Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1329 articles
Browse latest View live

Cara Masak Nasi Guna Dapur Gas Tapi Tidak Berkerak Dan Sangat Cepat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu sekarang ni ramai korang ni masak nasi menggunakan rice cooker jer senang dan sangat mudah. Tapi bagi orang bujang yang duduk sorang-sorang macam Maha ni kalau nak masak dalam periuk nasi tu macam banyak sangat memang tak terabis nasi tu. 


Jadi sebab tu lah Maha cuba cara yang viral orang duk ceritakan yang masak dalam mug menggunakan rice cooker. Tapi kali ni Maha tak gunakan rice cooker cuma gunakan dapur gas yang jauh lebih jimat dan juga tidak berkerak. Paling penting Maha boleh masak dalam kuantiti yang sikit jer sesuai untuk makan seorang. 



Caranya tak susah muda sangat korang hanya perlukan satu cupak beras, mangkuk ceramik, periuk, dan air kosong. Kena guna mangkuk ceramik atau mug ceramik ok jangan guna kaca atau yang plastik nanti pecah atau rosak Maha tak tahu ok hehehe. Cara nak masaknya pula sangat mudah macam masak nasi biasa cuma kali ni kita masak dalam periuk menggunakan dapur gas.



Pertama korang perlu basuh beras seperti biasa dan juga masukan sukatan air dalam beras tu macam masak nasi biasa letakkan beras dan air tu dalam mangkuk ceramik. Kemudian korang masukkan air kosong dalam periuk mengikut sukatan lebih kurang setengah daripada saiz periuk. Lepas tu letakkan atas dapur dan pasangkan api dengan kuat tak perlu bimbang hangus. Waktu tu juga korang boleh masukan mangkuk ceramik yang berisi beras telah di basuh kedalam periuk. 


Biarkan sahaja nasi tu masak dalam tempoh 15-20 minit tak lama dengan api yang kuat tak apa. Nanti korang boleh tengok nasi tu masak seperti biasa dan langsung tidak berkerak. Paling best kita boleh masak tanpa guna rice cooker dan hanya menggunakan dapur gas cepat. Hari-hari Maha masak cara macam ni jer sangat mudah dan boleh masak dalam kuantiti yang sikit dan sangat jimat. 






     

Jom Makan Street Food Di SkyAvenue Genting Highland

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jika korang berada di Genting Highland dimana lokasi yang dibanjiri dengan banyak pilihan makanan yang enak-enak pasti korang tidak pasti mana yang nak pilih bukan. Ada sesuatu yang luar biasa dan selesa di Jom Makan Street Food, Level 4 SkyAvenue Resort World Genting. Jom Makan adalah deretan kedai makan yang diiktiraf Halal dengan banyak keseronokan untuk dipilih.



Maha hari tu pergi genting dan makan di sini kerana semuanya ada makanan jalanan Malaysia yang popular seperti Nasi Lemak! Gerai Nasi Lemak ini menawarkan special menu iaitu Nasi Lemak Kunyit. Nasi lemak di sini boleh nikmati dengan Rendang Ayam atau juga dengan telur goreng itu sudah pasti.




Selain nasi lemak, kat sini ada juga Kampong Fried Rice dan Petai Fried Rice yang mempunyai rasa asli, goreng hingga sempurna. Lagi sedap kalau dinikmati dengan sambal untuk rasa lebih pedas dan mengancam. Kalau korang tak makan nasi korang boleh nikmati Fried Bee Hoon, Fried Kuey Teow, Mee Rojak atau Curry Mee. Makanan street Malaysia tak lengkap tanpa sate dengan pilihan sate ayam, daging lembu atau kambing.



Jika korang suka rasa makanan India, boleh pergi kat gerai Sri Paandi Curry House. kat sini terdapat masakan India Selatan yang terbaik daripada Karaikudi. Sri Paandi telah memenuhi selera pelanggan mereka sejak tahun 1977 untuk tiga generasi dengan warisan mereka diteruskan oleh anaknya. 


Pecinta Nasi Daun Pisang kat sini ada korang boleh makan dengan dangan menu sampingan lain seperti Naan, Tosai dan Roti Canai dari bahan-bahan sumber dari India untuk mengekalkan rasa asal. Sebagai satu-satunya masakan India di destinasi makanan, ini adalah pengalaman gastronomi yang tidak boleh dilepaskan.



Siapa yang suka makanan panas boleh cuba di gerai Nasi Ayam Claypot. Biasa kalau clayport ni penuh satu mangkuk dengan nasi dan lauk kemudian dimakan panas-panas. Last sekali mesti kena cuba pencuci mulut popular rakyat Malaysia seperti Ais Kacang dan juga Cendol.  




Jika korang bangun awal pagi untuk sarapan pagi kat sini pun ada set 'Jom Breakfast' untuk hanya RM11.30. Pilih daripada tiga pilihan: Nasi Lemak Ekonomi atau Nasi Goreng, Kuey Teow Fried atau Roti Canai, Thosai atau Chapati dengan Kari dan Dhal. Semua set datang dengan Kopi atau Teh.



Gerai-gerai kat sini beroperasi setiap hari dimana hari Ahad hingga Khamis dari pukul 8am – 10pm manakala Jumaat dan Sabtu buka pukul 8am – 11pm. Konsep kat sini tiada bayaran cas semua menggunakan Genting Card yang korang boleh topup atau beli kat kiosk warna merah tu. Jadi selamat dan lebih mudah. Selamat mencuba semua ok. 






The Pearl Kuala Lumpur Menerima Anugerah Best Muslim-Friendly Hotel

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih belum terlambat kot Maha nak ucapkan selamat tahun baru 2019 pada semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Masih dalam mood nak bercuti lagi sebenarnya nak berehat almaklumlah awal tahun masih tak banyak kerja wakakaka. Kali ni nak kongsi ngan korang penginapan Maha kat sebuah hotel yang menerima Anugerah Best Muslim-Friendly tahun 2017 dari JAKIM.


Ramai tak tahu yang The Pearl Kuala Lumpur adalah antara hotel yang menerima anugerah ini setelah mereka menjalanan branding semula. Maha beruntung dapat berehat kat sini walaupun satu malam. Ia lah sekali sekala manjakan diri duduk hotel mewah dan selesa dengan makan yang sedap-sedap kat sini.



Hari tu Maha duduk bilik Executive Deluxe dah harga untuk satu malam awal tahun ni lebih kurang RM254 jer untuk dua orang bersama dengan sarapan pagi sekali tau. Best kat hotel ini kerana bilik deluxe mereka sangat besar dah luas boleh main golek-golek kat dalam bilik ni. 






Kemudahan yang ada dalam bilik ni macam-macam seperti set membuat kopi & teh serta air mineral, TV LED 32', mini peti ais, peti deposit dalam bilik, seterika dan papan seterika dan banyak lagi. Paling Maha suka kalau duduk hotel wifi percuma dan laju tu penting senang nak update live kat korang hehehe.






Bilik air kat sini pun siap ada tab mandi, pancur air, toiletries yang lengkap tak perlu nak beli atau kalau lupa bawa boleh guna semua yang ada termasuk pencukur dan juga cotton bud. Boleh berendam dalam bilik air jer tak perlu nak keluar hehehe. 





Tapi rugi lak tak jalan kat hotel ni sebab kat bahagian bawah lobby tu ada mall yang penuh dengan kedai-kedai jadi tak perlu nak jalan jauh-jauh shopping. Bawah hotel tu ada Pearl Shopping Gallery. Tapi dalam hotel pun ada banyak aktiviti sihat korang boleh buat seperti mandi kat pool belajar berenang macam Maha buat atau juga boleh pergi kat gym yang ada kat tingkat 5 hotel. 





Kalau korang rasa macam malas nak keluar pergi makan kat luar boleh order In-Room Dinning yang beroperasi 24 jam untuk hantar makanan terus ke bilik korang. Tapi hari tu Maha pergi makan kat Executive Lounge mereka Level 23. Sekarang tengah ada promosi King of the Grill Barbeque Buffet Italian. 

Executive Lounge - King of the Grill Barbeque Buffet Italian


Kat sini Maha nak kongsi ngan korang yang Maha update makan mewah-mewah dalam Intagram dan Facebook baru-baru ini. Maha makan kat sini sempena dengan promosi bufet makan malam setiap hujung minggu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari tu Maha makan dari pukul 6.30 petang hingga last call 10.00 malam sampai pekerja situ senyum-senyum tak habis lagi makan wakakakaka. 


Barbeque makan malam ni penuh dengan makanan laut yang segar-segar. Kalau korang pecinta Oyster memang kat sini lah tempatnya memang banyak ada macam-macam pilihan. Kalau korang nak yang makan mentah atau yang korang bakar sendiri atas api dilimpahi dengan cheese leleh. Memang korang suka lah kan tapi Maha ni oyster ni kurang sikit boleh lah makan setakat sekeping dua hehehe.










Sebab bufet makan malam ni konsep masakan ala Itali maka korang akan dapat tengok banyaknya pasta dan spaghetti yang dimasak pelbagai cara ada Carbonara, Salsa dan macam-macam lagi. Memang korang tak nampak nasi lah bufet sini heheheh sekali sekala. 










Kat sini juga famous dengan Braised Oxtail, Balsamic Duck Breast, Sauteed Baby Lobster with Olive Oil dan banyak lagi daging-daging yang dimasak cara unik. Sangt banyak memang korang tak akan berhenti nak makan sampai puas. Kalau tidak rugi sangat rasanya makan sikit ni. Boleh pecah perut dibuatnya makan tanpa henti.






Maha suka makan kat sini sebab suasana yang tenang dan selesa dengan dekorasi mewah kalau nak makan kat sofa yang disediakan pun ada. Juga kat luar tu ada bahagian terbuka yang korang boleh makan sambil menikmati pemandangan cantik sekitar Kuala Lumpur. 







Harga untuk bufet Italian ini hanya RM98+ untuk dewasa dan juga RM45+ untuk kanak-kanak usia 5-12 tahun. Selain tu juga, ada promosi lain yang akan datang sempena dengan Tahun Baru Cina bulan February nanti. 

King Of Grill – Chinese New Year Buffet 

Harga buffet : 
RM98++ untuk dewasa 
RM45++ untuk kanak-kanak 
Tarikh : 1hb Januari 2019 – 17hb Februari 2019 

Harga ‘Chinese New Year Eve’, lain sedikit kerana pertambahan menu untuk sambutan malam tahun baru cina 

Harga buffet : 
RM118++ untuk dewasa 
RM45++ untuk kanak-kanak 
Date : 4hb Februari 2019 

Pada ‘Chinese New Year Eve’, pihak hotel akan membuka buffet dinner ini sama seperti menu di ‘King Of Grill – Chinese New Year Buffet’ di Cafe 5 tingkat 5. 

Harga buffet : 
RM98++ untuk dewasa 
RM45++ untuk kanak-kanak 
Date : 4hb Februari 2019 





Jadi kalau korang ada plan nak bermalam kat hotel ni dan juga nikmati makan malam sini Maha rekemen pada korang memang selesa dan makanan semua sedap-sedap. Maha mungkin akan datang sini lagi nak bermalam dan makan-makan. Kalau korang pergi update kat Maha ok kita share pengalaman. Selamat bercuti semua dan selamat menjamu selera. 

Info lanjut dan tempahan bilik hubungi :- 
Alamat : The Pearl Kuala Lumpur 
               Batu 5, Jalan Klang Lama, 
               58000 Kuala Lumpur 
Phone : 603-7983 1111 
Fax : 603-7621 9777 
Email : enquiry@pearl.com.my 






          

Resepi Bujang Dari Dapur Mahamahu Nasi Goreng Jagung Manis

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tiba tahun ni nak update banyak sikit resipi kat blog ni sebab dah macam slow pula kita nak masak-masak sejak dua menjak ni. Tak apa kita mula sikit-sikit dulu ok. Kali ni kita nak share menu orang bujang yang malas sangat nak makan kat luar dan nak masak cepat kat rumah.


Resipi ni terilham dengan sendirinya bila tengok ada 1 ketul jagung manis yang kawan bagi masa dia pergi bercuti kat Cameron Highland. Orang kata kalau buah-buahan yang bawa turun dari tempat sejuk ke bawah ni akan tidak sama rasanya. Jadi sebab tu lah nak rebus makan macam tu dah tak berapa nak enak. Maka datang idea untuk buat Nasi Goreng Jagung Manis untuk makan malam.
  

Bahan yang digunakan pun tak banyak dan boleh dapat kat dapur rumah jer, cuma mungkin jagung tu jer lah nak kena beli kat pasar tak perlu sampai ke Cameron Highland. Bahan yang Maha gunakan sangat simple dan mudah.

1 biji Jagung Manis 
1 biji Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 sudu masak Serbuk Kunyit
1 sudu masak Minyak
1 mangkuk Nasi Putih
sedikit garam secukup rasa


Cara nak buat sangat mudah jer. Korang tak perlu nak rebus jagung tu hanya relaikan sahaja biji jagung dari tongkolnya. Cincang halus bawang merah dan juga bawang putih kalau nak tumbuk dengan lesung batu pun boleh ikut mana yang korang rajin. Maha malas sikit hanya cincang janji hancur ok.


Lepas tu macam biasa panas minyak masak dalam kuali dan tumis bawang yang dicincang sehingga naik bau. Kemudian baru masukkan nasi putih dan paling elok gunakan nasi yang telah dimasak semalaman tak membazir. Cara nak masak nasi tanpa berkerak menggunakan dapur gas boleh baca kat post yang Maha share sebelum ini. Goreng sekejap dalam lebih kurang 5 minit. Barulah korang masukan biji jagung yang direlaikan tadi. Gaul sebati kemudian akhir sekali masukan kunyit dan juga garam secukup rasa.


Siap buat resepi bujang yang sangat mudah dan sedap ni tak perlu nak berperang kat dapur cukup lah masak sikit-sikit sahaja. Sesuai untuk orang bujang yang malas macam Maha ni hehehe janji perut kenyang. Lepas ni akan banyak lagi resipi mudah macam ni Maha akan share dengan korang ok. Selamat mencuba semua.    







Nostalgia Makan Dalam Rumah Kampung Di Restoran Kantin Asam Pedas

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jangan kata kat Kuala Lumpur ni korang tak boleh nak makan dalam suasana rumah kampung lama sebab memang ada tempat tu. Kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran yang di design seperti dalam sebuah rumah kampung lama.


Pertama kali Maha melangkah ke dalam Restoran Kantin Asam Pedas ni pandangan terfokus kepada dekorasi dalamanya. Ini kerana kelainan yang ditampilkan dalam design restoran ini walaupun kecil dan agak tersorok di bawah unit Residensi Bistari kat Ukay Bistari ni tapi ia sangat unik. Memang korang tak sangka inisiatif pemilik restoran ini Puan Roslin dan juga suami memastikan ia mengembalikan kenangan makan dalam rumah di kampung. 




Maha tak nak cerita lagi pasal dekorasi restoran ni tu last part nanti korang kena baca sampai habis. Tapi Maha nak bawa korang kepada masakan Asam Pedas terbaik 'in town'yang disajikan di sini. Memang korang tak dapat cari restoran yang mana semua masakan dimasak sendiri oleh pemilik restorannya. Ini adalah kerana untuk mengekekalkan rasa kesedapan dan originaliti masakan Asam Pedas dari Melaka negeri kelahiranya.



Paling popular kat sini dan menjadi pilihan ramai orang adalah Asam Pedas Telur Mayong. Ini kerana ia adalah menu paling susah nak dapat dah kalau korang nak makan masakan ni memang kena tempah dahulu 2 atau 3 hari sebelum pergi makan. Ini kerana mereka hanya menyediakan sajian telur mayong ni atas permintaan sahaja sangat limited. Harga pun boleh tahan dalam RM30 hingga RM50 bagi sekilo mengikut harga pasaran. 



Tapi Alhamdulillah Maha dapat rasa Asam Pedas Telur Mayong ni hehehe. Rugi kalau korang tak cuba memang terbaik. Telur Mayong ni rasanya kenyal-kenyal jer dan berlemak. Tapi kalau sekali masak tu memang tak boleh habis makan seorang kena share tau. Selain telur mayong special request kat sini Asam Pedas Kepala Ikan Merah, Jenahak dan Duri. Kena order awal baru boleh dapat tau.



Selain tu juga kat sini mesti kena cuba juga Asam Pedas Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Tenggiri, Ikan Duri, Ikan Parang, Ikan Sembilang dan Ikan Kembung. Banyak pilihan ikan dan semua harga antara RM18-RM20. Kalau yang suka Asam Pedas Ikan Pari Berempah harga RM14 sahaja. Ini special Asam Pedas kerana masak menggunakan rempah istimewa.



Satu lagi yang wajib kena cuba adalah Asam Pedas Daging Tetel hanya RM13 sahaja. Ni memang kegilaan ramai orang lah. Harga Asam Pedas yang Maha bagi tahu tu dah termasuk sekali dengan Nasi Putih dan Ulam yang boleh ditambah percuma, juga ada telur masin, ikan masin dan juga termasuk air sirap 'orang kahwin' hehehehe. Memang makan Asam Pedas ni pasangannya adalah air sirap sejuk terbaikkk.



Selain Asam Pedas ada juga Set Ikan Bawal Goreng dan juga Set Ayam Goreng harga antara RM15 hingga RM18 sahaja. Ni semua digoreng garing makan sampai terangkat. Paling rare dan wajib kena cuba kat sini adalah makan Asam Pedas dengan Lempeng Kelapa. Gilerr ini terbaik sangat memang tak ada kat tempat lain sini sahaja. Harga Lempeng Kelapa hanya RM2 jer memang berbaloi.


Kalau korang rasa tak sempat nak singgah makan kat restoran, mereka juga ada sediakan drive-thru kat belakang restoran ni untuk sapa yang buat tempahan melalui call. Bila dah call buat tempahan lepas tu lalu je kat pintu belakang dengan kereta boleh ambil terus yang korang order tadi. Memang tip top lah service kat sini.





Korang bukan sahaja puas dengan makanan mereka tapi juga dengan suasana kat dalam restoran ni. Memang seperti dalam sebuah rumah kampung yang dihiasi dengan pelbagai barangan antik yang susah nak dapat tempat lain. Masa Maha makan hari tu ngan kawan-kawan memang rasa macam makan dengan keluarga. Korang kena datang ramai-ramai meriah sangat.





Restoran ni buka hari Selasa sampai Ahad dari pukul 11.00pagi hingga 4.30petang sahaja. Hari Isnin tutup. So korang boleh plan nak pergi bila masa dan bawa satu keluarga terutama kanak-kanak KL ni yang tak pernah rasa suasana rumah kampung. Ini masanya makan macam zaman dulu-dulu hehehe. Maha dah pergi makan sini korang mesti kena datang cuba juga ok. 

Selamat menjamu selera semua.  

Info lanjut dan tempahan boleh dibuat di sini :
Tel : 03-41019876 / 012-6665552
Alamat : Restoran Kantin Asam Pedas
               E-G-14 Residensi Bistari, 
               Taman Ukay Bistari,
               68000 Ampang,
               Selangor 


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
     

*Terima kasih gambar antik daripada Dikbee dan Cik Lily Putih 





Tahun Baru Cina Yang Penuh Berlimpah Mekar Di Hilton Petaling Jaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak lama dah kita nak sambut Tahun Baru Cina sangat cepat masa berlalu. Kali ni kita makan hidangan tahun baru ni di Hilton Petaling Jaya dengan bertemakan 'Year of Blooming Abundance'. Maha hari tu sempat menikmati hidangan makan tahun baru yang lain daripada lain dan sangat mengguiurkan.


Kali ini hidangan ini disediakan di restoran Cina Toh Yuen tingkat 1 hotel tersebut, yang menghidangkan hidangan ‘signature’ seperti udang harimau goreng, makanan laut yang direbus, ikan berwarna oren yang dikukus jus dan hidangan Yee Sang yang akan dilambung untuk menyambut tahun baru penuh dengan kemakmuran, kesihatan yang baik, kekayaan yang baik dan banyak lagi. 




Toh Yuen Set Menu ini akan bermula daripada tarikh 8 Januari hingga 28 Februari 2019 dari pukul 12.00pm hingga 2:30pm untuk makan tengah hari dan 7:00pm hingga 10:30pm untuk makan malam. 


Pilih daripada menu set 9 kursus dari Kebahagiaan Kekal berharga RM 1,988 nett setiap meja 10 orang, Luck dan Joyfulness berharga RM 2,288 nett setiap meja 10 orang dan Abundance dan Prosperity berharga RM2,888 nett setiap meja 10 orang. 


Salmon Sashimi Yee Sang berharga RM 148 nett (Biasa untuk 2 hingga 5 orang); RM 268 nett (Besar untuk 6 hingga 10 orang). 

Salmon Deep Salmon Skin dan Salmon Sashimi Yee Sang berharga RM 168 nett (Biasa untuk 2 hingga 5 orang); RM 288 nett (Besar untuk 6 hingga 10 orang). 

Salmon Sashimi, Soft Shell Crab dan Top Shell Abalone Yee Sang berharga RM 188 nett (Biasa untuk 2 hingga 5 orang); RM 308 nett (Besar untuk 6 hingga 10 orang).

Nine-Course set 
RM 2,288 nett (per table of 10 people) 

Prosperity “Yee Sang” with Crispy Salmon skin and Salmon Fish 

Braised Cordyceps flower with Scallop Diced, Garoupa Fish Fillet, Prawn Meat Diced and Asparagus Soup 

Braised Shell abalone Diced, Blazil Mushroom, Dried Sangkan Oysters Balls, Sea Moss and Seasoning Vegetables 

Steamed New Zealand Orange Roughy Fish with Yellow Bean Sauce 

Braised Oriental Style Duck served with Steam Flower Bun

Wok Fried Tiger Prawn with Thai Style Mayonnaise Sauce And Corn Flake 

Braised Seafood and Grain Rice with “Hock Chew” style

Fresh Coconut Jelly with Crispy Fried “Nian Gao” 

Chilled Peach Resin with Red Date and White Fungus 

Nak buat tempahan boleh hubungi +603 7955 9122 atau e-mel PETHI_FB@hilton.com

Alamat : HILTON PETALING JAYA 
               No 2, Jalan Barat, 
               Petaling Jaya, 
               46200, Selangor 






Beauty of Togetherness Di Dolly Dim Sum Sempena Tahun Baru Cina

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekaian. Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi sama-sama kita meraikan "Beauty of Togetherness". Dalam kehidupan moden dengan jadual yang sibuk, tiada apa yang membawa kita lebih banyak kegembiraan daripada masa bersama kawan-kawan dan keluarga untuk makanan yang lazat.


Kali ni apa kata kalau korang sambut Tahun Baru Cina dengan makan sedap di semua cawangan Dolly Dimsum berhampiran anda. Tahun ini dengan lampu merah (merah melambangkan nasib dan kemakmuran), dan untuk merayakan perayaan yang paling lazat Dolly Dimsum membawakan HAPPINESS SET.



Bermula dari 22 Jan hingga 19 Feb, menu perayaan khas ini korang boleh dapati di semua cawangan kedai Dolly Dim Sum. Set menu makan malam juga akan disediakan supaya anda dapat memastikan tetamu atau kawan anda tidak perlu risau tentang apa yang hendak dipesan! Happiness set ini bermula dari RM60++ per pax dan untuk 6 orang satu kumpulan dinning. 





Kalau tahun baru cina tak ada Yee Sang tak sah dan dalam set ini akan ada sekali Luna Yu Sang dimana tahun ini kebanyakan Yee Sang akan ada sekali dengan kulit Ikan Rengup dan juga homemade plum sauce. Menurut kepercayaan orang cina makin tinggi kita menggaul Yee Sang ni makin cepat hasrat baik tertunai. 





Kemudian dalam set ini juga korang akan dapat beberapa menu menarik seperti Har Gao Dumpling, Spicy Szechuan Dumpling, Sweet and Sour Beancurd Skin Roll, Yam Croquette, Golden Chicken Nugget, Prawn Cheong Fun, Stir-Fried Australian Asparagus dan Salted Fish Fried Rice. Juga ada beberapa dessert yang enak seperti Lucky Carrots dan juga minuman special untuk tahun baru ini iaitu Lunar Blossom.



Sebagai tanda penghargaan kepada anda pelanggan setia Dolly Dimsum, bermula dari 4 hingga 7 Feb 2019, setiap perbelanjaan dalam satu resit RM200 anda layak untuk menerima sebotol Homemade Dolly Pineapple Tarts.  Stok sangat terhad setiap hari jadi jangan ketinggalan untuk mencubanya. Maha dah pergi makan kat cawangan terbaru mereka iaitu di Sunway Pyramid dan sangat cantik restoran tu.






Tempahan atau pertanyaan umum, sila hubungi nombor cawangan masing-masing yang disenaraikan di bawah atau e-mel dolly@dollydimsum.com untuk pertanyaan pertanyaan.

Cawangan Restoran Dolly Dimsum :-
Avenue-K 03-2181-3830
IOI City Mall 012-2642-018 
NU Sentral 03-2273-1450 
Pavilion Elite 03-2110-5019 
Sunway Putra 011-1040-5617 
Sunway Pyramid 012-201-8161








Makanan Jim Jum Muslim-Friendly Pertama Di Malaysia Kalau Korang Nak Cuba Di Baan 109

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang mesti tahu Jim Jum iaitu makanan Tradisional Thailand siapa yang selalu ke sana mesti nampak makanan popular ini. Tapi sekarang ni susah nak cari makanan ini yang boleh dinikmati oleh semua orang terutama orang muslim ni.


Jim Jum Hotpot adalah gaya dip dan dunk yang datang dengan pilihan set. Ia juga mengandungi sayur campuran yang juga boleh dimasukkan kedalam sup yang tersedia. Kat Malaysia ni ia lebih dikenali macam Steamboat selalu masukkan bahan makanan dan rebus dalam sup. Cuma kat sini bukan sup Tomyam ia sup sangat berbeza.




Kali ni Maha nak bawa korang semua ke satu restoran yang menyajikan Jim Jum Muslim-Friendly pertama di Malaysia ni. Restoran ni terletak di 3 Damansara atau sebelum ni kita kenali sebagai Tropicana City Mall. Korang boleh naik kat Level 1 akan nampak Restoran Baan 109. Maha makan kat sini lah Jim Jum yang bukan sahaja sedap tapi juga tanpa menggunakan MSG.




Special Jim Jum ni mereka akan masak sup dalam periuk tanah liat pada api perlahan. Kemudian bila dah panas kita masukkan semua bahan dalam set ini. Kat restoran ni mereka sediakan Jim Jum dalam dua set iaitu Chicken Set atau Chicken + Seafood Set. Hari tu yang Maha cuba adalah chicken dan seafood set dan juga ada sayur-sayuran segar. Rasanya sangat sedap kerana kepanasan dan juga sup yang tiada menggunakan bahan merbahaya.

Nang Kai Tod (RM9.90)

Kai Ded Deow (RM9.90)

Nam Kai (RM9.90)

Selain itu juga, kat restoran ni korang kena cuba kudapan ringan mereka seperti Nang Kai Tod iaitu Deep Fried Chicken Skin, juga ada Kai Ded Deow iaitu Deep Fried Chicken Meat dan last Nam Kai iaitu Deep Fried Chicken. Yang ini semua menu tambahan jer untuk korang makan sambil sembang-sembang ngan kawan-kawan sambil tu kunyah memang sedap. Tak kenyang kot bagi Maha kalau makan ni sahaja.

Mama Nam Chicken (RM12.90)

Mama Big Praw (RM10.90)  

Mama Seafood (RM9.90)

 Mama Scallop (RM10.90)

Mama BBQ Chicken (RM12.90)

Kalau nak kenyang korang kena order sekali MAMA Special. Ini adalah set mee special yang dihidangkan dengan beberapa pilihan seperti Mama Big Praw, Mama Seafood, Mama Scallop, Mama BBQ Chicken dan Mama Nam Chicken. Satu mangkuk ni cukup lah makan untuk seorang dan memang mengenyangkan. Paling best mee ini tiada menggunakan juga MSG dan kalau korang order sempena promo akan dapat satu botol Lemongrass Drink.

Goong Cher Nam Pla (RM16.90)

Yam Voonsen (RM12.90)

Ini sepatutnya starter tapi tak apa korang boleh order juga Goong Cher Nam Pla iaitu udang segar mentah yang di sediakan bersama dengan Thai Sauce. Korang kena makan begitu sahaja tau memang rasa lain sangat. Satu lagi ni Yam Voonsen iaitu Thai Glass Noodle Salad dalam nya ada sayur segar bersama dengan sos special. Kalau kita kat Malaysia ni lebih kurang rasa Kerabu sangat rangup.






Restoran ini bagi Maha sangat selesa kalau nak makan time waktu lunch sangat sesuai kerana restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam. Biasalah restoran dalam mall ni memang kawasan larangan merokok ok hehehe. Tapi parking banyak kat sini tau tak perlu risau. Cuma lunch time kena datang awal sebab takut tak cukup tempat kerana kawasan agak terhad. Apa pun Maha dah cuba kat sini sangat menyelerakan dan puas makan sebab semua rasa korang boleh rasa. Mungkin korang boleh mencuba juga satu hari makan kat sini nanti ok. Selamat menjamu selera semua.

Info lanjuta promosi dan pertanyaan boleh layari :-
Facebook  : https://www.facebook.com/baan109malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/baan109malaysia

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5







Pecinta Buah-buahan Masa Untuk Nikmati Premium Australian SUMMERFRUITS

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini suka makan buah-buahan tak kisah lah buah tempatan atau buah import. Maha memang sangat suka makan buah kalau kasi satu bakul pun boleh habis makan seorang. Tambahan pula buah dari luar negara yang susah nak dapat kat negara kita seperti Apricot, Plum, Peach dan Nectarines



Sekarang tengah berlangsung kempen Sweet Fruits "Sweeter When Shared" yang membawa hasil buah bermusim segar dari Australia terus ke Malaysia. Bersesuaian juga dengan tahun baru yang baru sahaja kita sambut dan juga akan tiba tak lama lagi perayaan Tahun Baru Cina kita boleh meriahkan dengan buah-buahan segar ini. 



Baru-baru ini Maha pergi ke majlis pelancaran kempen ini yang telah berlangsung di Village Grocer MyTown Cheras. Pada majlis tu mereka mengajar bagaimana untuk menjadikan buah-buahan yang penuh dengan khasiat ini bukan sahaja dimakan begitu sahaja tapi juga boleh dijadikan hamper hadiah serta hiasan makanan yang lazat-lazat.




Bersama dengan selebriti terkenal Belinda Chee yang mempamerkan skill menyediakan resipi unik yang menggabungkan buah musim panas dari Australia termasuk Gift Box of Summer Fruits, Summer Fruits Delight dan Pavlova with Summer Fruits yang sempurna untuk perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang. 



Australia menghasilkan beberapa buah-buahan terbaik di dunia hasil daripada microclimate unik yang memperlihatkan rasa manis buah semulajadi. Petani di sana juga mempunyai kepakaran, dan memohon biosekuriti yang ketat dan langkah-langkah keselamatan makanan untuk menjamin buah yang paling berkualiti dan paling selamat dikeluarkan.

Faedah kesihatan Buah Dari Australia


Maha bukanlah pandai sangat pasal khasiat buah ini tapi ada baca bahawa kalau kita amalkan makan buah ini secara kerap ia akan memberi kesan kebaikan dari dalam dan luar. Di antara kebaikan yang terdapat pada buah dari Australia ini seperti buah Peach yang mampu menyediakan ciri anti-radang, antimikrob dan antioksidan yang sangat baik yang membantu mengurangkan perkembangan keadaan  keradangan sendi.



Manakala buah Nectarines menyediakan sumber kalium yang baik yang mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung. Buah Plum pula adalah buah indeks glisemik yang rendah, yang membantu mengawal gula dalam darah dan juga mengandungi vitamin K yang merupakan nutrien utama untuk tulang dan gigi yang sihat.



Aprikot adalah buah kilojoule yang rendah dan kaya dengan vitamin A dan beta karoten yang bermanfaat bagi kesihatan mata. Bagi Maha walupun ia adalah buah bermusim tapi kalau kita dapat amalkan makan sekarang ini mesti ia akan memberi kesan yang berpanjangan betul tak. 



Cuma sekarang ini korang tak perlu nak terbang ke Australia untuk dapatkan semua buah-buahan ini kerana ia dah ada jual kat Malaysia. Korang boleh dapatkan semua buah ini sekarang kerana tengah musim dan banyak dijual di pasaraya Village Grocer. Harga juga sangat berpatutan dan mampu untuk beli Maha yang kaki buah ni pun memang dah beli stock untuk sebulan hehehe. 





  

   

Program Menyantuni Golongan Memerlukan Sempena Tahun Baru Cina Dari IOI City Mall

$
0
0
Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Musim perayaan nak menghampiri ini golongan yang susah sangat beruntung kerana apa ada sahaja pihak yang sudi membantu mereka dan juga memberi keceriaan dalam kehidupan mereka. Begitu juga yang dilakukan oleh IOI City Mall dengan meneruskan tradisi menyebarkan kegembiraan, kebahagiaan dan senyuman kepada tetamu istimewa mereka baru-baru ini.



IOI City Mall bersama-sama dengan IOI Properties, Marriott Hotel Putrajaya, Palm Gardens Hotel dan Palm Garden Golf Club memberikan kembali kepada 100 orang warga emas, tetamu istimewa dan penjaga mereka dari Rumah Victory Puchong, House of Joy Puchong, Sisters Of Poor Cheras dan Persatuan Rumah Amal Murni Kajang meraikan mereka untuk majlis makan malam perjumpaan mewah.




Maha juga sempat bersama dengan mereka pada hari pernuh kegembiraan dan kebahagiaan itu. Makan malam bertema 'di bawah bintang' telah diadakan di West Garden Piazza mall. Sambutan tahun baru tak sah kalau tak ada Salmon Yee Sang kegemaran ramai yang disediakan khas oleh Marriott Hotel Putrajaya. Acara malam tu semua tetamu dapat menggaulkan Yee Sang yang sangat panjang disediakan termasuk lah Maha sekali memang seronok.




Selain daripada dijamukan dengan makanan yang sedap-sedap pada malam tu semua orang dihiburkan oleh Kumpulan Tarian Singa Kwong Ngai yang mempamerkan persembahan tarian singa akrobatik mereka yang menampilkan 8 singa berwarna-warni semasa majlis besar! Persembahan lain termasuk tarian Diabolo LED yang sangat menarik. Maha tak pernah tengok persembahan ini terpegun dengan kemahiran mereka. Tetamu lain juga semua gembira dan terhibur seronok sangat satu hari tu.




Sebelum itu, pada waktu siang, tetamu istimewa ini diraikan dengan membeli-belah keperluan khas untuk sambut Tahun Baru. Semua ini dengan murah hati telah ditaja oleh Good2U yang terdapat dalam IOI City Mall ni. Goodie Beg dan Ang Pows juga diserahkan kepada tetamu istimewa dan keperluan khas lain yang diperlukan. Semua ini telah ditaja oleh Giordano, Cotton On, Suitable, Caring Pharmacy, HomePro, Tesco dan sudah tentu IOI City Mall sendiri.




Seronok tengok golongan ini dapat diraikan setahun sekali macam ni dan harap program yang mulia ini dapat diteruskan setiap masa agar kita tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Dalam kita bergembira mereka juga haru kita raikan. Korang juga boleh sertai program amal macam ni jangan nak buat untung sahajakan. Tahniah IOI City Mall dan semua yang terlibat dalam program mulia ini.  








Perkahwinan Dengan Konsep Dikelilingi Kehijauan Alam Semulajadi Dan Sungai Di Orchard Villa Gombak

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu orang nak buat majlis perkahwinan dengan konsep dalam taman atau kehijauan alam semulajadi tapi kalau kat KL ni mana nak cari tempat macam tu. Kalau ada pun mungkin dewan yang dihiasi dengan pelbagai tumbuhan dan bunga-bungaan tapi macam mana nak buat air sungai yang real. Terfikir juga kalau ada tempat macam ni mesti best. 



Sebenarnya ada je tak jauh pun hanya dekat Gombak sahaja, bakal pengantin dan juga keluarga boleh buat perkahwinan impian mereka menjadi realiti. Ini kerana kat Orchard Villa yang terletak di Jalan Gombak Lama anda boleh buat majlis dengan dikelilingi oleh tumbuhan semulajadi dan juga deruan air sungai yang sangat tenang. 




Dulu penyanyi terkenal tanah air Hazama dan isteri Genervie pernah melangsungkan perkahwinan beliau di sini tahun 2017. Maha pernah datang juga masa majlis tu berlangsung memang seronok dan meriah. Kali ini tahun 2019 Maha datang lagi jemputan ke majlis resepsi perkahwinan pasangan Syed Naquib dan Balqiss yang diadakan kat sini.





Masih tetap sama tempat masih hijau dan juga penuh dengan tumbuhan yang memberi ketenangan serta boleh dengar kicauan unggas yang memecah kesunyian. Orchard Villa ini boleh dijadikan lokasi untuk bukan sahaja majlis perkahwinan tapi juga pelbagai program lain seperti bertunang, akad nikah, akikah, reunion, majlis koporat, pelancaran produk, gathering, pelbagai jenis kenduri dan macam-macam lagi.   




Kat sini kalau disusun dengan kemas dan teratur mampu untuk memuatkan seramai lebih kurang 400 orang tetamu dalam satu-satu masa. Kat sini walaupun rasa mcam jauh untuk korang masuk kedalam tapi segala kemudahan lengkap ada disediakan seperti surau yang luas, bilik persalinan dan juga tandas yang selesa untuk semua tetamu yang hadir.




Kalau majlis yang ramai parking tak perlu nak bimbang kerana ada satu kawasan yang luas untuk parking dikawal oleh pegawai RELA. Dekorasi kat sini boleh ikut kehendak pasangan kalau nak lebih meriah dan lebih bajet pun boleh dilaksanakan demi merialisasikan segala agar majlis berjalan lancar. Macam yang pengantin Maha datang hari tu mereka siap ada persembahan nyanyian dan juga kumpulan kompang dan silat memang sangat meriah.

Pakej Lengkap Dikendali Felda D'Saji


Orchard Villa dikelolakan oleh Felda D'Saji yang merupakan organisasi pengurusan katering yang telah bertapak di Malaysia selama lebih 25 tahun. Paling penting mereka mendapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM untuk semua makanan yang disediakan. Hari tu D'Saji menyediakan pelbagai makanan enak dan memang sangat memenuhi seleras kita orang Malaysia.







Pakej perkahwinan kat sini disediakan daripada merancang konsep perkahwinan ke menu makanan, gaun pengantin yang elegan, imej yang menakjubkan, bunga dan hiasan yang indah. Mereka juga ada ramai pramusaji yang lengkap dan terlatih untuk menjadikan majlis berjalan tanpa ada masalah. Makanan mesti cukup untuk semua tetamu kerana itu sangat penting dalam satu majlis.






Rasa masih belum ada masa untuk membuat pilihan dan lokasi majlis yang penuh bermakna dalam hidup boleh sahaja pilih di sini. Maha suka datang sini sebab menarik dan menenangkan.. Korang boleh hubungi pegawai mereka terus untuk mengatahui harga dan juga pakej yang disediakan. Nak datang sini kalau dari Plaza Tol Gombak tu hanya dalam 14 minit sahaja dan kalau korang dari MRR2 hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tahniah Maha ucapkan kepada pasangan pengantin moga terus kekal hingga anak cucu. Selamat Pengantin Baru.

Pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :-
Tel : 03-26988302
        019-2974800 (Zaidi) 
        012-9214691 (Hidayu)





Hong Kong Trade Fair Bakal Memenuhi Kalendar April Dan Mei Anda Tahun Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hong Kong dan Malaysia telah menjalin hubungan perdagangan dua hala yang teguh dengan pelbagai produk dan perkhidmatan. Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) adalah badan yang mengumpul maklumat pasaran terkini dan membentuk perkongsian untuk mengembangkan perniagaan antara dua negara. 


HKTDC telah menganjurkan lebih daripada 30 pameran di Hong Kong setiap tahun dengan 11 daripadanya menjadi penyumbang pasaran terbesar di Asia. Di antara produk yang terlibat adalah barangan elektronik, barang kemas, hadiah, jam tangan, kelengkapan rumah, teknologi/ICT  dan lighting. Ia menawarkan platform yang ideal untuk pedagang dan pembekal dari Malaysia untuk memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran baru. 


Baru-baru ini telah di adakan majlis makan tengah hari dan memperkenalkan acara kelender tahunan Hong Kong Trade Fair bertempat di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Cik Hoh Jee Eng, Pengarah HKTDC Malaysia mengumumkan bahawa 8 pameran perdagangan utama akan diadakan tahun ini di Hong Kong pada bulan April dan Mei tahun ini. 

Pameran yang dimaksudkan adalah:
• Hong Kong International Lighting Fair (Spring Edition) - 6 hingga 9 April 2019 
  - hklightingfairse.hktdc.com
• Hong Kong Electronics Fair (Spring Edition) - 13 hingga 16 April 2019
  - hkelectronicsfairse.hktdc.com
• International ICT Expo - 13 hingga 16 April 2019
  - ictexpo.hktdc.com
• Hong Kong Houseware Fair - 20 hingga 23 April
  - hkhousewarefair.hktdc.com
• Hong Kong International Home Textiles and Furnishings Fair - 20 hingga 23 April
  - hkhometextilefair.hktdc.com
• Hong Kong Gifts & Premium Fair - 27 hingga 30 April 2019
  - hkgiftspremiumfair.hktdc.com
• Hong Kong International Printing & Packaging Fair - 27 hingga 30 April 2019
  - hkprintpackfair.com
• Hong Kong International Medical Devices and Supplies Fair - 14 hingga 16 Mei 2019
  - hkmedicalfair.hktdc.com


"Sebanyak 30 pameran HKTDC yang menarik dengan lebih daripada 39,000 peserta pameran dan lebih 750,000 pelawat dari seluruh dunia telah hadir sepenjang expo pada tahun 2017/2018," kata Cik Hoh Jee Eng. Beliau berharap tahun ini lebih banyak syarikat Malaysia terlibat untuk meneroka peluang perniagaan dan meneroka pasaran global melalui pameran HKTDC. Beliau juga sangat menggalakkan semua pembeli, pengedar dan peruncit dari Malaysia untuk datang Hong Kong untuk mendapatkan terus sumber dari sana.


Malaysia adalah rakan dagangan Hong Kong yang ke-8 terbesar. Hingga November 2018, jumlah nilai perdagangan antara kedua-dua ekonomi mencapai USD26.4 bilion. Malaysia adalah pasaran eksport ke-17 utama Hong Kong dengan jumlah nilai eksport sebanyak USD 4.1 bilion dan sumber import ke-7 terbesar dengan nilai import sebanyak USD 22.2 bilion. Mana tahu Maha juga boleh ke sana untuk tengok apa teknologi menarik mereka dan dibawa ke Malaysia. 






Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian.  Me Famiglia korang pernah dengar tak nama restoran ini. Ini adalah restoran masakan Itali yang terletak kat Kepong. Maha pun tak tahu sangat pasal restoran ini sehinggalah datang sendiri makan kat sini dan menikmati semua hidangan special mereka. Restoran ini tak silap Maha dah beroperasi lebih dari 10 tahun dahulunya dikenali nama lain dan telah bertukar tiga kali nama restoran ini.


Restoran ni susah juga nak cari kat area kawasan yang agak tersorok sikit dan juga parking agak terhad kerana kawasan ini padat. Tapi bila korang dah masuk dalam restoran ini akan rasa selesa dan lega untuk nikmati makanan yang disajikan. Dekorasi dalam restoran juga simple menampilkan gaya restoran Itali lama dengan dikelilingi hiasan frame gambar yang klasik.




Biasa kalau makan kat restoran Itali ni ada caranya kena mula dengan Starters iaitu popular dengan supnya. Kat sini selalu mereka akan berikan Soup of the Day yang ni korang kena tanya kepada pelayan mereka soup apa yang disediakan. Masa Maha datang hari tu mereka ada berikan Soup Kentang. Tapi korang boleh juga order soup popular lain seperti Soup Al-Fungho iaitu sup Cendawan Butang dan Cendawan Tiram

Soup of the Day - Soup Kentang (RM5.50)

Soup Al-Fungho (RM5.50)

Sambil hirup sup itu kena makan sekali dengan Bruschetta, ada tiga pilihan topping di atasnya yang Maha ambil hari tu namanya Pomodoro. Ia adalah potongan roti dipenuhkan di atasnya dengan potongan dadu tomato segar, buah zaitun hitam, bawang putih dan titisan minyak zaitun. Roti tu dibakar dengan mentega diatasnya bila makan dapat rasa rangup diselangi dengan kesegaran sayur tadi. 

Bruschetta - Pomodoro (RM7.90)


Tu baru starter dah rasa kenyangkan tapi korang kena order juga menu kegemaran ramai pelanggan mereka di sini iaitu Linguine D'Mare. Ini adalah masakan pasta bersama dengan campuran makanan laut segar seperti oyster, udang dan juga sotong. Kemudian dilimpahi dengan sos bawang putih yang istimewa. Korang kena makan ini waktu ia masih panas kerana dapat rasa lembut pasta dan kuah yang pekat. Maha boleh habis makan seorang satu pinggan ini memang sangat mengujakan. 

Linguine D'Mare (RM26.90)


Lain tu juga, korang kena cuba menu datang dengan saiz sangat besar bagi Maha iaitu Baked Lamb Shank. Maha sempat bertanya kepada pekerja situ yang Lamb Shank ini dimasak selama lebih kurang 8 jam sebelum ia boleh dihidangkan. Sebab itu bila korang koyak daging tu sangat lembut dan hancur dalam mulut. Kemudian dilimpahi dengan homemade vegetable sauce yang sangat banyak. Juga terdapat sekali Penne Pasta dan juga Salad disamping makanan ini. Lengkap lah satu set makan sangat puas hati. 
  
Baked Lamb Shank (RM32.90)


Kalau datang restoran Itali tak makan piza tidak sah kerana itu adalah masakan utama mereka. Kali ini Maha pilih Varieta Pizza iaitu piza dengan empat rasa yang berbeza dalam satu piza. Topping dipenuhi dengan turkey hams, chicken salami, beef bacon, beef pepperoni dan taburan cair Mozzarella cheese di atasnya. Best kena makan masa piza masih berasap dikeluarkan dari ketuhar. Kenyang gilerr lah makan piza ini.

Varieta Pizza (RM30.50)


Akhir sekali kat sini korang wajib kena cuba mereka punya pencuci mulut yang sangat menjadi kegemaran ramai orang. Korang kena cuba Tiramisu special mereka ini. Ini kerena ia adalah resipi istimewa yang tiada kat tempat lain dan campuran bahan lain. Memang original rasa tiramisu. Kata mereka tiramisu ini memang selalu sold out setiap hari dan mendapat tempahan ramai. Jadi wajib kena cuba ok.

Tiramisu (RM9.90)


So bagi Maha semua makanan kat sini memenuhi selera kita rakyat Malaysia walaupun bukan lidah Itali. Harga juga sangat berpatutan dengan kuantiti mereka. Sekarang ini pula mereka tengah mengadakan promosi untuk set makan tengah hari hanya RM10.90 sahaja. Dengan harga tu korang boleh dapat satu soup of the day, makanan utama dan juga minuman. Bagi Maha ia sangat berbaloi dan menguntungkan kalau makan tengah hari kat sini jimat. 



Restoran Me Famiglia ini buka setiap hari kecuali hari Selasa ia tutup. Ada dua sesi restoran ini dibuka iaitu dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang untuk makan tengah hari dan juga dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Korang kena datang waktu ini sahaja tau baru mereka serve makanan kat korang hehehe. Nanti kalau korang dah makan kat sini tinggal komen tentang menu mereka ok. Nak juga dengar pendapat korang sendiri betul sedap atau lidah Maha jer yang rasa lain hehehe. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua ok. 

Korang boleh buat tempahan dan melihat pomosi di sini : 
Alamat : Me Famiglia Restaurant 
               C-G-16, Jalan Metro Perdana 3, 
               Kepong Kuala Lumpur
Tel : 03-6258 8442

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5




       

Ayam Goreng Salut Cheese Istimewa Di OJJU K-Food NU Sentral

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrr kembali lagi dengan hidangan makanan Korea yang memang ramai orang Malaysia mesti suka. Kalau sebut jer K-Pop semua dah menjerit teruja tapi kat sini mereka menyajikan K-Food makanan dari Korea. Selalu restoran Korea ni mesti popular dengan ayam goreng pedas mereka. Tapi kat sini ia lain sikit ayam goreng yang disalut dengan cheese leleh. 


Kalau korang nak cuba makanan sini boleh lah ke Ojju K-Food yang terletak di aras empat NU Sentral. Ini adalah cawangan pertama mereka di Malaysia dan baru sahaja buka tak silap Maha Oktober tahun lepas. Kata staff kat sini Ojju tu adalah nama dalam satu daerah di Seoul Korea dan ia diilhamkan daripada sana.



Maha dah pergi makan kat sini dan pasti korang yang suka kepada makanan Korea kena try semua kat sini. Paling menjadi tumpuan ramai orang untuk datang makan dan cuba adalah Chicken Rolling Cheese. Ayam goreng yang dimasak garing kemudian disalut dengan sos yang korang boleh pilih iaitu nak BBQ Spicy, Honey Spicy dan Butter Orange. Mereka yang suka paling pedas boleh pilih BBQ Spicy memang menganga korang makan.

Chicken Rolling Cheese (Chicken Wing RM43.90 / Chicken Drumsticks RM49.90)


Ayam goreng ni juga ada dua jenis kalau korang nak yang bahagian Chicken Wings atau Chicken Drumstick. Cara nak salut ayam goreng tu dengan cheese mereka akan ajar kepada korang yang tak tahu macam mana nak buat. Kena pastikan korang makan waktu cheese tengah panas baru sedap kalau dah sejuk ia akan keras. Kalau korang order set ini korang boleh add on Cheesy Korean Fried Rice untuk makan bersama ayam goreng ini. 



Tu yang ayam goreng lah tapi kat restoran Korea ni tak sah kalau tak ada makanan sihat. Ini adalah salah satunya iaitu Budae Jjigae. Ni macam lebih kurang steamboat kat Malaysia lah dimana korang boleh pilih nak set daging, ayam atau seafood. Yang Maha makan hati tu adalah set seafood sebab tu ada ketam besar tu. Kemudian korang boleh pilih nak add on Ramyeon atau Telur dalam sup tu. Sini ada satu sup sahaja tapi sayur tu ada lima jenis yang dimasukkan sekali iaitu cendawan, Tofu, Ricecakes dan banyak lagi.

Budae Jjigae - Seafood (RM56.90)


Set ini adalah besar ok boleh makan untuk empat orang tapi kalau nak yang set single atau couple ada juga korang leh order Set Ramyeon. Ni pun akan dimasak dan dipanaskan depan korang kemudian bila semua bahan dalam tu dah lembut dan cukup masak boleh makan panas-panas sangat best. 



Hari tu juga Maha ada order site menu lain iaitu Gyeran Jjim iaitu telur kukus yang lembut dan gebu kena makan panas-panas juga tau. Masa telur ni sampai berasap lagi baru keluar dari pengukus kot hehehe. In untuk tambahan jer tak kalau makan ni sahaja tak kenyang sangat. 

Gyeran Jjim (RM7.90)

Jangan sekali-kali makan di sini tanpa korang mencuba Bingsoo mereka. Kat sini mempunyai pelbagai pilihan Bingsoo yang menarik dan hari tu Maha telah mencuba satu daripadanya iaitu Tutti-Fruitti Generation. Dalam tu ada buah segar atasnya iaitu Manga, Kiwi dan Strawberry. Ni adalah makanan sejuk mereka yang menyegarkan dan memberi rangsangan kepada deria rasa korang. Wajib kena cuba ok.

Bingsoo - Tutti-Fruitti Generation (RM19.90)


Minuman kat sini ada yang special iaitu korang mesti nak try Corn Tea. Yang disediakan dalam jug besi unik ini minuman tea tanpa gula tapi dapat bau jagung bakar didalamnya. Betul korang kena try hidu sebelum rasa kerana tiada rasa apa sangat hanya seperti minum Chinese Tea. Tiada gula dan membersihkan perut lepas makan pedas kot. Selain tu juga ada Ojju Lemonade Series yang ada lima jenis minuman. Maha cuba adalah Manggo Lemonade dan juga Basil Lemonade

Corn Tea (RM11.90)

Basil Lemonade (RM8.90) dan Manggo Lemonade (RM11.90) 

Macam biasa restoran Ojju K-Food ni buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam waktu mall ni buka. So kepada pecinta pelakon Korea kena datang sini ok memang menarik dan juga pelbagai pilihan makanan yang ada. Harga pun boleh tahan tak adalah mahal mana pun berpadanan tapi kalau sapa suka Kimchi sini pun ada memang tempat yang tepat untuk anda. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 

Promosi dan juga pertanyaan lain boleh layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Tony Roma's Memberikan Pilihan Fortune Feast Sempena Chinese New Year

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih tak tahu kat mana nak buat makan besar sempena dengan Tahun Baru Cina kali ini. Apa kata raikan tradisi menggaul Yee Sang special di semua restoran Tony Roma's seluruh Malaysia. Mengikut tradisi kepercayaan masyarakat Teong Hua, menggaul Yee Sang ini mengalu-alukan nasib baik, kemakmuran, kesihatan dan semua perkara yang bertuah dan semakin tinggi korang menggaulnya, semakin banyak nasib baik!


Perayaan tahun ni di Tony Roma's menawarkan korang dan orang tersayang untuk menggaul Yee Sang di restoran dengan Ong Lai Salad sendiri yang merupakan sebahagian daripada menu 'Fortune Feast'. Korang boleh pilih antara dua set iaitu Prosperity Salad with Grilled Salmon atau Wealthy Salad with Baby Octopus. Setiap salad datang dengan campuran salad segar dan kena gaulkan dengan sos Sweet Onions Vinaigrette.

Prosperity Salad with Grilled Salmon (RM58.88)

 Wealthy Salad with Baby Octopus (RM48.88)

Maha memang tunggu tahun baru ini untuk menikmati Yee Sang kerana hanya ada pada musim perayaan sahaja tau. Kat sini paling Maha suka adalah mesti yang ada Octopus tu. Lain daripada tempat lain dah memang kalau korang yang tak minat makan sayur cuba sahaja Yee Sang sini akan suka punya rasa sangat lain. 

Reunion Meal (RM138.88)

Buddy Meal (RM98.88)

Selain itu, menu dalam promosi Fortune Feast juga menawarkan dua hidangan BBQ termasuk Reunion Meal yang terdiri daripada lembaran penuh Lamb-gulung yang dipanggang dengan api dengan separuh BBQ ayam dan semangkuk Kickin’ Shrimp. Satu lagi Buddy Meal yang terdiri daripada dua bahu kambing bakar yang dipanggang dengan separuh ayam BBQ. Kedua-dua set ini akan datang dengan empat hidangan sampingan yang melengkapi semuanya.


Kalau korang peminat burger, dalam set perayaan ini juga menawarkan tiga pilihan istimewa burger iaitu Beef Burst Burger, Steakhouse Burger dan Wild Mushroom Burger. Dalam setiap satu burger akan ada sekali dengan Potato Croquette dan Jalapeno Sauce. Untuk masa yang terhad sahaja, korang boleh tambah Potato Croquette pada mana-mana hidangan utama dengan tambah sikit duit.


 Steakhouse Burger, Beef Burst Burger dan Wild Mushroom Burger (RM38.88)

Ini masanya untuk bersama dengan keluarga dan insan tersayang pada musim perayaan dengan makanan enak-enak. Maha tahu ramai takut nak masuk Tony Roma's kerana anggap harga yang mahal kan. Tapi harga ini adalah bebaloi dengan apa yang korang dapat rasa dan juga hidangan yang mereka sajikan mengikut kehendak dan pilihan terbaik mereka. 


Apa yang korang tunggu lagi raya dah dekat ni? Masih belum terlambat kot Maha nak ucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya dan juga moga perayaan ini mengeratkan kita seluruh rakyat Malaysia. Selamat menjamu selera semua ok. 

Promosi dan tawaran lain layari : 







Pakej Perkahwinan Pilihan Selebriti Di Dewan Besar Tun Rahah Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha ada pergi majlis perkahwinan yang berkonsepkan dalam dusun dan alam semulajadi iaitu di Orchard Villa Gombak. Kali ni Maha dapat lagi satu jemputan untuk majlis resepsi perkahwinan mewah di sebuah dewan di Kuala Lumpur. 


Tapi perkahwinan kali ini bukan calang-calang tau ia adalah majlis resepsi adik kepada pelakon terkenal Syatilla Melvin iaitu Syida Melvin dengan pasangan Syafiq Azim anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid. Majlis yang berlangsung dengan meriah bertemakan Bollywood diadakan di Dewan Besar Tun Rahah terletak dalam Menara Yayasan Tun Razak Kuala Lumpur




Maha pertama kali dapat jemputan untuk perkahwinan mewah macam ni dengan konsep yang menarik dengan penuh warna-warni ni. Bila masuk dalam dewan ini sangat luas yang mampu untuk memuatkan seramai lebih 700 orang tetamu dalam satu masa. Korang boleh tengok susun atur dalam dewan ni boleh buat mengikut kehendak tetamu nak cara buffet atau dome. 




Kat dewan ini semua pakej yang diambil diuruskan oleh Felda D'Saji iaitu satu syarikat katering yang boleh dipercayai telah beroperasi lebih 25 tahun dan mendapat persijilan Halal dari JAKIM. Telah menguruskan pelbagai majlis bukan sahaja perkahwinan tetapi juga pertunangan, produk launching, reunion dan macam-macam lagi majlis korang nak buat. 

Apa yang Maha tahulah pakej daripada Felda D'Saji ni sangat lengkap merangkumi semua aspek seperti :- 

1) Katering Makanan
2) Hiasan Meja (termasuk Meja VIP dan Meja Khas)
3) Basic Pelamin
4) Busana Pengantin (Pakej Premium) 
5) Make Up (Pakej Premium) 
6) Photography (Pakej Premium) 
7) Karpet Merah
8) Kek Perkahwinan (Tiga Tingkat)
9) Pramusaji terlatih  
10)  Gerbang Perkahwinan
11) PA Sistem dan Rostrum
12) LCD Projector dan White Screen

Banyak lagi yang ditawarkan dalam pakej yang disediakan, keluarga dan pasangan pengantin hanya cuci kaki jer kata orang. Semua tersedia dengan lengkap dan tiada rasa bimbang makanan tak cukup atau keperluan tak lengkap. Baru rasa tenang jer untuk keluarga dan pasangan pengantin nak meraikan hari paling bahagia mereka. 


Paling senang kalau dengan Felda D'Saji ni mereka sediakan sesi 'Food Testing'untuk keluarga pengantin mencuba hidangan yang mereka nak sajikan dihari bahagia nanti. Kemudian juga mereka ada sediakan sesi Raptai bagi memastikan segala perjalanan majlis lengkap dan sempurna sebelum hari yang sebenar. Ini semua ada dalam pakej yang diambil jadi sangat mudah dan menyenangkan keluarga dan pasangan pengantin.


Kalau korang tanya Dewan Tun Rahah ini memang tempat sangat exclusive dan sesuai untuk majlis yang besar dan mewah. Kemudahan seperti bilik persalinan, bilik air dan juga bilik untuk solat sangat selesa. Tak perlu nak keluar semua dalam satu level jer. Kalau parking kat bawah menara ni memang ada banyak disediakan untuk jumlah tetamu yang ramai. Kalau nak datang naik public transport pun boleh sini ada bas dan juga Grab kerana ia kawasan tengah bandar. 




Semua orang tahu kalau katering daripada Felda D'Saji memang sangat memuaskan dari segi rasa dan juga jumlah makanan yang ada. Hari tu semua tetamu yang hadir dihidangkan dengan makanan tradisional juga termasuk pencuci mulut, buah-buahan dan juga minuman yang pelbagai jenis. Keluarga boleh pilih tu semua menu yang nak ada banyak pilihan lebih daripada 20 lauk-pauk yang ada. 








Maha yang datang ke majlis tu sangat rasa puas hati dan seronok sebab makanan semua sedap-sedap dan boleh makan banyak mana kita nak. Lepas tu tempat selesa dan puas untuk adakan majlis tari-menari dan juga kenduri macam ni. Rasa nak sangat kahwin Maha nanti buat macam ni meriah dan juga penuh berwarna-warni. Korang tak nak ke, kalau nak majlis macam ni boleh tempah dengan Felda D'Saji.

Tempahan dan juga pertanyaan lanjut boleh hubungi :- 
Tel : 019-2974800 (Zaidi)   
        012-9214691 (Hidayu)
        019-2851692 (Ruddy)
        03-26988302 (Pejabat)





Hidangan Meraikan Kasih Sayang Dari Anggun Fusion Kompleks MITEC Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang masih ingat lagi dulu Maha pernah review satu hidangan yang sangat unik iaitu Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter. Itu adalah menu yang fusion pernah mereka perkenalkan tak silap Maha 5 tahun dahulu. Kini masih lagi membawa kepada menu yang fusion dan enovasi seperti ini tapi di tempat lain nama masih sama.


Itu lah dia Anggun Fusion yang kini berada di lokasi baru mereka iaitu terletak di South Entrance MITEC. Konsep lebih segar dan lebih menarik bagi Maha kerana dapat datang makan kat sini. Masa tu Maha ada event kat MITEC sebab lokasi ini selalu buat expo dan cafe ini terletak di aras 1 . Kalau korang masuk pintu utama MITEC dah boleh nampak cafe ini.





Sekarang ini pula mereka tengah buat promosi makanan untuk dua orang. Makanan ini adalah untuk pasangan suami isteri yang baru berumah tangga nak makan bersama. Juga untuk meraikan teman istimewa juga boleh apa salah. Sebab dalam set kali ini sangat menarik satu harga dapat makan dan minum untuk dua orang. 



Set promosi ini ada dua hidangan utama yang korang boleh pilih iaitu nak makan Parmigiana Chicken atau juga Beef Fried Rice. Kalau Parmigiana ini adalah daging ayam yang disalut dengan serbuk khas untuk memberi kesan rangup serta ada sos istimewa di atasnya juga dilapisi dengan cheese. Tengok sahaja seperti warna kemasan dan sangat menarik untuk dinikmati. Rasa makanan kat sini sangat lengkap dan juga mempenuhi citarasa tempatan kita orang Melayu dan selera antarabangsa. 

Parmigiana Chicken

Beef Fried Rice

Redcino

Citrus Mint Berry

Sepecial lain dalam set ini juga adalah mereka ada sediakan minuman yang unik iaitu Redcino atau juga boleh pilih yang sejuk iaitu Citrus Mint Berry. Kalau nak dua-dua minuman ini sekali pun boleh juga tak ada masalah. Ada juga sepasang hidangan pencuci mulut juga dalam set ini iaitu Sago Gula Melaka. Semua set untuk dua orang ini korang boleh dapat dengan harga RM49.00 sahaja tau sangat berbaloi. Kena cepat kerana sset promosi ini untuk masa terhad sahaja iaitu 13, 14 dan 15 Feb 2019 tau lepas tu dah habis.


Paling best kalau korang makan dengan set untuk dua orang ini bukan sahaja dapat makan tapi juga boleh dapat bawa pulang satu kotak tea box exclusive mereka iaitu antara Honey Lemon Milk Tea atau Milk Tea. Terus terang Milk Tea mereka tu Maha dah rasa dan memang sangat sedap cukup rasa teh susu dan manisnya. Satu kotak tu ada mengandungi 12 sachet jadi boleh minum untuk setiap pagi sangat sesuai.

Burger Rendang Peanut Butter Beef/Chicken

Asam Pedas Lamb Grill Spaghetti 

Walaupun korang tengok cafe ini terletak kat dalam METIC satu dewan pameran yang besar dan exclusive sebenarnya kat cafe ini mereka ada sediakan khidmat untuk buat pelbagai aktiviti. Kalau korang rasa nak buat acara perjumpaan, sambutan hari jadi, reunion atau macam-macam lagi di sini mereka boleh ubah menjadi seperti mana yang korang mahukan. Dari segi makan dan minum tak perlu risau memang disediakan sekali. Juga sejak dari dulu lagi mereka masih ada khidmat Exclusive Catering untuk majlis luar yang kurang daripada 200 orang



Juga sekarang ni Anggun Fusion dengan konsep Grab & Go Mini Cafe ada stall membuat kopi dengan barista kopi yang profesional. Korang boleh tengok sendiri hasil kopi yang dihasilkan kerana untuk menjadikan seni minuman kopi macam ni sangat memerlukan kemahiran yang tinggi. Maha ni bukan pecinta kopi tegar tapi korang boleh rasa kopi mereka adalah yang premium dengan rasa yang sejati. Jadi pecinta kopi tegar kat luar sana kena datang cuba special minuman kopi yang ada di sini.  



Kalau rasa korang tak dapat datang makan kat cafe ini jangan risau kerana mereka juga di sini ada menyediakan khidmat penghantaran makanan untuk sekitar pejabat di Hartamas, Mont Kiara, Jalan Duta dan juga Segambut. Kalau rasa nak meraikan insan istimewa ini di rumah atau di lokasi special tapi dapat makanan yang enak boleh order mereka akan hantarkan terus kepada anda melalui Grad Food juga. 

Anggun Chef Signature Gravies


Sekarang ni mereka telah melangkah ke satu tahap lagi apabila menghasilkan produk sos ready-to-eat. Ada banyak rupanya lebih kurang 9 jenis sos yang menarik untuk korang buat sebagai bahan masakan atau juga boleh dimakan terus.  Sembilan jenis sos tersebut adalah :-


  1. Asam Pedas
  2. Rendang Peanut Butter 
  3. Seafood Sauce
  4. Sour & Spicy
  5. Vegetarian Green Curry
  6. Beef Rendang
  7. Satay Sauce 
  8. Sambal Dip
  9. Chilli Crab

Semua sos ini boleh didapati sendiri dijual di Anggun Fusion cafe ini atau boleh beli secara dalam talian di halalfoodmaster.com terus hantar kat korang. Maha dah dapatkan sos yang special ini dan nanti Maha akan buat satu resipi khas menggunakan produk ni. Kalau korang nak tahu kena tunggu next post Maha ok. Jadi korang kena dapatkan juga semua produk keluaran mereka ini memang original dan ianya Halal.

Tempahan dan juga pertanyaan boleh layari :
Tel : 019-3120689 
        012-2824710

Alamat : Anggun Fusion 
               South Entrance MITEC, 
               No 8, Jalan Dutamas 2, 
               Kompleks Kerajaan Kuala Lumpur

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5






10 Pilihan Tempat Makanan Terbaik Di Ipoh Dengan Pembayaran Tanpa Tunai

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apabila bercakap mengenai hidangan tempatan popular dalam negara ini, Ipoh kini menjadi salah satu destinasi pilihan sama ada dalam kalangan pelancong tempatan mahupun asing. Daripada nasi ayam, hor fun dan taugeh yang terkenal, bandaraya Ipoh kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai kulinari tradisional, hidangan ikonik dan tempat makanan yang tersembunyi.


Nikmati pengalaman merasai hidangan di Ipoh dengan senarai 10 tempat-tempat makanan pilihan Halal terbaik  menggunakan pembayaran tanpa tunai yang mudah dan selamat menggunakan aplikasi e-dompet ‘homegrown’ Boost dengan pulangan tunai daripada “Shake Rewards” selepas membuat pembayaran untuk setiap hidangan.

1. Miker Padang Ipoh

Sebuah kafe hipster yang terletak di Padang Ipoh, Miker terkenal dengan hidangan Tom Yum dalam Kelapa dan piza-piza unik seperti Crazy Cheese, Crazy Meat dan Ultimate Kampung yang mempunyai cili padi dan ikan bilis. Pilihan masakan Barat seperti cop kambing (lamb chop) dan ayam keju dipanggang juga disukai ramai. 


Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 5.00 PTG hingga 12.00 TGH MLM. Ditutup pada hari Isnin

2. Labu Sayong Café

Kafe menawan ini menyajikan masakan asli dan tradisional Melayu Perak termasuk hidangan seperti Ikan Purba Kala Sayong dan Rusuk Kambing Tongkat Ali. Jika anda mencari tempat untuk memuaskan citarasa masakan Melayu tradisional,  Labu Sayong Café adalah tempat untuk dikunjungi.

Alamat: F2, Kompleks Silveritage Galleria, Medan Gopeng, 31350 Ipoh
Waktu Perniagaan: Hari bekerja: 10.00 PG – 10.00 MLM
                               Hujung Minggu dan hari sebelum Cuti Umum: 10.00 PG – 11.00 MLM

3. Restoran Warteg Ipoh

Terletak di dalam salah satu bangunan tertua di Ipoh, warung moden ini menawarkan kaki makan pelbagai pilihan hidangan yang diinspirasikan oleh rasa masakan Jawa. Hidangan yang wajib dicuba adalah Ketam Raja dan Lobster dimasak gaya Jawa ala shellout. Selain makan laut segar, cubalah nasi uduk dan kacang pol versi Warteg.


Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 4.00 PTG – 1.00 PG, ditutup pada hari Isnin

4. Restoran Nasi Vanggey

Nasi Vanggey menjadi ikon makanan di Ipoh sejak tahun 1955. Dihidangkan dengan nasi putih dan ayam goreng bersama-sama pilihan hidangan sampingan lain yang menggiurkan serta ditambah kuah signature – ini adalah kombinasi terbaik. Walaupun terdapat cawangan di KL, kami masih cadangkan anda mencubanya di Ipoh, tempat asalnya.

Alamat: 5-A Lebuh 1, Pusat Perniagaan Greentown
Waktu Perniagaan: Dibuka 24 jam, 7 hari seminggu 

5. Canning Dim Sum

Pilihan popular untuk sarapan pagi dan tengah hari, restoran dim sum Halal ini menyediakan dim sum yang amat lazat dan mempunyai 50 pilihan untuk dinikmati. Salah satu hidangan paling popular ialah Lau Sa Pau dengan 5 rasa enak – telur asin, bijan hitam, teratai, coklat dan keladi.

Alamat: No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh
Waktu perniagaan: 6.30 PG – 2.00 PTG. Ditutup pada hari Rabu

6. Char Kuey Teow Abang Sayang

Char kuetiau yang dihidang di Abang Sayang bukan sekadar char kuetiau biasa. Kuetiau di sini dimasak dengah kuah istimewa “Abang Sayang serta udang besar. Sekali rasa, anda tidak lagi akan makan char kuetiau biasa. Mereka turut menawarkan hidangan lain termasuk Nayi Ayam, Bihun Sup dan Sate.


Alamat: No. 25, Jalan Meru Bestari A14, Medan Meru Bestari
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, 4.00 PTG – 1.00 PG

7. Assam House

Memenangi hati penduduk tempatan lebih dari 26 tahun, Assam House adalah salah satu restoran Nyonya paling popular di Ipoh. Sajian istimewa mereka yang wajib dicuba ialah Kari Kepala Ikan dan Nyonya Lucky Platter.

Alamat: 2 & 2A, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh
Waktu perniagaan: 11.30 PG – 3.00 PTG / 6.00 PTG – 10.00 MLM

8. Rojak dan Cendol Padang Ipoh

Untuk mereka yang menggemari rojak dan cendol, ada yang mengatakan tempat ini adalah pilihan terbaik di bandaraya Ipoh. Kaki makan pasti akan memesan Cendol Durian dan Pulut yang popular, dinikmati bersama Rojak Pasembor, Mi Rebus dan Mi Goreng.

Alamat: No. 17, Jalan Tun Sambanthan 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: 10.00 PG – 8.00 MLM

9. Zul Yahya Steamboat

Penggemar stimbot wajib ke restoran ini bagi menikmati stimbot dan BBQ gaya bufet. Restoran Zul Yahya Steamboat merupakan syurga pemggemar makanan stimbot kerana mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan sama ada dibuat BBQ atau dimasak dalam sup istimewa mereka.

Alamat: No.1, 1b, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari pukul 10.00 PG – 12.00 TGH MLM

10. Restoran Fuziah

Restoran Fuziah Nasi Ayam atau lebih dikenali sebagai Nasi Ayam Pasar Bulat digemari penduduk setempat sejak tahun 1980-an. Hidangan popular ini berasaskan nasi beras wangi dimasak dengan minyak lemak ayam serta ayam panggang digoreng garing bersama campuran sos soya sedikit manis amat dinikmati oleh semua.

Alamat: No 78, Jalan Mustapha Al-Bakri, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: 11.30 PG – 10.30 MLM


Paling menariknya semua restoran ini menggunakan system pembayaran Boost. Lebih mudah untuk bayaran cashless tanpa tunai. Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store atau App Store hari ini dan nikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan ganjaran segera berbentuk pulangan tunai.






Menyaksikan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga Di Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Dah lama kot Maha tak pergi mengembara keluar negara sejak dua menjak ni. Sibuk dengan kerja dan juga aktiviti berblog. Tapi Alhamdulillah awal tahun ini dapat satu jemputan untuk berjalan ke negara jiran Indonesia. Memang seronok lah kerana nak pergi sendiri memang tidak pernah terfikir sebab kali ni Maha akan pergi dari pulau ke pulau.


Selalu kalau orang nak travel pulau ni mesti nak naik flight jer senang tapi kali ni Maha dan rakan-rakan blogger lain menyelusuri laluan laut untuk menjelajah Kepulauan Riau. Naik feri dengan jarak yang jauh satu pengalaman yang menyeronokan walaupun memenatkan. Tips dari Maha kalau nak travel naik feri pastikan korang yang mabuk laut sediakan ubat secukupnya dan pakaian yang sesuai.  Kalau korang nak tahu kemana destinasi sebenar dan apa yang Maha dan kawan-kawan buat kat sana baca post ni sampai habis mesti seronok.




Perjalanan kami bermula seawal pukul 12.00 tengah malam dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Jeti Stulang Laut di dalam Berjaya Waterfront Johor seawal pagi keesokannya. Sebab kami nak menaiki feri pertama pukul 7.15 pagi daripada jeti tersebut untuk pergi ker Batam Centre. Harga tiket feri sehala RM90 seorang (termasuk cukai) dan mengambil masa perjalana selama lebih kurang 2 jam. Kekerapan waktu pelepasan feri dari sini adalah 45 minit. Hari tu kami sampai ke Batam Centre lebih kurang pukul 10.00 pagi lewat sikit kerana ada kelewatan masa berlepas.

Waktu perlepasan feri Stulang Laut - Batam Centre

07:15 a.m13:15 p.m
08:00 a.m14:00 p.m
08:45 a.m14:45 p.m
09:30 a.m15:30 p.m
10:15 a.m        16:30 p.m
11:00 a.m        17:30 p.m
11:45 a.m        18:30 p.m

Harga tiket feri berelepas dari Stulang Laut 



AWAS! belum sampai lagi destinasi dituju perjalanan kami masih jauh lagi kerana dari Batam Centre kami naik bas yang disediakan memakan masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Pelabuhan Telaga Punggur. Ini kerana ia adalah pelabuhan untuk perlepasan feri domestik ke sekitar Kepulauan Riau ini. Dari pelabuhan kami naik lagi feri untuk ke destinasi terakhir kami yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan laut. Jangan panik dalam feri semua kemudahan ada seperti tandas dan juga kantin menjual makanan. 
  



Kami terpaksa berhenti di Dermaga Chempa Pasir Panjang untuk transit di situ ini kerana feri yang kami naik akan terus perjalanan ke Pulau Lingga. Dari jeti tu pula kami naik lagi satu feri lain yang lebih kecil dan ia mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Akhirnya setelah puas dihempas ombak dan bermabuk-mabuk dalam feri kami semua sampai ke destinasi yang dituju iaitu pantai Desa Batu Berlubang. Habis masa separuh hari dalam perjalanan laut sahaja memenatkan tapi seronok kerana ia pengalaman baru buat Maha. 

Desa Batu Berlubang Lingga Kepulauan Riau 


Kenepatan kami sepanjang lebih kurang 8 jam perjalanan untuk sampai ke sini terubat apabila menjejak kaki ke pulau yang sangat cantik dan indah. Keindahan ini tidak dapat kat tempat lain kerana ia adalah pulau yang masih terpelihara daripada kemodenan dan juga pencemaran. Korang boleh lihat air laut yang membiru dan ada bahagian yang berwarna hijau. Sangat jernih dan boleh nampak hidupan laut dalamnya. Seronok tidak dapat digambar kerana sampai ke tempat yang sangat asing bagi Maha.



Desa Batu Berlubang ini mendapat nama daripada sebuah batu yang berlubang terletak di persisir pantai. Desa ini terletak dalam jajahan Kepulauan Riau (KEPRI).  Sesampai sahaja kami di sana disambut dengan gembira dan penuh ramah warga desa. Kat sini tiada resort atau hotel jadi kami menginap dirumah orang kampung yang disediakan. Kalau korang rasa nak lari daripada kesesakan dan kesibukan kota sini adalah tempatnya sangat tenang dan menyegarkan. 



Rumah penduduk kampung yang kami menginap

Kalau dah namanya duduk pulau memang sini makanan utama adalah makanan laut. Makan tengahari kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan laut yang sedap dimasak oleh orang kampung. Ini kerana pekerjaan utama penduduk di pulau ini adalah nelayan dan hasil tangkapan mereka bukan sahaja dimakan sendiri tapi juga di export ke negara-negara lain seperti Singapura. Makanan laut mereka sangat segar dan banyak memang best.





Selepas sahaja makan dan berehat beberapa jam petang tu kami buat sikit tour kawasan kampung ni untuk mengenali lebih dekat Desa Batu Berlubang ini. Terdapat lebih kurang 300 keluarga yang menghuni desa ini. Di sini penduduk hanya berbekalkan generator untuk mendapatkan kuasa elektrik. Kat sini korang memang akan rehat sepuasnya kerana tiada perhubungan talian telefon maka tiada internet ok. Jadi memang penduduk sini banyak melakukan aktiviti kampung dan bermasyarakat.





Batu Berlubang yang dijadikan nama kampung ini 


Kami menyelusuri pelusuk kampung memanjat bukit untuk menyaksikan pemandangan laut yang sangat indah kat sini. Di persisir pantai yang jernih ini kami dibawa ke lokasi Batu Berlubang yang menjadi sejarah masyarakat tempatan. Desa ini sangat bersih kalau korang jalan sekitar kampung rasa seronok sambil melihat aktiviti orang kampung. Jalan punya jalan tak sedar hari dah malam dan matahari melabuhkan sinar. Kami perlu berehat secukupnya malam ni sebab esoknya kami akan menyaksikan satu aktiviti menarik yang bakal berlangsung di desa ini.

Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga


Tidur malam Maha sangat nyenyak kerana dibuai oleh kesejukan tiupan angin laut. Menurut cerita orang kampung pulau ini terlindung daripada angin monsun. Suasana pagi kat pulau ini sangat tenang kerana korang hanya akan dengar deruan enjin bot dan juga pukulan ombak sahaja. Tiada kesesakan kenderaan dan juga pencemaran di sini. Rasa tak nak balik nak duduk pulau ni memang seronok.
  



Pagi tu kami semua bersiap untuk satu aktiviti bersejarah yang bakal berlangsung di pulau ini. Aktiviti Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga adalah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini merupakan tahun keempat perlumbaan kapal layar ini diadakan. Kemuncak perasmian telah diadakan di Desa Batu Berlubang ini. Sebab itu Maha dan juga beberapa rakan blogger dan media dari Singapura dan Indonesia sendiri hadir di sini. 





Aktiviti hari tu bermula dengan kehadiran semua pelayar yang menyertai perlumbaan ini. Mereka telah berada di perairan Kepulauan Riau ini beberapa hari awal. Semua peserta disambut meriah oleh orang kampung dengan paluan kompang daripada Jeti Desa Batu Berlubang sehingga ke tapak aktiviti di tepi pantai. 


Semua tetamu dari serata dunia yang menyertai perlumbaan ini diraikan dengan persembahan silat dan juga tarian menyambut tetamu yang menjadi budaya Melayu Riau. Seronok tengok mereka begitu meraikan tetamu yang datang ke tempat mereka. Kemeriahan kat sana tak habis di situ ia diteruskan dengan acara simbolik pemakaian tanjak kepada wakil pelayar ini yang merupakan eksesori rasmi orang Melayu di sini. 





Selepas tu semua tetamu dijamukan dengan makanan tengah hari dengan makanan laut yang segar. Ikan bakar tak boleh lepas dan juga di segarkan dengan air kelapa muda memang membuka selera sangat. Maha rasa seronok dan teruja melihat kemeriahan aktiviti kat sini sebab mereka jarang mendapat kunjungan besar daripada tetamu luar seperti ini. Kali ini ia disambut meriah dan dengan penuh warna-warni. 



Kenapa lautan kepulauan Riau ini dipilih menjadi destinasi pertandingan pelayaran ini kerana ia adalah laut yang cantik dan tenang. Serta kawasan yang penuh mencabar buat pelayar yang jauh daripada segala kemodenan yang ada. Perlumbaan pelayaran ini sepenuhnya merentasi perairan Indonesia yang mana bermula dan juga tamat di Nongsa Point Marina.




Habis sampai petang aktiviti yang menarik dan pertama kali Maha dapat tengok sendiri depan mata. Rasa seronok sebenarnya berada di pulau ini tak nak balik pun ada. Tapi perjalanan kami jauh lagi kerana petang tu kami akan berangkat pula ker Pulau Lingga iaitu salah satu pulau yang menarik dalam Kepulauan Riau ini. Rasa rindu pada Desa Batu Berlubang tidak dapat dilupakan kerana ia adalah pengalaman yang berharga berada jauh di pulau. Melihat kehidupan orang pulau yang sebenar dan juga keindahan masih terpelihara. 

Bapak Raja Fahrurazi, Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga 



Kalau korang rasa nak datang sini boleh berhubung dengan Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi dengan whatsap +62 0811 7011 961. Beliau akan membantu korang untuk datang dan mendapatkan segala akses ke sini. Maha nak ucapkan terima kasih kepada warga Desa Batu Berlubang atas layanan yang baik dan mesra walaupun hanya dua hari satu malam sahaja di sini. In Sha Allah kalau berkesempatan Maha akan datang lagi ke sini kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. 







Korang boleh tengok sendiri kawan-kawan blogger semua sibuk bergambar sekitar pulau ini kerana kat mana sahaja korang ambil gambar ia pasti akan cantik dan menarik kerana masih terpelihara alam semulajadi. Maha sendiri pun banyak gambar tak upload kat sini jer nanti penat korang skroll. Tapi nanti akan ada posting kedua iaitu tentang tempat menarik yang korang boleh kunjungi di Pulau Lingga pula ok. Nantikan post kedua Maha. Selamat bercuti semua. 

Jutaan terima kasih kepada :
Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi
Dinas Pariwisata, Kepemudaan Dan Olahraga Kabupaten Lingga
Nongsa Point Marina and Resort  
Serta seluruh penduduk Desa Batu Berlubang    






Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Yes kalau ada siapa yang dah baca post Maha yang berkaitan dengan Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau korang boleh sambung baca post yang kedua ni pula. Sambungan perjalanan Maha di KEPRI ini untuk menjejaki pula asal usul Bahasa Melayu dan Kesultanan Melayu. Orang Melayu kalau nak tahu sejarah dan juga bagaimana perkembangan Melayu di nusantara ini kena datang ker Pulau Lingga ini.



Cuma nak bagi tahu sikit kalau sapa nak pergi ke Pulau Lingga ini korang boleh naik feri daripada Jeti Batam Centre. Satu hari tak silap Maha ada hanya ada satu perjalanan feri sahaja yang pergi ke pulau ini dan harga hanya RM80 atau Rp255,000 sehala. Perjalanan feri ni lebih kurang 5 hingga 6 jam tengok pada keadaan cuaca dan laut. Walaupun jauh tapi ia akan memberi korang satu pengalaman yang sangat menyeronokan.

Air Terjun Resun


Tapi Maha hari tu bukan dari Batam tapi kami dari Desa Batu Berlubang jadi tak jauh perjelanan nak ker Pulau Lingga ni. Kat sini pengembaraan kami lagi sangat mengujakan kerana kami akan melalui laluan menaiki boat dan juga laluan darat bertanah merah dan dikelilingi hutan. Sesampai sahaja kat Pelabuhan Domestik Sungai Tenam Lingga dan kami menaiki bas yang disediakan untuk meneruskan perjalanan ke Air Terjun Resun yang paling sejuk.





Lebih kurang sejam perjalanan bas kami akhirnya kami sampai ke air terjun. Memang sangat teruja ada kat sini kerana air terjun ini masih cantik dan terpelihara. Air terjun ini sangat sejuk kalau korang mandi. Maha mandi kat sini kerana nak merasai kesejukan dan melihat kejernihan air terjun ini. Air terjun ini mempunyai cerun 45 darjah sehingga air tidak melompat terus ke bawah tetapi mengalir di dinding landasan. 



Puas mandi walaupun sekejap tapi masa kami datang ni musim kemarau jadi air tak berapa banyak tapi masih boleh mandi dengan tenang dan nyaman. Orang kata air terjun ini boleh terus minum begitu sahaja kerana ia masih terpelihara dan terjaga kesegarannya. Lepas hampir sejam mandi kami terus begerak ke hotel untuk penginapan kami malam ini. 

Pekan Pancur


Malam itu kami akan menginap di sebuah pekan kecil yang begitu unik kerana pekan ini kalau di lihat sepertu berada di atas air. Ini kerana ia adalah pekan di muara laut sangat menarik dan sesuai untuk melihat matahari terbenam. Kat sini penduduk mereka terdiri daripada campuran masyarakat Melayu dan Cina. Pekan ini hanya boleh dimasuki dengan kenderaan motor sahaja kalau kereta pun sampai kat kawasan tepi jalan. 







Kemudian kena jalan kaki untuk masuk ke kawasan hotel yang kami menginap ini. Kawasan ini walaupun ia adalah pekan kecil tapi penduduk meriah sehingga waktu malam. Ini kerana kami sampai kat pekan tu penduduk tengah membuat sambutan Tahun Baru Imlek atau kita panggil Tahun Baru Cina. Kami merehatkan diri semalam di sini kerana esok masih jauh perjalanan kami untuk terus mencari sejarah kemelayuan di Pulau Lingga ini.

Gunung Daik Bercabang Tiga


Pagi tu kami bangun awal sarapan dan berkemas semua barang untuk begerak menaiki boat laju menyulusuri sungai yang ada banyak buaya kata mereka. Dalam hati ada rasa seram sebab sekali sekala nampak kelibat sang bedal tu tapi mereka tidak ganggu kami. Perjalanan tak lama hanya 30minit sahaja dan kami sampai ke Tambatan Perahu Desa Resun. Dari situ kami naik lagi bas untuk ke sebuah muzium yang popular di sini.


Lebih kurang 40 minit perjalanan bas kami sampai ke Muzium Lingga Linggam Cahaya. Nama Linggam Cahaya diambil dari kata Linggam yang membawa maksud batu berwarna merah dan cahaya bererti sinar. Di dalam muzium inilah kita boleh tengok dan juga mengetahui lebih banyak tinggalan sejarah asal usul kesultanan Melayu Lingga. Banyak artifak dengan berbagai bentuk, ukuran, motif, dan relief dipamerkan di sini. 



Kat sini juga kita boleh melihat bagaimana kronologi dan urutan sejarah Kesultanan Melayu Lingga. Kita ketahui sejarah pentadbiran Riau-Lingga-Johor-Pahang kerana ia adalah dibawah jajahan mereka dan kat situ dapat lihat banyak tinggalan dan koleksi foto yang masih kekal ada. Semua memberi tahu kita bahawa asal orang Melayu dan juga Bahasa Melayu bekembang pesat dan maju bermula di sini. 






Juga terdapat koleksi rangka binatang yang unik dan menarik tidak pernah kita lihat kat tempat lain juga di pamerkan di sini. Maha dapat belajar banyak juga tentang Melayu serta sejahrah yang kita tidak pernah ketahui di sini. Lama juga kami berada di sini untuk sesi bergambar dan mengenali sejarah Melayu. 


Kat Muzium ini juga kita boleh lihat dengan jelas Gunung Daik yang kita ketahui melalui pantun Melayu Lama. Ada juga mitos tentang gunung ini kalau kita baca pada pantu itu menyatakan bahawa Gunung Daik Bercabang Tiga. Tapi bila Maha lihat gunung ni hanya bercabang dua sahaja. Banyak cerita motis tentang cabang yang ketiga dikaitkan dengan kisah sedih seorang puteri raja dan juga kejadian pelanggaran kapal terbang pada cabang ketiga tersebut. 


Situs Istana Damnah


Satu lagi tinggalan sejarah yang menceritakan tentang kehebatan Kesultanan Melayu Lingga. Kali ini tak jauh daripada muzium tu kami pergi ke tapak tinggal istana lama kesultanan Melayu Lingga yang dikenali sebagai Istana Damnah. Dalam catatan ada menyebutkan Istana Damnah dibangunkan pada tahun 1860 di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II (1857-1883). Bentuk bangunan istana ini seperti panggung dengan dua buah pintu masuk dan empat buah tiang penyangga yang terbuat dari beton. 





Depan istana ini terletaknya Balairung Seri yang mana ia adalah tempat untuk kunjungan dan juga mesyuarat atau pertemuan-petemuan penting raja-raja dahulu kala. Besar juga istana ini kalau dilihat daripada tinggal yang ada. Bagi menampakkan sendiri bagaimana rupa bentuk istana ini. Kerajaan Indonesia telah membangunan replika Istana Damnah di sebelah tapak tinggalan istana ini. 



Cuma mungkin warna dan juga ukiran yang ada agak sedikit berbeza daripada istana asal cuma bentuk dan saiz adalah sama. Replika muzium ini bukan sahaja untuk gambaran tetapi juga ia dijadikan lokasi untuk sebarang aktiviti keraian masyarakat setempat. Jadi memang ia digunakan menjadi sangat berfungsi. 




Tak jauh juga daripada tapak replika istana ini terdapat satu kawasan air sungai yang menjadi lokasi dimana raja-raja dulu memandikan kuda-kudan mereka. Kawasan ini dikenali sebagai Lubuk Papan yang airnya masih jenih dan sejuk. Air sungai ini masih mengalir dan ia dikatakan daripada air puncak gunung Daik. Menurut orang tempatan air sungai ini boleh diminum begitu sahaja kerana masih terpelihara dan tidak tercemar. 




Maka berakhir satu hari perjalanan kami kat Pulau Lingga ini memang menarik dan banyak tinggalan sejarah yang ada kat sini. Kata orang sini kalau orang Melayu yang datang melawat pulau ini seperti orang Melayu pulang ke kampung asal mereka. Ohh lupa nak cite hari tu kami makan tengahari kat sebuah restoran menarik iaitu Warung Fiska. Kat sini menyajikan kami makanan tradisi kat sini dan semua makanan enak-enak belaka.




Lepas tu kami ke hotel baru penginapan kami iaitu di Pekan Daik. Kat Lingga Pesona Hotel ni baru kami dapat merasai ada sambungan internet untuk berhubung dengan orang luar. Memang seram juga beberapa hari tak ada hubungan luar tak dapat nak kongsi dengan korang tentang gambar menarik. tapi korang boleh tengok sendiri gambar Maha up kat post ini.




Keesokkan harinya pula kami berangkat seawal pagi nak pergi pelabuhan jeti nak belepas ke Batam dan pulang ke Malaysia. Tetap rasa rindu kepada Lingga Kepulauan Riau ini kerana banyak tempat menarik dan cantik. Selain itu juga, ada banyak tinggalan sejarah yang boleh kita kaji dan ketahui semua tentang sejarah Melayu. Kalau korang nak datang sini boleh berhubung Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi dengan whatsap +62 0811 7011 961. Beliau akan membantu bagaimana nak datang dan mendapatkan kemudahan yang ada di sini. Selamat bercuti semua. 

Jutaan terima kasih kepada :
Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi
Dinas Pariwisata, Kepemudaan Dan Olahraga Kabupaten Lingga

    




Viewing all 1329 articles
Browse latest View live