Rabecca Nur Al Islam, Wak Doyok, Chef Zam dan ramai lagi.  


Malam tu turut diacarakan oleh pengacara yang tak asing lagi Farah Fauzana. Pada malam tu tema mood Latin/salsa serta alunan muzik latin membawa semua tetamu menghayati suasana dan makanan dari sana. Malam itu juga kami semua dihidangkan dengan semua jenis juadah yang ada kat restoran ini. Kat sini konsepnya bufet tapi korang tak perlu nak bebaris untuk dapatkan makanan kerana makanan itu akan datang kepada korang. Ada pelayan restoran akan membawa semua jenis daging dan juga makanan yang dimasak panas daripada dapur api terus kepada pelanggan.



Mereka ada lebih daripada 13 jenis masakan panggang seperti daging lembu, kambing, turkey ham, chicken wing, itik, sosej, juga ada makanan laut seperti ikan dory, sotong dan udang. Kemudian ada pula nanas yang dipanggang. Ketika inilah korang akan dapat saksikan daging di potong penug berjus dan aroma wap daging yang mengeluarkan rasa daging sebenar yang sangat menyelerakan.





Di sini terdapat juga hidangan secara ala-carte dari pelbagai pilihan menu-menu dengan harga yang sangat berpatutan. Buffet untuk makan tengahari hanya berharga RM39.90++ dan manakala untuk bufet malam pula pada harga RM89.90++. Itu yang korang akan dapat hidangan datang ke meja tu. Puas hati lah untuk datang beberlanja makan kat sini memang berbaloi dengan apa yang korang dapat. 




Restoran ini beroperasi setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari hingga lah 10.00 malam. Nak cari restoran ini pun tak susah cuma cari menara Tabung Haji Jalan Tun Razak dan restoran tu berapa seberang jalan tu sahaja. Tempat selesa dan luas serta parking yang banyak memang mengundang untuk datang selalu ke sini. Kalau korang dah cuba makan di sii nanti tinggal komen korang yang bagus-bagus kat sini ok. Selamt mencuba dan selamat menjamu selera semua.

Sebarang promosi dan juga info lanjut boleh layari :









Dari Teluk Intan Sampai Ke Pulau Pangkor Menjejaki Alam Semulajadi Dan Tinggalan Sejarah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha selalu juga pergi jalan-jalan ke negeri Perak Darul Ridzuan ini, biasanya selalu sampai ke ibu negeri sahaja iaitu Ipoh. Rupanya di Perak ni banyak lagi tempat menarik dan juga keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara. Sebelum ni tak tahu tapi bila dah jejak kaki kat sini baru lah tahu banyak yang boleh kita banggakan dengan tanah air kita sendiri.

Maha sebenarnya pergi bersama dengan Tourism Malaysia Wilayah Utara dan juga rakan-rakan media dan blogger lain baru-baru ini. Walaupun masa yang singkat tapi banyak ilmu dan juga pengetahuan yang boleh Maha kongsikan di sini. Daripada Teluk Intan sampai ke Pulau Pangkor kami dibawa menjelajah mengenali lebih dalam tentang dua lokasi ini. Jom Maha kongsikan beberapa tempat menarik yang korang boleh kunjungi bila sampai ke sana.

Memerhati Burung Dan Menangkap Jenggo Di Sungai Perak


Sebenarnya Sungai Perak sepanjang 400 meter adalah sungai kedua terpanjang di semenanjung Malaysia. Kalau korang nak menerokai sepanjang sungai ini terdapat perkhidmatan River Cruise yang disediakan untuk penumpang dan juga kaki pancing. Korang boleh menyertai Jelajah Persisir Sungai Perak yang bermula di jeti bot penambang Pokok Asam, Teluk Intan.


 

Sepanjang perjalanan itu korang boleh melihat banyak perusahaan kapal dan juga boat oleh orang tempatan. Kat sini kebanyakan penduduk kampung adalah nelayan. Selain itu ada juga pelbagai aktiviti orang kampung iaitu seperti menangkap Jenggo. Tahu apa tu Jenggo? Ia adalah sejenis hidupan sungai dalam kategori udang atau lebih dikenali sebagai udang galah yang banyak terdapat di sungai ini. Kalau korang datang untuk memancing udang di sini pun mereka sediakan pakej yang menarik buat kaki pancing. Sebab itu Teluk Intan popular dengan udang galah. 



 

Kemudian perjalanan di teruskan lagi sehingga ke Pulau Bangau di mana ia adalah habitat burung ini yang masih terjaga. Di sini terdapat ratusan burung bangau dari pelbagai saiz ada dan pengunjung boleh mengambil gambar serta memberi burung makan. Kalau korang datang pada bulan Mei korang dapat melihat ratusan telur-telur burung bangau ini menetas. Ternyata ianya keunikan yang tiada di tempat lain. 

Menara Condong Teluk Intan


Tak sah kalau sampai ke Teluk Intan ini korang tak datang ke satu bangunan yang menjadi monumen sejarah di sini sejak tahun 1885 dan berusia lebih daripada 100 tahun. Inilah dia mercu tanda Teluk Intan iaitu Menara Condong. Dulu pada mula pembinaannya ia adalah menara tangki air untuk menampung air bagi penduduk sekitarnya. Kini ia menjadi menara jam untuk pelancong datang bergambar dan juga mengenali menara ini.





Tak tinggi sangat pun menara ini lebih kurang 85 kaki setinggi bangunan tiga tingkat dan mempunyai 110 buah anak tangga. Ramai pelancong suka datang sini kerana ia menjadi menara condong kedua selepas Menara Pisa di Itali. Kalau korang datang pada waktu siang boleh lihat keindahan bangunan yang masih utuh dan juga berkesempatan naik sehingga ke bahagian kunci jam.



Tapi menara ini menjadi lebih tumpuan orang ramai apabila tiba malam menjelang kerana seluruh menara ini diterangi dengan cahaya lampu. Ada masa cahaya berwarna warni menerangi seluruh menara ini tapi masa Maha datang ia bagaikan bangunan keemasan kerana cahaya lampu kuning yang meneranginya. 

Ladang Moccis 


Kat Teluk Intan ini juga ada satu perusahaan ladang yang mana ia diusahakan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad. Ladang Moccis ini menyediakan banyak kemudahan seperti Homestay yang berpatutan dan juga ada mini zoo di dalamnya. Korang boleh buat aktiviti menarik kalau datang sini dengan menaiki ATV yang disediakan. Di tengah ladang ini mempunyai tasik yang luas menjadi landskap kepada keindahan semulajadi di sini.






Korang mesti kena pergi mini zoo yang ada di sini kerana ia menempatkan pelbagai spisis haiwan seperti Kucing Hutan, Rusa, Burung, Kambing Biri-biri, Itik dan juga Arnab. Homestay dalam kawasan ini dikenali sebagai Changkat Jong yang mengadap tasik. Korang boleh buat pelbagai aktiviti di tasik ini seperti berkayak dan memancing.

Jeti Marina Island Pulau Pangkor


Selepas habis sahaja aktiviti di Teluk Intan kami terus pergi ke Jeti Marina Island untuk terus penjelajahan ke Pulau Pangkor pula. Jeti ini telah banyak perubahan dan sangat selesa untuk pelancong atau pengunjung ke Pulau Pangkor. Kat sini disediakan feri setiap 15 minit untuk pengunjung ke Pulau Pangkor Bebas Cukai menjelang tahun 2020 nanti. Makin ramai lah orang akan ke sana untuk mendapatkan pelbagai barang yang murahkan.






Kampung Penyu (Pusat Konservasi Penyu)


Pulau Pangkor juga ada pusat dimana mereka membiakkan penyu untuk mengekalkan ekosistem di sini. Dikenali sebagai Kampung Penyu di sini dibiakkan penyu spesies Agar dan Lipas. Pulau ini menjadi lokasi pendaratan penyu yang popular dan kini makin terancam dan usaha pemulihan dan pemeliharaan giat di jalankan di sini. Sini korang dapat kenali dan juga berinteraksi dengan penyu yang ada dan juga mengetahui bagaimana proses pemeliharaan khazanah paling berharga di pulau ini. 






Bayaran yang dikenakan untuk masuk ker pusar konservasi ini hanya RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Di sini sarang telur penyu disediakan dan akan dibiar sehingga telur menetas dan anak penyu berusia 1 bulan baru dilepaskan ke luat dalam untuk habitat sebenar. Usaha ini sangat penting dalam mengekalkan Pulau Pangkor sebagai destinasi pendaratan penyu dan tidak akan pupus kerana ancaman daripada manusia. 

Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor


Ini juga adalah lambang kemegahan Islam di sini dengan terbinanya sebuah masjid terapung yang digelar Masjid Al-Badr Seribu Selawat. Masjid ini bukan saja menjadi tempat beribadat, masjid terapung di Kampung Teluk Gedong ini juga menjadi salah satu lokasi kunjungan wajib pelancong dalam dan luar negara. Ia mula dibina pada 7 Mac 2014 dan siap Oktober 2017 menggunakan unsur kesenian beridentitikan Perak dalam setiap hiasan dengan keluasan 1708.8 meter.







Bila korang masuk ke dalam masjid ini terdapat begitu banyak ukiran kaligrafi ayat suci Al Quran di dinding masjid ini. Sebab itu ia digelar Masjid Seribu Selawat. Didalam masjid ini juga terdapatnya ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri Perak.

Kota Belanda Pangkor


Ini pun satu lagi tinggalan sejarah yang korang wajib pergi bila sampai ke Pulau Pangkor, iaitu Kota Belanda. Ia adalah merupakan monument peninggalan zaman pemerintahan Belanda di Tanah Melayu pada tahun 1670. Kalau korang tengok ia tidak lah besar mana kerana bangunan ini adalah tempat Belanda menyimpan hasil biji timah yang diperolehi di Negeri Perak pada satu masa dahulu.





Sekarang ia diwartakan sebagai tapak bersejarah dan menjadi tumpuan pelancong yang datang ker Pangkor ini untuk bergambar kenang-kenagan. Orang kampung di situ juga ada bercerita bahawa terdapatkan Batu Bersurat Belanda yang dipahat oleh askar Belanda sebagai tanda mereka pernah berada di situ pada masa dahulu.

Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan Pak Su


Sebelum pulang dari bercuti korang mesti nak mencari ole-ole istimewa Pangkor untuk dibawa pulang bersamakan. Satu tempat yang korang boleh dapat semua produk perikanan adalah di Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan Pak Su. Ini kerana Pangkor bergitu terkenal dengan produk dan hasil laut jadi kat sini memang semuanya ada.




Di antara produk laut yang popular di sini adalah Ikan Bilis Mata Biru, Sate Ikan dan Sotong Kering Bergula. Semua dihasilkan produk dihasilkan di sini daripada bahan mentah dengan menjaga kualiti dan juga memastikan ia adalah produk yang Halal. Jadi korang kena beli semua ini untuk di bawa pulang dan dihadiahkan kepada keluarga atau juga kawan-kawan.




So habis perjalanan Maha bersama kawan-kawan ke Teluk Intan dan juga Pulau Pangkor. Sebenarnya banyak lagi lokasi yang menarik kat sana mungkin tak sempat nak pergi semua sekali. Apa pun Maha nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Tourism Malaysia Wilayah Utara kerana menjemput Maha untuk sertai FAM Trip kali ini. Moga lepas ni banyak lagi tempat dapat Maha pergi di negara sendiri untuk di ketengahkan kepada pembaca semua ok. Selamat bercuti dan meriahkan Visit Malaysia 2020 yang akan tiba tak lama lagi.







Bayam Brazil Paling Mudah Ditanam Dan Paling Banyak Khasiat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun baru 2020 telah kita masuki dan apa azam baru korang? Maha tak ada pun azam baru tapi tahun baru ini ada satu hobi baru lak. Tiba-tiba lak berminat untuk bercucuk tanam dekat rumah walaupun hakikat rumah apartment tinggi dan tiada ruang tanah untuk bertani. Tapi sejak tular tanaman Bayam Brazil Maha jadi berminat pulak untuk menanam.

Ramai orang dah tahu pasal bayam ni memang begitu mudah giler nak tanam. Korang hanya perlukan batang pokok Bayam Brazil dan tanah yang mencukupi. Cara nak tanam pokok ini sangat mudah hanya sediakan tanah dalam pasu atau bekas plastik pun boleh. Kemudian korang ambil batang pokok Bayam Brazil yang korang potong daripada pokok induknya. Kemudian cucuk sahaja batang pokok tu kat tanah yang korang sediakan tadi. Akhirnya pastikan korang siram setiap hari dan korang akan dapat lihat hasilnya seawal lima hari.

Masa tu korang akan gembira dan juga sangat teruja sebab dapat tengok daun pokok ini mula bercambah dengan sihat dan hijau sekali. Maha yang baru sahaja tanam pokok ni sekarang dah tumbuh dengan segar setelah lima hari ditanam. Memang mudah giler tak perlu nak baja sangat yang penting kena selalu disiram jangan biar kering. Khasiat daun Bayam Brazil ini sangat banyak yer ada lebih daripada 15 kebaikan yang boleh disenaraikan. Maha pun search kat google dan jumpa beberapa khasiat kepada pokok ini. 

1. Melawan Kanser
2. Mengekalkan Kesihatan Mata
3. Sumber Vitaman K
4. Menguatkan Tulang
5. Membantu Menurunkan Berat Badan
6. Meningkatkan Sistem Imuniti Badan
7. Membantu Sistem Penghadaman
8. Mengelakkan Daripada Sembelit
9. Membantu Melancarkan Darah
10. Mencegah Anemia
11. Mengatasi Masalah Gusi
12. Nutrisi Yang Baik Untuk Pembesaran
13. Mengekalkan Stamina
14. Mengekalkan Kesihatan Mulut
15. Meningkatkan Kalsium
16. Mencegah Penuaan Pramatang
17. Mengekalkan Kesihatan Ibu Mengandung

Tengok betapa banyaknya kebaikan kalau kita mengamalkan makan daun sayur ini. Selain daripada mudah untuk di tanam tapi juga mudah untuk mendapat kebaikkan daripada daun ini. Korang boleh masukkan dalam macam-macam jenis masakkan seperti Masak Lemak, Masak Sup, Goreng atau juga makan sebagai ulam-ulaman bersama sambal belacan memang terangkat. Jadi tak rugi kita bercucuk tanam dan juga berbakti dengan tanah tengok lah hasilnya terbaik. 

Selain daripada ditanam sebagai untuk sumber makanan pokok Bayam Brazil ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu pokok hiasan di rumah untuk sentiasa nampak segar dan menarik. Macam korang cuba tanam dalam pasu pastu letak kat sudut rumah sangat menarik cantik dan tertarik. Nanti korang boleh cuba tanam sendiri kat rumah tak perlu ruang tanah yang banyak pun cukup dalam pasu sahaja.






Sambut Tahun Baru Cina Raikan Dengan FORTUNE FEST Di Tony Roma's

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Welcome Back itu yang paling sesuai untuk dilafazkan bila setiap tahun kita di Malaysia akan menunggu masa untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Itu lah bestnya jadi rakyat Malaysia kerana semua perayaan kita raikan dengan aman dan makmur. 

Kalau tahun baru ini memang akan meriah dengan makanan yang sedap-sedap belaka. Tapi masalahnya nak makan kat mana pulak untuk tahun baru ini. Jangan gusar kerana kat Tony Roma's membawa kembali menu perayaan FORTUNE FEST. Tak sah meraikan tahun baru tanpa Yee Sang kat Malaysia ini, begitu juga di Tony Roma's. Kali ini mereka memperkenalkan dua variasi Ong Lai Salad atau Yee Sang.
Fortune Salad with Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin (RM58.88 nett)

Dua Yee Sang diberi nama Ong Lai Salad with Crispy Salmon Skin dan juga Fortune Salad with Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin. Kali ini mereka mengutamakan makanan sihat bersama dengan ikan Salmon dan juga kulit ikan Salmon. Dalam Yee Sang ini mengandungi ramuan khas seperti radish segar, zucchini, nanas, lobak merah, kubis merah, kapsul merah, walnut, fried won tan strips, crumbs dan Salmon Skin yang rangup. 
Ong Lai Salad with Crispy Salmon Skin (RM38.88 nett)

Yang membezakan dua set ini adalah satu tu hanya ada kulit Salmon rangup sahaja dan satu lagi ada kulit Salmon rangup bersama isi Salmon panggang. Dalam setiap gigitan, kita akan dapat merasai kesegaran salad dan kulit salmon yang rangup sempurna bergabung dalam mulut. Tapi sebelum makan tu kita kena gaul Yee Sang ni menurut adat orang Cina makin tinggi kita menggaul Yee Sang ini makin cepat hasrat dan hajat kita tercapai.
Fortune Dip (RM28.88 nett)

Tak kan makan Yee Sang sahaja kan, kat Tony Roma's juga menyediakan menu yang wajib di sini tapi diolah menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Di antara yang korang kena cuba kat sini macam Maha makan ni iaitu Fortune Dip, Trio Happiness, Reunion Meal dan Short Ribs with Honey Plum Sauce
Short Ribs with Honey Plum Sauce (RM98.99 nett)

Kalau korang tanya yang mana Maha paling suka mestilah Short Ribs with Honey Plum Sauce iaitu tulang rusuk pendek yang berair meleleh di dalam bumbu yang manis dan masam. Kalau korang potong daging tu sangat lembut dan masuk dalam mulut hancur senang untuk dikunyah. Hidangan ini juga disajikan dengan Kentang Mashed, Sayuran Panggang dan Toast Perancis.
Trio Happiness (RM68.88 nett)

Pada yang suka ayam korang kena cuba Trio Happiness iaitu kepak ayam yang digoreng rangup dan juga disalut dengan tiga rasa sos istimewa. Satu tu rasa Red Hot Buffalo Wings, yang kedua rasa Salted Egg Chicken Wings dan yang ketiga rasa Flaming Spicy Chicken Wings. Nampak macam pedas tapi tak pun sesuai untuk semua peringkat usia.
Reunion Meal (RM138.88 nett)

Reunion Meal pun menarik juga untuk korang try dalam promo kali ini. Ia menggabungkan tiga kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa pada satu pinggan yang sesuai untuk perkongsian. Korang akan dapat merasai daging berjus Flame Grilled Lamb Ribs, separuh daging BBQ Ayam dan separuh pedas yang pedas serta Signature Kickin’ Shrimp. Boleh makan untuk dalam empat orang memang sesuai sangat. 

Akhir sekali masa untuk mencuci perut yang penuh dan kenyang dengan mana-mana tiga pilihan minuman menyegarkan iaitu Cranberry Colada, Golden Angpow dan Nanas Ong Lai. Harga RM20.88 masing-masing, manis dan masam minuman pelengkap dan keseimbangan antara satu sama lain, dan hanya sesuai untuk sebarang majlis.


Fortune Fest ini akan berada disemua cawangan Tony Roma's seluruh Malaysia bermula dari 2 Jan 2020 hingga 1 Mac 2020 bagi meraikan bulan Tahun Baru Cina ini. Jadi korang boleh ambil masa untuk datang dan nikmati semua hidangan yang Maha dah sebutkan tadi. Baru meriah tahun baru kali ini makan bersama orang tersayang di Tony Roma's. Selamat menjamu selera semua.

Maklumat lanjut promosi dan juga juadah enak di Tony Roma's boleh layari :






13 Menu Ala-Carte Japanese Delights Di MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Makanan Jepun memang ramai orang suka termasuk Maha juga salah seorang pecinta makanan dari negara matahari terbit ini. Selalu kalau makanan Jepun kita mesti akan teringat akan Sushi sahaja kan. Tapi sebenarnya macam-macam sampai ada juga yang salad dan juga burger. Kalau korang tak percaya mai Maha perkenalkan juadah ala-carte Japanese Delight.

The Deli adalah salah satu restoran yang terletak di dalam MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur. Kalau korang melalui Jalan Tun Razak ia terletak di belakang MAPS Parking System bila masuk simpang tu akan nampak signboard hotel ni. Ia dikelilingi dengan bangunan kedutaan sebab itu ia adalah hotel yang menawarkan penginapan mewah dan selesa. Maha pertama kali masuk hotel ni walaupun tak bermalam kat sini tapi teruja juga.


Kat restoran The Deli yang terletak di aras bawah hotel ini korang boleh nikmati semua hidangan Jepun yang unik dan menarik. Sebab semua hidangan ini disediakan oleh seorang Executive Chef yang berpengalaman berpuluh tahun dalam masakan Jepun. Beliau adalah Chef Takashi Kimura memang orang Jepun tapi boleh faham Bahasa Melayu ok.
Chef Takashi Kimura

Kali ini mereka memperkenal menu ala-carte yang sesuai untuk makan tengahari, petang mahupun makan malam. Sebab ia dihidangakan seawal pukul 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam setiap hari kecuali hari Ahad tutup. Kawasan restoran yang tidak begitu besar tapi masih selesa untuk menikmati hidangan bertaraf 5 bintang. 
Japanese Salad (RM16.00)

Ada 13 menu baru yang dimulakan dengan pembuka selera iaitu Japanese Salad. Dalam salah tu ada Baby Cos Lettuce, Kyuri, Daikon, Tuna Chunks, Nori, Wakame, Sesame Seed dan juga Japanese Dressing. Cukup sesuai untuk yang vegetarian dan juga mengamalkan diet hehehe. Selain itu juga kalau nak makan yang tak berat tapi masih boleh kenyang korang boleh cuba mereka punya Tamago Sandwich atau juga 8 Types Vegetables Sandwich. Walaupun makanan sihat tapi kuantiti boleh tahan besar dan juga kenyang lah makan dihidang bersama fries goreng.
Tamago Sandwich (RM16.00)

8 Types Vegetables Sandwich (RM20.00)

Bagi yang suka makan burger kat sini ada satu menu burger special kerana ia adalah Wagyu Burger. Mana nak dapat burger dari daging wagyu yang dihasilkan sendiri pattynya serta juga burger bun. Burger ni saiz sangat besar dan kenyang kalau makan untuk seorang sangat sesuai. Ini Maha paling rekemen pada korang memang puas hati kalau cuba. Ia juga dihidangkan dengan kentang goreng.
Wagyu Burger (RM30.00)

Itu baru sikit ada lagi yang suka makan nasi Jepun kat sini juga ada beberapa pilihan yang sesuai untuk korang. Maha dah cuba tak semua tapi sebahagian sahaja yang sedap antaranya Chicken Curry Don dan juga Wagyu Stroganoff. Dua hidangan ini menggunakan Japanese rice dengan Japanese kari yang lain daripada kari di Malaysia. Tidak menggunakan santan tapi pekat dan enak makan bersama nasi juga daging atau ayam tu. Ayam digoreng garing dan juga daging wagyu tu pula sangat lembut hancur dimulut bila dikunyah.
Chicken Curry Don (RM18.00)

 Wagyu Stroganoff (RM30.00)

Ada lagi yang dihidangkan bersama Japanese rice iaitu Chicken Katsu Don, Oyakodon dan Kakaige Don. Sebab apa namanya semua ada Don dibelakangnya kerana ia adalah hidangan masakan Jepun yang dihidangkan dalam mangkuk. Ada yang letak ayam goreng, pastu ada yang isi ayam dan juga yang letak makanan laut dalam nya seperti udang harimau dan juga sotong. Mangkuk ni pun tak besar sangat ia sesuai untuk satu orang makan dan boleh kenyang punya. Bagi menu nasi akan dihidangkan bersama dengan Miso Soup.
Chicken Katsu Don (RM18.00)

Oyakodon (RM18.00)

 Kakaige Don (RM21.00)

Juga makan Jepun terkenal dengan mee Udon mereka. Dalam menu baru ini ada juga mee ini iaitu Nabeyaki Udon dan juga Curry Udon. Kalau yang Nebeyaki ini ada telur separuh masak dalam mangkuk tu dan juga disediakan sedikit sambal untuk menambah kepedasan. Manakala yang curry tu telur separuh masak disediakan berasingan kalau nak masukkan boleh atau makan berasingan. 
Nabeyaki Udon (RM26.00)

 Curry Udon (RM26.00)

Yakisoba (RM23.00)

Satu lagi menu berasaskan mee adalah Yakisoba. Lebih kurang macam mee goreng tapi menggunakan mee Yakisoba lebih halus, pastu ada sotong, daging ayam, sayuran seperti kobis, lobak merah, mayonnaise, aonoriko bersama atasnya dihiaskan dengan Bonito Flakes atau helaian isi ikan yang lebut sahaja. Kena makan masa masih panas-panas baru sedap kerana dapat rasa Bonito tu.
Salmon and Avocado Roll (RM22.00)


Last sekali ada juga Salmon and Avocado Roll. Ala macam sushi lah yang disalut dengan rupai laut. Ia adalah hidangan Jepun yang kreatif menggunakan bahan yang segar dan dihasilkan sendiri oleh chef mereka. Jadi kalau sekali sekala nak nikmati hidangan Jepun ni boleh datang ke The Deli @ MiCasa All Suite Hotel ni. Harga bagi Maha pun sangat berpatutan dengan kedudukan dan juga keselesaan yang terdapat di situ. Nanti kalau korang datang cuba boleh komen kat Maha macam mana ok. Selamat menjamu selera semua.

Info lanjut tentang promo dan juga nak buat tempahan boleh layari :
Tel : 03 2179 8082






Mengambil Satu Setengah Cawan Kismis California Setiap Hari Sudah Cukup

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak kongsi dengan korang satu fakta menarik, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan satu orang dewasa hanya perlu mengambil 1½ hingga 2 cawan buah-buahan untuk sehari. Korang banyangkan banyak mana buah yang kita kena makan tu kalau hari-hari nak kupas buah-buahan jenuh juga.

Maha memang suka makan buah tapi kadang-kadang ada setengah buah mengandungi gula yang tidak diperlukan badan. Sebab itu sekarang ni Maha telah mencuba untuk mengambil kismis kerana kismis mengandungi antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3,037 unit ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) dalam kira-kira 2/3 cawan.  Bahan keperluan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit.


Maklumlah sekarang ini usia dah makin meningkat dan pemakanan juga kena jaga hehehe sebab selalu dapat review makanan. Kismis adalah makanan snek yang sihat berbanding makanan snek lain, kerana kismis manis secara semula jadi dan tidak mengandung sebarang gula tambahan. Senang nak bawa kemana-mana sahaja letak dalam beg galas atau beg tangan sahaja untuk pengambilan yang kerap.




Kismis yang Maha ambil adalah California Raisins kerana ia lebih pejal dan juga lebih sedap. Kismis ini bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan. Sebab itu baru-baru ini Maha bersama rakan-rakan blogger lain berada di Samplings On the Fourteen Restaurant untuk Sesi Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant.
Chef Emmanuel Stroobant

Maha kongsi sikit tentang chef Belgium bertaraf 2 bintang Michelin ini. Beliau telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre.
Kismis California, Ketam & Kubis Bunga



Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk


Pada hari tu kami dapat pelajari bagaimana menggunakan Kismis California untuk menghasilkan satu hidangan yang sangat unik dan exotic. Rupanya dalam pelbagai jenis masakan boleh kita masukkan khasiat kismis ini agar sentiasa dapat. Tiga resipi yang diajar oleh chef iaitu :
1.Kismis California, Ketam & Kubis Bunga
2.Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang
3.Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk

Maha nak share satu resipi yang digunakan kat sini iaitu Pasta Kismis California Dengan Jintan Hitam & Udang.
Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang

Bahan-bahan utama:
40g       Kismis California 
400g     Udang segar (dibersihkan dan dikupas)
400g     Spaghetti
2 biji     Fennel Bulbs (dengan daun)
7g          Dill segar (dicincang)
6 nos     Anchovy Fillets in Oil
2 ulas    Bawang Putih (dikupas)
2g          Biji Fennel
1.5 nos   Kulit Lemon (parut)
90ml      Extra Virgin Olive Oil
1 biji      Bawang (dikupas dan dicincang halus)
40g        Kacang Pine
1g          Saffron
Garam dan Lada Hitam secukup rasa

Cara memask:
1. Potong dan basuh Fennel dan potong panjang. Kemudian hiris nipis, memanjang, menggunakan mandolin jika ada. Asing daun Fennel ditepi. Masukkan Fennel dalam air mendidih kemudian dalam air masin selama 1 minit kemudian dalam air sejuk. 
2. Ambil 200ml air masak dan rendam Kismis California di dalamnya.
3. Cincang daun Fennel sehingga halus. Cincang juga Anchovy Fillets in Oil dan bawang putih. Hancurkan biji Fennel dengan lesung batu. Campurkan Anchovy Fillets, bawang putih, daun Fennel dan Dill dengan kulit lemon dan 3 sudu minyak zaitun. Campurkan dengan garam dan lada.
4. Rebus air untuk pasta, tambah garam dan masak pasta sehingga lembut.
5. Pada masa yang sama memanaskan minyak sisa dalam kuali dan tumis bawang sehingga wangi. Masukkan udang dan tumis di atas api sederhana. Masukkan Fennel, kismis dengan air rendaman, pasta, Anchovy Fillets dan kacang Pine. Larutkan safron dalam sedikit air dan campurkan. Campur sikit dengan garam dan lada dan masak dengan lembut selama 4-5 minit.
6. Tuangkan pasta, campurkan dengan sos dan sedia untuk dihidangkan.

Tu salah satu resipi yang diajar kalau nak semua resipi tu boleh PM tepi ok nanti Maha share hehehe. Sebenarnya banyak kebaikan kalau mengamalkan pemakanan kismis ini. Baik untuk kesihatan kerana mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semula jadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Paling menarik kismis ini mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.





Banyak sangat Maha share ngan korang tentang kismis ini kalau tak amalkan pun tak guna jugakan. Sebab itu sekarang ini kita tengok Kismis California dibungkus dalam kotak kecil untuk mudah dibawa kemana-mana dan juga diberikan kepada kanak-kanak. Selalu kita tahu kismis untuk minda kanak-kanak sahaja tapi sebenarnya orang dewasa juga digalakkan ambil kismis ini. So lepas ni semua orang boleh amalkan makan kismis hehehe bukan untuk minda sahaja tapi untuk kesihatan juga tau.

Info lanjut tentang Kismis California boleh layari :
Laman web : www.calraisins.org
                      www.caraisins.com
Facebook: https://www.facebook.com/RACASEAN 






Sunquick Select Hasilkan Minuman Mocktail Dan Makanan Fantastik

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa yang selalu mengikuti Facebook dan juga Instagram Mahamahu korang mesti perasan yang Maha ada post tentang produk keluaran terbaru dari Sunquick. Siap maha ada baut resipi khas yang Maha bagi nama Sunquick Select Pink Guava & Strawberry Bingsu. Juga Maha anjurkan peraduan tahniah kepada pemenang rugi sapa tak join. 

Selalu kita tahu Sunquick ini perisa orange kerana hampir setiap rumah mesti ada perisa ini. Tambah pula bila tiba hari perayaan kebanyakan rumah mesti hidangkan minum perisa ini. Maha sendiri pun kat rumah mesti ada satu botol Sunquick senang untuk disediakan bila ada tetamu datang sahaja bancuh dengan air dah boleh terus minum. Sebab itu jenama ini menjadi begitu popular dan dekat dihati rakyat Malaysia. Namun kini Sunquick telah mengeluarkan perisa baru yang menggabungkan dua perisa Beri dalam satu rasa. 

Kalau korang masih ingat perisa apa yang terbaru Sunquick Select :-
- Sunquick Select PINK GUAVA & STRAWBERRY 
Sunquick Select  BLACKCURRANT 
Sunquick Select  MIXED BERRIES

Keistimewaan perisa baru Sunquick Select ini adalah ia menggunakan rasa buah sebenar dan juga tinggi dengan Vitamin C. Paling bagus ia tiada sebarang pewarna tambahan, pemanis tambahan dan juga perasa tambahan. Jadi ia memang pure rasa yang asli bila korang tuang sikit sahaja dengan nisbah 1: 9 iaitu nisbah 1 jus Sunquick Select dan juga 9 air kosong. Jadi korang boleh dapat banyak cawan dan lebih jimat. 




Pulak tu baru-baru ini bertempat di The Ruma Hotel & Residence pihak Sunquick telah mengadakan satu majlis makan malam bagi meraikan barisan pemenang peraduan yang dianjurkan boleh blogger dan KOL. Juga turut hadir pada malam itu adalah selebriti tanah air dan juga pihak media. Pada malam tu semua tetamu diraikan dengan koleksi terbaru Sunquick Select dimana ia digunakan dalam makanan utama dan juga minuman mocktail. 
Mixologist Raz Ng


Mocktail malam itu dihasilkan khusus oleh Mixologist wanita yang tidak asing lagi iaitu Raz Ng. Hanya menggunakan tiga perisa Sunquick Select yang Maha cerita tadi. Beliau menghidangkan kami dengan minuman yang diberi nama Pink Rush Mocktail. Dalam minuman ini menggunakan Sunquick Select Pink Guava & Strawberry Syrup, Orange Juice, Lemon Juice, Aquafaba dan Basil Springs. Sikit jer bahan sekali rasa terangkat giler.
Pink Rush Mocktail

Kemudian minuman kedua pada malam tu diberi nama XoX Mocktail yang menggunakan bahan seperti Sunquick Select Blackcurrant Syrup, Cinnamon Stick, Star Anise, Cloves dan juga Slice of Oranges. Minuman ini Maha paling suka memang sedap dan boleh lah cuba buat kat rumah Raya nanti hehehe sedap giler. Manakala minuman ketiga yang dihidangkan kepada kami pada malam tu adalah Berries First Crush Mocktail yang menggunakan Sunquick Select Mixed Berries syrup, Cranberry Juice, Lemon Juice, Ginger Puree dan juga Mint Springs
XoX Mocktail

Berries First Crush Mocktail

Selain daripada minuman kami juga dihidangkan dengan makanan hebat juga menggunakan produk Sunquick Select. Pertama sekali kami dihidangkan dengan Chicken Parfait, Strawberry-guava Reduction Sorrel, Savoury Crumble. Nama panjang tapi tengok sikit jer hidang dalam pinggan ni. Tapi ia lebih kepada pembuka selera dan sedap juga bila korang makan semua sekali serentak.
Chicken Parfait, Strawberry-guava Reduction Sorrel, Savoury Crumble

Lagi makanan lain yang dihidangkan kepada semua tetamu adalah Local Clams, Pickled Mussel, Prawn Seafood Dumpling, Fannel, Tomato Saffron Spiced Broth. Lagi ada Lemon Sorbet, kemudian Roasted Duck Breast, Black Currant, Choy Sum, Natural Reduction, dan juga pencuci mulut malam tu adalah Mixed Berries Panna Cotta, Coconut Sorbet, Raspberry and Mint. Semua hidangan utama ini disediakan oleh Chef Executive Chef Tyson
Local Clams, Pickled Mussel, Prawn Seafood Dumpling, Fannel, Tomato Saffron Spiced Broth

Roasted Duck Breast, Black Currant, Choy Sum, Natural Reduction

Lemon Sorbet

Mixed Berries Panna Cotta, Coconut Sorbet, Raspberry and Mint

Walaupun nampak simple tapi kreativiti dan juga rasa yang digarab dalam mocktail dan juga makanan kami malam tu membuatkan semua tetamu kekenyangan. Puas makan walaupun sampai lewat malam. Malam tu juga kami dihiburkan dengan persembahan daripada Andrew Lee siapa tak kenal ahli silap mata yang popular pernah menyertai program Britain's Got Talent dan Asia Got Talent


Andrew Lee, Magician

Selain itu juga ada persembahan nyanyian daripada Fara Dolhadi dan juga pemainan violin Dennis Lau. Malam itu mereka mempersembahkan lagu program CSR Sunquick yang bertajuk Esok. Dah lah kenyang lepas tu pulak didendangkan dengan persembahan yang mendayu-dayu membuatkan rasa nak tidur jer lepas kekenyangan.  
Fara Dolhadi dan Dennis Lau

Soren Ravn, Naib Presiden Eksekutif Asia


Apa pun terima kasih Maha ucapkan kepada Sunquick kerana menjemput kami datang program seperti ini dan dihidangkan dengan makanan yang enak-enak. Juga tahniah Maha ucapkan kepada pemenang peraduan yang Maha buat iaitu Kak Nani atau IG beliau @Karyajiwa_bynsz. Memang seronok malam tu lah. Korang kalau nak dapatkan perisa baru Sunquick ni boleh dapatkan di pasaraya AEON dan juga AEON BiG

Info lajut produk Sunquick boleh layari :








Merasai Keaslian Masakan Dari India Utara Di Restoran Jewel In The Crown

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jarang-jarang sebenarnya Maha dapat menikmati hidangan masakan asli dari negara India. Bukan sebab tak suka tapi kerana kat Malaysia pun ada banyak restoran masakan India. Tapi kali ini bukan biashe-biashe punya makanan tau. Di bawakan khas asli daripada Utara India kerana tukang masak di restoran ini pun dari sana.

Restoran yang Maha maksudkan adalah Jewel In The Crown nama pun dah grand. Restoran ini terletak di tingkat 1, Menara MBF, Jalan Sultan Ismail. Tak tahu pula kat situ ada restoran yang menarik macam ini. Ingat kat situ banyak pejabat-pejabat jer. Hari tu Maha pergi bersama kawan-kawan blogger yang lain sebab hari minggu jadi gather lah sekali-sekala tiberrr..




Mula-mula menjejakkan kaki dalam restoran ini memang rasa seperti berada di negara India. Ini kerana dekorasi dan juga hiasa yang ada dalam restoran ini membawa kita dalam suasana asal. Di mewahkan lagi dengan lampu candelier kat tengah-tengah restoran ini rasa macam berada di dalam istana. Disatu sudut lain pula dipenuhi dengan wallpaper sebuah bagunan klasik yang beratus tahun melempiaskan pandangan 3D yang nyata. Itulah pot paling menarik nak bergambar kalau datang sini boleh buat photo booth kat situ hehehe.


Maha nak cerita pula pasal makanan kat sini. Di sini mereka ada sediakan makan berkonsepkan bufet atau juga ala-carter. Masa kami datang tu dihidangkan dengan menu ala-carter bermula daripada pembuka selera. Orang India memang wajib kot dalam setiap hidangan mereka mesti ada bawang dan juga rempah ratus yang banyak. Macam pembuka selera ini iaitu Chicken Tikka, Fish Tikka dan Panner Tikka. Tikka atau orang India sebut 'Teeka' bermaksud sekeping daging atau ayam atau ikan yang dipotong kecil.
Chicken Tikka

Panner Tikka

Fish Tikka 

Setiap gigitan tu korang dapat rasa semua rempah yang serap dengan sempurna dan juga lembut sangat. Macam ayam atau 'Panner' iaitu keju hancur bila masuk dalam mulut apabila dikunyah sangat sempurna. Masakan India ni ada sedikit pengaruh dari Timur Tengah kerana kedudukan geografi yang berhampiran kot. Sebab itu ada menu kebab yang korang kena cuba di sini seperti Mutton Sheekh Kebab dan juga Hera Bhara Kebab.
Hera Bhara Kebab

Maha kalau dapat makan daging memang menjadi kegemaran lah tak kira masak apa pun kan hehehe. Lepas tu barulah kami dihidangkan dengan menu utama yang ada nasi, kuah dan sayur-sayuran. Antara yang telah dijamukan kepada kami hari tu iaitu Chicken Biryani yang dimakan bersama dengan Chicken With Curry Leaves, Fish With Coconut Gravy, Mutton Rogan Gosh dan Mixed Vegetable.
Chicken Biryani


Korang boleh tengok masakan India juga mesti tak lari dengan kari. Tapi setiap kari tu rasa berlainan mungkin ada herba yang berbeza walaupun base sama. Tu kena menuntut lagi lah sebab kebanyakkan kari mereka tidak menggunakan santan macam kita. Mereka menggunakan krim atau juga yogurt. Memang kena sangat bila dah makan nasi briyani tu dengan kuah-kuah yang ada.
Chicken With Curry Leaves

Fish With Coconut Gravy

Mutton Rogan Gosh

Tak sah kunjungan korang ke sini jika tidak mencuba makanan paling popular dari India iaitu Garlic Naan. Di makan pula bersama dengan Dal Tadka yang dihidangkan dalam baldi kecik ni wakakaka comel gilerrr. Bagi Maha roti Naan ini sangat superb boleh makan berkeping-keping sebab rasa bawang putih bersama dengan daun ketumbar. Roti mereka sangat garing dan rangup kena makan panas-panas cicah dengan Dal tadi terangkat.
Garlic Naan

Dal Tadka

Roti tu Maha boleh habiskan seorang jer. Tapi sebab dah kenyang sangat hari tu terlalu banyak hidangan nasib dapat juga menghabiskan semua juadah yang dihidangkan. Last sekali kena cuba mereka punya pencuci mulut yang iaitu Gulab Jamun. Ia bukan pencuci mulut yang manis sangat just nice juga rasa seperti macam puding roti tapi ia adalah keju dari pepejal susu. Belajar sikit lah pasal masakan India ini.
Gulab Jamun


Selain daripada makan-makan kat restoran ini mereka juga mengalukan mana-mana sahaja badan koporat, individu, NGO atau kerajaan untuk menganjutkan sebarang program di sini seperti majlis koporat, majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, persidangan, reunion dan macam-macam lagi. Ini kerana ruang restoran ini sangat luas yang mampu untuk memuatkan sehingga 250 orang. Pulak tu siap ada pentas utama disediakan diruang depan restoran ini. Kemudahan-kemudahan lain juga disediakan seperti surau, tandas dan juga parking. 



Kalau korang buat majlis boleh pilih untuk buat secara bufet atau makan hidang semua meraka boleh sediakan. Bagi Maha ini satu pengalaman makan di sebuah restoran yang betul-betul Indian. Rasa nak cuba makanan kat sini boleh lah datang kerana ia buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Boleh datang untuk makan tengahari atau makan malam, apa salahnya sekali sekala mencuba makanan asli India asyik makan kat mamak jer. Nanti dah cuba korang boleh tinggal komen kat sini ok. Selamat menjamu selera semua. 

Tempahan dan juga pertanyaan lanjut boleh layari :
Tel : 03 2181 4900 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5






Terbaru Dari Marrybrown 'Fortune Burger' Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha suka pergi makan kat Marrybrown ini sebab apa kerana mereka sentiasa membawa pembaharuan dalam menu-menu mereka apabila tiba musim perayaan. Macam sekarang ini untuk Tahun Baru Cina yang tak lama lagi ni mereka memperkenalkan 'Fortune Burger'.

Kunjungan Maha ke cawangan Marrybrown di IOI Mall Puchong baru-baru ini semata-mata hanya untuk nikmati burger ini sahaja. Kali ini ada dua jenis burger baru yang Maha cuba iaitu bersos Cheese dan satu lagi sos Black Pepper


Siapa yang suka cheese leleh boleh cuba yang Burger Fortune Cheese tu. Rasa yang kaya dengan keju, berkrim dan pudina jeruk. Patty nya adalah isi ayam yang digoreng garing juga diapit dengan roti berbijan dan juga ada salad segar dalamnya. Bagi Maha yang ini sesuai untuk semua peringkat usia rasa sempurna dan menyelerakan.


Satu lagi pula Burger Fortune Black Pepper. Pattynya juga dari daging ayam garing bersama dengan dilimpahi sos lada hitam juga ada hirisan cendawan yang banyak dalamnya. Cuma mungkin bagi sesetengah orang ia agak pedas kerana rasa lada hitam yang kuat tapi bagi Maha ok jer boleh lagi habis.


Harga pula sangat berpatutan iaitu bermula dari RM14.60 dan mampulah nak belanja keluarga atau kawan-kawan kata dah dapat e-tunai rakyat hehehe. Fortune Burger ini juga datang dengan kombo Golden Fortune Fries dan minuman Minute Maid Refresh Orange. So cuti tak lama lagi ini Maha nak bawa family makan kat Marrybrown kerana ada lebih 500 cawangan di 16 buah negara seluruh dunia tau. Juga restoran Marrybrown mempunyai sijil Halal JAKIM jadi korang makan tanpa was-was.

Info lanjut boleh layari :
Youtube: MarrybrownTV





Jenama Monstr Bermula Dengan Suka Makan Brownies Kini Menjadi Empayar

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai usahawan yang berjaya sekarang ini adalah bermula dengan minat dan juga suka kepada sesuatu seperti memasak akhirnya membuka perniagaan kedai makan. Ada juga yang minat makan akhirnya menjadi blogger makan eehhh macam kenal jer wakakaka. Semua bermula daripada apa yang kita cinta maka ia akan berhasil. 

Begitu juga dengan satu jenama ini kalau sebut sahaja nama Brownies Moster ramai peminat dan pecinta dessert akan kenal jenama ini. Pada  masa mula pembukaan mereka tahun 2017 hanya fokus kepada pengeluaran Brownies sahaja, tapi kini mereka telah mengembangkan lagi produk keluaran mereka kepada Kookies, Chocojar dan juga Rocky Road. Itu lah yang kita namakan sebagai usahawan kerana sentiasa mencari idea baru untuk lebih maju. 

Baru-baru ini mereka telah mengadakan majlis pelancaran logo baru, nama baru dan juga packaging baru. Sebelum ini ramai kenali sebagai Monster Brownies dan ditukar kepada yang lebih universal dan mudah untuk di ingati iaitu 'Monstr'. Kalau korang dapat tengok logo baru ini lebih menarik dengan ikon monster ceria dan juga warna yang lebih berani dan sesuai untuk semua golongan. Motor mereka juga comel sangat 'Bringing Chewy Gooey To Yooey'cute bunyinya. 


Pn Nurul Fatin Binti Mohamed Pengasas Monstr

En Muhammad Khairul Bin Mohamed Ali Pengasas Bersama Monstr

Hari tu dapatlah kenal dengan lebih dekat pengasas Monstr ini iaitu Pn Nurul Fatin Binti Mohamed dan juga suami beliau pengasas bersama iaitu En Muhammad Khairul Bin Mohamed Ali. Dapat jugalah korek sikit-sikit kisah jatuh bangun bagaimana mula-mulanya tercetus idea untuk buka perniagaan ini. 

Rupa Terbaru Produk Monstr 


Maha ada sebut tadi ada banyak produk makanan keluaran Monstr dengan rupa baru seperti :
1) Brownies Monstr Senior Pack - RM18
2) Brownies Monstr Junior Pack - RM10
3) The Kookies Monstr Maxi - RM18
4) The Kookies Monstr Mini - RM10
5) Rocky Road Monstr - RM16
6) Kookrunch Chocojar Mini Monstr - RM17

Brownies Monstr Junior Pack - RM10

Rocky Road Monstr - RM16

Kookrunch Chocojar Mini Monstr - RM17
The Kookies Monstr Mini - RM10

Semua produk mereka ini Maha dan rasa dan boleh katakan semuanya sedap dan pasti menjadi kegilaan remaja-remaja zaman sekarang. Paling yang Maha suka adalah The Kookies Monstr dan juga Chocojar kerana ada biskut yang rangup rangup dan juga banyak coklat didalamnya. Kalau satu botol besar tu sekali hadap sahaja dengan secawan teh panas memang terangkat gilerrrr.

Jadi Sebahagian Keluarga Monstr 


Selain itu juga, mereka masih membuka peluang kepada remaja terutama Gen Z sekarang ini yang suka kepada sosial media untuk menggunakan platform yang ada itu kearah yang lebih menguntungkan. Ye lah daripada korang hanya buat video atau upload gambar menarik secara langsung korang dah mencipta pengikut setia korang dan guna peluang ini untuk menjadi stokis atau ejen kepada produk Monstr ini. 

Macam mana nak menjadi ejen kepada Monstr ini ada dua pakej:
1) Buddies (minimum pembelian produk RM250)
2) Comrade (minimum pembelian produk RM700)

Memang korang nampak macam banyaknya nak kena beli tapi produk yang dibeli ini ada harga istimewa kepada ejen dan korang boleh jual pada harga pasaran kepada pelanggan korang. Di situ nanti korang boleh dapat keuntungan dia punya kalkulator senang makin tinggi minimum purchase makin murah harga dan untung yang korang dapat pun makin tinggi. Maha tak pandai sangat sebab tak masuk kelas mereka lagi hehehe.


Tak apa kata pengasas Monstr mereka akan memberi bimbingan dan tunjur ajar bagaimana untuk menjadi ejen yang berjaya. Korang boleh tengok ini baru separuh ejen yang datang pada majlis perasmian hari tu dan kebanyakkannya berusia semuda 16 tahun pun ada. Sebab produk makanan snak macam ni memang orang akan dapat setiap masa bila habis beli.


Selain daripada biskut dan juga brownies ini meraka juga ada mengeluarkan Kek Buah. Tapi cuma  production akan aktif ketika bulan Ramadhan sahaja dan jualan ketika ketika boleh mencecah ratusan ribu tringgit atas sambutan yang amat menggalakkan. Ini kerana mereka telah membuat Kek Buah ini sejak daripada tahun 2012 lagi sehingga sekarang dan trend itu memang menjadi tumpuan.

So sekarang ini peluang dah ada nak ubah hidup dan juga nak jana pendapatan sendiri melalui program seperti ini. Cuma tepuk dada tanya hati kalau betul berminat boleh sertai sebahagian daripada keluarga Monstr ini. Maha pun macam minat lak nak join jadi ejen kat area Pahang hehehe. Dah habis berbalang-balang produk mereka kalau nak oder melalui ejen dan juga mereka sediakan khidmat COD seluruh Malaysia. Korang dah cuba semua biskut ini nanti komen kat sini ok.

Sebarang pertanyaan produk dan juga ejen Monstr ini boleh hubungi :
Talian : +60102261806






Korang Mampu Tahan Kepedasan Tahap 15 Sambal Embe Di Geprek Bensu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang rasa korang cukup kuat untuk makan sambal yang pedas tahap gaban. Kalau korang rasa korang mampu tahan  tidak mengalami sakit perut cirit-birit lepas makan pedas dan tidak berpeluh korang kena cuba satu yang baru saja Maha makan kali ini. Restoran Geprek Bensu adalah satu restoran yang cukup popular bagi rakyat Indonesia kerana mengetengahkan Ayam Geprek.

Ayam Geprek ini berbeza dengan Ayam Penyet tau. Ayam Geprek adalah hidangan dalam bentuk ayam goreng yang digoreng garing dengan rempah dan disadurkan sambal di atasnya. Itu yang dibawakan oleh restoran ini. Sekarang ni korang tak perlu terbang sampai ke negara jiran untuk cuba semua itu kerana restoran ini telah membuka cawangan pertamanya di Bukit Bintang Kuala Lumpur.


Maha mulanya tak tahu pun pasal restoran ini tapi bila diperkenalkan oleh rakan dari Indonesia yang restoran ini cukup popular di sana jadi terus rasa nak mencuba. Restoran ini adalah pemilik seorang selebriti dan pengacara popular di Indonesia iaitu Ruben Onsu. Sebeb itu nama restoran ini ada perkataan 'Bensu' yang diambil daripada nama beliau sendiri. Kalau kat sana mereka telah ada lebih daripada 134 cawangan restoran dan kat Malaysia adalah cawangan yang pertama luar Indonesia.


Ingat sambal kat sini sama jer macam sambal ayam penyet biasa tapi bila dah rasa memang lain sangat. Bukan sahaja kelainan daripada rempah yang digunakan untuk menggoreng ayam ini sehingga betul-betul garing tapi juga kelebihan yang terletak pada Sambal Embe nya. Sambal ini lain daripada sambal yang ada di Malaysia mungkin kerana menggunakan cili yang diimport dari Indonesia. Sebab sebelum ini Maha pernah cuba masakan sambal di Jokja memang pedas lain macam.

Sambal di sini korang boleh pilih untuk tahap kepedasan daripada 0 hingga ke 15 yang paling pedas tahap berapi. Kalau tak percaya hari tu Maha pergi cuba sendiri makan kat restoran ini dan pilih tahap kepedasan 10. Bila suap jer ayam dan sambal tu terus rasa berapi dalam mulut ini dan terpacul habis semua peluh jantan wakakaka. Tak cukup satu cawan Teh O Ais yang disediakan siap kena kunyah ais batu baru rasa lega sikit. Lepas makan kalau guna tangan pastikan basuh bersih dan jangan pegang mata lepas makan guna tangan nanti menangis korang menahannya.

Hari Maha datang tu mungkin tarikh tak berapa baik kot kerana masa tu ramai sangat pelanggan yang berbaris menunggu untuk mengambil order sampai keluar restoran. Maha terpaksa berdiri selama lebih 40 minit tunggu untuk dapat makanan. Yer lah restoran baru buka tak silap baru sahaja dirasmikan pada 10 Jan 2020 hari tu. Jadi memang ramai lah warga Indonesia yang ada di Malaysia rindu nak dapatkan makanan kegemaran mereka ini.

Lagi malang hari tu baru sahaja pukul 1.30 tengah hari kebanyakan menu telah habis dan yang ada hanyalah Ayam Geprek dan juga nasi putih bersama dengan Teh O Ais. Jadi hari tu terpaksalah order Geprek Bensu Package With Sambal Embe dan juga Geprek Bensu Package With Salted Egg. Tak dapat nak cuba Geprek Bensu Noodle, Tempe Geprek, Jamur Geprek, Bakso Geprek dan menu special di cawangan Malaysia ini iaitu Geprek Bensu Nasi Lemak. Semua tak dapat cuba hari tu dah habis bukan rezeki kot sebab ramai sangat orang.


Mungkin boleh ditambah baik dari segi service kat restoran tu masa menunggu yang lama dan juga kakitangan kerana nampak macam masih tidak terurus dan teratur. Dah lah panas bahagian bawah restoran tu sian tengok keluarga yang datang bawa anak kecil terpaksa tunggu lama berkipas lagi. 
Tapi apa pun tak puas nak makan hari tu sebab nasi sikit sangat tak padan dengan Ayam Grepek yang di berikan. Tengok memang ramai warga Indonesia suka makan kat sini sebab mungkin populariti restoran ini kot kat sana. Kalau korang rasa korang cukup berani dengan kepedasan sambal kat sini boleh lah datang dan ambil kepedasan tahap 15 baru betul berani hehehe. Nanti korang komen kat sini kepedasannya macam mana ok.

Alamat restoran : 
Grepek Bensu Bukit Bintang
Jl. Bukit Bintang No. 73, 
Bukit Bintang, Kuala Lumpur 55100
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam







Balik Kampung Pergi Makan Mykori Dessert Cafe Dengan Family

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Balik kampung baru-baru ini sebab cuti yang panjang empat hari jadi habiskan masa sepenuhnya kat kampung dengan family. Jarang dapat balik bila balik ni memang bawa mereka pergi mana-mana sahaja nak jalan.

Kebetulan pula minggu tu mak ajak pergi beli barang untuk beliau tunai Umrah bulan depan. Jadi jalanlah kat Bandar Temerloh yang popular dengan Ikan Patin tu. Tapi kali ni tak pergi makan ikan patin tau. Kali ini adik kata ada restoran dessert baru buka Mykori Dessert Cafe. Jadi pergi lah cuba sebab memang tak pernah makan pun walau kat KL tu banyak cawangan.



Kat Temerloh ni baru sahaja buka dessert yang popular dari Jepun ni. Bila dah baru buka faham-faham jer lah macam mana servicenya. Nasib kot kali ni pergi makanan semua restoran yang baru buka dan service sangat perlahan. Mungkin kurang kakitangan dan juga diserbu ramai orang. Tak apa lah sabar juga menunggu mungkin boleh ditambah baik servicenya. 


Hari tu terpaksa tunggu dalam 40 minit juga untuk dapat makanan. Dah lah dalam restoran tu penuh dengan orang ramai gilerrr. Kami punya order tak banyak pun hanya beli Chocoreo Kakigori dan juga Manggo Cheesecake Kakigori juga ada satu Chocolate Banana Taiyaki. Saja jer sebab memang tak pernah rasa jadi tunggu lah walaupun lambat.


Emak kat dalam kedai dah sejuk beku menunggu. Nasiblah boleh tahan dessert ini sedap dan tak berapa manis sangat. Next time kena pergi kat kedai cawangan lain kat KL ini kot tak ramai sangat orang. Nak cuba pula menu kakigori yang ada banyak buah-buah tu sedapnya tengok orang lain makan. Tak apa janji dapat puaskan hati emak dan adik makan kat sini sekali-sekala bila balik kampung. 







Abang dan Kakak Domino Berkeliaran Di Stesen Sentral Dan TBS

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Semangat Tahun Baru Cina terus diraikan apabila pasukan Domino menyebarkan rasa bersemangat dengan mengedarkan pizza di KTM KL Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), merawat rasa lapar sepanjang perjalanan yang menyenangkan ketika mereka kembali ke kampung halaman masing-masing. 

Senyuman boleh dilihat di sekeliling sebagai Domino's Pizza yang lazat bersama-sama dengan paket Ang Pow eksklusif yang diedarkan dengan gembira. Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Dato 'Kamarudin Jaafar juga merupakan sebahagian daripada kegembiraan perayaan di KTM KL Sentral semasa pengedaran beg dan piza kepada pengguna.

Di samping menyediakan pizza kepada penumpang, Domino juga berkongsi pizza dengan pasukan yang bertugas di KTM KL Sentral dan TBS sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan dedikasi mereka yang teguh untuk melayani para penumpang semasa salah satu tempoh perjalanan paling sibuk di negara itu .

Bersempena dengan musim perayaan, Domino's Pizza juga menandakan pelancaran kempen terbaharu yang merupakan tawaran Buy 1 Free 2, yang bertujuan menyediakan tawaran hebat dan penjimatan yang lebih besar bagi para pelanggan untuk berkongsi momen berharga dan hidangan yang lazat dengan rakan dan keluarga sementara juga menjadi cara memberi kepada yang kurang bernasib baik. 

Setiap pembelian salah satu pizza Xtra besar atau satu pizza besar atau satu pizza biasa, pelanggan boleh menikmati dua barangan percuma yang terdiri daripada pizza biasa dan roti percuma, yang membolehkan mereka menjimatkan sehingga RM 41.40. Ambil tawaran Buy 1 Free 2 yang hebat ini sebagai peluang untuk membayarnya kepada orang yang kurang bernasib baik dengan tawaran yang tiada tandingan ini! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Domino's Pizza Malaysia dan promosi yang berterusan, lawati kami di http://www.dominos.com.my/.








Viewing all 1332 articles
Browse latest View live