Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Teh Tarik menjadi tradisi kita rakyat Malaysia setiap kali kalau minum untuk sarapan pagi atau juga menikmatinya diwaktu tengah malan. Ada yang suka nikmati teh tarik panas dan tak kurang juga yang lega dengan minum bersama ais. Kalau Maha lebih suka kepada minum teh tarik ais lagi nikmat.
Baru-baru ini Dairy Go telah mengadakan majlis pelancaran produk minuman terbaru mereka iaitu Teh Tarik bertempat di IDCC Shah Alam. Selalu kita nak nikmati teh tarik yang sedap dan pekat kena ke restoran mamakkan tapi kali ini bila-bila masa sahaja boleh minum teh tarik. Walaupun tersangkut dalam jem pun dah boleh nikmati minuman teh tarik ini dengan goncang dan buka terus minum.

Puan Bella Yahya Pengasas Dairy Go |
Bungkusan teh tarik keluaran mereka ini bagi Maha sangat flexible kerena boleh bawa kemana-mana sahaja boleh letak dalam ais untuk disejukkan atau rendam dalam air panas untuk nikmati teh tarik panas. Paling penting packaging ini mampu memberi ketahanan air minuman itu lebih dari satu tahun sekiranya tudung tidak dibuka.
Tapi kalau sekali korang dah buka kena terus minum bagi habis. Ada satu teknologi yang mereka guna pakai untuk memastikan minuman ini boleh tahan lama. Paling menarik ia juga boleh dipos menggunakan khidmat pos biasa kerana dijamin tidak bocor atau meleleh.
Dari segi rasa pula waktu Maha cuba minuman ini ia kurang manis dan sesuai untuk mereka yang amalkan diet. Ini kerena manis yang datang dalam minuman ini dari susu yang diimport dari New Zealand. Bestnya minuman ini dijamin Halal dari JAKIM so boleh minum tanpa was-was. Tanpa kolestrol, tanpa bahan pengawet dan juga tanpa pewarna tambahan jadi ia selamat untuk dinikmati.


Jangan nak beli minuman ini kat Maha yer sebab memang Maha tak jual mereka ada jual minuman ni secara online kat Instagram Dairy Go tak silap harga RM4.00 untuk pek 200ml. Sekarang ni juga mereka buka untuk sesiapa yang nak tambah pendapatan menjadi distributor kepada produk minuman teh tarik ini seluruh Malaysia. Ini peluang keemasan kerana produk ni masih sangat baru tak banyak lagi tempat yang ada jual tau. Selamat mencuba semua dan selamat berpuasa.
Pertanyaan dan juga promosi hubungi :
Instagram : https://www.instagram.com/dairygo_/