Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) sudah berakhir dengan kemenangan suara rakyat yang menukar kepada kerajaan baru Pakatan Harapan. Seperti sedia maklum, Pakatan Harapan gabungan empat parti komponen utama iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah), Democratic Action Party (DAP) dan juga PBBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

Seorang aktivis politik, Otai Reformasi telah tampil membuat pendedahan di mana beliau mendakwa ada individu yang betul-betul memainkan peranan penting sehingga kerajaan Barisan Nasional berjaya dijatuhkan, Siapakah wira yang tidak didendangkan yang dimaksudkan beliau itu? Jom kita ikuti tulisan beliau seperti di bawah.
Tidak dinafikan, ramai tokoh yang berpengaruh dan berjasa dalam menyedarkan rakyat untuk berani mengubah kerajaan, tetapi itu bukanlah menjadi faktor utama atau akar umbi kepada runtuhnya sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.
Bukan satu tugas yang mudah mahu membuka mata rakyat Malaysia untuk berani bersuara, kerana rakyat yang akan lebih terkesan dan merana hidupnya jika didakwa apabila menentang kerajaan berbanding dengan pemimpin yang berpengaruh. Disebabkan itu, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang ditangkap, diambil tindakan, mahupun didakwa kerana protes dengan kerajaan sedia ada, rakyat Malaysia majoriti secara jujurnya masih belum membuka mata.

Rentetan tindakan Tun Mahathir yang keluar dari UMNO pada 29 Feb 2016 menyaksikan ramai pemimpin tertinggi parti berkenaan turut dipecat kerana dilihat menjadi orang belakang atau orang kuat kepada Tun M. Jangan lupa bahawa pada 6 Ogos 2015, seorang wanita juga telah didakwa dan dituduh menyebar berita palsu.
Apa ‘istimewanya’ wanita yang bergelar rakyat biasa ini hingga boleh didakwa sebegitu?
Pada asalnya, wanita tersebut sangat terkenal sebagai pemain utama dalam perang siber UMNO Barisan Nasional. Dia yang sangat berpengaruh di dalam Barisan Nasional dan menjadi ikon pakar perang saraf UMNO menjadi aset paling penting yang dimiliki parti itu untuk melawan pembangkang. Tetapi, wanita itu telah tampil membuat satu tindakan mengejut yang lantas mengubah kehidupannya dengan tidak mempersetujui TPPA (Perjanjian Trans Pacifik) yang sangat kontrovesi pada ketika itu.

Syarul Ema Rena atau terkenal dengan nama 'Ratu Naga' seorang wanita yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersuara melawan Barisan Nasional.
Berikut merupakan rentetan peristiwa yang terjadi kepada Ratu Naga.
Berikut merupakan rentetan peristiwa yang terjadi kepada Ratu Naga.
6 Ogos 2015 - Mengeluarkan kenyataan menghina DS Najib Razak kerana TPPA
18 Januari 2016 - Diserbu berbelas-belas pegawai polis di kesdiaman rumahnya selepas TPPA ditanda tangani
26 Febuari 2016 - Didakwa namun mengaku tidak bersalah atas tindakannya
16 April 2016 - Menjadi jentera utama untuk deklarasi rakyat
26 Mei 2016 - Chegubard menyerang Deklarasi Rakyat dengan memfitnah Ratu Naga membeli data
27 Mei 2016 - Ratu Naga menjawab fitnah Chegubard dengan bersumpah
10 Jun 2016 - Ratu Naga menyerbu sidang media Chegubard yang memfitnah namanya dan deklarasi rakyat
5 Ogos2016 - Diserbu pegawai polis dalam keadaan sarat mengandung
21 September 2016 - Diserbu pegawai polis pada tengah malam ketika sedang berpantang
10 Oktober 2016 - Ratu Naga menyertai Parti Keadilan Rakyat untuk menebus salah dan menjadi pengimbang Anwar dan Mahathir
12 Oktober 2016 - Ratu Naga memohon maaf di depan Istana Kehakiman sambil disaksikan beribu penyokong Anwar Ibrahim sewaktu menunggu keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim
12 Disember 2016 - Ratu Naga diserang 30 orang Jamal Yunos kerana menghantar bantuan air
12 Jun 2017 - Ratu Naga membawa 500 orang UMNO masuk PKR
3 Febuari 2018 - Ratu Naga serah diri untuk di soal siasat

Wanita kental ini banyak menghabiskan masa membahayakan diri untuk membuka mata rakyat sejak 2015. Pelbagai usaha beliau turut mengundang kontroversi semasa dan walaupun dirintangi pelbagai halangan, beliau tidak pernah patah semangatnya dalam menyuarakan hak rakyat. Ramai yang merasakan merekalah yang menjadi punca kenapa rakyat membuka mata. Tidak dinafikan usaha itu semua tetapi perlu dikenang akan jasa wanita ini juga.
*Ini adalah penulisan dari Otai Reformasi sendiri, bukan pendapat atau pendirian dari pihak Siakap Keli. Sekadar berkongsi informasi dan bukannya pendapat atau pendirian Mahamahu sendiri.
*Ini adalah penulisan dari Otai Reformasi sendiri, bukan pendapat atau pendirian dari pihak Siakap Keli. Sekadar berkongsi informasi dan bukannya pendapat atau pendirian Mahamahu sendiri.