Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1329 articles
Browse latest View live

Jelajah Sambutan 135 Tahun Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung minggu lepas Maha telah pergi ke negeri Perak bagi meraikan sambutan 135 tahun Muzium Perak. Maha nak kongsikan pengalaman perjalanan kat sana selama 2 hari memang best dan mengujakan. Yer lah selalu pergi trip untuk travel jer atau bercuti je tapi kali ni pergi mengumpul ilmu yang tak pernah nak tahu pasal sejarah negeri Perak. Almaklumlah orang zaman millennium ini mana nak tahu semua sejarah peradaban negara.


Maha dan kawan-kawan bertolak dari Kuala Lumpur ke sana untuk menuju satu kawasan yang tak pernah terfikir nak menjejakkan kaki sebab tak tahu apa yang menarik ada di sana. Destinasi pertama kami adalah Matang berada di sebuah mukim di daerah Larut. Perkataan Matang merupakan singkatan kata bagi perkataan 'Permatang' yang membawa maksud 'Benteng'. 

Muzium Matang


Rupanya kat sini ada sebuah muzium yang mempunyai banyak sejarahnya tersendiri. Muzium Matang adalah lokasi pertama yang kami singgah dalam jelajah ini. Muzium Matang merupakan sebuah muzium in-situ yang mempamerkan kronologi sejarah yang berlaku di dalam bangunan yang pernah menjadi kediaman Ngah Ibrahim dan pusat pentadbiran Larut.




Pertama kali melihat Muzium ini dari luar memang sangat unik bagi Maha kerana ada reka bentuk British. Tak adalah besar sangat muzium ini tapi ada dua tingkat yang memuatkan pelbagai barang sejarah yang terjadi sekitar Larut termasuk kisah Perang Larut dan juga kaitan dengan kes pembunuhan Residen British pertama Perak J.W.W Birch



Masuk sahaja dalam muzium ini korang akan dihidangkan dengan seekor replika gajah yang bernama Si Larut. Gajah milik Che Long Jaafar ini lah menemukan biji timah di kawasan tersebut yang membawa kepada perkembangan ekonomi di daerah Larut. Rumah yang menjadi muzium ini adalah merupakan gudang penyimpanan hasil biji timah yang banyak pada masa itu. Kat dalam muzium ini lah korang dapat tengok peralatan pelombongan biji timah yang pernah digunakan dahulu kala.





Selepas itu korang juga dapat mengetahui tentang sejarah peperangan Larut yang berlaku sekitar tahun 1861. Juga sedikit kisah sedih tentang kehidupan Ngah Ibrahim dan pembesar kerajaan yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles selepas dituduh dalam kes pembunuhan residen Perak pertama pada masa itu.  Maha ni pun tak tahu semua sejarah ini tapi setelah pergi melawat muzium ini banyak pekara menarik dalam tu yang banyak melambangkan kemajuan dan juga kakayaan orang lama kita dulu.





Setelah puas berada kat muzium tu dengan buat beberapa aktiviti menarik kat sini kami terus bergerak untuk check in kat hotel. SSL Trades Hotel yang terletak kat Taiping sebab hari esoknya kami akan ada aktiviti di Muzium Perak. Jadi check in kat sini memang best dapat rehatkan diri setelah separuh hari dalam perjalanan yang agak memenatkan. Malam pula kami ada aktiviti lagi menarik iaitu pergi ker Night Safari.



Zoo Taiping dan Night Safari


Tepat jam 8.00 malam kami bergerak untuk makan malam dan selepas itu kami akan ker Night Safari. Kat Taiping ni popular dengan Night Safari iaitu zoo yang dibuka pada waktu malam untuk melihat aktiviti haiwan yang aktif diwaktu malam. Night Safari ini dibuka setiap hari dari pukul 8.00 malam sehingga pukul 12.00 malam.



Maha sangat teruja sebab ini pertama kali nak masuk Zoo Taiping dan melihat aktiviti haiwan pada waktu malam kerana selalu orang melawat zoo siang jer kan. Zoo ini menempatkan beribu haiwan dan mamalia yang jarang kita lihat kat negara kita. Maha paling suka berada kat zoo ini adalah melihat teletah haiwan yang aktif mencari makan waktu malam. Korang juga berpeluang untuk lihat pegawai zoo memberi makan kepada haiwan ini yang dibuka kepada umum bermula dari pukul 8.45 malam higga 10.00 malam.




Paling menarik perhatian Maha kat sini adalah Badak Air yang sangat besar dan menggerunkan. Pastu dapat lak tengok secara dekat mereka memberi makan kepada haiwan ini. Saat paling comel kerana melihat anak badar air yang lahir di zoo ini dan membesar dengan sihat. Lepas tu juga kat zoo ini kita dapat lihat kelibat anak Kuda Belang yang juga lahir kat zoo ini. Cuma Kuda Belang ni susah nak dekat sebab mereka begitu aktif.



Korang juga berpeluang nak memberi makan kepada Zirafah yang ada kat zoo ini. Kat sini ada dua ekor Zirafah jantan dan betina yang memang jinak boleh kita pegang. Ia satu pengalaman yang tak dapat kat tempat lain sebab selalu kita tengok haiwan dari jarak jauh atau dalam sangkar sahajakan tapi kat sini kita boleh pegang dan bergambar dengan haiwan-haiwan tersebut.



Zoo Taiping ini bukan sahaja tempat mempamerkan haiwan untuk ditonton tetapi mereka juga menerapkan pendidikan kepada pengunjungnya. Dimana mereka juga menekankan kepada bagaimana untuk melindungi haiwan yang semakin pupus akibat daripada ekonomi memperdadangkan anggota dan kulit haiwan ni dalam pasaran haram. Selain itu juga mereka ada menyediakan pusat konsovasi haiwan-haiwan di sini untuk memastikan ia terus hidup dan mempunyai baka yang boleh ditatap oleh anak cucu kita nanti.



Jadi datang sini sangat menginsafkan Maha bahawa kehidupan haiwan ini sudah terancam oleh kerakusan manusia sendiri. Kalau korang ada masa untuk bercuti kat sini boleh datang bawa anak-anak semperna dengan musim cuti sekolah. Harga tiket untuk masuk Night Safari ini hanya RM10.00 untuk kanak-kanak dari usia 3 hingga 12 tahun dan RM20.00 untuk dewasa. Terima kasih kepada Zoo Taiping dan Night Safari kerana menerima kedatangan kami dan memberi banyak ilmu kepada kami tentang haiwan yang unik dan menarik.




Lepas habis aktiviti kat zoo kami balik hotel dan rest untuk aktiviti utama keesokan hari nya iaitu Majlis Perasmian Sambutan 135 Tahun Muzium Perak. Masa untuk mengadap Timbalan Yang Di-Pertuan Agung satu majlis yang bersejarah kat daerah Taiping khasnya.

Majlis Perasmian Sambutan 135 Tahun Muzium Perak


Hari kedua pula bersambung dengan bangun awal pagi untuk sarapan dan perlu berada kat Muzium Perak pukul 9.30 pagi sebelum acara bermula. Ini juga adalah pengalaman pertama Maha untuk jejak kaki ke Muzium Perak iaitu merupakan muzium tertua dan pertama di bina di Malaysia sejak tahun 1883




Acara kat muzium ini bermula dengan majlis perasmian sambutan ulang tahun muzium itu sendiri oleh Timbalan Yang Di-Petuan Agung, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. 


Dalam titah Tuanku dimana baginda ada menyentuh tentang:

"Fungsi asal muzium untuk memelihara dan menjaga khazanah warisan negara, kini semakin ketara beralih peranan untuk memenuhi fungsi-fungsi penyelidikan, pendidikan, pemasaran, teknologi dan inovasi. Muzium tidak harus dikagumi kerana artifak, ciri estetika atau aura misterinya, tetapi muzium hendaklah, dalam mempamerkan bahan dan mempersembahkan urutan peristiwa, berupaya membangkitkan nostalgia silam dan mencuit memori, serta memiliki daya menghembuskan roh keinsafan - membarai semangat kesedaran, melalui ekshibit yang mempamerkan pelbagai tragedi, terutama tragedi yang banyak mengorbankan nyawa dan memusnahkan kehidupan.'




Ini terbukti dengan terbinanya muzium dan tugu peringatan Hiroshima dan Nagasaki bagi memperingati kisah sejarah pengeboman yang berlaku pada dua daerah tersebut oleh tentera Amerika. Di negara China pula Dewan Memorial Nanjing dibina bertujuan memperingatkan rakyat negara China dan warga dunia akan serangan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun. Manakala The National September 11 Memorial and Museum, di New York dibina untuk memperingati peristiwa pahit yang meruntuhkan World Trade Centre pada pagi 11 September 2001, mengakibatkan 2,977 nyawa terkorban.

Muzium Perak


Jadi itu sangat penting kepada penubuhan dan juga penjagaan muzium yang dapat membentuk Negara Bangsa. Sebab itu peranan muzium sangat penting kepada sesebuah negara untuk terus maju seiring dengan teknologi tanpa menyisihkan sejarah mereka. Sedikit lah sejarah Muzium Perak yang Maha sempat baca semasa melawat muzium ini. Bangunan muzium ini di bina oleh Sir Hugh Low Residen British Ketiga di negeri Perak pada masa itu. Kenapa muzium ini di bina di Taiping kerana pada masa itu Taiping adalah ibu negeri kepada Perak. 



Asas kepada pembinaan Muzium Perak oleh pihak British adalah untuk menyelidik dan mengumpul bahan sejarah, adat resam, budaya dan alam semula jadi tempatan bagi memahami cara hidup dan budaya masyarakat setempat. Sejak itu muzium ini mengalami beberapa penambahan ruang dan struktur tapi masih mengekalkan reka bentuk asal pada bangunan utama muzium ini.  



Semasa Maha melawat muzium ini dapat melihat pelbagai barangan pra sejarah tentang negeri Perak. Tahukah korang muzium ini kaya dengan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobologi yang sesetengahnya berusia lebih dari 100 tahun. Kat sini kalau korang masuk akan nampak tengkorak kepala gajah yang memang sinonim dengan negeri Perak. Kalau masuk dalam lagi akan nampak pelbagai tengkoran haiwan lain yang begitu jarang kita dapat lihat.



Dalam muzium ini ada empat galeri utama iaitu Galeri A adalah geleri utama bangunan ini. Kemudian Geleri B yang mempamerkan tentang haiwan dan alam semulajadi. Kat sini lah korang dapat lihat tengkorak haiwan dan juga pelbagai jenis haiwan yang unik. Seterusnya ada Geleri C yang mempamerkan kebuyaan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Serta Geleri D iaitu geleri yang mempamerkan koleksi tinggalan orang asli dan juga koleksi tembikar. 




Maha sempat lah masuk semua geleri dan memang terpegun dan juga rasa baru tahu banyak tentang sejarah dan juga ketamadunan di negeri Perak. Sempena dengan sambutan 135 tahun Muzium Perak ini pelbagai aktiviti menarik di rancang di sini untuk mendekatkan rakyat dengan muzium. Pameran 135 Tahun Muzium Perak akan berlangsung sehingga 31 Mac 2019 jadi masih berpeluang korang untuk ke sana dan nikmati pelbagai aktiviti yang dirancang. 


Selepas habis semua aktiviti ini maka berangkatlah kami semua pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pelbagai pengalaman dan ilmu didada tentang sejarah yang tidak pernah nak diambil tahu sebelum ini. Bagus juga ada aktiviti macam  ni selalu dapat Maha belajar banyak perkara menarik. Terima kasih nak ucap kepada Jabatan Muzium Malaysia dan juga Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia kerana membawa Maha dan kawan-kawan lain untuk aktiviti menarik ini. Ingat semua Muzium Kita Tamadun Kita






  




Program Beauty Behind The Wall Melengkapkan Penghuni Penjara Dengan Kemahiran Memasak

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam penjara adalah sesuatu yang memang tidak diingini oleh semua orang. Tapi kekadang kekilafan membuatkan kita rasa memberontak dan melakukan sesuatu yang melanggari undang-undang. Namun kesilapan ini pasti akan ada kemaafan dan juga keinsafan dalam diri orang yang pernah melakukan kesalahan.


Tiba-tiba pula Maha berfalsafah kat sini hehehe tapi bukan apa nak kongsi dengan korang tentang pengalaman Maha masuk penjara. Bukan masuk penjara sebab kena tangkap buat salah tau tapi kerana program 'Beauty Behing The Wall'. Program ini adalah inisiatif oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj dan disokong oleh Penjara Bentong serta Resort World Genting.



Bila Maha masuk dalam pekarangan penjara itu satu aura yang berlainan dan membawa kepada keinsafan bahawa beruntungnya kita yang berada diluar ini. Bukan nak kata mereka semua ini jahat selamanya namun mereka juga harus diberikan peluang kedua untuk membaiki diri bila keluar daripada penjara itu. Cukuplah hukuman yang mereka terima didalam tu dan memberi keinsafan dalam diri mereka.



Masyarakat luar ini kena terima mereka dengan identiti yang baru untuk berubah dan menjadi pemangkin semangat mereka untuk berubah. Itu yang cuba diterapkan dalam usaha program ini dimana matlamat utama adalah untuk memberi latihan dan juga kemahiran kulinari yang cekap dan mahir kepada banduan wanita dalam penjara ini. Dengan segala ilmu dan kemahiran ini akan memberi mereka peluang untuk membuat perusahaan peniagaan makanan apabila keluar dari penjara nanti.





Program ini memfokuskan kepada memberi latihan kepada banduan wanita dan pekerja wanita Penjara Bentong yang meliputi perkara seperti kebersihan makanan, pengurusan dapur, teknologi masakan, pemakanan diet, pengkomersialan resipi dan peluang industri makanan. Bertempat di Bengkel Pastry Penjara Bentong, Chef Alex Vitalise mengadakan demonstrasi memasak bersama dengan Tengku Puan Pahang yang merupakan seorang yang memang suka memasak.




Pada hari tersebut Tengku Puan bersama chef memberi ilmu dalam menyediakan beberapa hidangan masakan barat yang diolah untuk sesuai dengan citarasa tempatan. Menariknya resipi masakan menggunakan bahan asas membuat pes rendang dan juga asam pedas boleh menghasilkan beberapa makanan antarabangsa yang jauh lebih sedap dan menarik.  Hari tu ada lapan resipi yang dihasilkan iaitu seperti Pasta Asam Pedas, Burger Daging Rendang,Kambing Grill Rendang, Quesadilla Rendang dan Asam Pedas dan beberapa yang ada seperti dalam gambar ini.







Resepi ini kebanyakannya datang dari buku masakan yang dihasilkan Tengku Puan sendiri seperti buku 'Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang' dan 'Air Tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang'. Ini adalah selaras dengan harapan Tengku Puan untuk melengkapkan penghuni dengan kemampuan untuk memasak masakan Barat yang lazim digunakan dikebanyakkan kedai makanan di Malaysia yang boleh disesuaikan dan diubah suai untuk pelbagai citarasa Asia. Sembilan belas penghuni mengambil bahagian dalam program ini dan diakhir acara mereka dianugerakan sijil latihan yang disediakan. 



Moga usaha murni ini dapat memberi lebih pendedahan kepada mereka agar lebih yakin untuk menempuh dunia luar dan mencari pendapatan sendiri. Pengalaman Maha satu hari program ini sangat seronok kerana Tengku Puan Pahang ini seorang yang peramah dan ceria tidak loket untuk berkongsi kemahiran masakan beliau. Korang juga boleh dapatkan hasil produk masakan seperti biskut dan kuih raya yang dijual di sekitar penjara ini. Sambil korang membeli sebenarnya korang menyokong kerja dan hasil penghuni penjara untuk yakin dan berani berniaga di luar sana nanti.









Karnival Year End Zakat 2018 Di Perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju Kini Meriah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa rancangan korang hari cuti ni? Kalau tak ada ke mana-mana apa kata datang ke Karnival Year End Zakat 2018 yang tengah berlansung bermula hari ni 1 Disember dan esok 2 Disember 2018 di perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid Seksyen 2 Wangsa Maju. Hari ni Maha dah pergi dari pagi sampai tengah hari memang banyak yang menarik.



Karnival ni tengah hangat berlansung pagi tadi dari pukul 9.00 pagi hingga malam ini 9.00 malam dan banyak aktiviti menarik. Bukan karnival biasa-biasa tau, selalu kalau sebut jer event kat masjid mesti ramai akan cakap bosan dan ceramah sahajakan tapi ini tidak. Karnival kali ini menghimpunkan banyak aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan gusti lengan, persembahan Didi & Friend, juga persembahan Omar & Hana, pertandingan Azan, pertandingan Masterchef YEZ bersama Chef Zubir dan banyak lagi.




Jadi memang tak bosan langsung, selain tu juga korang boleh dapatkan macam-macam barangan jualan yang ada kat sini daripada Asnaf yang terlah berjaya kerana mendapat bantuan Zakat sendiri. So kat sini korang boleh belajar dan tengok bagaimana mereka mengubah kehidupan dengan menjadi usahawan makanan yang berjaya. Ada lebih kurang 90 buah booth yang ada kat perkarangan masjid  ini jadi korang boleh jalan dan ziarah. Cuma kawasan parking agak terhad disarankan naik Grab atau pengangkutan awam lagi senang.






Malam ini pula akan ada konsert daripada barisan artis yang popular seperti Kumpulan Hijjaz, Saujana, Raihan, D'vision dan Ali XPDC. Majlis akan diacarakan oleh hos popular sapa lagi kalau bukan Syuk dan Atu Zero. Korang kena datang sampai malam acara kat sini memang meriah dan seronok tak bosan. Malam esok pula akan ada majlis kemuncak iaitu Grand Forum Super Star yang membariskan panel seperti Ustaz Dato' Dr Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi dan Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang. Host untuk forum ini adalah Bell Ngasri pasti kelakar lah. 






Karnival ini adalah usaha daripada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat. Selain itu juga ia mendekatkan masyarakat tentang kewajipan berzakat. Ini kerana pada karnival ini mereka ada buka kaunter zakat bergerak dan kaunter Baitumal untuk sebarang urusan dan pertanyaan tentang zakat dan Baitumal.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali






Karnival ini telah dirasmikan pagi tadi oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Hari ini juga tadi telah berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada pemenang untuk Kempen Skim THOHIR 2018 yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. dan juga pemenang Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn. Bhd. Tahniah kepada semua pemenang. Korang yang datang karnival sepanjang dua hari pun boleh menang hadiah cabutan bertuah yang bernilai RM10,000 memang banyak. Jadi tunggu apa lagi datang sekarang juga bawa satu keluarga pergi ke YEZ 2018.

Info lanjut tentang aktiviti YEZ 2018 layari :
Hashtag rasmi : #PPZMAIWP #ZakatAkhirTahun #YearEndZakat



  



Hadiah Set Hemper Bagi Meraikan Anak Baru Lahir Dari Lovingly Signed

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pening juga kalau nak mencari hadiah nak bagi kepada sedara atau ahli keluarga yang baru mendapat baby. Selalui kalau nak cari jenuh kena fikir apa yang cantik dan comel bila dipadankan dengan bayi tersebut. Paling penting kena selamat dan selesa untuk mereka guna.



Sebab tu Maha selalu tengok kat laman web Lovingly Signed ini kerana kat sini ada banyak pilihan produk yang sesuai untuk bayi seawal usia 1 hari sehingga mereka meningkat dewasa. Reka bentuk dan juga warna yang ditawarkan juga menarik sangat comel lah kalau tengok. Maha hari tu beli satu untuk sepupu yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka. 

Gift Hamper dari Lovingly Signed 


Sebabkan anak sepupu ini lelaki dan sangat comel putih gebu jadi Maha hadiankan dia PERSONALISED BABY BOY WELCOME GIFT SET - BLUE. Kalau anak perempuan ada juga set warna pink. Set ini menampilkan Gingham Robe yang berwarna biru tebal dan mewah serta selimut selendang 100% dibuat daripada kapas. Yang bestnya kat produk ni korang boleh dicetak nama bayi kat situ macam kat bahagian nama 'Herry'tu, jadi ia sangat exclusive dan bermakna.


Set hemper ini didatangkan dengan empat item dalamnya iaitu jubah mandi yang comel serta dengan Cotton Baby Grow, selimut serta Blue JellyCat Bunny. So lengkap untuk seorang bayi yang nak membersar dengan comel dan sihat. Bestnya kalau beli kat sini mereka hantar dengan bungkusan menarik dan cantik jadi memang sesuai untuk terus dijadikan hadiah.


Kalau untuk koleksi set mandian korang boleh pilih hemper PERSONALISED BABY SHOWER GIFT SET - PINK untuk anak perempuan atau blue untuk anak lelaki. Set mandian bayi terdapat dalamnya Pink/Blue Gingham Hooded, Pink/Blue Bunny Comforter dan Pink/Blue Receiving Shawl yang sangat lembut dan halus. 


Kalau anak tu besar sikit boleh bagi hemper set BASHFUL BUNNY AND TUTU DELIGHT. Tutu Delight set pula sesuai untuk dijadikan pakaian khas istimewa anak-anak perempuan bila mereka ke majlis parti, berjalan-jalan dan juga pakaian harian. Mudah untuk dipakai dan selesa untuk kanak-kanak bergerak. 


Set hemper bagi waktu tidur bayi pun ada korang boleh pilih PERSONALISED BED TIME GIFT SET - GREY. Dalam set hemper ini ada Stars & Stripes Reversible Cotton Blanket dan Grey JellyCat Bunny. Boleh lah guna pakai untuk selimut anak-anak agak tak sejuk dan lembut kerana dibuat daripada 100% kapas.


Kalau suka watak kartun yang lain dalam set hemper ini ada macam-macam korang boleh pilih seperti gajah, arnab, unicorn, anjing dan juga fox. Ikut mana yang korang rasa comel nak bagi kepada sikecil. Tapi selalunya yang teruja bila dapat hadiah ni ibu bayi jer sebab geram tengok comel sangat hehehe. 


Korang pilih sendiri kat laman web Lovingly Signed sebab kat situ ada banyak yang Maha letak ni baru sedikit jer. Semua barang ini akan didatangkan dengan bungkusan kotak yang cantik dan kemas yang sesuai untuk dijadikan hadiah. So korang tak perlu nak bungkus semula memang dah cantik serta exclusive mewah. 

Kalau nak tempah boleh ke laman berikut:-








Tarikkan Terbaru Dan Menarik Di Genting Highlands Musim Cuti Sekolah Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklaian. Yes sekarang ni musim cuti sekolah dan musim untuk membawa anak-anak dan keluarga pergi berjalan-jalan betul tak. Sapa ada rancangan nak pergi ker Genting Highlands masa cuti sekolah ini. Memang ini menjadi lokasi pilihan ramai sebab macam-macam aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.


Aktiviti khas untuk orang dewasa juga aktiviti khas untuk kanak-kanak serta juga yang melibatkan keseluruhan ahli keluarga daripada kecil hingga ke dewasa. Maha nak kongsi dengan korang beberapa perkara baru yang menarik belaku sepanjang cuti sekolah di Resort World Genting. Memang kalau korang datang satu family tak bosan dan boleh sertai semua program dan permainan ini.


Nickelodeon’s Dora The Explorer LIVE!


Ini adalah satu persembahan yang wajib korang pergi tonton bila ada kat atas sana. Ini kerana persembahan ini adalah satu-satunya di Malaysia dan ia hanya dipersembahankan di pentas utama Genting International Shoowroom. Kanak-kanak sangat suka akan persembahan Dora The Explorer yang membawakan watak kartun hidup ke pentas. Persembahan ini memakan masa selama 30 minit dan sangat menyeronokan.



Dora kali ini ada misi yang perlu diselesaikan iaitu mencari permainan teddy bear yang hilang di City of Lost Toys. Dalam pengembaraan tu ada banyak halangan yang akan Dora hadapi dan memerlukan bantuan penonton. Persembahan ini menarik sebab penonton akan berinteraksi dan memberikan penyelesaiaan kepada perjalanan Dora dan kawan-kawan. Nak tahu menariknya dan bagaimana Dora menyelesaikan misi ini kena pergi tonton secara langsung di sana.

Harga tiket RM RM186.00 (VIP seat), RM143.00 (PS1 seat) dan RM101.00 (PS2 seat)


Pokémon Festival @ Resorts World Genting


Selain daripada Dora, Resort World Genting juga membawakan watak kartu animasi yang comel dan ganas kesukaan ramai siapa lagi kalau bukan Pokémon. Kali ini kat sekitar genting akan dipenuhi dengan haiwan-haiwan yang comel dan watak-watak menarik dalam kartun ini seperti Pikachu, Eevee, Bulbasaur, Squirtle dan Charmander.



Sempena dengan Pokémon Festivalini akan ada beberapa aktiviti yang dirancang mengikut jadual seperti Pikachu Parade yang membawa watak Pikachu live berhibur bersama penonton. Kemudian ada Pokémon Christmas Tree yang merupakan pokok paling tinggi di Malaysia dan dihiasi dengan patung Pokemon. Juga ada kedai menjual barangan exclusive Pokemon iaitu Pokemon Pop-Up Store. Jadi bawa anak-anak untuk berjumpa dengan Pokemon dan orang dewas pun ramai yang sukakan kartun ini.


STAR WARS : Secrests Of The Empire


Ini sangat menarik dan memang tak ada kat tempat lain Maha sendiri dah merasai permainan ini. Ia adalah permainan Hyper-Reality pertama di Asia yang membawa kita terus kepada dunia pemainan sebenar. Ia macam permainan virtual reality tapi ini lebih hebat daripada itu kerana ia menggabungkan teknologi canggih yang dapat memberi kesan terus mendengar, merasakan, menyentuh dan bahkan mencium bau untuk membawa kita ke dalam cerita sebenar.



Bertempat di The VOID Skytropolis Funland permainan ini adalah daripada filem STAR WARS : Secrests Of The Empire dimana kita satu team empat orang akan masuk dalam dunia Star Wars sebenar dan juga perlu menyelesaikan misi. Perlu memakai pakaian khas dan juga disediakan senjata khas untuk menyelesaikan misi ini. Seronok sangat dan korang bila keluar dari game tu akan teruja dan muka memang gembira sebab pengalaman terbaik main game realiti macam ni. 

Harga tiket RM130 seorang


Ni antara yang menarik dan best kat Genting Highlands yang Maha dah pergi tonton dan rasai sendiri. Ianya khas semperna dengan musim cuti sekolah dan juga musim perayaan tahun baru sehingga ke Tahun Baru Cina tahun depan. So kalau datang sana waktu ini memang banyak yang korang boleh buat bersama keluarga tersayang. Kalau nak ke sana pastikan waktu kena sesuai sebab sekarang musim hujan kat atas sana sangat sejuk dan kabus tebal. Selamat berhibur semua.







Keahlian PRIME Rahsia Membeli Belah Dengan Jimat Dan Istimewa Daripada ezbuy

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tak perlu tanya siapa kat sini yang suka membeli secara dalam talian memang hampir semua yang menggunakan internet akan membuat pembelian dilaman web secara online. Cuma nak cari yang betul-betul dipercayaai dan juga menjadi satu platform yang stabil serta selamat dalam segala urusan daripada pendaftaran, pencarian, pembelian sehingga kepada barang sampai kepada kita. Semua itu memang kena ambil tahu agar kita tak menyesal setelah pembelian dibuat betul tak.


Banyak sangat platform beli-belah online ni tapi satu yang setakat ini Maha selalu beli produk luar negara dengan harga yang berpatutan serta sangat mudah. Maha sebut je laman tersebut kat sini mesti korang pun kenal laman beli-belah secara dalam talian ezbuy. Kalau korang tahu sehingga ke hari ini, ezbuy mempunyai lebih daripada 3 juta pelanggan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. ezbuy juga telah membawa berjuta-juta produk berkualiti dari negara China, Amerika Syarikat, Taiwan, Korea dan produk tempatan untuk semua pembeli.


Selain daripada produk-produk yang ada kat sini, perkara terbaik yang Maha suka mengenai ezbuy ini adalah mereka mempunyai customize service yang memberikan banyak manfaat kepada kita  pelanggan setia seperti PRIME Member Service. Jadi Maha nak kongsi dengan korang tentang kelebihan yang korang boleh dapat sekiranya menjadi ahli PRIME di ezbuy.

Keahlian PRIME ezbuy


Sekiranya korang menyertai keahlian PRIME ini ia sangat menguntungkan kerana korang tidak perlu bimbang tentang kos penghantaran sekiranya membeli barang tanpa mengira saiz, berat atau kuantiti. Maksudnya kalau korang nak beli banyak mana pun barang dan seberat mana pun tetap membayar dengan satu kos penghantaran hanya RM8.80 sahaja.


Korang nak mendapat keistimewaan ini, perlulah mendaftar untuk keahlian PRIME dan membeli barangan yang ditawarkan di dalam PRIME List. Buat masa ini terdapat lebih dari 4 juta barangan di dalam list tersebut. Dalam laman web ini mereka menawarkan 3 jenis keahlian PRIME ini iaitu PRIME Trial, PRIME Lite dan PRIME Annual.


Kalau korang masih tak yakin tentang kelebihan menjadi ahli PRIME ini boleh lah daftar dahulu dengan PRIME Trial sah untuk tempoh 5 hari sahaja. Tapi biasalah kalau trial ini keistimewaannya limited pada 'Wishlist' yang ada. Wishlist ini pula merupakan kelebihan dimana ahli PRIME boleh menukar barangan yang tidak di dalam senarai PRIME kepada status PRIME. Jadi semua barang yang korang nak beli banyak mana pun seberat mana pun akan hanya satu kos penghantaran sahaja.


Korang tengok sendiri contoh yang diterangkan dalam rajah kat bawah ini dimana kalau nak membeli set sofa seberat 53KG cas penghantaran antarabangsa yang dikenakan adalah RM2.60 untuk setiap 500gram. Jadi semua total cas penghantaran yang korang kena untuk pembelian sofa ini adalah RM275.60. Tapi sekiranya korang menjadi ahli PRIME biar lah seberat mana barang nak beli dari luar negara cas penghantaran yang dikenakan hanya tetap RM8.80 sahaja. Sangat menjimatkan kalau korang fikir tentang semua kos ini.


Kalau beli produk dengan pengeluar tempatan pun sama juga ada cas penghantaran tetap mahal dan tidak jauh beza dengan apa yang korang beli dari luar negara. Tu tak termasuk lagi cas SST dan juga cas-cas lain. Keahlian PRIME ini juga boleh digunakan untuk belian barang tempatan tetap sama satu harga sahaja untuk penghantaran.


Bagi masa ketibaan atau Estimated Time Arriving (ETA) untuk pengguna yang menggunakan keahlian PRIME ialah diantara 3-5 hari dan 16-22 hari untuk barangan yang besar dan secara pukal dari luar negara. Kalau penghantaran tempatan sama mengikut tempoh ditetapkan pembekal.


Bagaimana nak mendaftar menjadi ahli PRIME ini? Mudah jer korang follow beberapa step kat bawah ini dah secara automatik akan jadi ahli.
1)Login akaun anda
2)Klik pada 'PRIME' (Terletak kat tab di status bar)
3)Pilih mana ahli PRIME yang korang nak (Trial, Lite atau Annual)
4)Buat pembayaran secara online atau ATM.
5)Nanti korang akan dapat pengesahan pendaftaran.

Kemudian ini adalah cara nak menggunakan kahlian PRIME ini semasa korang buat pembelian barang.
1)Login akaun yang telah daftar PRIME anda
2)Klik pada ‘PRIME’ (Terletak kat tab di status bar)
3)Pilih barangan yang ingin dibeli di PRIME Collections.
4)Nanti kat bawah barangan pilihan korang akan ada 2 butang pilihan iaitu PRIME dan ezuby. Klik pada butang PRIME.
5)Add to cart dan lepas tu boleh buat bayaran.

Mudah bukan dan sangat membantu dalam pembelian sekiranya korang ada niat nak beli barang banyak untuk penuhkan rumah baru. Juga mungkin korang nak beli baran-barang istimewa untuk dihadiahkan kepada insan tersayang tapi masih tetap boleh berjimat. Ini adalah cara orang yang bijak bila membeli belah secara dalam talian menggunakan promosi yang ada. Maha Cuma berkongsi sahaja semua terpulang kepada korang sendiri nak guna atau tidak.

Kelebihan Keahlian Baru


Itu untuk mereka yang telah ada akaun dengan ezbuy. Tapi pada korang yang belum mendaftar dengan ezbuy atau pertama kali nak membeli kat ezbuy ini ada tawaran istimewa. Kalau korang daftar sekarang akan dapat cash baucer RM15 dan juga potongan 15% kos penghantaran untuk pembelian pertama. Korang boleh daftar kat sini https://ezbuy.my


Setelah selesai pendaftaran pertama tu nanti korang akan dapat baucer dalam akaun yang pertama kali didaftarkan. Nak gunakan baucer tu nanti korang boleh buat semasa nak buat pembayaran korang hanya perlu klik ‘User Voucher’. Nanti secara automatik akan terus ada potongan kat harga sebelum proceed untuk pembayaran.

Kempen 12.12 ezbuy


Tak lama lagi pula akan tiba tarikh yang dinantikan oleh pembeli secara dalam talian iaitu 12.12. Pada tarikh tersebut ezbuy ingin memberikan tawaran hebat kepada semua pembelian atas talian bagi memeriahkan semangat membeli belah anda. Korang boleh tengok pada banner yang ada ini.


So daftar sahaja dulu jadi ahli ezbuy untuk dapatkan baucer RM15 dan nanti masa tarikh 12.12 tu korang boleh beli dengan harga yang istimewa ditambah pula dengan baucer pendaftaran baru. So berganda keistimewaan yang ditawarkan oleh ezbuy. So tunggu apa lagi ini masa untuk dapatkan promosi semua hebat sementara masih ada ini.








Biskut, Kerepek, Kek, Pes Masakan, Sambal, Coklat Dan Macam-macam Lagi Ada Di Cookies By Yusa

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini yang pergi MAHA 2018 baru-baru ini? Macam mana seronokkan kat sana banyak produk baru dan juga hasil tempatan yang kita boleh jumpa. Sekarang Maha dah habis dan kena tunggu dua tahun lagi untuk tiba waktu itu. Macam mana kita nak dapatkan semula produk-produk yang kebanyakannya ada jual kat sana terutamanya produk keluaran bumiputera.


Tapi sekarang ini korang tak perlu tunggu lagi dah boleh dapatkan kebanyakkan produk ini dengan adanya Cookies By Yusa. Bagi Maha kedai ini lebih kurang macam Mini MAHA jugalah kerana ada lebih daripada 200 produk makanan keluaran tempatan dan paling istimewa ia adalah produk bumiputera yang Halal. Kita tahu kalau usahawan tempatan ini akan mula berniaga secara online atau juga hebahan dari mulut ke mulut.



Tapi dengan adanya kedai ini maka semua produk ini dah boleh dapat terus tanpa perlu tunggu lama untuk penghantaran. Ye lah kalau tiba-tiba hari tu korang rasa macam nak makan sambal kalau beli secara online paling kurang kena tunggu sehari dua baru sampai. Tapi sekarang dah boleh pergi kat kedai Cookies By Yusa ini boleh terus beli dan makan time tu juga. 





Macam Maha cakap lah kedai ni ada lebih daripada 200 jenis produk makanan tempatan seperti biskut, kek, pes masakan, sambal, minuman, makanan segera dan macam-macam lagi. Ada juga produk yang korang sendiri tak pernah jumpa kat mana-mana seperti minuman Honey Bentong Ginger keluaran FZ Farming Enterprise. Bagi Maha ia adalah produk yang bagus tapi kurangnya promisi ia agak kurang diketahui ramai. Jadi dengan adanya kedai seperti ini produk ini dah mula sampai ke sasaran penggunanya.





Kalau korang peminat produk makanan Korea kat sini pun ada tak perlu nak pergi luar negara. Ia adalah produk keluaran usawahan tempatan yang memang berpengalaman bertahun-tahun di Korea dan bawa pulang resipi tu serta mengeluarkan produk sendiri. Antara produk keluaran syarikat OmmaSon Faiza Amer Enterprise seperti Gonchujang, Kimchi dan juga Bulgogi Marinade. Paling penting produknya Halal dan rasa original.






Bagi mengembangkan lagi penjualan produk tempatan ini Cookies By Yusa telah membuka cawangan mereka yang kelima di Level LG Sunway Putra Mall. Majlis perasmian cawangan ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution. Kedai ini dimiliki penuh oleh usahawan bumiputera sendiri iaitu Puan Norli Binti Yusop juga pengusaha syarikat Yusa Food Product Sdn Bhd




Yusa juga ada mengeluarkan produk mereka sendiri iaitu seperti Yusa Pineapple Tarts, Yusa Spicy Crabs Fingers, Yusa Popiah Seaweed dan Yusa Durian Crackers. Produk lain yang popular ada jual kat kedai ini seperti Fatihah Royale Paratha Original, Fatihah Royale Paratha Garlic, PakChips Cip Nangka Madu, PakChips Pisang Goreng Rangup, Samza's Sambal Hijau, Samza's Perencah Masak Merah, Salis Crunchy Poprice Corn, Salis Crunchy Poprice Spicy, Frutissimo Royal Walnut Fruitcake, Frutissimo Marble Cheese Brownies, Frutissimo Classic Fudgy Brownies, Aluya Sambal Hijau, Aluya Sambal Tomato, Aluya Sambal Acar Ikan Masin, Helmie's Rempah BBQ dan banyak lagi produk.






Semua yang Maha senaraikan ini Maha dah cuba dan rasa sendiri memang sedap dan menarik. Selalunya produk makanan ni susah nak dapat tapi sekarang dah ada kat kedai ini. Cookies By Yusa ini ada lagi empat cawangan lain iaitu kat SACC Mall Shah Alam, The Curve Damansara, Publika Solaris Dutamas dan Melawati Mall Wangsa Maju. Semua produk yang ada jual sini telah diperhalusi kualiti serta penghasilannya sebelum ia boleh dijual di sini. 






Apa pun lepas ini bolehlah setiap masa dapatkan produk-produk ini kerana kedai ini sentiasa dibuka setiap hari. Korang juga tak perlulah nak tunggu karnival atau pesta untuk beli semua produk tempatan ini. Sekarang dah ada kedai yang jauh lebih selesa serta tak perlu nak bersesak dan cari parking susah. So bolehlah ajak jiran, sedara-mara, tokcik, toknek nak pergi beli-belah produk tempatan dalam mall mewah. Selamat mencuba dan selamat membeli-belah semua.

Info lanjut dan pertanyaan lain boleh layari :








Sunway Hotel Resorts & SPA Melancarkan Projek Soapful 1000 Sabun Dihasilkan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekaian. Kemana perginya sabun buku yang tak habis kat hotel pernah kita fikirkan tentang perkara ini. Kebanyakan sabun hotel yang telah digunakan sekali atau dua kali biasanya akan berakhir di tapak pelupusan sampah. Sunway Hotels & Resorts kini telah menemui cara yang lebih lestari untuk mengkitar semula sabun yang telah digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan dalam masa sama memelihara alam sekitar.


Projek yang dipanggil 'Soapful' ini telah dilancarkan baru-baru ini oleh D.Y.T.M Tengku Amir Shah Ibni Sharafuddin Idris Shah Raja Muda Selangor di Sunway Hotel Resorts & SPA. Projek ini juga adalah kerjasama dengan pelbagai rakan strategik seperti Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soaps Sdn Bhd dan Komuniti Belia Selangor (SAY). Pada peringkat awal ini 1,000 biji sabun yang dihasilkan diberikan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). 




Matlamat utama projek ini adalah :-

1) Memberi manfaat kepada alam sekitar dengan mengurangkan sisa sabun dari tempat pembuangan sampah. 
2) Membantu rumah kebajikan mengurangkan kos kerana penggunaan sabun sangat penting bagi rumah kebajikan dalam keperluan peribadi mereka. 
3) Membantu anak-anak membina kemahiran perniagaan yang bermakna yang akan membantu mereka memecahkan kitaran kemiskinan. 
4) Membangun kemahiran hidup kepada kanak-kanak ini untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dan mengejar mobiliti sosial dimasa akan datang.




Pada majlis pelancaran program ini Maha sendiri melihat bagaimana sabun ini dihasilkan bukan mengikut proses yang biasa. Tapi juga melalui beberapa proses ketat demi menjaga kualiti dan keselamatan pegguna. Sisa sabun ini dikumpul dari Sunway Hotels & Resort yang terletak di Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Pyramid Hotel dan Sunway Clio Hotel. Ecolab akan bertanggungjawab mengumpul sabun-sabun yang digunakan dari hotel, yang kemudiannya dihantar ke makmal pemprosesan mengikut prosedur operasi standard yang ketat yang mematuhi standard keselamatan dan alam sekitar. 



Kemudian ia melalui lima proses yang melibatkan mengkisar, melebur, mengacu, memotong dan membungkus. Semua diajar kepada kanak-kanak ini agar mereka sendiri ada pengalaman menghasilkan sabun ini dan juga tahu bagaimana proses ini dilakukan. Ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kemahiran kepada mereka. Seronok tengok anak-anak ini gembira bila dapat melakukan sabun sendiri dan hasilnya mampu untuk digunakan dan dijual.






Moga kempen begini akan terus mendapat perhatian daripada badan koporat seperti mana yang dilakukan oleh Sunway Hotels & Resort ini. Pada tahun depan kempen ini akan diteruskan dengan lima lagi hotel di seluruh negara iaitu Sunway Putra Hotel, Sunway Velocity Hotel, Sunway Hotel Georgetown, Sunway Hotel Seberang Jaya dan The Banjaran Hotsprings Retreat. Maha support usaha mulia ini memang korang juga kena sokong. Kalau mereka jual produk sabun ini kita kena support untuk memberi sokongan dan dalam masa sama akan membantu mereka. 

Ikuti dan dapatkan info projek ini melalui :-
Hashtag : #SunwaySoapful #SunwayForGood
Laman web : https://www.sunwayhotels.com









Yoodo Menganjurkan Hari Bertemu Komuniti Sempena Ulang Tahun Yang Pertama

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. 8 Disember 2018 yang lalu telah berlangsungnya Yoodo Community Meet-Up Day juga dipanggil sebagai Yoodoers yang bertempat di MBO Starling Mall. Hari komuniti ini adalah peluang untuk meraikan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia Yoodo. Kalau korang tak tahu Yoodo adalah perkhidmatan mudah alih digital bebas yang menawarkan perkhidmatan pertama yang benar-benar disesuaikan dengan fleksibiliti, ketelusan dan kemudahan pelanggan.


Komuniti Yoodo telah dibentuk sejak Januari 2018 lagi dan mempunyai komuniti dalam talian paling berjaya mencapai hampir 200,000 pengguna yang melawat platform dan menerima 2 juta pandangan daripada masyarakat Malaysia. Matlamat utama penubuhan komuniti ini adalah untuk menggalakkan dan membolehkan para pelanggan berkongsi pengalaman mereka tentang Yoodo dan menyediakan sokongan kepada pelanggan.




Bestnya menjadi Yoodoers sekiranya korang ini aktif dalam komuniti berpeluang menerima ganjaran dari segi kredit dan barangan eksklusif seperti payung, baju, pelekat kereta dan lain-lain. 


Empat ciri baru sekiranya korang menyertai Yoodo Community ini :- 

1) Yoodo melancarkan Roam Like Home Plus. Pelan ini unik di mana ia membolehkan pengguna menggunakan pelan tempatan mereka apabila mereka keluar dari Malaysia dengan kredit RM10 atau RM20 selama 24 jam, bergantung kepada negara yang mereka layari. Roam Like Home dan Roam Like Home Plus kini telah merangkumi 53 buah negara.

2) Perbankan Dalam Talian akan tersedia untuk Yoodo menjelang akhir Disember 2018 Ini adalah tambahan kepada saluran pembayaran semasa kredit atau kad debit dan PayPal 

3) Berdasarkan maklum balas daripada komuniti dalam talian, Yoodo merancang untuk melaksanakan perkongsian data pada 2019 Pengguna akan dapat menentukan jumlah data yang akan dikongsi dengan orang lain.

4) Merancang untuk malaksanakan Flexi Booster menjelang tahun depan. Mengenai ciri ini, sekiranya pengguna membeli booster lebih dekat pada tarikh luputnya, penggalak menjadi lebih murah.



Pada hari tersebut ramai juga Yoodoers yang dijemput untuk hadir dimana mereka semua diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan, cabutan bertuah dan tayangan movie. Pada hari itu juga beberapa orang yang menjadi pelanggan setia dan aktif Yoodoers telah dianugerahkan hadiah Longest Active SuperUser, Most Active SuperUser dan Most Promising New SuperUser. Semua ini menerima hadiah telefon pintar dan hadiah sampingan lain best seronok tengok mereka menang.


Maha juga telah menjadi pengguna Yoodo ini kerana korang boleh pilih untuk service yang mana paling korang mahukan mengikut kegunaan korang. Contoh kalau nak lebihkan penggunaan data boleh laraskan dan juga bila masa akan datang rasa tidak cukup boleh ditambah lagi dimasa akan datang. Sangat flexible dan menyenangkan semua dalam aplikasi Yoodo. Jadi mungkin ini satu pilihan untuk menjadi pengguna internet bijak. Harap tahun depan ada lagi hari macam ni mungkin nama korang lah naik menang hadiah istimewa. Terima kasih Yoodo.







Ingat Krismas Ingat Hotel Armada Petaling Jaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Krismas sambutan yang selalu diraikan di Hotel Armada Petaling Jaya dan sambutan penuh dengan keseronokan untuk berkongsi dengan pengunjung. 


Mulakan musim sambutan Natal dengan makan malam sekeluarga tradisional di Utara Coffee House dengan persembahan perayaan yang pasti akan membuak nafsu makan dan memuaskan sebarang keinginan perayaan. Pesta makanan semasa Krismas ini di bufet mewah hidangan tradisional dan inovatif.

Dimulakan dengan pelbagai salad lazat dan makanan laut segar, daging masak tradisional dan pelbagai makanan menarik seperti Turki Panggang Tradisional dengan Chestnut, Dried Fruits dan Bread stuffing dengan pelbagai trimmings, Crustacean Mushroom, Crusted Roast Leg of Lamb dengan Garlic Fondue, Gratinated Fish dengan Rigatoni, Corn Pumpkin Pudding, Oxtail Nayarin & Cuban Seafood Rice.  


Menamatkan bufet dengan beberapa hidangan pencuci mulut seperti Puding Krismas dengan Sauce Custard, Classic Yule Log Cake, Buah Mince Pies, dan Lemon Meringue Pie yang lazat. Jom rayakan Krismas dengan Armada Hotel dan dapatkan lebih banyak masa dengan orang tersayang.

CHRISTMAS EVE BUFFET DINNER
24hb Disember 2018
Persembahan nyanyian dan persembahan muzik secara langsung oleh Roy Chew.

Harga :-
RM 90.00 + | setiap orang dewasa
RM 65.00 + | warga emas
RM 45.00 + | setiap kanak-kanak

*termasuk pek parti


HARI CHRISTMAS HI-TEA
25 Disember 2018 | 12noon hingga 4 petang
Persembahan muzik secara langsung oleh Roy Chew | 12.30 malam 

RM 78.00 ++ | setiap orang dewasa
RM 58.00 ++ | warga emas
RM 40.00 ++ | setiap kanak-kanak

Menghiburkan tetamu dan menambah kesempatan dengan unsur pesona dan tradisi akan menjadi persembahan Krismas yang akan menghiburkan anda dari meja ke meja, menghiburkan semua tetamu dengan lagu-lagu tradisional Krismas. Malam itu dibuat lebih mesra dengan persembahan muzik secara langsung yang dilakukan selepas carol Krismas oleh Roy Chew

Sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi +603 7954 6888 ext 4557 - Utara Coffee House.







Betulkah MAIWP Tidak Agihkan Zakat?

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betulkah MAIWP tidak agihkan kutipan zakat yang mereka perolehi setiap bulan. Ini adalah persepsi dan tanggapan negatif yang sudah bersarang di kalangan masyarakat kita. Sehingga ada yang kurang keyakinan kepada badan yang dipertanggungjawab mengutip dan mengagihkan zakat ini.


Sampai bila kita hendak berprasangka akan semua ini sekiranya kita sendiri tidak mahu ambil tahu apa yang dilakukan disebaliknya. MAIWP adalah oraganisasi yang berperanan menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kutipan zakat ini dilaksanakan oleh MAIWP melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Manakala aktiviti mengagihkan zakat dilaksanakan sendiri oleh MAIWP.

Bagaimana Pengagihan Zakat Dilakukan


Menurut apa yang Maha ketahui bahawa MAIWP membuat pengagihan zakat melalui 28 skim bantuan zakat yang membantu asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asas, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukan pada bulan-bulan tertentu sahaja.

Maha ambil satu contoh yang paling mudah sekirang ada satu keluarga yang telah dikenalpasti sebagai asnaf miskin dan mereka layak untuk menerima bantuan zakat. Bantuan yang diberikan bukan sahaja wang ringgit yang kita lihat setiap bulan tu sahaja tau. Ia merangkumi beberapa perkara lain yang melibatkan keluarga tersebut seperti :

-Bantuan Sewa Rumah  sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
-Bantuan Pelajaran kepada anak-anak sekiranya mereka ada anak bersekolah
-Bantuan Perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
-Bantuan Perniagaan sekiranya mereka ada membuat perniagaan secara kecil-kecilan

Jadi semua itu akan dibantu oleh MAIWP dan ia kekal sehingga keluarga ini keluar daripada taraf asnaf miskin. Jadi tak adil kalau kita hanya mengambil kira wang bantuan setiap bulan yang diberikan sahaja.


Selain daripada bantuan kepada keluarga asnaf miskin ini agihan lain yang MAIWP lakukan adalah agihan zakat secara tidak langsung di mana dana zakat dimanfaatkan untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang. Kalau korang lalu kat Kg Pandan KL akan nampak tersergam megah Kolej Profesional Baitulmal & Institut Kemahiran Baitulmal dan itu merupakan juga hasil usaha dalam pengagihan zakat.

Selain daripada itu banyak lagi institusi dari peringkat menengah sehingga pengajian tinggi. Kalau rajin tengok la di sini: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-pendidikan.

Birokrasi Dalam Permohonan Bantuan Zakat


Ini satu lagi perkara yang juga ramai orang anggap permohonan bantuan zakat itu susah dan banyak birokrasi. Bagi mengurangkan isu ini MAIWP telah membuka 10 Pusat Agihan Zakat atau PAZA dimana 9 di Kuala Lumpur dan 1 di Labuan. MAIWP juga turut menyediakan Kaunter bergerak Baitulmal MAIWP yang turun ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di masjid, bazar-bazar Ramadhan, pasar malam dan sebagainya. . Ini demi mendekatkan orang ramai dan memudahkan untuk membuat tuntutan bantuan zakat.


Selain itu juga, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah ditubuhkan untuk turun padang mencari dan menjejaki mereka yang tercicir daripada menerima bantuan zakat. Kita juga sebagai rakyat yang prihatin boleh memberi kerjasama untuk turut membantu menyalurkan maklumat kepada MAIWP sekiranya mendapati ada golongan yang layak untuk mendapatkan bantuan zakat ini.

Sekarang ini nak memohon bantuan zakat dan tidak susah hanya perlu mengisi sehelai borang dengan maklumat lengkap. Ini penting kerana untuk memastikan pemohon benar-benar termasuk dalam golongan yang layak menerima bantuan zakat. Permohonan juga tidak perlukan membuat pengesahan dari mana-mana pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya. Manakala proses kelulusan bantuan juga dipercepatkan kepada 5 hari dan bagi kes-kes kecemasan, bantuan akan disalurkan dengan segera.

Jadi apa pandangan korang tentang perkara yang banyak tidak benar di luar sana tentang pengagihan zakat ini. Jangan kita hanya mendengar dan membaca sahaja tanpa membuat kajian tentang perkara sebenar. Korang juga boleh dapatkan info lanjut tentang pengagihan zakat ini melalui laman seperti di bawah :-

Laman web : www.maiwp.gov.my
Facebook MAIWP : www.facebook.com/maiwp.hq
Facebook Baitulmal MAIWP: www.facebook.com/baitulmal.wp/
Instagram: @hqmaiwp
Youtube : MAIWP TV









The Best Itik Salai Masak Lemak Cili Api In Town Di Kampung Bharu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila ada pembaca yang tanya dekat Maha mana nak cari tempat makan Itik Salai Masak Lemak Cili Api terbaik di KL, pening kepala jugalah nak fikir dan cari tempat yang betul-betul dapat rasa salai dan juga rasa lemak yang cukup lengkap. Nasiblah hari tu ada kawan yang dah makan kat satu kedai ni rekmen kepada Maha untuk pergi cuba masak salai mereka.



Setelah pergi cuba sendiri memang ternyata ia tidak mengecewakan dan sangat puas hati. Kat mana tempat tu? Dekat jer terletak di kawasan tumpuan orang ramai cari makan di Kuala Lumpur ni. Mana lagi kat Kampong Bharu lah. Rupanya kat situ ada satu restoran namanya Gerak 23 yang terletak betul-betul ditepi Jalan Raja Abdullah iaitu jalan utama nak masuk Kampung Bharu ini.


Tapi kedai makan masak lemak ni ada kat dalam restoran tu kerana di sini konsep macam lebih kurang food court. Di dalam restoran besar tu ada gerai-gerai termasuklah gerai Teraso Salai iaitu gerai yang menyediakan Itik Salai Masak Lemak Cili Api yang Maha maksudkan tadi. Kalau nampak gerai warna hijau dan ada tulis besar-besar Itik Salai itulah gerainya. Tempat ni sangat padat waktu makan tengahari memang menjadi tumpuan ramai orang hari kerja mahupun hujung minggu.



Kat sini paling best dan rare susah nak dapat adalah Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Memang ini jadi pilihan ramai orang sebab itik salai cuma banyak jual kat tepi jalan Kuala Pilah kalau siapa biasa balik kampung ke sana. Jadi kat sini boleh dapat itik salai sama rasanya dengan kat sana. Sebab kata pemilik gerai ia adalah resipi tradisi keluarga mereka.


Selain itik salai kat sini juga ada sediakan masakan salai lain seperti Keli Salai Masak Lemak Cili Api, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan juga Ayam Salai Masak Lemak Cili Api. Semua makanan yang disalai dibuat kat tempat lain dan cara menyalai juga ada cara tersendiri iaitu menggunakan teknik pengasapan bagi memastikan isi kekal lembut dan menyerap rasa asap sempurna.

Harga makanan :

Set Keli Salai Masak Cili Api : RM6.00

Set Ayam Salai Masak Cili Api : RM7.00 

Set Daging Salai Masak Cili Api : RM8.00

Set Itik Salai Masak Cili Api : RM9.00

Semua set salai ni ada nasi putih, kemudian ikan masin dan juga timun. Style sini lauk disalai kat tempat lain dan kuah dimasak di gerai kemudian dimasak sekali lagi untuk rasa yang sebati. Kuah masak lemak ni memang dah cukup pedas tapi kalau nak up lagi kepedasan ni korang boleh tambah sambal cili yang disediakan sekali. Kalau makan time panas-panas memang terangkat dan membuka selera. Paling best makan kena banjir korang punya nasi tu dengan kuah lemak mereka. Sangat pekat melekat dan padat dengan rasa.



Maha cite ni karang korang kata nak puji lebih-lebih pulakkan. Apa kata korang datang sendiri cuba makan kat sini memang tak rugi. Tak silap Maha kedai ni ada cawangan juga kat Wisma Central yang terletak di sebelah KLCC. Mereka juga sediakan perkhidmatan penghantaran makanan kepada yang tak dapat datang sini.



Nanti Maha nak ulang lagi datang makan kat sini bawa kawan-kawan juga hehehe. Tak perlu lah nak pergi jauh-jauh untuk makan Masak Lemak Cili Api ni. Gerai ini dibuka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 7.00malam sahaja. Ok kalau sapa yang dah cuba tu nanti komen bagi tahu Maha sedap ker atau macam mana yer. Sebab gerai ni baru buka jer perlu kepada pandangan baik korang yang memang mecintai makanan trasidi ni. Selamat menjamu selera semua ok.

Tempahan dan pertanyaan layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5




Produk Makanan Dim Sum Halal Dari Ayamas Kitchen

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yes dah boleh makan Dim Sum yang Halal setiap hari macam ni kerana Ayamas Kitchen telah keluarkan satu lagi produk baru mereka iaitu koleksi Dim Sum pelbagai jenis. Ada 10 jenis Dim Sum yang sama seperti mana kita lihat kat kebanyakan restoran makanan Cina. Tapi kini ia adalah Halal dan boleh dinikmati dimana sahaja.


Maha sendiri dah mencuba Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen ini memang sedap paling menarik sekali adalah Pau Ayam Barbeku. Semua Dim Sum ini dibuat mengikut bentuk yang sebenar dan juga rupa yang sama dan saiz yang comel-comel belaka. Dim Sum sejuk beku ini boleh dinikmati dengan pelbagai cara seperti goreng, rebus, kukus atau dipanaskan dalam gelombang mikro. Kalau Maha suka goreng lagi rangup dan sedap.




Terdapat 10 jenis Dim Sum yang diperkenalkan baru-baru ini dimana lima jenis kini telah berada di pasaran iaitu Hakao Udang, Dim Sum Ayam dan Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai dan Pek Kombo Dim Sum. Semua ni korang dah boleh dapatkan kat Kedai Ayamas atau juga kat pasaraya besar Giant seluruh Malaysia. 





Lima jenis lagi yang akan keluar tak lama lagi iaitu Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam dan Ikan serta Dim Sum Udang. Hari tu masa perasmian produk Dim Sum ini Maha sempat cuba makan semua jenis dan kalau nak sedap korang kena cicah dengan Sos Cili Ayam dan Sos Hoisin jenama Life. Baru korang akan dapat rasa yang mengancam.






Harga pun tidak lah mahal mana pun dan bebaloi lah kalau korang nak beli.
1) Ayamas Kitchen Hakao Udang (160g) - RM13.39 sepeket
2) Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) - RM10.59 sepeket
3) Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) - RM 11.29 sepeket
4) Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) - RM11.99 sepeket 
5) Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Dum (160g) - RM12.79 sepeket 






Kalau korang rasa nak buat stock kat dalam peti dirumah boleh lah beli banyak sekali simpan dan bila nak makan baru masak. Mudah sekejap je tak perlu masak yang lama. Semua produk ini menggunakan bahan segar dan dibungkus dengan cantik macam pek yang korang boleh tengok ni. Maha sendiri pun dah ada kat rumah banyak stok senang kadang-kadang tak nak makan berat ni pun dah cukup buat kita kenyang.


Sebelum ni Ayamas Kitchen ada keluakan juga beberapa produk Ready-To-Eat yang sangat memudah kehidupan seperti Pes Masak Merah, Pes Rendang dan juga Pes Kurma. Juga ada pilihan nasi sejuk beku seperti Nasi Bijan Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai, Nasi Kandar Ayam Masala, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan juga Nasi Briyani Bukhara Ayam. Semua Maha dah rasa memang terbaik Ayamas Kitchen ni. Banyak pilihan dan menepati citarasa kita. Korang kena cuba ok.









Resipi Mudah Sambal Kerepek Kentang Dengan LaCust Crispy Chilli

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama tak update resipi kat blog Maha ni kan, maksudnya lamalah dapur Maha ni tak berasap hehehe. Ada je masak tapi untuk makan sendiri yang nak rekod je tak sempat nak buat. Jadi hari ni nak share  pada korang satu resipi mudah yang baru jer buat tak sampai 10 minit pun siap menggunakan produkLaCust Crispy Chilli.


Jangan terkejut tau kenapa kat label botol tu ada gambar Maha. Hari tu mereka ada buat promosi untuk siapa nak letak gambar sendiri kat botol. Ini special edition sahaja tau hehehe. LaCust ini nak katakan macam sos cili biasa tidak juga nak kata sambal pun tidak juga tapi ia dihasilkan daripada cili yang dikisar hancur tanpa biji dimasak bersama dengan tak silap bawang putih. Produk ni ready-to-eat korang boleh makan sos ni dengan nasi atau apa sahaja bahan makanan. atau juga masuk dalam masakan. Bagi Maha ia tidak terlalu pedas pun sesuai untuk semua peringkat usia.



Resipi kali ini adalah menggunakan produk ni sangat mudah dan semua orang boleh buat.

Bahan-bahan yang digunakan:-
3 biji Kentang
1 cawan Minyak Masak
1 botol Sos LaCust Crispy Chilli

Sikitkan bahannya tapi sedap dan rangup. Cara nak buatnya mudah gilerrr boleh ikut step dari video ini.


Kenapa resipi ini Maha tak masukkan bahan perasa dan juga garam. Ini kerana dalam sos LaCust itu sendiri dan ada garam dan rempah serta bawang putih. So korang rasa boleh buat tak kat rumah resipi ini. Maha suka buat banyak-banyak dan simpan dalam balang nanti bila tonton movie atau drama kat tv boleh mengunyah. Selain tu juga korang boleh buat makan bersama dengan nasi putih sedap juga hehehe. 


Produk LaCust ini adalah produk selamat tiada bahan pengawet dan juga tiada menggunakan warna tiruan. Korang nak dapatkan produk ni boleh beli secara dalam talian atau juga kat pasaraya yang ada jual produk ni seperti Jaya Grocer dan harga tak silap Maha RM15 sebotol. Satu tips penting jangan simpan sambal ni dalam peti sejuk tau ia sesuai letak kat dalam suhu bilik sahaja nak kekalkan rasa dan rupanya. Semoga korang dapat mencuba resipi mudah yang Maha buat ini ok.

Infomasi lanjut dan juga pembelian dalam talian layari : 





Cawangan Kelima RSMY Best Cheese Naan Di Capsquare Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yes sekarang ni kalau korang rasa cawangan RSMY Best Cheese Naan kat semua tempat penuh dan selalu sahaja sesak apa kata korang pergi jer kat cawangan baru mereka di Capsquare. Maha tahu ramai yang dah kemaruk dengan Cheese Naan mereka yang telah viral tu kan.


Sehinggakan sampai tengah malam pun orang duk sibuk mencari Cheese Naan mereka sehingga sanggup bebaris panjang untuk nikmati semua ini. Maha sendiri pun tengok bukan main ramai gilerr orang kat semua cawangan. Sebelum ini ada empat cawangan lain iaitu kat Masjid India, Medan Tuanku, Danau Kota, Kajang dan yang terbaru ini kat Capsquare berada betul-betul di tengah KL.



Masa Maha pergi makan kat sini singboard restoran pun tak ada lagi baru sahaja buka cawangan ni. Kalau korang yang berkerja area Jalan Raja Abdullah, Dang Wangi dan berhampirannya boleh lah datang sini. Korang boleh lihat bangunan Wisma TKT, yes restoran ni berada betul-betul ditengah-tengah antara bangunan tersebut dan bangunan Residence Capsquare. Mungkin agak terseorok sikit restoran ini tapi tempat ini lebih selesa dan luas.



Macam biasa tak perlu kot nak perkenalkan makanan yang ada kat restoran RSMY ini memang cukup terkenal dengan dua jenis signature dish mereka iaitu Cheese Naan dan juga Nasi Beriani Bukhari. Tapi yang istimewa hanya dicawangan baru ini mereka memperkenalkan kepada korang iaitu Beef Pepperoni CheeseNaan. Dalam naan tu bukan sahaja ada limpahan dan cheese yang cair juga ada potongan pepperoni yang menambah rasa daging dalam tu.


Yummm memang sedap kalau makan cheesse naan ni diwaktu masih panas kerana korang boleh tarik dan lihat lelehan cheesenya Ya Allah memang sedap. Pulak tu digandingkan dengan kuah special mereka iaitu Dhall Fry yang ada rasa pedas-pedas dalam tu. Betul lah korang yang dah pergi ceritakan memang terbaik dan meletop menu mereka ni. Maha baru pertama kali dapat pergi kat cawangan baru ini dapat juga nikmati cheese naan mereka yang selalu menjadi sebutan ramai.



Satu lagi cawangan ini sahaja mereka memperkenalkan set baru cheese naan. Dimana cheese naan ada datang dengan empat set promosi iaitu :-

Set A : Cheese Naan + Dhall Fry + Teh O Ais
Set B : Cheese Naan + Dhall Fry + Sirap Ais
Set C : Cheese Naan + Kari Kosong + Teh O Ais
Set D : Cheese Naan + Kari Kosong + Sirap Ais

Semua set ini sekarang hanya dengan harga promosi iaitu RM8.00 sahaja ok. Kalau korang nak tambah Chicken Tandori macam Maha makan ni kena harga lain lah tambah lagi RM10.00. Tapi memang berbaloilah.




Selain dari tu, kat sini mereka ada memperkenalkan makanan nasi campur untuk makan waktu tengah hari sahaja dari pukul 11.00pagi hingga 6.00petang. Kalau korang makan lunch lewat pukul 4.00petang hingga 6.00petang mereka akan bagi potongan harga 50%. Ini semua ada kat cawangan baru ini sahaja tau tempat lain tak ada ok. Ini bagi meraikan cawangan ini yang baru sahaja buka bulan November yang lalu.




Cawangan baru ini beroperasi setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 12.00malam ok. Kat sini mereka ada dua area iaitu kalau korang yang nak makan outdoor ada dan juga indoor ada yang berhawa dingin. Malam pun kat sini meriah tau memang korang akan dapat rasa yang sama tak ada beza dengan tempat lain. So boleh lah masukkan cawangan RSMY Best Cheese Naan Capsquare ni dalam list tempat makan korang ok. Maha dan cuba memang terbaik. Selamat menjamu selera.

Promosi dan juga info lanjut layari :
Alamat : No 2/4 Tingkat Bawah Wisma TKT,
               Persiaran CAPSQUARE, Off JLN Dang Wangi
               50100 Kuala Lumpur.
Tel : 012-231 2192

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5






Adakah Imam Muda Asyraf Tersenarai Larangan Keluar TV Dan Radio 2019

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ini kita gempar dengan tersebarnya satu senarai nama penceramah yang didakwa bakal digam daripada muncul di stesen televisyen (TV) dan radio mulai tahun depan. Namun dalam sepuluh senarai itu tidak ada tertulis nama Imam Muda Asyraf yang kita kenali dengan ceramah dan ucapan yang bernas serta ceria orangnya.


Begitu juga dalam satu video berdurasi 1 minit yang mula tersebar sekarang ini di media sosial kelihatan kelibat Imam Muda ini. Beliau dalam video itu ada meninggalkan pesan kepada semua rakyat Malaysia di luar sana. Nak tahu apa yang dipesankan oleh beliau boleh tonton video ini sehingga habis.



Itu peringatan yang diberikan oleh Imam Muda Asyraf kepada semua pembayar zakat diluar sana yang masih belum menunaikan tanggungjawab tersebut. Beliau memberi tahu juga kini telah ada pembankan internet untuk membuat pembayaran zakat dengan cara yang sangat mudah. Ditambah pula dengan sekarang ini telah ada 14 buah bank yang menjadi ejen lantikan PPZ MAIWP

Senarai bank ejen PPZ MAIWP :-
1. www.maybank2u.com.my 
2. www.bankislam.com.my
3. www.ambank.com.my
4. www.cimbclicks.com.my
5. www.pbebank.com
6. www.rhb.com.my 
7. www.ocbc.com.my
8. www.hsbc.com.my 
9. www.hlisb.com.my 
10. www.irakyat.com.my 
11. www.affinonline.com
12. www.i-muamalat.com.my
13. www.agronet.com.my
14. www.mybsn.com.my

Lagi pesan beliau jika bayar zakat secara online sekarang ni boleh dapat hadiah. Di mana 3000 pembayar Zakat terawal melalui perbankan internet berpeluang mendapat DVD MP3 koleksi himpunan ceramah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu Mufti Wilayah Persekutuan. Jadi tunggu apa lagi buat bayaran zakat secara dalam talian sekarang ini kerana hanya 2.5% daripada keseluruhan harta sahaja yang dikenakan zakat. Jangan risau kerana kita tidak akan miskin dengan berzakat #JadiKayaDenganZakat.

Maklumat lanjut boleh hubungi talian zakat:-
Tel : 1300-88-5757








Bumblebee Dan Ironman Meriahkan Magical Christmas Celebration Di Marriot Hotel Putrajaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selamat menyambut Hari Natal atau lebih dikenali sebagai Christmas diseluruh dunia. Hujung tahun mesti semua akan menantikan saat meraikan kemeriahan perayaan ini selain ia bersangkutan juga dengan cuti sekolah hujung tahun di Malaysia.


Bersesuai dengan ini juga pihak Marriot Hotel Putrajaya tidak lupa meraikan kanak-kanak yang paling gembira bila tiba musim perayaan dan cuti sekolah. Bersesuai dengan program CSR mereka tahun ini Marriot Hotel Putrajaya kerjasama dengan Palm Garden Hotel dan Palm Garden Golf Club meraikan lebih kurang 50 orang kanak-kanak daripada Rumah PPR Lembah Subang sempena dengan Magical Christmas Celebration yang diadakan baru-baru ini.


Kanak-kanak ni kalau tak ada maskot atau juga watak kegemaran mereka tak meriah jadi pihak hotel juga telah membawakan dua watak utama kegilaan kanak-kanak sekarang iaitu Bumblebee dan juga Ironman bagi memeriahkan majlis. Pada hari tu seronok tengok kanak-kanak ini diraikan dengan bergembira dan menari bersama dua maskot utama ini yang jarang mereka temui secara live.




Selain itu juga, pada majlis tersebut pihak hotel meraikan kanak-kanak yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Disember dengan majlis memotong kek. Kanak-kanak memang suka makan kek dan juga tengok mereka gembira kita juga turut rasa gembira. Bagi menggalakkan orang ramai diluar sana melibatkan diri dan membantu golongan yang memerlukan ini pihak hotel menjual Bag for Earth hanya pada  harga RM20 nett per bag. Duit daripada pembelian itu akan didermakan kepada kanak-kanak dan dalam masa sama menyelamatkan bumi yang kita diami ini.



Kelainan yang ditampilkan oleh pihak hotel dalam menyahut seruan menjaga alam sekitar dan mengurangkan pencemaran bahan buangan, mereka telah menghias pokok Krismas dan juga dekorasi dalam hotel dengan menggunakan bahan kitar semula. Boleh lihat pokok dihias dengan bahan buangan kotak sungguh kreatif dan menarik sekali usaha murni ini. Jadi kita kat luar ini tiada alasan untuk tidak sama dalam meraikan perayaan juga menyumbang kepada alam sekitar.





Pada akhir acara hari itu semua kanak-kanak dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan perayaan Krismas yang memang menjadi kesukaan kanak-kanak. Maha sendiri pun suka akan makanan tradisi sambutan Krismas ni sebab semua enak-enak dan comel-comel belaka. Moga usaha murni ini akan diteruskan dimasa akan datang dan lebih banyak lagi pihak luar sana tampil dengan pelbagai idea dan cara membantu mereka yang memerlukan dan menjaga alam sekitar.





  


Lima Hari Sahaja Jualan Giler JUMBO SALE Lebih 50% Di LuLu Hypermarket & Department Store

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk kita sambut tahun baru 2019 dan meningalkan tahun 2018 ini. Hujung tahun ni kat Malaysia memang meriahlah dengan Year End Sale di merata-rata tempat. Tidak terlepas juga LuLu Hypermarket & Department Store yang terletak di Jalan Munshi Abdullah tempat Maha selalu beli-belah barang dapur dan juga keperluang harian. 




Baru ni Maha pergi pasaraya ini dan terkejut kerana rupanya mereka tengah buat Promosi JUMBO SALE. Jualan murah ini bermula dari semalam 28 Disember 2018 hingga tahun baru nanti iaitu 1 Januari 2019. Hanya lima hari sahaja sale ini yang korang boleh beli dengan harga diskaun lebih daripada 50%. Memang gilerrr lah Maha hari tu shopping bila tengok ada jualan yang sangat murah macam ni. 

Potongan Rata 50%


Masa pergi tu ada dua promosi rupanya dalam JUMBO SALE ini dimana yang satu ni potongan rata 50% . Untuk ini hanya terpakai pada semua barangan fesyen khas untuk wanita, lelaki & kanak-kanak serta bayi. Ada beberapa jenama yang korang boleh dapat untuk promosi 50% ini iaitu seperti John Louis, Arezzo, Eten, Puppet, Sunnex, Allen Solly, Ruff, Cortigiani, Twills, Lero, Xemberg, Marco Donateli, Tag Basic, Louis Philippe, Pravo, De Backers dan Tag Rider









Kebanyakan jenama ni kita jarang dengar kerana ia jenama in house mereka yang berkualiti dan juga menghasilkan produk mampu milik. Macam-macam design terkini dan juga rekaan yang memenuhi kehendak rakyat Malaysia. Maha sendiri pun rambang mata tak tahu nak beli mana satu, tapi angkut juga sepasang kasut baru yang cantik tu untuk kerja tahun depan hehehehe. 








Orang perempuan suka lah kalau ada jualan murah macam ni untuk pakaian wanita dan juga untuk barang seperti beg tangan wanita dan kasut. Kalau korang datang pasaraya ni untuk cari barangan ni semua ada kat level satu. Situ lah bahagia kesukaan orang perempuan bila nak beli belah. 

Potongan Sehingga 50%   


Promosi yang kedua ni pula adalah potongan harga sehingga 50% untuk beberapa barang terpilih. Yang ini merangkumi barang yang Maha selalu beli kat sini iaitu barang dapur di bahagian Supermarket. Masa Maha datang tu mata akan terpandang barang yang diletak kat pintu masuk pasaraya ini dengan ada tanda warna kuning, itulah barangan yang ada promosi hebat ini. Sesetengah barang tu ada tanda hanya terhad untuk beberapa unit sahaja bagi seorang pelanggan sebab murah sangat nanti orang lain tak sempat beli lak kalau semua korang dah borongkan.










Selain itu juga, promosi ini untuk berangan keperluan elektrik/elektronik, noon-food, barangan kelengkapan rumah, perabot rumah, telefon, produk IT, mainan, bagasi, peralatan sukan dan alat tulis. Korang boleh tengok seperti TV 43 inchi jenama LG tu potongan sehingga 50% dari RM2,899 jadi harga RM1,449 sahaja. Kemudian Microwave jenama Sharp 20ml tu harga hanya RM164 sahaja memang murah giler.












Pergi pula kat bahagian kelengkapan rumah tu ada kuali Ceramic jenama Chefline ni hanya RM8.49 satu dan juga karpet pun murah. Ya Allah memang rasa kalau bawa satu lori pun tak cukup nak beli kat sini. Sesuai sangat untuk mereka yang baru beli rumah dan pindah rumah baru untuk beli kelengkapan rumah semua tengah promosi giler-giler ini. 








Selain daripada JUMBO SALE ini kat LuLu Hypermarket juga ada promosi Back to School Saver. Khas kepada ibu bapa yang buat persiapan saat akhir untuk keperluan anak-anak nak masuk sekolah tahun baru ini. Masih sempat lagi nak beli dan dapatkan harga murah sangat dan tak perlu bebelanja lebih.







Macam biasa kalau kat LuLu ini mereka juga membuat promosi kat bahagian LuLu Celebrate yang menyediakan kelengkapan seperti Indian Saree, Churidars dan Lehangas. Kalau korang ada tema untuk dinner syarikat hujung tahun boleh beli kat sini memang murah dan cantik-cantik belaka. Promosi ni pun tempoh sama juga lima hari sahaja dengan potongan sehingga 40%.  



Kalau Maha nak senaraikan semua potongan untuk lima hari ni memang banyak korang boleh tengok kat risalah yang ada kat pasaraya tu atau boleh tengok kat Facebook mereka. Memang banyak barang korang nak beli punya. Walaupun dah penuh satu troli macam yang Maha beli ni tapi bila sampai kat kaunter harga lagi murah. Tak tahu mana datang potongan harga, sebab tu Maha suka beli-belah kat Lulu Hypermarket ini. 

Promosi dan maklumat lanjut layari :-
   


      


Hidangan Sihat Dan Seimbang Sempena Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Macam biasa tahun demi tahun Armada Hotel Petaling Jaya tidak pernah mengecewakan dengan hidangan sempena Tahun Baru Cina yang akan datang tak lama lagi. Kali ini Chef Chew dan pasukannya dari Utara Coffee House bakal menyediakan pelbagai hidangan Tahun Baru Cina yang sempurna untuk mengalu-alukan tahun baru.


Promosi bufet ini bermula dari 1 Januari hingga 4 Februari 2019, barisan juadah mengemukakan pelbagai hidangan 'Good Luck' untuk Chinese New Year Reunion Buffet Dinner. Ianya seperti Chinese Fried Chap Chye dengan Cendawan, Yong Chow Fried Rice dalam Lotus Leaf, Pak Far Chicken, Deep Fried Garoupa Ala Thai, Kacang-Goreng Kam Heong Lala, dan Udang Harimau Goreng dengan Buttered Coconut Almond Flakes. 





Buffet makan malam reunion Tahun Baru Cina ini berharga RM90 + untuk seorang dewasa, RM72 + untuk seorang warga emas dan RM45 + untuk setiap kanak-kanak.


Di samping itu, tidak sah sambutan tahun baru yang makmur jika tiada Yee Sang dan Loh Hei untuk meningkatkan nasib dan kemakmuran. Kali ini pilihan Yee Sang yang menarik ditampilkan seperti Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian) pada harga RM78 + satu bahagian dan King Salmon Yee Sang pada harga RM88 + satu bahagian.



Satu lagi kelonggaran yang tidak boleh dilepaskan ialah Pot Kebaikan yang dipelihara kebaikan yang juga dikenali sebagai 'Poon Choy'. Rasa dan wangi yang mendalam, Treasure Pot tersedia untuk memesan secara dalaman dan sebagai pengambilan di RM428 +. Kedua-dua Yee Sang dan Pot Treasure boleh dipesan dari 1 Januari hingga 19 Februari 2019.


Untuk tetamu yang ingin menikmati menu set eksklusif, Chef Chew dan pasukannya telah melancarkan beberapa Kemakmuran Set Menus (minimum 10 pax) sesuai untuk keluarga, rakan atau syarikat.




Set Kesihatan, Kekayaan, dan Kebaikan menanti anda apabila anda makan dengan semua set ini :
The Everlasting Future Set Menu priced at RM1188+ 
The Bountiful Treasure Set Menu priced at RM1288+ 
The Prosperity Of Luck Set Menu is priced at RM1388+ 
The Prosperity Of Fusion Set Menu is priced at RM1508+ 



Semua menu makan malam set Chinese New Year di atas boleh dipesan bermula dari 1 Januari hingga 19 Februari 2019. Paling penting bufet makan malam sempena tahun baru ini adalah semuanya diyakini Halal jadi nikmati sepuasnya tanpa rasa ragu.  

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi : 
Tel : +603 7954 6888 ext 4557 
Email : armada@armada.com.my







'1000 Tahun' Taruhan Baru Dari Kumpulan Demeises

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Siapa tak kenal kumpulan dari negara seberang Demeises yang dulu popular dengan lagu 'Dengarlah Bintang Hatiku' kini kembali semula dengan single terbaru mereka. Mempertaruhkan konsep sama lagu terbaru mereka bertajuk '1000 Tahun' kini telah ada muzik video rasmi di Youtube.



Tonton video muzik rasmi di sini :- 




Lirik Penuh Lagu 1000 Tahun:-


Begitu lama ku pendam di dalam hati
Jadi rahsia perjalanan cintaku padamu
Hatiku tetap tak bisa tepiskan dirimu
Walaupun semuanya kini telah berubah
Diriku dengan cintaku
Dan kau pun bahagia dengan cintamu

*1000 tahun tak akan cukup
Tak akan bisa menebus kesalahan ku padamu
Tak mungkin kini kita kan bersama lagi
Setelah dahulu aku pergi meninggalkan luka dihatimu

Maafmu saja sudah cukup untukku
Walau harus rela tak bisa saling memiliki
Aku sedar kesalahanku
Tak bisa tegar pertahankan cintaku
Ooo…

Ulang *
Ohhh 

1000 tahun…
Ohh 1000 tahun 
Tak akan bisa menebus kesalahan ku padamu
Tak mungkin kini kita kan bersama lagi
Setelah dahulu aku pergi meninggalkan luka dihatimu

Ulang *
Ohhh.. 
Meninggalkan luka di hatimu
Ohhh…

Korang juga boleh tonton video cover lagu ini yang Maha buat kat Channel Youtube Mahamahu hehehe. Harap jangan kecam sebab Maha cuba walaupun suara kelongkang wakakaka. Korang juga boleh aktifkan nada pemanggil lagu terbaru dari Demeises ini di sini :-

1000 Tahun (Demeises)»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615980# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350714# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313555# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498649 dan hantar ke 28383

Chorus»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615981# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350715# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313556# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498650 dan hantar ke 28383

Verse»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615982# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350716# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313557# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498651 dan hantar ke 28383

Terbitan : Insictech Musicland Sdn Bhd
Album : Demeises - 1000 Tahun    

Maklumat lanjut info lagu dan detail boleh layari :- 

Online Music Store: http://www.i-musicland.com/

Dapatkan lagu terbaru ini di semua platform digital yang ada :-

Spotify: https://open.spotify.com/album/56JO2QQfK53RHDj7dZEnwu






Viewing all 1329 articles
Browse latest View live