Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1330 articles
Browse latest View live

Aplikasi Manhajj Membantu Dan Memudahkan Bakal Jemaah Umrah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih teringat lagi masa Maha dapat seruan untuk ketanah suci mengerjakan Umrah tahun 2016. Masa tu memang agak kelam-kabut kerana semua Maha kena uruskan sendiri dari segi pendaftaran dan pengurusan kursus umrah. Almaklumlah itu adalah pertama kali nak pergi mengerjakan umrah jadi tak ada pengalaman semua kena banyak bertanya orang.


Tapi sekarang ni orang yang nak mengerjakan umrah sangat bertuah kerana dah ada satu aplikasi yang dibangunkan khas untuk membantu memudahkan semua urusan bagi mereka yang nak mengerjakan umrah. Aplikasi yang dibangunkan oleh Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) adalah satu yang sangat mudah segala info dan urusan hanya dihujung jari.

Aplikasi Manhajj Penyelesaian Ibadah Umrah


Aplikasi diberi nama Manhajj ini sudah boleh dimuat turun secara percuma dalam Google Play Store. Aplikasi ini berperanan sebagai satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran, kursus dan semakkan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif.



Di antara ciri-ciri pintar yang terdapat dalam Aplikasi Manhajj apabila pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community. Juga boleh muat turun gambar-gambar melalui Kalam Manhajj dan memiliki ciri senarai semak bagi membantu persediaan awal jemaah umrah. Dalam aplikasi ini juga bakal jemaah boleh dapatkan kursus secara dalam talian dan juga dapat buat pendaftaran umrah dengan mudah dan cepat semua dalam satu aplikasi. 



Paling utama dalam aplikasi ini adalah bakal jemaah boleh buat pilihan untuk memilih Mutawwif yang mereka mahukan dan mengenali bakal Mutawwif yang akan membimbingkan mereka di Tanah Suci nanti. Dalam aplikasi ini juga ada satu fungsi sangat bagus iaitu dipanggil ‘Panic Button’. Di mana ia membatu sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah atau Madinah dan jemaah dapat berhubung terus dengan Mutawwif. Sebab kes paling tinggi berlaku di sana adalah kes jemaah sesat dan tidak tahu kemana nak tuju. Dengan adanya aplikasi ini ia dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan rasa bimbang jemaah di Tanah Suci.


Maha tahu pasal aplikasi Manhajj semasa menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif Musim Kedua di IDCC Shah Alam, Menara Korporat pada 28 Oktober 2018. Majlis turut dihadiri dengan barisan VVIP yang memberi sokongan kepada aplikasi Manhajj ini. Majlis dirasmikan oleh Datuk Rashidi Bin Hasbullah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan  MOTAC

Ustaz Abd. Halim Bin Ikhsan CEO Manhajj Brothers Sdn. Bhd.

Datuk Rashidi Bin Hasbullah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan MOTAC


Juga turut memeriahkan majlis adalah dengan kehadiran beberapa barisan artis popular yang juga turut menjayakan racangan Manhajj Mutawwif yang disiarkan di Astro Oasis tahun lepas. Rancangan Manhajj Mutawwif ini juga adalah satu rancangan yang berunsur dakwah untuk terus komited mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. 

Program Manhajj Mutawwif Musim Kedua


Program realiti ini kini telah masuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan. Musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Kalau korang pernah tonton rancangan ini musim pertama ia menampilkan konsep lawak dalam pengajaran untuk bakal jemaah umrah agar lebih memahami situasi yang real selalu dihadapi oleh jemaah baru atau yang juga telah banyak kali mengerjakan umrah.



Rancangan ini akan mula ujibakat November ini dan juga akan mula tayangan awal tahun depan. Kalau rasa diri anda ada ciri dan juga bakat untuk menjadi mutawwif yang bertauliah dan menjadikan ia sebagai satu kerjaya tetap kini masa untuk anda sertai ujibakat. Ia terbukti apabila Juara Manhajj Mutawwif musim pertama ia saudara Ahmad Syafik Samat berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi.




Nantikan tayangan rancangan ini bermula tak silap 25 Januari 2019 di Astro. Satu usaha yang bagus untuk mengiktiraf mutawwif melalui program tv dan juga melalui aplikasi yang terbaru. Nanti korang muat turun ok dan juga boleh guna aplikasi ini dengan ada fungsi waktu solat dan juga arah kiblat. Maha suka sangat mudah dan dapat banyak juga ilmu dalam aplikasi ini moga ia sangat membantu.

Info lanjut layari :
Laman web : http://manhajj.com










Produk Makanan Dan Kesihatan Halal Taiwan Kini Di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pada hujung minggu lepas Maha sempat pergi tengok Taiwan Expo 2018 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Rugi korang kalau tak pergi kerana kat sini bukan sahaja dapat tengok teknologi dari negara Taiwan tapi juga makanan Halal yang ada disana. Makanan halal dipamerkan disatu ruangan khas iaitu Taiwan Halal Pavilion.


Kat situ Maha baru tahu bahawa kat sana ada juga badan Halal yang mengeluarkan pengiktirafan Makanan Halal dari negara Taiwan. Kalau korang nak tengok produk Halal ada logo daripada Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA). Di antara produk-produk pameran Halal yang ada adalah seperti kopi dalam tin, teh susu segera, makanan vegetarian, makanan ringan sehingga kepada produk penjagaan kesihatan, produk kosmetik dan banyak lagi. Masa expo macam ni lah korang boleh cuba makanan free hehehe kenyang makan sedap.


Produk-produk Taiwan memberikan tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, dengan kepelbagaian rasanya dan bungkusan yang cantik, ia sentiasa diterima dengan baik oleh pasaran-pasaran. Jenama-jenama produk terkenal seperti Teh Susu Segera 3.15pm dan Kopi Tin Mr. Brown. Kalau korang melancong kat Taiwan antara restoran makanan halal kat sana adalah seperti Fried Chicken Master dan juga produk makanan Vegefarm ini boleh dicuba tanpa was-was.





Dengar kata sebenarnya expo seperti ini telah dimulakan sejak 2017 lagi, untuk menarik perhatian pengguna-pengguna Islam di Malaysia. Produk-produk halal Taiwan yang kompetitif, kreatif dan inovatif, dan ia telah berjaya mencapai matlamatnya dan menerima maklum balas yang baik daripada pengguna-pengguna di Malaysia sehingga ia mula masuk pasaraya besar seperti di MYDIN

Pesta Makanan Halal Taiwan MYDIN


Menurut Indeks Pelancongan Muslim Sedunia (GMTI) MasterCard-Crescent Rating 2018 yang terbaru, Taiwan telah menduduki tempat ke-5 sebagai destinasi pelancongan terbaik antara negara-negara selain dari Organisasi Islam. Tahun ini, Pusat Halal Taiwan juga telah menerima Anugerah Emas MTC dalam kategori Persekitaran dan Kemudahan Mesra untuk Muslim daripada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). 






Pusat Halal Taiwan akan menjemput pembeli-pembeli asing ke Taiwan untuk mengadakan pameran perolehan setiap tahun, dan membuka pasaran baharu seperti Selatan dan Timur Tengah, dan terus berusaha untuk mencapai lebih banyak peluang perniagaan untuk pengusaha-pengusaha Taiwan.


Pesta Makanan Halal Taiwan Mydin yang telah diadakan bermula 25 Oktober sehingga 4 November 2018 ini bertempat di SAM Groceria NU Sentral. Ia akan mempamerkan lebih daripada 100 jenis makanan halal Taiwan yang berkualiti tinggi termasuklah produk buah kering Taiwan, cuka buah yang sihat, kuih-muih Taiwan yang lazat yang selalu dibeli sebagai buah tangan, makanan ringan dan dan pencuci mulut, dan sebagainya. Semua produk yang dipamerkan adanya pensijilan halal, yang boleh dimakan tanpa sebarang was-was.

Maklumat lanjut layari:





Bufet Masakan Padang Di Melting Port Cafe Concorde Hotel Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrr kali ni kita makan lagi masakan dari negara jiran Indonesia yang dibawakan khas oleh Hotel Concorde Kuala Lumpur. Melting Port Cafe menawarkan sajian tradisi Nasi Padang dari sekarang sehingga  30 November 2018 ini. Semua hidangan ini disediakan oleh Chef Rogayah Sharif dan Chef Azizah Abdul Malik.

hover_share

Maha suka dan selalu datang makan kat sini kerana makanan mereka memang rasa sangat original dan memang sedap. Bukan sebab ia disediakan hotel tapi ia disediakan dengan cara sebenar bagaimana makanan ini berasal. Masakan Padang ini adalah antara makanan terkenal di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Semua orang tahu kalau masakan Padang ini mesti popular dengan kepekatan santan dan juga kepedasan cilinya.


Jadi kalau korang nak datang makan tengah hari kat sini memang sangat berbaloi dengan masakan yang banyak. Di antara hidangan wajib masakan Padang adalah Ayam Pop iaitu ayam kampung yang digoreng dengen rempah istimewa. Kemudian Dendeng atau juga daging yang dipotong nipis dan dimasak dengan cili hijau pedas. Cumi Berlado iaitu sotong yang digoreng dengan cili pedas mereka. 




Selain itu juga korang kena cuba Sambal Udang Petai, Kalio Ayam, Sup Tulang Rusuk, Gulai Jariang Pucuk Ubi, Taruang Balado dan Gulai Sayur Kapau. Bagi Maha semua ini memang rasa sangat pure yang tak terkata enaknya dan cukup kesedapannya. Korang kena datang cuba sendiri baru tahu. 







Makanan pembuka selera daripada masakan Padang ini pun ada juga seperti Lotek ini kalau korang tengok macam Gado-Gado tapi ia ada mee kuning dan juga kuah kacang yang ada rasa pedas-pedas. Sedap tau kalau makan macam tu memang best. Ada juga sayur Sambal Lado Buncis, Anyang Pucuk Paku, Uwok Pucuk Ubi dan banyak lagi.





Selepas makan mesti nak ada pencuci mulut betul tak jadi dalam bufet Masakan Padang pun ada beberapa pencuci mulut yang popular seperti Kolak Pisang dan Badak Berendam. Maha suka kedua-dua pencuci mulut ini memang sedap tak manis sangat dan berlemak sangat. Menu lain juga turut ada dalam bufet kat sini jadi tak hanya makanan Padang mungkin ada yang kurang makan pedas boleh makan menu lain yang western, mahupun bahagian mee.




Sambil Maha makan hati tu ada persembahan dari Kumpulan Begema 5 yang memang setiap hari akan buat persembahan untuk tetamu yang datang makan kat kafe ini jadi tak bosan seronok. Boleh request nak mereka nyanyikan lagu apa tau best. Harga bufet untuk hidangan Masakan Padang kali ini sangat berbaloi hanya RM110.00 bersih untuk seorang. Korang boleh makan semua hidangan bufet yang ada dan boleh tambah berapa banyak nak. Jadi jangan lupa untuk cuba makan kat sini ok.

Tempahan dan pertanyaan hubungi : 03-2717 2233








5 Pilihan Hidangan Sarapan Pagi Yang Sesuai Bersama Dengan Susu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni siapa yang mulakan hari dengan sarapan pagi korang memang awesome lah. Maha sendiri pun kadang-kadang skip sarapan pagi ni almaklumlah hidup bujang tak ada masa nak makan pagi terus bergerak pergi kerja. Bila dah sampai office mula lah perut meragam dan juga mengantuk sebab perut kosong sementara nak tunggu tengah hari.


Tapi sekarang ni dah bijak sikit sebab apa Maha mulakan pagi dengan sarapan susu. Tahu ramai rakyat Malaysia yang masih ada menteliti yang susu hanya untuk kanak-kanak. Salah tu, sebab orang dewasa pun sangat perlu minum susu kerana segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari.


Maha ni bukanlah seorang yang pakar dalam pemakanan nutrisi ni tapi sedikit sebanyak dari hasil pencarian kat Google dan juga pembacaan boleh lah amalkan dalam hidup. Ini semua sebab Maha pernah satu hari tu tak sarapan dan memang rasa sakit perut dan juga sampai tak boleh nak buat kerja. Jadi sejak itu memang sekarang ni akan ambil sarapan pagi walaupun hanya secawan susu.


Susu apa yang bagus untuk orang dewasa? Tak kisah korang suka susu apa pun tapi kalau nak lagi baik yang banyak khasiat korang boleh cuba susu Dutch Lady PureFarm seperti mana yang Maha amalkan sekarang. Kalau siapa yang selalu follow Instagram atau Facebook Maha ada jer update sarapan pagi dengan minuman susu Dutch Lady.


Maha suka susu ini sebab ia tiada rasa yang kurang menyenangkan dan juga tiada bendasing yang membuatkan korang rasa mual bila minum susu. Tapi kalau korang perasan ada 5 sarapan pagi yang Maha selalu padankan dengan susu untuk dapat tenaga yang cukup. Hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu kita memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan.

Lima hidangan yang Maha ambil bersama dengan susu:-


1) Corn Flakes 
Ini adalah satu hidangan yang sinonim dengan susu dan memang selalu orang makan untuk sarapan. Corn flakes bukan sahaja lazat, tapi memberi sumber yang sangat baik dari segi vitamin, folat, mineral, serat makanan, protein, dan juga karbohidrat. Folat sebenarnya penting untuk pembentukan sel-sel baru dalam badan.


2) Mee Goreng
Sarapan pagi warga Malaysia yang mudah didapati kat mereta kedai atau juga yang selalu disediakan di rumah. Ingat sarapan pagi dengan mee goreng bukan tak bagus tapi jangan ambil selalu mungkin selang selikan dengan makanan yang berprotein tapi kalau ambil mestilah dalam kuantiti yang sikit sudah mencukupi.


3) Roti 
Sarapan roti bersama susu juga sangat mudah untuk diambil. Roti gandum ataupun jenis roti tawar memilki kandungan gizi yang sangat bermanfaat bagi tubuh, terutama untuk kanak-kanak. Sebab itu kalau iklan mereka akan bekalkan kanak-kanak dengan sarapan roti dan susu sebab itulah yang disarankan oleh pakar nutrisi. Nak sedap lagi mungkin boleh buat sandwich atau roti bakar.


4) Nasi Goreng
Ini juga adalah sarapan ruji rakyat Malaysia dan macam Maha sendiri pun masa zaman sekolah dulu emak setiap hari akan bekalkan nasi goreng untuk dibawa makan di sekolah. Walaupun pagi tu memang dah sarapan kat rumah. Sebab itu Maha sentiasa sihat dah ceria selalu. Kalau makan nasi goreng macam biasa kuantiti kena kawal jangan ambil penuh satu pinggan. 


5) Roti Canai
Hidangan sarapan wajib mesti kena ada sekurang-kurangnya seminggu sekali. Almaklumlah nak tebar roti canai tak pandai jadi makan kat kedai jer. Jangan lupa makan tu kena sertakan sekali dengan secawan susu dan ambil satu keping sahaja setiap kali makan jangan lebih. 



Ini adalah makanan yang Maha selalu ambil setiap pagi tapi banyak lagi yang korang boleh padankan sarapan pagi dengan susu tak semestinya lima hidangan ini sahaja. Rakyat Malaysiakan kreatif untuk menghasilkan sarapan pagi. Tapi pastikan korang tidak lupa dengan mengambil segelas susu terutama susu Dutch Lady PureFarm. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti Protein, Kalsium, Vitamin A, Vitamin B2 dan Vitamin D.



Ingat tu jangan sesekali tinggal sarapan walaupun hanya segelas susu sudah memadai. Kalau rasa nak pelbagai pun lagi bagus sebab badan kita memerlukan pelbagai nutrisi. Maha suka kalau minum susu tu yang sejuk baru keluar dari dalam peti ais. Apa yang korang suka makan ketika sarapan pagi kongsikan pengalaman sarapan korang kat Facebook Dutch Lady Malaysia.


Ini kerana korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000. Juga pengalaman sarapan yang unik di Pangkor Laut Resort. Caranya hanya ambil gambar cara korang nikmati sarapan pagi dengan susu Dutch Lady PureFarm mengikut tema yang ditetapkan. Peraduan berakhir 11 November 2018 ini. Cepat masih sempat lagi nak sertai.







5 Fungsi Baru Dalam Portal Zakat2u Memudahkan Proses Pembayaran Zakat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah sekarang ni zaman makin moden dan juga segala urusan tak kira yang wajib atau yang dituntut lebih mudah. Begitu juga dalam pembayaran zakat sekarang ini hanya dengan melalui portal Zakat2U sahaja semua urusan boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana juga.


Kalau tak silap Maha sebelum ini Pusat Pungutan Zakat - MAIWP telah perkenalkan pembayaran zakat secara online ini sejak tahun 2011 lagi. Dari tahun ke tahun pembaharuan dalam portal yang dibangunkan memberikan kelebihan dan kemudahan yang banyak kepada penggunanya terutama pembayar zakat agar tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat.


Ini kerana dalam portal yang disediakan ini sama jer seperti mana yang boleh dilakukan dikaunter PPZ-MAIWP. Tahun ini mereka telah menaik taraf lagi portal kepada Zakat2U 4.0. Kalau naik taraf tu lebih banyak kemudahan yang ditambah baik daripada yang sedia ada. Jika korang biasa menggunakan portal ini akan rasai kelebihan dan perbezaan ini manakala kepada pengguna baru ia sangat menyenangkan.


5 fungsi baru yang diperkenalkan pada majlis Pelancaran Portal Zakat2U 4.0 yang telah berlangsung pada 2 November 2018 bertempat di Wisma PPZ-MAIWP Dataran Sharmelin

1) Auto kalkulator

Kat sini korang boleh buat pengiraan untuk bayaran zakat dengan lebih ringkas. Kakulator zakat yang disediakan adalah untuk Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Saham, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Wang Simpanan. Hanya masuk beberapa info yang diperlukan dan boleh terus dapat jumlah yang tepat.



2) Troli Zakat

Fungsi ini lagi senang dimana korang boleh membayar lebih dari satu zakat. Contoh korang ada Zakat Pendapatan dan Zakat Emas boleh buat bayaran sekali terus dalam fungsi ini. Macam seperti korang buat pembelian dalam talian boleh kumpul dan bayar sekali senang.

3) Resit Online

Terbaru daripada pihak zakat kalau sebelum ini apabila kita buat permohonan resit rasmi secara online ini kena tunggu beberapa hari. Tapi dengan ada fungsi ini korang boleh terus dapat resit rasmi dan print.

4) Chatbot Zakat

Ini adalah cara bagaimana anda dapat berkomunikasi dengan sistem yang disediakan untuk sebarang kemuskilan dan pertanyaan. Chatbot ini kalau dalam potral itu dikenali sebagai Ustaz Amil dan beroperasi secara 24 jam. Jadi korang boleh terus dapat jawapan daripada persoalan yang diragui tentang zakat.


5) Video Tutorial

Ini adalah video bagaimana memberikan penerang lebih detail terhadap panduan untuk membuat pengiraan zakat. Juga korang boleh rujuk video diterangkan dengan cara lebih mudah.

Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan pengguna portal ini kepada peniaga online atau sendirian berhad, juga perkerja ada majikan di wilayah tapi bekerja di luar negara serta golongan yang terlalu padat jadual harian mereka sehingga tiada masa untuk ke kaunter dan juga kepada pelayar tegar online dan juga ahli koporat. Kalau korang tanya kenapa pula tidak dibangunkan aplikasi dalam telefon pintar? Sebenarnya PPZ dalam proses mengemaskini dan menyediakan aplikasi yang stabil untuk digunakan oleh pengguna telefon pintar. Jadi tunggu pengumuman akan datang ok. 



Lepas ini tiada alasan untuk korang tidak membayar zakat kerana hanya 2.5% sahaja harta yang memenuhi syarak anda akan diwajib zakat. Zakat ini juga adalah untuk membantu golongan yang memerlukan diluar sana seperti fakir, miskin, muallaf dan sebagainya. Jadilah insan yang berguna kepada orang lain. Selamat berzakat kerana zakat mensucikan harta membersihkan jiwa.

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan:
Talian Zakat: 1-300-88-5757
Laman web: zakat2u.com.my









Anchor Food Professionals Lancarkan Enam Inovasi Minuman Dalam Kempen Moodmojee

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kempen terbaru daripada Anchor Food Professionals iaitu Moodmojee yang mana ia adalah usaha memberangsangkan mood anda melalui minuman. Korang pernah cuba tak minuman yang mengandungi Cream Cheese dan juga Whipping Cream. Mesti rasa macam pelikkan tapi ia terbukti menghasilkan satu inovasi minuman yang segar dan hebat.


Chef profesional mereka telah mencipta minuman yang menggunakan produk tenusu ini untuk merangsang deria rasa anda dengan pelbagai bahan semulajadi. Kat luar sana ramai yang suka minum jus buah, kopi atau choklat kan, tapi melalui kreativiti dan inovasi baru ini mereka menghasilkan enam jenis minuman tenusu yang menggamit selera.



Maha hari tu pergi majlis memperkenalkan minuman yang dihasilkan oleh pakar-pakar mereka dan merasai sendiri minuman yang boleh dihasilkan daripada produk tenusu ini. Hari tu ada enam minuman yang bila dengar nama pun dan buat hati rasa ingin cuba iaitu Kayanika Fusion, Lemon Mint Meringue, Pom & Grey Twist, Tangy Brew, White Chocoffee dan Yuzu Chocolate Surprise.


Bagi Maha daripada enam-enam minuman ini yang paling menarik hati adalah Kayanika Fusion. Ia menggunakan bahan tempatan yang selalu kita gunakan seperti seri kaya, gula melaka, pulut dan kacang merah. Korang mesti ingat ia macam cendolkan, tapi tidak ia rasa lebih berkrim kerana menggunakan Anchor Whipping Cream didalamnya. Juga kata chef yang mencipta minuman ini, pulut yang digunakan dikukus dengan whipping cream agar rasanya lebih berkrim.



Kemudian kalau korang pecinta kopi mesti kena cuba Tang Brew dan White Chocoffee. Tangy Brew adalah minuman kopi yang kaya dengan campuran oren segar dicampur krim dan cheese foam dilapisan atasnya. Manakala minuman White Chocoffee merupakan campuran kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan mentega kacang yang lazat didalamnya. Kedua-dua minuman ini menggunakan produk Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream.



Pada yang suka ada rasa buah-buahan segar korang boleh nikmati minuman Lemon Mint Meringue dan juga Pom & Grey Twist. Lemon Mint tu adalah sejenis vanilla ais limau blended dan topping  dengan meringue dan parutan lemon dan oren diatasnya. Bagi minuman Pom & Grey pula adalah campuran Early Grey dengan sirap delima dan dilapisi di atas dengan krim dan serbuk koko. Juga menggunakan produk Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream.


Manakala yang kaki coklat boleh menikmati minuman Yuzu Chocolate Surprise. Minuman ini adalah campuran coklat dan ais dengan puree Yuzu dan berbingkai dengan lemon serta garam. Dua produk tenusu dalam minuman ini iaitu Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream.


Bagi menjayakan kempen ini Anchor Food Professionals berkerjasama dengan lima belas penyedia makanan & minuman di Semenanjung dan Malaysia Timur, di mana ciptaan ini akan diperkenalkan secara berfasa di seluruh lokasi bermula dari November 2018 hingga Januari 2019. Jadi korang boleh nikmati hanya di beberapa restoran dan kafe terpilih sahaja tau. Kalau betul korang nak cuba minuman istimewa ini Maha senaraikan beberapa restoran dan kafe yang terlibat dalam kempen ini boleh pergi rasa sendiri.

Choon Guan Coffee Shop - Klang, Selangor
Gafe Kafe - Semenyih, Selangor
Love Tea F & B - Kulai, Johor 
Living Room - Johor Bahru 
Cofeology Café & Restaurant - Bukit Beruang, Melaka 
Overstepped - Sungai Petani, Kedah 
La Taste - Gurun dan Sungai Petani, Kedah
Bakery Lavish Fusion - George Town, Pulau Pinang
HIVE by Love A Loaf - Bayan Lepas, Penang 
La Taste - Butterworth
Family Confectionary - Kampar, Perak
Baker's Hut - Seri Manjung, Perak
Kilang Delight - Kota Kinabalu, Sabah
Chub's Grill - Kota Kinabalu Sabah
Café Chiu - Kota Kinabalu Sabah
Lucky Bean - Kota Kinabalu Sabah



Pada yang dah cuba boleh bagi komen dan pendapat korang kat sini. Mana tahu ada idea lebih bagus boleh dihasilkan menggunakan produk tenusu dari New Zealand ini. Maha pun tak percaya bahawa boleh buat minuman daripada produk-produk macam ni. Nanti nak cuba sendiri kat rumah sebab hari tu chef mereka ada ajar cara bagaimana minuman ini dihasilkan. Selamat mencuba semua.







MEN’S BIORE Sebagai Penaja Utama Piala AFF SUZUKI 2018

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Men’s Bioré jenama Skrub Muka Lelaki No. 1 di Malaysia, menjadi penaja utama Piala AFF Suzuki 2018 sebagai tanda sokongan terhadap acara dwitahunan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Usaha ini, dapat memperkenalkan nilai-nilai jenama Men’s Bioré yang tersendiri menerusi pelbagai inisiatif menarik yang akan dijalankan sepanjang penajaan kejohanan bola sepak terkemuka ini.


“Di Malaysia, bola sepak sememangnya sukan yang paling popular di kalangan lelaki aktif. Sukan ini memupuk semangat kejuaraan untuk terus melangkah maju dalam kehidupan. Piala AFF Suzuki 2018 ini bukan sahaja bertujuan untuk menyatupadukan negara-negara ASEAN, malah kejohanan sebegini membangkitkan rasa semangat peminat-peminat bola sepak terhadap negara yang tercinta. Sebagai Penaja Utama Piala AFF Suzuki 2018, kami amat berbangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kejohanan yang berprestij ini. Penajaan ini seiringan dengan slogan kempen Men’s Bioré iaitu ‘Super Power, Strike Further’, yang mengetengahkan konsep pembersihan secara mendalam, supaya tampil lebih yakin”, menurut Tuan Masaki Fujiwara, Presiden Kao Malaysia.


Bagi menyemarakkan lagi kejohanan ini, pembersih muka Men’s Bioré Double Scrub kini didatangkan dengan rekaan moden edisi terhad berinspirasikan unsur-unsur Malaysia. Edisi terhad ini bersesuaian dengan peminat bola sepak Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap pasukan kebangsaan. Sempena kejohanan AFF Suzuki ini, pengguna  Men’s Bioré juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM40,000*.


Men’s Bioré sebagai jenama pilihan skrub muka lelaki No. 1,  sememangnya mempunyai pertalian yang kuat dengan golongan lelaki yang aktif bersukan di Malaysia. Mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan Piala AFF Suzuki dengan penuh minat. Justeru itu, acara sukan yang gemilang ini dapat menggabungkan dua gaya hidup yang berbeza iaitu sukan dan penjagaan kulit.


Kejohanan Piala AFF Suzuki berlangsung mulai 8 November hingga 15 Disember 2018, dengan lokasi perlawanan yang meliputi 11 buah negara ASEAN. Jenama Men’s Bioré akan menerima liputan media dan publisiti yang meluas di sepanjang tempoh 28 perlawanan. Pelbagai aktiviti dan promosi menarik yang bertemakan ‘Super Power, Strike Further’ telah diatur sempena kejohanan ini.  

Maklumat lanjut mengenai kempen ini dan produk Men’s Bioré  sila lawati laman Facebook Men’s Bioré Malaysia di https://www.facebook.com/MensBioreMalaysia/ atau www.kao.com/my/mensbiore/






Menghitung Detik Lazada 11.11 Shopping Festival Dan Secara Langsung Super Show

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang mesti hari-hari tengok kat tv, sosial media dan juga semua platform digital dan media cetak mempromosikan tarikh hebat iaitu Lazada 11.11 Shopping Festival. Jualan satu hari SALE di Malaysia secara besar-besaran hanya di laman web dan aplikasi Lazada.



Lazada 11.11 Shopping Festival Beli-Belah Menarik Satu Hari


Maha sendiri tak sabar untuk menantikan tarikh tersebut kerana waktu itu lah kita dapat membeli belah dengan diskaun sehingga 90%. Ada juga sesetengah barang itu boleh dapat Crazy Flash Sales serendah RM1. Sapa tak nak rebut peluang untuk harga paling murah macam tu dalam satu hari sahaja.


Waktu tu bukan setakat korang boleh beli belah dengan murah tapi sebenarnya korang boleh kolek baucer sehingga RM111 melalui permainan Shake It. Ada waktu tertentu untuk korang standby nak Shake It melalui aplikasi Lazada. Jangan shake laptop lak nanti orang kata gilerr lak hehehe. Juga ada permainan Slash It serendah RM1 yang membawa korang untuk slash dan invite kawan untuk join slash juga.


Korang juga boleh kutip baucar bernilai sehingga RM11,000,000. Masa ini lah nak dapatkan banyak baucer yang boleh guna untuk dapatkan Produk Buy Group dengan harga yang sangat rendah. Semua ni dalam satu hari sahaja 24 jam tau so jangan ketinggalan. Juga banyak lagi ciri-ciri yang menyeronokkan untuk korang dalam aplikasi dan laman web Lazada. Mesti berebut orang nak masuk Lazada tarikh 11.11 tu.

Acara Lazada 11.11 Super Show Secara Langsung


Juga turut akan ada  pre event bersempena akan tiba tarikh 11.11 Shopping Festival ni. Lazada bakal mengadakan acara live countdown mereka seperti detail di bawah :

Tarikh: 10 November 2018
Waktu: 10.00 malam 
Siaran Lansung: Aplikasi Lazada, TV 3 dan NTV 7
Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur


Dalam acara ini akan ada hampir 180 selebriti dari dalam dan luar negara juga turut sama menjayakan program live ini. barisan artis yang akan terlibat seperti KARD, Wany Hasrita, Aiman ​​Tino, Haqiem Rusli, Ayda Jebat, Altimet, Ella, Ziana Zain dan ramai lagi. Korang juga boleh meraikan malam tu dengan sertai peraduan yang dianjurkan dan ada banyak hadiah yang boleh dimenangi bernilai RM11juta.



Wow sehari sebelum 11.11 pun dah boleh dapat banyak hadiah apatah lagi tarikh yang di nantikan. Jadi jangan lupa untuk terus menonton rancangan ini kat aplikasi Lazada dan juga secara langsung di TV3 dan NTV7 hanya dirumah. Lepas tonton tu habis jer terus boleh shopping kat Lazada 11.11 Shopping Festival. Memang menarik sangat kat Lazada pada tarikh keramat ini nantikan 11.11.









Menjadi Juri Jemputan Lagi Kali Ini Menilai Dekorasi Kek Kat Senawang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha nak kongsikan pengalaman pertama kali menjadi juri untuk satu pertandingan mendekorasi kek terbesar kat Senawang. Rezeki ini pun datang masa lepas menjadi juri jemputan untuk program Baba's Versus 1001 Rasa dua musim. Masa tu lah berkenalan dengan Chef Sherry.


Kalau sapa tak kenal Chef Sherry ini beliau adalah pemilik Petitchef Cakes and Bakery yang terletak kat Senawang. Kalau sapa perasan chef juga ada muncul dalam rancangan jualan no 1 Malaysi apa lagi kalau bukan Go Shop. Chef Sherry juga antara krew yang terlibat belakang tabir dalam program pertandingan Baba's Versus 1001 Rasa. Jadi Maha kenal beliau kat situ dan disitulah kami bertukar kad dan contact.

Chef Sherry pemilik Petitchef Cakes and Bakery


Tapi betul lah orang kata kalau dah rezeki tu walaupun Maha ni tak tahu langsung dalam membuat dekorasi kek secara profesiol tapi chef tetap menjemput untuk menjadi juri. Katanya nak cari orang yang luar dalam dunia kek dan bakery ini bagi menilai hasil peserta-peserta. Pertandingan dekorasi kek ini telah berlangsung dengan meriahnya pada 27 Oktober lalu bertempat di Kip Mart Senawang





Maha pun tak sangka akan sampai ke sana untuk satu program yang sangat bermakna yer lah pertama kali menjadi juri untuk kek dan bakery ini. Selalu jadi juri untuk masakan berlauk tapi kali ini lebih kepada kreativiti dan juga imaginasi peserta. Hari tu ada 20 orang peserta yang terdiri daripada orang persendirian dan juga pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti.







Kebanyakan mereka ini semua adalah amatur dan bukan dalam bidang membuat dan menghias kek. Tapi bila tengok hasil yang mereka lakukan sangat mengagumkan dan membuat Maha rasa takut lah nak juri mereka. Tapi sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman daripada Chef Sherry dan juga juri lain pada hari tu iaitu selebriti Enot dan Chef As Shiqin rasa ada keyakinan nak menjuri.

Juara Pertandingan Dekorasi Kek

Pemenang Tempat Kedua

Pemenang Tempat Ketiga

Pelakon Enot


Satu pengalaman yang sangat berharga dan memang susah nak digambarkan, betul kata orang sesetengah ilmu tu tak dapat belajar di sekolah tapi boleh dapat dari pengalaman. Harap lepas ni chef sudi jemput lagi untuk program-program lain In Sha Allah kalau tak ada halangan boleh jer sertai. Tahniah juga kepada semua pemenang dalam pertandingan tu. Korang semua memang hebat dan berbakat teruskan usaha untuk menjadi pakar dalam bidang kek dan bakery ini ok.






Resepi Mango Lassi Daripada Yeo's Yeogurt Baik Untuk Perut Dan Penghadaman

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama sebenarnya tak membuat resipi special ini selalu masak yang biasa-biasa jer untuk makan sendiri tapi kali ni nak buatlah satu resipi khas menggunakan produk daripada Yeo's Yeogurt. Produk minuman segar lagi sihat untuk dinikmati setiap hari. 


Maha ni bukan lah pecinta minuman yogurt ini sebab mungkin mind set yang memikirkan bahawa yogurt ini masam dan tak sesuai untuk perut. Tapi semuanya berubah selepas satu hari tu Maha makan terlalu banyak makanan pedas dan menjadikan perut meragam rasa memulas dan tidak selesa. Jadi baca kat dalam google ni bahawa minuman yogurt dapat melegakan dan mengurankan radang dalam perut.


Trylah minum minuman Yeo's Yeogurt ni sebab selalu nampak jual kat kedai-kedai dan juga ada banyak perisa. So bila dah minum tu rasa perut memang ok selepas tu rasa mudah untuk membuang air besar. Apa yang Maha baca minuman ini diperkayakan dengan susu dan asid laktik di mana ia baik untuk sistem penghadaman badan. Jadi sejak itulah minuman yogurt ini menjadi minuman wajib kena ada dalam peti. 


Bestnya masa beli minuman Yeo's ini Maha letak kat luar tak masukan dalam peti sejuk sebab tak ingat. Jadi lepas seharian letak kat atas meja minuman yogurt ini masih elok dan segar boleh lagi diminum. Jadi tak perlu risau kalau letak luar atau dalam peti sejuk mana-mana pun boleh. Tapi jangan jemur kat panas matahari tidak elok. Sejak tu lah Maha mengamalkan minuman sihat Yeo's dan ia sesuai untuk semua peringkat masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat.



Tapi kalau hari-hari minum secara biasa pun agak bosan jadi sebab tu lah terjadinya resipi kali ini yang Maha cuba dari perkongsiang kat youtube. So nak kongsi ngan korang resipi mudah ringkas dan menyegarkan daripada produk minuman yogurt ini. Maha namakan Yeo's Yeogurt Mango Lassi. Bahan pun tak banyak boleh dapat kar pasaraya jer. 


Bahan-bahan resipi Yeo's Yeogurt Mango Lassi :-

1 biji Mangga Susu (potong dadu dan bekukan)
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Asli
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Mangga
1 camca besar Susu Pekat
1/2 biji Jus Lemon
1/2 biji isi Mangga masak (potong dadu)

Korang tengok tak banyak pun bahan yang Maha gunakan dalam resipi ini tapi rasa mengancam sedap. Korang kena tonton video cara-cara nak membuat resipi ini sangat mudah tak lama pun main campak jer.


Mudah bukan sekejap jer nak buat tapi yang penting isi mangga tu korang bekukan dalu dalam peti sejuk seharian. Tapi kalau korang nak gunakan ais kuib pun boleh kalau korang ada mesin pengisar buah. Maha suka gunakan buah yang dibekukan kerana ia mengekalkan khasiat dalam buat tu. Rasa macam ni hari-hari boleh minum yogurt bagi sihat.


Yeo's Yeogurt ini ada banyak perisa lain kat pasaran korang boleh cuba perisa Anggur, Oren, Laici dan Epal Hijau. Banyak semua boleh jadikan minuman yang korang suka ikut citarasa. Jadi harap dapat cuba resipi mudah ini. Nanti kongsi komen dan pengalaman korang minum minuman ini ok. Selamat mencuba semua.







6 Menu Baharu Terhebat Daripada Texas Chicken

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha selalu kalau nak makan bubur mesti time tu mencari-cari lokasi yang ada jual kerana tak semua kedai makan sediakan menu bubur. Tak adalah nak bubur berlauk macam yang popular kat Kampung Baru tu. Cukup sekadar bubur nasi ada daging ayam dalamnya bersama dengan sayur diatasnya.



Tapi sekarang ni Maha dah tahu kat mana nak menikmati hidangan bubur paling mudah dan cepat kat Texas Chicken lah. Kat sini ada Chicken Porridge iaitu bubur hangat dengan potongan isi ayam yang lembut, dihiasi dengan minyak bijan, daun bawang, bawang goreng rangup dan cili yang dihiris nipis. Nampak simple tapi cukup menyelerakan tambah-tambah kalau time selera tak berapa nak ada akibat sakit hidangan bubur sangat sesuai.

Chicken Porridge


Kalau nak cuba bubur yang lain pun kat sini pun ada iaitu Spicy Thai Porridge. Bubur ini kata orang agak sedikit pedas. Maha tak sempat rasa lagi sebab hari tu rasa yang bubur ayam tu jer. Sama juga mengandungi bubur panas dengan potongan ayam lembut, cuma dihiasi dengan parutan kentang berperisa Tom Yum kat atas bubur tu nak tahu kena korang kena order Maha tak order tu hehehe.


Hari tu Maha makan bubur ayam tu bersama dengan satu lagi menu baru kat Texas Chicken iaitu Spicy Korean Rice Bowl. Hidangan ini adalah daging ayam yang dipotong dan goreng rangup dituang dengan sos manis dan pedas serta taburan bijan. Kat atasnya pula ada potongan tomato dan juga lettuce segar bersama dengan nasi beras wangi kat bawahnya. Walaupun ada nasi dah tapi tetap sedap makan dengan bubur hehehe. Cuma bagi Maha sos Korean ini sangat pedas dan tak bagi Maha susah nak habis walaupun satu mangkuk jer.

Spicy Korean Rice Bowl


Menu rice bowl ni ada satu lagi bergunya yang datang dari Jepun sebab tu namanya Japanese Roasted Sesame Rice Bowl. Tadi Korea ni terbang ke negara jiran mereka Jepun dan menu ini mengandungi daging ayam yang dipotong dan goreng rangup bersama dengan sos istimewa dan dihiaskan juga dengan potongan tomato dan lettuce segar bersama dengan nasi beras wangi kat bawahnya. Ini pun Maha tak sempat nak rasa cuma tengok promosi yang ada kat kaunter jer, sambil tunggu order sampai baca menu baru ni.

Japanese Mash Bowl


Ada dua lagi menu baru yang tengah promosi kat Texas Chicken sekarang ini iaitu Japanese Mash Bowl dan Spicy Korean Mash Bowl. Ini unik sikit sebab selalunya kita makan kentang putar dengan sosnyakan tapi ini ada sekali dengan daging ayam yang dipotong. Kalau Jepun punya tu ada rasa yang unik pada sos kentang tu mungkin korang akan rasa sesuatu yang baru, manakala yang Korea tu pula macam tadi sos pedas dan manis bersama taburan bijan.


Rupanya promosi enam menu baru ini hanya untuk masa terhad sahaja tak tahu sampai bila selagi stock masih ada kot. Manakala harga pula dari RM3.80 hingga RM5.80 semangkuk dan harga berbeza mengikut restoran kalau makan kat atas Genting Highland lain tau. Bagi Maha ok lah berbaloi juga makan kalau nak rasa kenyang kena ambil 3 set macam yang Maha makan ni. Kalau bawa anak-anak pun rasa sesuai sebab tak terlalu besar sangat dan boleh habis kalau semangkuk untuk seorang. Cepat korang kena cuba ia sangat menarik dan tiada kat tempat lain hanya cawangan Texas Chicken seluruh Malaysia jer. Selamat mencuba semua ok.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini layari laman web atau ikuti laman sosial Texas Chicken Malaysia







Nikmati Minuman Terbaru Lipton Nitro Tea Dan Makan Mewah Di HIGHLINE Roof Top Market SkyAvenue

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang yang selalu naik kat puncak percutian tertinggi Genting Highland mesti tak perasan satu lagi lokasi makan dan minum yang baru dibuka kat sana. Maha sendiri pun baru jer tahu yang telah ada sekarang ini HIGHLINE  Roof Top Market yang terletak di tingkat empat SkyAvenue Mall Resort World Genting



Maha hujung minggu lalu sempat ker sana sempena dengan memperkenalkan minuman baru daripada Lipton jenama teh no. 1 di dunia. Rupanya kat puncak sejuk tu ada menyajikan yang pertama seumpamanya di Malaysia iaitu minuman teh dengan nitrogen. Unilever Food Solutions (UFS) dengan pakar perasa dari Perancis iaitu Monin telah menghasilkan Lipton Nitro Tea

French Flavouring Specialist Monin

Hari tu Monin pakar menyediakan minuman ini telah membuat demonstrasi bagaimana minum teh ini telah dihasilkan. Bermula dari daun-daun asli yang dipetik dari ladang-ladang teh lestari di seluruh dunia dan disuntik dengan rempah dan rasa semulajadi yang menarik. Kemudian teh dicurahkan ke dalam silinder gas nitrogen gred makanan untuk campuran selama lebih kurang tujuh jam. Daripada cecair, kehadiran nitrogen dengan serta-merta menggelapkan minuman, mencipta teh sejuk yang hebat menyegarkan untuk diminum. 

Blue Owl Nitro Tea dan Spice Bloom Nitro Tea


Kalau korang perasan dalam atas pemukaan minuman teh itu terdapat gelembung nitrogen yang mikro jauh lebih halus dan lembut tidak memberikan rasa keras kepada minuman seperti minuman bergas biasa. Ada dua jenis minuman daripada Lipton Nitro Tea yang diberi nama Blue Owl Nitro Tea dan Spice Bloom Nitro Tea



Kenapa ia ada dua jenis minuman ini kerana ia ada fungsi yang berbeza mengikut hidangan makanan yang sesuai dipadankan dengan minuman ini. Spice Bloom Nitro Tea dengan rasa sedikit pedas sesuai untuk minum bersama dengan hidangan daging. Sementara Blue Owl Nitro Tea, dengan warna putih yang tajam bersesuaian dengan hidangan berasaskan makanan laut. 



Sebab itu juga minuman baru ini diperkenalkan di HIGHLINE Roof Top Market kerana tempat makan ini direka sebagai pasar makanan mewah dengan pelbagai pilihan hidangan yang istimewa. Ia juga dipanggil sebagai pusat makanan yang menyajikan menu dari deli sandwich dan barbeque di Carnivore, Chinese pancake di Jon Bing, hidupan laut segar di Seafood Market, masakan moden atau resipi Malaysia di Asian Heroes yang menyajikan nasi dengan rendang lobsters dan daging terbaik bersama roti di Burgers & Shots.






Minuman teh tadi boleh didapati di bahagaian Burger & Shots. Setelah diorder minuman tu boleh bawa minuman tersebut ke mana-mana hab makanan tadi untuk makan sambil minum. Korang boleh tengok lah betapa sedapnya semua hidangan yang disajikan kat sini Maha pun tak boleh makan semua banyak sangat. Walaupun dalam suasana sejuk kat puncak tu selera makan makin bertambah lagi dengan adanya minum Lipton Nitro Tea. 








HIGHLINE ini boleh memuatkan 307 tetamu di bahagian dalam dan 180 tetamu di kawasan terbuka. Restoran ini beroperasi dari 11.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari. Kalau malam korang boleh nikmati makanan sambil menyaksikan persembahan live band. Best kat sini kalau korang duduk part luar tu boleh tengok dari atas taman tema luar yang akan siap tak lama lagi.


Cuma kat HIGHLINE Roof Top Market ini korang tak boleh bayar guna cash tau semua kena guna card yang boleh ditopup kat mesin ini. Bayaran semua cashless lagi selamat dan cepat. Bagi Maha tempat ini menarik dan juga menjadi tumpuan ramai orang, so kalau korang datang hujung minggu memang bersesaklah. Jadi rancang percutian korang kat sini. Nanti Maha akan kongsikan kat korang satu hotel yang boleh korang menginap kat sini sangat best dan sangat selesa, tapi kena tunggu next post ok.









Lontarkan Vokal Untuk Menyanyi Sepuasnya Di RedTail Karaoke SkyAvenue Genting Highlands

$
0
0
Salam sejahtera kepad semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa kat sini yang suka berkaraoke atau suka nak test vokal? Maha tahu ramai yang berangan ala-ala artis kat bilik mandikan. Apa kata korang test power sikit untuk tunjuk bakat menyanyi di RedTail Karaoke SkyAvenue Genting Highlands. Satu tempat untuk melempias nafsu menyanyi korang di puncak tinggi dan sejuk tu.


Baru jer buka pusat karaoke ini Maha sempat lah pergi tengok semasa berada kat genting hari tu. Lokasi tersembunyi sikit kerana terletak kat level G SkyAvenue Mall, Resort World Genting. Kawasan ni luas dan memang sangat menarik untuk nafsu diva dan divo dalam diri korang wakakaka. 


Masa turun bawah tu korang akan nampak papantanda besar yang menyambut kemeriahan untuk bernyanyi sepuasnya bersama-sama kawan dan teman. Korang akan masuk ikut laluan pintu yang ada tulis 'ON AIR'dengan diterangi lampu neon berwarna merah seperti sebuah club eksklusif.  Ada pula maskot Xiao Hong iaitu Red Panda yang comel dengan kaca mata hitam seperti super star.




Kat sini tak silap Maha ada enam bilik karaoke yang dilabelkan dengan watak-watak kartun yang sangat ceria dan berseronok menyanyi. Ada bilik nama Steve Gorilla yang sedang bermain drum, Eddy Panda bermain saxophone dan Joe Flamingo menari. Hari tu Maha masuk bilik Andrew memang sangat selesa dan rasa nak nyanyi jer. 




Semua bilik dilengkapi dengan peralatan karaoke yang terkini, dan peranti skrin sentuhan mesra pengguna dan juga mikrofon retro ala gaya zaman Elvis Presley. Bilik-bilik dihiasi dengan sistem audio-visual dan mikrofon yang berkuasa tinggi. Bila nyanyi tu ada ekor orang panggil hehehe. Senarai lagu pula ada lebih daripada 10,000 buah lagu yang sentiasa dikemas kini, mulai dari yang lama hingga ke hits terkini. Habis korang rasa tak muntah menyanyi banyak lagu macam tu. 


Harga kat sini ikut pakej ada 'Let's Sing' iaitu RM200 yang sesuai untuk 3-4 orang dalam satu bilik termasuk dengan minuman dan dua hidangan popcorn ayam. Manakala harga RM500 untuk pakej 'Ladies & Gentlemen' boleh muat sehingga 10 orang akan dapat dua hidangan popcorn ayam, kentang goreng dan sosej serta enam pilihan minuman. Manakala pakej 'Party in the House'harga RM1,000 akan dapat sekali minuman, popcorn ayam, kentang goreng dan sosej daging atau ayam. Bagi nak alas perut sebelum makan malam kat sini juga ada sediakan snacks seperti kacang masin dan Twisties. 




Selain karaoke kat luar tu pula ada tempat permainan untuk mereka yang dah penat bernyanyi boleh cuba pelbagai jenis game yang disediakan seperti Giant Jenga, Beer Pong, Pools, Arcades dan Giant Connect 4. Juga boleh santai kerana ada ruang istirahat kat luar ni sambil minum-minum. RedTail Karaoke ini buka setiap hari dari pukul 5.00 petang sehingga 3.00 pagi. Jadi waktu malam ada jugalah aktiviti yang korang boleh buat kat Genting ni tak lah bosan nak duduk dalam bilik hotel jer. 

Segala info dan maklumat lanjut layari :










Theme Park Hotel Bilik Penginapan Sesuai Untuk Jumlah Ramai Di Puncak Genting Highlands

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak lama lagi Genting Highlands ni bakal meriah apabila bukanya taman teman luar mereka yang sekarang ni tengah rancak dalam pembinaan. Tak silap tahun depan dah mula buka dan pasti ramai yang plan nak merasai kehebatan taman tema baru tu. Tapi kalau korang nak menginap kat puncak sejuk tu Maha ada satu hotel yang sesuai untuk jumlah rombongan yang ramai.



Hotel yang Maha maksudkan adalah Theme Park Hotel yang terletak betul-betul depan pintu masuk ke taman teman luar Genting Highlands. Kalau korang nak duduk sini memang sangat sesuai untuk masuk ke taman tema ini. Cuma nak ingatkan parking tak ada kat hotel tu kalau nak korang kena parking kat hotel Genting Grand. Kemudian kena jalan kaki keluar untuk ke hotel ini agak jauh sikit lah.




Kalau yang datang naik Genting Skyway atau public transport lain seperti bas akan berhenti kat Skyavenue Resort World memang kena jalan kaki ke hotel ni kena seberang jalan utama. Sekarang lobi hotel ni pun dah cantik dan berwajah baru. Kalau korang masuk kat lobi ni boleh nampak ada replika pokok dan tumbuhan yang melambangkan alam semulajadi. Kat lobi ni pun lebih mesra kanak-kanak kerana ada permainan jadi sambil tunggu waktu untuk check in boleh anak-anak bermain.



Maha masa berada kat Genting Highlands sebab ada acara memperkenalkan Lipton Nitro Tea dan juga Redtail Karaoke memang Maha menginap kat hotel ni. Bagi Maha hotel ni sangat selesa dan luas sebab ia adalah hotel yang sesuai untuk mereka yang datang dengan jumlah ramai lebih dari dua orang. Kalau keluarga yang ada tiga hingga enam orang sangat sesuai untuk menginap kat hotel ini.




Hari tu masa Maha datang duduk kat bilik Quads yang mana bilik tu ada dua katil queen yang boleh muatkan sehingga empat orang. Bilik besar dan sangat selesa lepas tu pulak mengadap kawasan luar dengan pemandangan hijau semulajadi. Siap ada balkoni dimana waktu pagi korang kena duduk kat balkoni ni sambil sarapan pagi boleh melihat kabus yang tebal kalau bernasib baik boleh nampak matahari terbit.




Bilik yang Maha duduk tu ada reka bentuk yang menarik dengan design kartun yang menarik. Dalam bilik tu semua kemudahan ada dengan televisyen LCD satelit, bilik mandi bersambung dengan pancuran mandian air panas, kemudahan teh & kopi, kipas siling, mini peti sejuk dan akses internet wifi percuma. Pastu kat sini konsep almari terbuka korang boleh sangkut pakaian kat penyangkut yang disediakan. Cuma kat bawah katil tu ada ruang khas untuk korang nak simpan beg atau barang-barang supaya tidak bersepah.






Best lah memang sesuai sangat yang datang dengan kawan-kawan satu kereta boleh duduk sini. Jadi harga lagi murah sebab korang boleh kongsi empat orang. Cuma nak ingatkan pada korang yang hotel ini ada dua blok banggunan yang mana ada block Main dan block Valley Wing. Yang Valley Wing ni agak jauh sikit korang kena seberang jambatan yang menguhubungkan dua blok. Unik kat hotel ni kalau korang nak tengok no bilik tak ada tulis kat pintu atau tepi pintu tau ia ada tulis kat bahagian bawah pintu kena tengok bawah baru nampak no bilik hehehe.



Selain dari bilik untuk empat orang kat hotel ini ada juga bilik yang mampu memuatkan sehingga enam orang. Bilik Sixers ini mempunyai tiga katil bersaiz queen di ruang seluas 300 kaki persegi, sesuai untuk keluarga atau kumpulan kawan yang ramai dan suka tinggal bersama dalam satu bilik. Dalam tu ada dua katil kat bawah dan satu katil bertingkat. Kelengkapan dalam bilik ni sama juga dengan bilik lain cuma jumlah lebih ramai boleh muat.




Satu lagi bilik kat sini ada special punya untuk pasangan yang nak berbulan madu dan merasai duduk bilik mewah. Ia adalah Honeymoon Suite. Korang boleh tengok kat ruang tamu ada tab mandi lagi tau boleh mandi sambil tengok tv. Kemudian bilik mereka lebih besar dan sangat luas. Bestlah kalau datang bulan madu sepuas-puanya.





Kalau korang nak sarapan kat lobi hotel ini ada Eatopia kafe yang menyediakan makanan seperti roti termasuk pastri, sandwic, makanan mart, dan Nasi Lemak. Tapi korang tak perlu risau dah ada kat Genting ni korang boleh sarapan seawal pagi kat kedai-kedai yang ada kat mall tapi kena keluar jalan sikitlah.


So rasa hotel ni sangat sesuai untuk korang nak merancang percutian kat puncak tinggi ini. Bagi Maha kalau nak datang dengan keluarga atau kawan-kawan ramai boleh lah booking bilik-bilik yang besar dan selesa ini. Waktu untuk check in hotel ni pukul 3.00 petang dan check out pula pukul 12.00 tengah hari. Cuma korang kena sediakan RM200 untuk deposit semasa check in hotel ni tau. Kalau nak beristirahat kat Genting Highlands Maha memang cadangkan sangat hotel ini. Maha bagi 4 bintang pada hotel ni best selesa cuma jauh sikit kena banyak berjalan.

Maklumat lanjut layari :
Laman web : https://www.rwgenting.com/accommodation/hotels/Theme-Park-Hotel
Facebook : https://www.facebook.com/themeparkhotelgenting
Tel :  +603 2718 1118 







Kerangupan Ayam Goreng Korea Disaluti Sos MONSTER Yang Extra Pedas Di Jinjja Chicken

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu ramai memang suka sangat kalau dapat makan ayam goreng Korea yang enak lagi pedas. Sebab tu sekarang ni Jinjja Chicken telah membuka cawangan mereka di Kuala Lumpur untuk memberi kepuasan kepada pecinta makanan ayam goreng Korea ni. Lagi bertambah sedap bila  ayam goreng tu disaluti dengan sos extra pedas daripada biasa.





Maha sendiri dah pergi makan kat restoran ini dan memang betul ayam goreng yang disaluti sos MONSTER sangat pedas. Kalau korang tak kuat untuk makan pedas amaran jangan sekali-kali cuba. Tapi kalau betul-betul nak rasa boleh lah sekadar colek sahaja ayam goreng dengan sos pedas giler tu. Memang pedas tahap gaban dan tak boleh tahan punya akan berpeluh dibuatnya. Kalau korang kata makan Mee Samyang tu pedas tapi ayam ini dua kali ganda lagi pedas daripada mee tersebut ok. Kalau nak makan digalakkan menggunakan sarung tangan yang disediakan tau.



Tapi kalau korang masih nak juga makan ayam goreng kat sini meraka ada juga dua lagi sos yang tidak pedas iaitu Soy Garlic dan Yangnyeom yang medium pedas. Korang pilih set dalam satu kotak seperti yang Maha makan ni korang boleh campuran dua sos untuk ayam goreng tu. Set Big Bang ini juga datang dengan Fries yang boleh pilih dari dua jenis sos serta ada empat ketul Mandu dan satu Chicken Kimbap.



So satu kotak ni memang banyak ayam tu tak silap Maha ada 20 ketul dimana 16 chicken wing dan juga 4 drumstick. Juga set ini ada empat cawan minuman ringan jadi memang sesuai untuk makan empat orang dalam satu keluarga atau datang dengan kawan-kawan. Puas dan kenyang banyak sangat dalam satu set dan hari tu Maha siap bawa balik sebab tak boleh habis kerana ayam goreng sos pedas giler tu.

Chicken Kimbap - RM15.90


Pilihan makanan lain korang boleh cuba kat sini seperti Burgers dimana burger ni ada dua pilihan iaitu Tofu atau Chicken. Maha makan hari tu burger daging ayam disalut sos yang sederhana pedas saiz pun sederhana besar sesuai untuk seorang makan. Menu lain yang menarik untuk korang cuba Maha cadangkan Bimbisalad. Campuran salad segar bersama dengan dua pilihan lain iaitu Tofu atau Chicken. Maha try hari tu yang chicken cara nak makan kena gaul semua bahan tu sekata dan baru makan ada rasa rangup-rangup dalamnya.

Chicken Burger - RM15.90

Chicken Bimbisalad - RM15.90

Kalau korang suka yang lebih berkuah korang mesti kena cuba Army Stew ni. Dalam tu ada macam-macam bahan seperti sosej, kacang panggang, cendawan dan kepingan keju. Macam korang makan steamboat lah tapi dengan kuah sos yang sedikit pedas dan sedap untuk dimakan sewaktu masih panas. Korang boleh pilih juga untuk padankan makanan ni dengan nasi putih macam Maha pilih ni atau juga mee dan vermicelli

Army Stew with rice - RM22.90

Bibim Bap Beef - RM17.90

Dah puas makan semua pedas dan panas kat sini korang mesti kena cuba dessert yang ada iaitu Mandu. Mandu ini adalah Dumpling Korea style dimana digoreng dan disalut dengan sos unik dan rasa rangup-rangup. Juga nak sejukkan perut korang kena order aiskrim kat sini yang ada dua perisa popular iaitu Charcoal Caramel berwarna hitam dan juga yang warna biru tu pula adalah perisa Vanilla. Maha suka yang perisa charcoal dan aisrkim ni hanya berharga RM2.90 sahaja satu cone. 

Fried Mandu - RM12.90 (6pcs)

Charcoal Caramel Ice Cream - RM2.90

Restoran ini adalah satu konsep franchising daripada negara jiran Singapura, di mana yang telah mendapat persijilan Halal di sana dan di Malaysia ini mereka masih dalam proses permohonan jadi korang tak perlu bimbang untuk makan. Kalau korang nak beli sos mereka juga ada menjual beberapa perisa sos seperti Yangnyeom Sauce dan juga  Gochujang Sauce


Untungnya kalau korang seorang pelajar kerana ada diskaun RM5 untuk setiap Set Meals yang diorder. Hanya perlu bawa kat pelajar korang dan boleh nikmati diskaun ini, bestkan rasa macam nak belajar semula lak semata-mata nak makan kat sini hehehe. Suasana dalam restoran ini bagi Maha sangat menarik membawa kita kepada konsep seperti berada di negara Korea yang sebenar. 





Kat sini kalau korang nak order perlu pergi kat kaunter order dan nanti mereka akan berikan kepada korang satu button. Setelah menu yang korang order itu telah siap dimasak button tu akan berbunyi dan korang perlu pergi ambil di kaunter yang disediakan. Macam restoran kat Korea semua konsep macam tu. Jadi tak perlu nak pergi jauh untuk makan hidangan Korea kat Malaysia dah ada yang Halal. So tunggu apa lagi pergi lah cuba dan nanti tinggalkan komen kat sini adakah ayam tu betul-betul pedas atau tidak ok. Selamat menjamu selera semua.

Cawangan Jinjja Chicken di Malaysia:-

Jinjja Chicken Sunway Pyramid 
LG 2.47, Lower Ground Floor,
3, Jalan PJS 11/15, 
Bandar Sunway, 
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Jinjja Chicken The Gardens 
LG-241A, Lower Ground Floor,
The Gardens Mall,
Mid Valley City, Kuala Lumpur. 

Waktu operasi : 10.00pagi-10.00 malam setiap hari

Maklumat lanjut dan promosi layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5






Pengalaman SUPER-Natural Dengan Ayam Smoky PERi-PERi Dari Nando’s

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau Maha sebut nama Restoran Nando’s mesti teringat akan ayam panggang api PERi-PERi mereka sentiasa menawan. Bagi musim perayaan tahun ini, pakar pemanggang ayam ini memperkenalkan rasa Afrika yang lebih ke dalam sajian Nando’s yang baharu.


Mesti korang nak tahu apa menu baharu ini. Ia diilhamkan dari gabungan warna-warni masyarakat Afrika, warisan unik dan rasa berasap hasil kaedah memasak terbuka, maka Smoky PERi-PERi yang ‘super-natural’ dihasilkan. Macam biasa kalau ayam Nando's ni susah kita nak rungkaikan rasanya kerana ia menggabungkan rasa paprika, manis dan berasap, sedikit rasa limau, herba yang menarik dan sememangnya sentuhan Cili Api PERi-PERi.




Kalau korang tengok pada PERi-ometer Nando’s, ayam Smoky PERi-PERi ini lebih pedas daripada Lemon & Herba, tetapi kurang pedas daripada rasa Mild. Ia sesuai untuk mereka yang menggemari makanan berperisa tetapi tidak terlalu pedas dan ia memperkenalkan satu dimensi baharu ke rangkaian rasa ayam Nando.





Lepas jer mereka memperkenalkan menu baharu ini Maha terus pergi cuba sendiri nak rasa ayam ini. Bagi Maha memang susah nak kenal pasti rasanya tapi memang dapat rasa ayam salai dengan api dan juga sedap kalau makan tanpa sos Nando's yang ada. Kena makan macam tu sahaja baru korang dapat rasa kepuasan dan rasa sebenarnya.




Menu Smoky PERi-PERI baharu ini adalah untuk masa yang terhad sahaja. So korang  kena pergi meraikan musim perayaan dengan hidangan baru ini yang seusai untuk makan empat orang dengan harga hanya RM99.00. Ini termasuk empat sajian sampingan lazat serta empat minuman ringan tanpa had dan empat Salted Caramel Cake Bites yang baharu!


Nando’s memberi tumpuan bukan sahaja pada ayam bakar sempurna, tetapi juga perisa dan sentiasa bersedia menyahut cabaran untuk meningkatkan pengalaman bersantap mereka ke dimensi yang lain. Nando’s bercita-cita untuk mengumpul dan menyajikan hanya yang terbaik di atas pinggan korang. Jadi cuba jangan tak cuba ok. Selamat menjamu selera semua.

Info dan promosi layari :
Laman web : https://nandos.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/NandosMY
Instagram : https://www.instagram.com/nandosmy

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





Pelancaran Art In The City Iaitu Pameran Visual Seni Secara Paparan Luar Di Sekitar Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang yang meminati seni lukisan ini adalah peluang untuk menyaksikan hasil seni anak tempatan dipamerkan sekitar bangunan terpilih di Kuala Lumpur. Art In The City adalah kempen yang akan menampilkan 14 karya seni dari pelukis ulung tanah air dan akar umbi yang cinta kepada lukisan. 


Selalu orang kurang minat melawat galeri seni dan muzium tapi kali ini mereka bawakan seni itu kepada rakyat agar boleh dipertontonkan dengan cara membuat mural di bangunan yang terpilih. Ini akan mengubah landskap bandaraya Kuala Lumpur dengan penampilan karya seni dan menjanjikan sebuah pengalaman visual seni dari cara yang lain.



Selain dari itu juga kempen ini akam membawa persembahan kebudayaan secara percuma, program mentor serantau, forum seni visual, bengkel seni dan pameran seni visual. Ini semua akan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kesenian dan kebudayaan tempatan juga Kuala Lumpur akan dikenali sebagai hab budaya di Malaysia.




Baru-baru ini majlis pelancaran kempen Art In The City telah diadakan di Jenerator KL Citywalk. Turut hadir adalah Menteri Wilayah Pesekutuan yang sudi merasmikan kempen tersebut. Kempen ini adalah usahasama diantara Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan atau dikenali sebagai CENDANA.





Kempen ini melibatkan beberapa lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan orang ramai dan kawasan yang bersebelahan dengan galeri seni dan muzium. Di antaranya badan swasta dan kerajaan yang terlibat dalam usaha murni ini adalah Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan dan KL Hop-On-Hop-Off

Kenali 13 Artis Dan Karya Seni Terpilih


Sebenarnya kempen ini telah bermula dari awal tahun ini lagi dimana artis tempatan dipanggil untuk menyerahkan karya seni mereka yang bertemakan Malaysia untuk di nilai oleh panel profesional. Setelah semua proses itu berakhir dan 14 karya seni terpilih daripada artis seperti Suzi Chua, Brindha Kumar, Smantha Cheah, Syamsul Addenno, Nor Aziela Binti Ahmad, Natasha Iman Binti Muhamad Razib, Ahmad Sanuri Zulkefli, Sivabalan Arumugam, Muhammad Najib Bin Tumrin dan Jin Chung

Suzi Chua karya bertajuk Gentle Giant

Smantha Cheah karya bertajuk Be With Me, Brave Heart

Natasha Iman Binti Muhamad Razib karya bertajuk KUEH

Syamsul Addenno karya bertajuk Silent Unity

Selain itu, paparan luaran yang dijayakan dengan bantuan Balai Seni Negara akan menampilkan empat karya seni daripada artis legenda seperti Dato' Mohd Hoessein Enas, Datuk Ibrahim Hussein dan Kok Yew Puah. Antara nama dan lukisan karya yang terpilih adalah berilhamkan daripada pendulang biji timah yang akan dilukis di bangunan Wisma Maran. Lepas itu gambar kanak-kanak sekolah dan gambar pandangan kamera sekumpulan kanak-kanak sekolah ketawa yang akan dilukiskan di bangunan Permodalan Nasional Berhad. Manakala karya bertajuk Genting ini pula akan dilukis di bangunan Balai Seni Negara. 

Karya bertajuk 1 Malaysia

Karya bertajuk Pusaka

Karya bertajuk Culture Syok

Karya bertajuk Tapau 

Lagi ada karya sekor orang hutan yang bertajuk Gentle Giant akan dipamerkan di KL Citywalk. Lukis bertajuk Culture Syok akan di lukis di bangunan Bursa Malaysia Berhad. Juga karya dari Syamsul Addenno yang bertajuk Silent Unity akan dipamerkan dibangunan Permodalan Nasional Berhad. Manakala gambar bertajuk Be With Me Brave Heart, Tapau hasil karya Muhammad Najib, gambar bertajuk Pusaka, gambar tema 1 Malaysia, gambar tema Simpodium, gambar tajuk Stand Together dan KUEH semua ini pula akan dipamerkan di Digital Billboards


Diharapkan usaha murni ini akan mengiktiraf hasil seni anak tempatan dan mendapat perhatian daripada masyarakat luar sana bahawa kita mampu menghasilkan hasil seni yang bertaraf dunia. Juga ini akan menjadi Kuala Lumpur lebih indah dan lebih dikenali oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Korang dah boleh start tengok dan bergambar dengan semua karya ini di lokasi yang dinyatakan. 

Dapatkan maklumat lanjut tentang Art In The City layari :-
Laman Web : www.cendana.com.my
Tanda pagar rasmi : #CENDANAMalaysia 
                                 #ArtInTheCityKL




Meraikan Sambutan Krismas Dan Tahun Baru Di Hotel Renaissance Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tidak lama lagi rakyat Malaysia dan seluruh dunia bakal meraikan Hari Natal dan juga Tahun Baru. Tapi korang ada lokasi untuk sambut kemeriahan ini. Kali ini boleh pilih Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Langkah di dalam hotel yang indah dan nikmati musim perayaan dengan gaya tersendiri. Kali ini hotel didekorasi dengan latar belakang yang menakjubkan untuk menjadi lokasi sambutan anda.



Majlis sambutan Krismas tahunan ini dimulakan dengan Majlis Pencahayaan Pokok Krismas pada petang 22 November 2018 dengan tetamu terkenal di bandar bersama-sama dengan tetamu yang menginap di hotel. Lobi berdering dengan lagu-lagu Krismas yang menarik dan Rumah Gingerbread menandakan musim perayaan telah tiba. Pada majlis itu juga para tetamu dijemput untuk membantu membina Gingerbread House. Tetamu boleh memberi sumbangan pada harga RM50nett (tier bawah), RM150nett (tier atas) dan RM300nett (tier pertengahan) dan akan terukir nama mereka atau nama orang yang disayangi pada rumah tersebut. Hasil daripada jualan bata-bata ini akan disumbangkan kepada anak-anak dari Rumah Good Samarithan di Klang.



Makan Malam Sambutan Krismas


Tak sah kalau sambut krismas tiada juadah makan malam dengan pesta tradisional yang penuh dengan persembahan gemilang musim perayaan. Korang boleh bersama keluarga dan rakan-rakan menikmati makan malam perayaan di TEMPTationS. Diners akan menyajikan Whole Roasted Turkey dengan Fruits, Chestnut Stuffing and Cranberry Sauce, Roast Prime Beef Ribs, English Rolled Lamb Leg dengan Rosemary Jus, Norwegian Salmon en Croute dan banyak lagi. Semua makan malam bufet Krismas pada harga RM138nett setiap seorang termasuk mocktail. 









Brunch Hari Krismas


Selaras dengan semangat Yuletide, Chef Eksekutif Supi Mansor dan sepasukan kuliner telah membuat hidangan tengahari yang diilhamkan dari Asia dan Barat untuk menggembirakan semua tetamu. Perayaan yang sempurna dengan makanan hebat seperti Slow-roasted Australian Beef Ribs, Whole Baked Salmon dan Lamb Chop dengan Prunes dan Rosemary Jus. Bufet Brunch Hari Krismas adalah pada harga RM128nett setiap seorang termasuk mocktail.







Ada juga maskot Santa Claus yang akan memberikan hadiah untuk anak-anak kecil semasa bufet Makan Malam Krismas dan Brunch Hari Krismas. Sambutan Malam Tahun Baru di TEMPTationS dengan bufet makan malam yang istimewa. Makan malam bufet Tahun Baru adalah pada harga RM138nett setiap seorang termasuk mocktail.

Tempahan restoran dan untuk mengetahui lebih lanjut promosi ini sila hubungi:- 
Tel : 03 2771 6692 
E-mail : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5



Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan Yang Bajet Tapi Nampak Mewah Dari Salamah Catering

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Cantik mata memandang pelamin dan perhiasan, lagi sedap menjamah hidangan yang disediakan oleh katerer-katerer berkualiti. Pilihlah pakej-pakej perkahwinan yang lengkap dengan termasuk makanan, jurugambar, makanan beradap, jurusolek, pelamin, kek dan sebagainya. Tapi tak banyak syarikat perkahwinan mampu menyediakan pakej macam ni.


Kebetulan hari tu kawan lama yang Maha kenal kat dalam Facebook berkahwin. Tahniah kepada pasangan Remy & Wawa yang telah berlangsung pada 18 November 2018 hari tu. Korang memang pasangan yang sangat sweet dan sama cantik atas pelamin. Jelous lak kita, belum sampai masa lagi nak bersanding macam ni juga hehehe.



Hari tu majlis perkahwinan Remy ni  ambil daripada katering terbaik di Klang sapa lagi kalau bukan Salamah Catering atau ramai orang kenali dengan Kak Long, bukan kak long kawasan tau hehehe. Tapi Maha sendiri tahu yang beliau ini dah lama buat service katering dan perkahwinan ni. Sebab sebelum ni pernah pergi makan open house yang beliau buat memang semua sedap-sedap.


Masa majlis perkahwinan hari tu pengantin dan keluarga ambil pakej lengkap khas untuk perkahwinan dalam dewan dari Salamah Catering ini. Semua masakan makanan yang disediakan pada majlis hari tu memang cukup rasa dan sedap. Lauk kenduri hari tu ada Daging Palembang, Ayam Golek Mabeles, Pajeri Nanas, Papadom, Buah Oren, Nasi Minyak, Nasi Putih termasuk Acar Buah Kak Long yang istimewa. Menu ini memang keistimewaan katering ini dan terbaik, Maha siap makan bertambah-tambah hari tu hehehe jangan marah ye pengantin.








Selain daripada makanan utama Kak Long juga ada sediakan khas Cendol Kak Long dan mereka akan buka booth kat dalam dewan tu. Sebenarnya Cendol Kak Long ni sangat famous tau kat area Kampung Sungai Pinang, Maha dah pergi cuba memang terbaik cukup rasanya. Masa ronder nak ambil makanan tu nampak pula bahagian high-tea corner dengan adanya pelbagai jenis kuih muih , air panas seperti Teh Tarik dan juga Bubur Kacang Durian.





Pakej yang disediakan ini juga termasuk dengan persiapan dalam dewan seperti set meja bulat termasuk alas, kerusi plastik bersarung dan riben, 1 set meja makan beradap, meja dan kerusi untuk VVIP dan juga meja kek serta apa yang korang nampak dalam gambar ni lah. Boleh pilih ikut warna tema yang korang nak memang pengantin kata mudah dengan katerer ini. 






Maha try tanya pengantin rupanya beliau juga gunakan khidmat pelamin dan adaman dari katerer yang sama. Lepas tu beliau juga ada pakej sepasang persalinan pengantin dan aksesori seperti mana yang dipakai oleh pasangan pengantin ni nampak cantikkan. Kalau tengok makeup pengantin pun mereka yang solekkan nampak wajah berseri jer kedua mempelai ni. Peralatan lain yang ada dalam set dewan ini seperti pintu gerbang, karpet merah dan walkaway.



Apa yang Maha tahulah ramai orang mengeluh tak ada masa untuk pergi deal dengan banyak orang untuk dapatkan pekej perkahwinan. Tapi kalau dengan Salamah Catering ini lengkap semua ada dalam satu harga sahaja tak perlu nak susah-susah deal dengan ramai orang. Jadi memudahkan pihak keluarga dan pengantin nak dapatkan semua ini dan majlis lebih lancar. 



Maha pun kalau nak rancang majlis perkahwinan nanti nak cari service macam ni senang semua boleh dapat dan mereka tolong pasangan untuk meralisasikan majlis perkahwinan mereka. Try korek-korek nak dapatkan kontak nombor ada juga lah tengok kat tisu yang disediakan. Mana tahu ada kawan-kawan yang baca kat sini masih tak tahu nak cari pakej katering yang lengkap macam ni boleh kontak jer Salamah Catering ni.


Apa pun sekali lagi Maha nak ucap selamat pengantin baru kepada Remy dan Wawa majlis korang meriah. Moga perhubungan terus kekal sehingga ke Jannah dan mendapat anak-anak yang comel serta bahagia hingga akhir hayat. Dengar kata pergi berbulan masu kat Sabah yer hehehe seronok. Terasa diri ini macam nak kahwin cepat jer sapalah jodoh Maha yer hehehe. 

Nak dapatkan khidmat Salamah Catering boleh hubungi : 
Tel : 019-2148860 (Kak Long)





Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yang Viral

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini semua pengaruh dengan media sosial lah ni hehehehe nak salahkan orang lain jugakan. Tapi betullah kerana sebab ada promosi hebat 11.11 Single's Day hari tu lah Maha terjebak juga untuk beli Susu Pekat Teapot Tube yang viral ni. Tak adalah baru sangat tapi dah lama juga orang guna produk ini Maha jer baru dapat beli wakakaka. 


Hari tu walaupun harga tak adalah murah sangat tapi kerana rasa nak mencuba susu pekat ini maka beli juga sebab nak cari kat kedai susah. Sebab produk ini adalah keluaran negara jiran. Tapi jangan risau walaupun ia dari Thailand tapi tetap ada logo Halal dari negara mereka. So selamat untuk kita nikmati tanpa was-was.



Tak tahu kenapa kat Malaysia tak ada keluar produk macam ni. Bagi maha susu ini lebih mudah nak dikendalikan kerana kita tak perlu nak tebuk seperti mana yang dalam tin sekarang ni. Kalau guna yang tube ini kita hanya buka tudung dah lepas tu picit terus keluar. Masalah yang selalu Maha hadapi kalau beli susu pekat dalam tin yang ada sekarang ni adalah nak kena tebuk.


Lepas tu bila dah tebuk tak tahu nak simpan kat mana kalau letak kat luar akan dikurungi oleh semut dan kalau letak dalam peti sejuk nanti ia beku dah susah nak keluarkan. Jadi bila ada paket tube macam ni senang nak guna dan nak simpan. Lepas tu kalau travel jauh-jauh luar negara lagi senang nak bawa boleh letak dalam beg jer tak besar dan ringan. 


Hari tu Maha beli ada tiga perasa iaitu original yang warna putih, perisa coklat dan perisa strawberry. Cuma yang strawberry ni jenama lain sikit apa entah tak tahu nak sebut. Semua tiga-tiga ni adalah susu pekat biasa jer dan ada perisa yang ditambah dalam tu. Selalu maha akan gunakan susu original tu untuk bancuh dalam teh tarik memang rasa macam susu pekat biasa. Jadi gunakan macam susu biasa jer hanya peknya yang berbeza.


Cuma awas produk ini memang manis almaklumlah susu pekat dan bahaya kalau ambil dalam kuantiti yang banyak dan setiap hari takut nanti boleh kena potong kaki. Jadi kena berpada-pada dan mungkin guna dalam kuantiti sikit. Orang kata kurang manis dalam minuman tambah manis dalam senyuman betul tak. Sekarang produk ni dah banyak jual kalau nak beli online korang boleh dapatkan kat Lazada atau Shopee. Tak adalah murah mana pun RM6.00 satu tube kalau korang beli susu pekat dalam tin tu baru RM2.30 jer. Jadi pandai-pandai korang lah ok Maha beli ni pun sebab nak cuba tengok ramai yang share.







Viewing all 1330 articles
Browse latest View live