Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1332 articles
Browse latest View live

Tanda Tanya Tentang Misteri Nasi Burung Sos Limau Merecik Terungkai Kerana...

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang mesti pernah dengar pasal Nasi Ayam makanan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Nasi Daging yang kita tahu berasal dari negeri Utara semenanjung Malaysia. Tapi pernah tak korang dengar pasal nama makanan Nasi Burung. Pertama kali Maha dengar pasal nasi burung ini.

Bila Maha cari sendiri asal usul makanan ni pun tak tahu dari mana sebenarnya. Paling pelik adalah burung apa yang mereka gunakan dalam makanan itu? Makin menjadi tanda tanya dalam diri ini. Sebagai seorang yang memang suka makan dan mencari makan menarik di seluruh Malaysia ni jadi keinginan untuk tahu makin menebal. Maka Maha cuba menjejak kat mana nak jumpa nasi burung yang sebenar ini.


Jadi tekad untuk mencari dan merungkai tentang misteri nasi burung ini, akhirnya membawa Maha tidak jauh hanya ada dekat area Shah Alam Selangor jer. Sebenarnya nasi burung ini ada nama penuhnya iaitu Nasi Burung Sos Limau Merecik. Mereka tak ada sebuah restoran tapi menyediakan khidmat penghantaran makanan terus kepada anda.

Menarik dan uniknya Nasi Burung Sos Limau Merecik yang Maha jumpa ini adalah terletak pada Sos Limau Merecik itu sendiri. Ini kerana sos itu dihasilkan sendiri oleh pengusaha makanan ini tanpa sebarang ciplak dari mana-mana tempat. Kata Puan Sheeda selaku pengusaha makanan ini beliau menghasilkan sos ini sendiri dengan cara trasidi untuk memastikan ia terus kekal keaslian rasa dan keenakannya.
Puan Sheeda Ismail Pengusaha Nasi Burung Sos Limau Merecik

Sos ni bagi Maha ia seimbang daripada rasa pedasnya yang tidak keterlaluan, rasa limau dan juga rasa masam-masam sangat kena kalau makan dengan nasi burung ini. Tapi kalau nak sos yang lebih pedas boleh request tak ada masalah. Mereka juga ada menjual sos ini sahaja yang dibungkus dalam botol. Sos ini juga korang boleh makan dengan pelbagai lauk lain seperti ikan bakar, daging bakar, kerang bakar,makanan laut dan macam-macam lagi lah.



Burung yang digunakan dalam makanan ini adalah Burung Puyuh yang dibekalkan segar dari ladang. Bekalan Burung Puyuh ini adalah daripada sebuah ladang milik Puyuhmas Farmbest yang terletak di Melaka. Ia adalah pembekal burung puyuh yang dijamin bersih, segar dan pastinya Halal. Burung Puyuh yang ada dalam set makanan ini di goreng segar setiap hari dengan perapan rempah ratus yang menjadi rahsia kepada makanan ini juga.

Satu lagi element yang menjadikan Nasi Burung Sos Limau Merecik ini begitu sukar untuk dilupakan adalah nasinya sendiri. Ia bukan nasi biasa atau macam nasi minyak, tapi ia adalah nasi yang dimasak dengan cara tersendiri dan ada aroma yang menarik dalam nasi tu buatkan kita rasa nak tambah dan tambah lagi bila makan sekali.

Maha sendiri sudah pergi ke rumah pengasas Nasi Burung Sos Limau Merecik ini untuk cuba sendiri nasi ini. Ia adalah peniagaan yang diiriskan sendiri oleh ahli keluarga dan juga di masak dalam center kitchen mereka sendiri. Puan Sheeda ini adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan telah memulakan perniagaan makanan ini setahun yang lalu. 


Kini mereka lebih fokus kepada penghantaran makanan yang ditempah secara call atau whatsapp.  Setiap tempahan makanan hendaklah dibuat sehari lebih awal untuk memudahkan penyediaan dan ada minima tempahan agar kos penghantaran dapat diseimbangkan. Minima tempahan untuk satu order adalah sebanyak 10pack. Satu pack mereka hanya jual dengan harga RM14.00 sahaja.



Mereka juga membuat tempahan untuk katering bagi majlis-majlis seperti Harijadi, Doa Selamat, Rumah Terbuka, Majlis Tahlil mahupun majlis-majlis koperat. Kalau katering ini mereka akan sediakan dalam hidangan bufet mengikut berapa jumlah tetamu. Mereka juga selalu buat program amal dengan menyediakan makanan untuk gelandangan, rumah anak yatim, rumah Tahfiz serta banyak lagi. Mungkin ada yang nak kolaborasi dengan mereka tentang program ini boleh hubungi Puan Sheeda terus. 




Maha dan cuba Nasi Burung Sos Limau Merecik ini memang rasa mengigau nak lagi wakakaka. Terima kasih Puan Sheeda kerana sudi memberi peluang kepada Maha dan kawan-kawan untuk mencuba sendiri makanan nasi burung ini. Terungkailah tanda tanya yang selama ini bermain dalam minda Maha untuk ketahui tentang misteri nasi burung ini. Korang nak kena order sekarang juga ok memang tak menyesal terbaikkk sangat. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :
Tel : 013-447 1009
Whatsap : 017-312 6765









Sekali Sembur Wangi Satu Badan Dengan DASHING Deo + Perfume Body Spray

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok jujur nak tanya kepada orang lelaki lah siapa kat luar sana yang menggunakan deodoran dan juga minyak wangi untuk segarkan dan menghindarkan bau badan. Kalau ada pun mungkin 1 dalam 10 kot yang guna dua produk berasingan ini. Maha sendiri pun tak nafikan memang kadang-kadang keluar guna deodoran sahaja agar tiada bau badan yang ketara.

Ini rahsia ok jangan bagi tahu orang tau wakakaka. Bukan apa sebagai orang lelaki ni kadang-kadang suka perkara yang cepat dan mudah sahaja. Tak perlu nak begitu teliti macam orang perempuan betul tak. Tapi itu semua orang lelaki yang zaman dulu kala kot. Lelaki zaman sekarang ni memang kalau nak keluar kadang-kadang kalah orang perempuan bila bergaya.

Terutama bila bab wangian badan silap-silap penuh satu almari dengan wangian betul tak. Tapi sekarang ni tak perlu risau lagi untuk lelaki yang aktif dan juga lasak, DASHING mengeluarkan produk terbaru mereka menggabungkan dua kegunaan iaitu deodoran dan juga perfume dalam satu botol yang lebih jimat dan mudah digunakan.

Memperkenalkan DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY ada dua fungsi iaitu menjadi deodoran dan juga minyak wangi. Produk ni dirumuskan dengan wangian Dashing Eau De Toilette yang memberikan haruman maskulin tahan lama. Ia juga ada agen anti-bau dan anti-bakteria mampu memberikan pelindungan 24 jam setalah disembur pada badan. 

Korang percaya atau tidak satu botol Dashing Deo+Perfume ini mampu bertahan selama 5 bulan. Korang boleh gunakan ia untuk menyembur sehingga 880 semburan dan secara matematik kiraan itu ia boleh bertahan sehingga 146 hari. Kalau korang sembur satu kali satu hari lah hehehehe. Maha ni selagi boleh sembur akan sembur jer memang cepatlah habisnya.

Produk kali ini ada 4 pilihan wangian yang sesuai mengikut keterampilan seorang lelaki itu.

1) HATTRICK
Wangian ini memberi semangan untuk terus mara seperti mana jaringan gol. Sebab tu namanya Hattrick. Ia terhasil dari percikan gabungan haruman buah epal dan keegaran sitrus, bersulamkan bunga dan calitan amber.

2) ULTIMATE KICK
Wangian ini menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki modern. Ia adalah gabungan lemon, buah belaga dan sedikit vanilla dan musky.

3) SPEED
Wangian ini pula adalah gabungan aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebatkan dengan lapisan nota musky.

4) HITMAN
Wangian ini adalah sesuai untuk lelaki yang aktif dan sporty dimana sahaja. Gabungan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan sedikit Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood.

Kalau korang tanya Maha antara empat ini mana satu yang sesuai dengan diri Maha mesti lah semuanya wakakaka. Tapi sebenarnya Maha paling suka bau Speed  tu memang kena sangat dengan jiwa. Orang kata kalau nak pilih minyak wangi kena ada keserasian kulit juga tak tahu lah betul ke tidak hehehe. 

DASHING DEO+PERFUME BODY SPRAY ini didatangkan dengan botol bersaiz 120ml sahaja nampak kecil tapi tahan lama ok. Harga dipasaran korang boleh dapatkan sekarang ini dengan hanya RM12.20 satu botol. Kalau produk Dashing ni tak susah nak dapatkan banyak pasaraya, kedai mahupun farmasi ada jual. Pilih mana satu mewakili diri anda jadi lelaki yang beketrampilan ok. 

Info lanjut layari :








Revolusi Menikmati Minuman Teh Dengan ARISSTO TeaPresso

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dari zaman berzaman kita biasa menikmati teh dengan membancuh dari serbuk teh menggunakan air panas dan lepas tu ditambah pula dengan gula atau susu mengikut kesukaan kita. Kemudian ada pula perubahan kepada teh dalam bentuk uncang untuk bancuh dengan cara celup sahaja dalam air panas.

Tapi itu dululah kerana sekarang tidak lagi kecanggihan teknologi membawa cara kita nikmati teh dengan lebih mudah dan senang. Dalam masa sama ia mengekalkan kualiti dan rasa sejati teh tersebut tanpa merubah apa-apa. Itulah yang dibawakan oleh ARISSTO TeaPresso. Baru-baru ini pada tanggal 7 Julai 2019 bertempat di MINES International Exhibition & Convention Centre buat pertama kalinya Arissto jenama popular dari Itali melancarkan Kapsul Teh pertama mereka.






Maha tak tahu sangat pasal ARISSTO ini sehingga datang sendiri ke majlis tersebut dan di situ baru tahu tentang produk ini. Arissto sebelum ini terkenal dengan Kopi ARISSTO dan mesin kopi tersebut. Tapi kini mengembangkan lagi produk mereka melalui mesin yang sama tapi mengeluarkan minuman teh pula. Rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia begitu suka kepada minuman teh dan tiada siapa yang akan menolak walaupun hanya minum Teh O atau juga Teh Tarik.



Kata pakar minuman teh yang baik adalah harum, jernih dan tanpa rasa pahit. Jadi daripada itu Arissto menyimpan daun teh dalam bentuk kapsul dan kapsul itu kemudian dimasukkan ke dalam mesin pembuatan tekanan tinggi ARISSTO. Tekan sahaja satu butang dan intipati teh dalam kapsul akan dikeluarkan dengan sempurna. Maha sendiri pun rasa teruja bila masa tengok pengeluaran air teh yang harum dan begitu mengkagumkan dari mesin ini.

Arissto memperkenalkan buat masa ini lima variasi rasa teh yang boleh dinikmati dengan mesin hebat ini. 

PRINCE - Pure Green Tea

Korang boleh dapatkan dalam kapsul berwarna hijaun ini. Ia adalah Teh Hijau berkualiti tinggi dari Sri Lanka dengan aroma buah dan rasa segar.



THE QUEEN - Pure Ceylon Black Tea with Passion Fruit Flavour

Teh ini dalam kapsul yang berwarna kuning. Rasakan buah segar dalam campuran teh hitam Ceylon yang tebal penuh dengan rasa semulajadi



THE KING - Pure Ceylon Black Tea 

Teh ini pula dalam kapsul yang berwarna coklat. Pilihan teh hitam berkualiti tinggi dari Sri Lanka, kaya dengan rasa sesuai untuk dijadikan teh susu Inggeris dan teh bunga.



PRINCESS - Pure Ceylon Black Tea with Rose Flavour 

Teh ini dalam kapsul berwarna merah jambu. Rasa semulajadi meningkat menjadi teh hitam Ceylon murni untuk melegakan rasa dengan bau bunga.



EARL - Pure Earl Grey Tea with Bergamot Flavour

Teh dalam kapsul berwarna purple. Mengandungi minyak bergamot semulajadi untuk pergi dengan teh hitam Ceylon berkualiti tinggi dengan bau segar oren manis.



Hebatnya teh dari TeaPresso ini boleh dinikmati dengan cara yang panas atau juga sejuk daripada ais. Korang juga boleh tambahkan madu, susu dan semua jenis buah-buahan segar ke dalam teh untuk menikmati minum teh dalam gaya yang lebih modern. Jika korang masukan susu atau kopi ke dalam ARISSTO boleh jadilah beberapa jenis teh gaya Hong Kong dan Teh Latte boleh dibuat dengan mudah. Hebat tak teknologi teh sekarang ruginya tak cuba. Sekarang ini korang boleh dapatkan pelan mesin ARISSTO dengan hanya RM1 tapi kena belilah kapsul mereka.



Jadilah seperti warga kota yang dengan mudah dan cepat menikmati teh atau juga kopi dari ARISSTO. Maha ni suka lah teh boleh dapatkan plan yang hebat ini. Tengok mesin ni pun teruja juga nak ada kat rumah lepas ni hehehe. Nanti kalau tetamu datang senang jer nak hidangkan teh cuma perlu tambah gula dan susu mengikut keperluan anda. 








Bermula Dengan Hobi Memasak Puan Sri Nisa Bakri Mampu Berjaya Di Peringkat Antarabangsa

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betul kata orang bahawa dari hobi dan minat siapa tahu boleh jadi kepada perniagaan dan juga merubah kehidupan seseorang. Banyak kisah kejayaan yang bermula dari hobi dan kemudian terus iltizam dalam usaha untuk menjadi yang terbaik merubah pandangan masyarakat terhadap apa yang kita lakukan.

Itu kisah yang dialami sendiri oleh seorang wanita hebat ini. Berkesempatan untuk bertemu dan juga bersama dengan beliau dalam satu majlis minum petang bagi meraikan kejayaan beliau di peringkat antarabangsa memberi semangat kepada sesiapa yang mendengar kisah kejayaan wanita cekal ini. 

Kalau sebut nama Puan Sri Shariffa Nisa Binti Syed Hamid atau lebih mera disapa dengan panggilan Puan Sri Nisa Bakri mesti ramai orang sekarang dah mengenali figura berdarah kacukan Iran ini. Beliau sebenarnya buka seorang chef yang profesional tapi kerana cinta dan minat beliau dalam dunia masakan membawa beliau jauh ke satu tahap yang tidak pernah diimpikan.

Bercerita pada sesi minum petang hari itu Puan Sri berkongsi kisah beliau yang bermula sejak tahun 2015 lagi dimana beliau mula aktif dalam dunia masakan. Pada masa itu beliau telah memulakan dengan program ‘Wakaf Ramadan Food Mission’ dimana beliau menyediakan perkhidmatan membekal makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan ia masih diteruskan sehingga ke hari ini. 

Selepas itu beliau mengembangkan lagi minat beliau dengan menulis sebuah buku yang berjudul 'I am Not A Chef'. Ia adalah sebuah buku masakan yang sangat unik berkonsepkan gaya hidup – Romance, Food and Love yang telah dilancarkan pada bulan November 2015. Didalam buku itu beliau berkongsi lebih kurang 25 resepi tradisional yang telah diberi sentuhan baru oleh beliau.

Bakat beliau dikembangkan lagi pada penghujung tahun tersebut dengan memulakan perniagaan Pes masakan yang diberi nama nisabakri. Hanya bermula dengan dua jenis pes sahaja iaitu Pes Asam Pedas dan Pes Kari Ikan yang berkonsepkan ‘Easy Healthy Cooking’. Kini beliau mampu bangga dengan lebih tujuh jenis pes masakan yang boleh didapati di pasaran iaitu Pes Asam Pedas Tuanku, Pes Mee Kari, Pes Masala Ayam, Pes Kari seafood, Pes Rendang Ayam Betutu, Pes Gulai Sayuran dan Pes Mee Kari Terangkat Leleh.

Sejak itu nama beliau mula meningkat dan sering berada dalam beberapa program TV untuk mempromosikan masakan tradisional Malaysia. Pada tahun 2017 jenama nisabakri berjaya menembusi pasaran Indonesia apabila Sambal Rasia dan Sambal Lemak Cili Api mula diperkenalkan kepada penggemar-penggemar masakan tradisional Malaysia di negara jiran tersebut.

Semenjak itu juga beliau mula mengembara dengan masakan tradisional ke peringkat antarabangsa seperti memasak di sebuah Restoran Spanish di Jaen pada tahun 2017 dan membekal makanan di London Fashion Week pada tahun 2018. Maka daripada itu kejayaan demi kejayaan berjaya Puan Sri Nisa Bakri cipta dimana beliau diberi pengiktirafan sebagai Top Outstanding Gourmet Ambassador di World Gourmet Award 2018.

Paling terbaru dan paling bersejarah apabila beliau pada tanggal 21 Jun 2019 menerima anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 anjuran AWEN (ASEAN Women Entrepreneur Network) di Bangkok Thailand. 

Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award anjuran AWEN adalah anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada golongan wanita dari setiap Negara ASEAN yang telah mencipta kejayaan luarbiasa dalam bidang perniagaan samada dari industri perniagaan kecil, sederhana, industri perniagaan besar mahupun perniagaan mikro. Kejayaan wanita-wanita hebat ini telah memberi kesan positif kepada masyarakat khususnya kaum wanita iaitu melalui komitmen tinggi yang diberikan di dalam bidang masing-masing dan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita lain di luar sana agar terus memperkasakan diri.

Bagitu terangsang sekali kalau kita berbicara dengan seorang yang boleh dikatakan Ikon wanita di Malaysia. Ia mampu memberi inspirasi kepada semua orang diluar sana seperti mana Maha sendiri sangat terkesan dengan kata-kata beliau. Beliau berpesan kita kena terus berusaha walaupun pada usia yang lewat dan jangan peduli dengan apa yang orang nak kata kerana kita tak tahu masa depan kita dan bukan mereka yang menentukannya. Moga dengan sedikit perkongsian ini membakar semangat untuk usahawan kecil di luar sana berjaya sehingga ke peringkat antrabangsa seperti mana yang dibuktikan oleh Puan Sri sendiri.

Terima kasih Puan Sri Nisa Bakri kerana sudi berkongsi kisah kejayaan dan juga inspirasi yang pasti tidak ramai orang mampu buat seperti beliau. Tahniah daripada Mahamahu untuk Puan Sri dan semoga terus cemerlang dengan segala usaha dan perniagaan yang dilakukan. Moga Maha juga boleh berjaya seperti mana Puan Sri di peringkat lebih tinggi. Insha Allah Amiinn...

Nak tahu lanjut tentang masakan dan juga kisah Puan Sri Nisa Bakri layari :-






Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic Menawarkan Hadiah Bernilai RM200,000

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini adalah musim keempat Pensonic menganjurkan rancangan memasak di TV bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia dan selebriti terkenal tanahair. Maha sendiri pernah sertai program ini tak silap tahun 2016 rasa. Dari dulu sampai sekarang masih bersama dengan selebriti chef yang tak asing lagi dengan produk ini iaitu Dato' Chef Ismail.

Tahun ini pula mengubah sikit konsep rancangan ini dimana ia bersempena dengan meraikan hari kemerdekaan Malaysia dan juga hari Malaysia yang kita sambut setiap tahun. Rancangan musim ini lebih meriah dengan tema barunya, ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’. Rancangan yang mengandungi 8 episod ini akan keudara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang bermula 12 Ogos 2019.



Selepas menonton rancangan ini nanti penonton perlu pergi ke laman Facebook Pensonic dan jawab satu soalan mudah untuk Peraduan Beli, Tonton & Menang  dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000 termasuk sebuah kereta Nissan Serena dan produk elektrik. Korang hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:-

1.Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit semasa kempen iaitu dalam tempoh 15 Julai hingga 15 Oktober 2019. 
2.‘Like’ & ‘Share’ Facebook Pensonic & poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am). 
3.Tonton rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ di TV3. 
4.PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan Facebook. 

Baru-baru ini telah berlangsung majlis pengenalan program ini kepada media. Memperkenalkan juga pengacara dan juga barisan selebriti yang akan terlibat tahun ini. Dato’ Chef Haji Ismail bersama 11 selebriti berkongsi resipi-resipi tempatan yang menyelerakan sebagai penghargaan kepada masakan-masakan tempatan. Di antara selebriti popular yang terlibat dalam rancangan musim ini ialah Izzue Islam, Adeline Tsen, JC Chee, Ernie Zakri, Thanuja Ananthan, Bella Astillah, Fizo Omar, Diana Daniele, Sweet Qismina, Ryzal Jaafar and Afifah Nasir.






Bagi membangkitkan cinta kepada kebudayaan tempatan, Pensonic juga telah melancarkan satu siri produk elegan dengan corak geometrik tradisional yang diberi nama Siri Batik Pensonic. Korang boleh melengkapi dapur korang dengan Siri Batik Pensonic kerana peralatan ini dapat membangkitkan kesedaran generasi muda kita mengenai kekayaan warisan budaya kita. Maha tengok siri koleksi Batik ini juga sangat cantik dan juga menarik unik sekali.

Korang boleh lihat koleksi Batik ini juga dalam semua episod rancangan Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic. Kalau korang nak beli semua siri baru ini boleh beli secara dalam talian di laman web Pensonic. Kalau korang memang kaki peraduan boleh sertai dan mana tahu kali ini rezeki korang nak menang barangan Pensonic dan sebuah kereta isitmewa. Selamat menonton dan selamat menyertai peraduan ini.

Info lanjut sila layari :










THAI WOK Dan BBQ Di Aroi Dee Thai Restaurant Palm Garden Hotel

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama tak makan masakan Thai yang asli. Kali ini Maha nak bawa korang untuk nikmati hidangan bufet makanan Thai dan juga BBQ di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya. Palm Garden Hotel IOI Resort City rupanya dalam tu ada sebuah restoran Thai yang diberi nama Aroi Dee Thai Restaurant.

Kalau korang nak nikmati masakan bufet kat sini mereka ada setiap hari Jumaat bermula 12 Julai 2019 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Harga untuk bufet ini hanya RM68.00 nett untuk seorang dewasa. Jadi bagi Maha dengan harga yang ditawarkan dan juga dengan jumlah makanan yang ada memang berbaloi lah cukup kenyang.





Aroi Dee Thai Restaurant membawa kepada korang juadah terbaik dari negara Gajah Putih ini di mana bahan-bahan segar dari pasar dimasak secara langsung di depan mata korang sama ada dengan menggoreng dalam kuali atau memanggang api arang. Kalau bahagian BBQ itu korang boleh lihat beberapa jenis makanan laut segar di sediakan seperti Fish Seabass, Snapper Fillet, Udang Harimau, Ketam Biru, Sotong, Kerang, Siput Buluh, Lala dan juga banyak lagi.




Selain makanan laut ada juga daging yang dipanggang segar seperti kepingan tenderloin daging lembu, Jagung Segar dan juga Ubi Keledek. Semua dipagang panas membuatkan kadang-kala mulut kita rasa terbakar. Rahsia kesedapan BBQ di sini adalah dalam sos dan perapan yang akan membawa korang rasa yang menggiurkan yang original Thai atau bahkan beberapa pengaruh Cina.  




Kalau hidangan bufet Thai tak sah kalau tiada salad yang segar dari ladang seperti Som Tam. Cara nak buat Som Tam ini hanya satu minit sahaja cepat dan sedap tak perlu masak pun. Kat sini juga ada sediakan Mix Green Salad dengan 3 jenis sos. Menu utama kat sini adalah Thai Vegetable Fried Rice dan juga Fried Noodle Mee Hoon. Sudut lain yang menjadi tumpuan ramai adalah Ayam Goreng Pandan dan juga Chicken Enche Cabin.  







Paling tak boleh dilupakan dalam bufet ini adalah pencuci mulut di mana korang harus mencuba Thai ABC dan Cendol yang agak berbeza dari yang biasa. Juga paling segar adalah buah-buahan yang ad kat sini seperti buah Rambutan, Buah Mata Kucing, Buah Salak dan Buah Langsat. Ini semua mengikut musim juga tapi buah lain seperti Tembikai Merah, Tembikai Kuning, Betik dan Nanas





Sebanarnya Aroi Dee Thai Restaurant ia dibuka setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang dan 6.30 petang hingga 10.00 malam. Semasa hari bekerja, ia menyajikan makan tengahari Set Thai dengan beberapa pilihan. Jadi korang boleh makan sini setiap hari dan setiap masa cuma hari Jumaat tu ada special bufet. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera semua. 

Tempahan dan pertanyaan sila hubungi:
Tel : 03 8943 2233 
Whatsapp : 010 367 6101







Masa Untuk Beli-Belah Barang Masak Yang Segar Dan Murah di Segi Fresh Market

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak tahu ini yang keberapa kali sebenarnya Maha beli-belah kat Segi Fresh Market sebab memang setiap bulan bila bekalan dapur habis sini lah lokasi yang selalu Maha pergi. Bagi Maha segala keperluan ada daripada barang basah, barang segar, mahupun yang perlu untuk dapur ada di sini.

Korang tahu je lah kan kalau hidup membujang ni memang kena memasak sendiri lah kalau nak berjimat dan juga dapat makan yang sedap-sedap. Jadi barang dapur Maha kena pastikan semuanya mencukupi agar masak tu jadi lebih senang. Kebetulan hari minggu lalu memang teringin sangat nak makan Kerang dan juga Udang jadi Segi Fresh lah yang lokasi yang Maha tuju.


Di sini untuk barang segarnya dijamin setiap hari adalah bekalan baru sebab tu Maha suka datang awal pagi kat sini. Pasaraya Segi Fresh ini buka awal dari pukul 8.00 pagi dan tutup pukul 10.00 malam. Jadi masa untuk pergi beli-belah tu lebih awal dan tidak perlu bersesak-sesak. Kalau pagi-pagi ni semua bekalan terutama makanan laut seperti udang, kerang, sotong dan pelbagai jenis ikan masih molek.





Kalau macam daging dan juga ayam pun kat sini sentiasa ada bekalan yang mencukupi. Paling Maha suka adalah mereka menyediakan perkhidmatan untuk memotong atau menyiang ikan bagi orang yang malas macam Maha ni. So itu sangat memudahkan kerja didapur hanya bawa balik ikan tu basuh bagi bersih tak perlu nak fikir nak siang.







Hari tu Maha beli lebih kurang dalam setengah kilo Kerang sebab memang teringin sangat nak makan kerang. Lepas tu Udang juga Maha beli lebih kurang dalam setengah kilo. Lagi beli Sotong yang bersaiz besar tu ada dalam lima ekor juga bersama dengan sedikit isi ayam. Semua sekali barang basah ni harga tak sampai pun dalam RM50 memang sangat jimat dan menuntungkan.

*Tips memilih kerang yang segar pastikan cengkerang kerang terbuka sedikit dan tidak tertutup rapat.






Lagi Maha hari tu cari juga beberapa barang untuk memasak seperti Serai, Lengkuas, Halia, Cili Padi, Cili Merah dan juga sayur sayuran. Kat sini korang boleh dapat semua bahan rempah masakan tempatan dengan mudah dan harga berpatutan. Kalau hari raya hari tu masa nak buat open house pun Maha cari kat Segi Fresh semua ada bawah satu bumbung sangat senang.






Selain daripada barang basah untuk memasak Maha juga suka pergi bahagian buah-buahan. Itu adalah ruangan wajib singgah bila kat pasaraya. Nak tengok buah apa yang ada tengah promosi waktu tu. Hari tu pergi kat Segi Fresh mereka ada jual buah Salak murah gilerr. Kali ini pun rezeki Maha sebab ada jualan murah buah Laici dan juga Anggur. Korang tengok harga tu sangat tak masuk akal jadi tak lepas peluang lah beli.

Buah lain yang Maha beli hari tu kat sini adalah Jagung Manis, Epal Hijau, Jambu Batu dan Mangga yang sangat besar gedabak. Semua ni harga pun tak sampai RM50 untuk semua ni. Jadi kalau campur barang dapur dan juga buah-buahan ni tak lebih daripada RM100 Maha beli kat sini. Tu tak masuk lagi barang-barang lain ada juga lah dah alang-alang dah kat pasaraya. 





Bagi Maha sini bukan sahaja sesuai untuk keperluan rumah sahaja tapi juga sangat bagus untuk yang suka beli secara borong. Contohnya peniaga kecil-kecilan atau juga yang ada buat business makanan dan katering sini sangat menjimatkan bila beli dalam kuantiti yang banyak sekali. Sebab setiap Masa akan ada promosi harga murah tengok lah time Maha datang hari tu banyak harga yang tak masuk akal murah gilerr.





Seronok sebenarnya beli kat Segi Fresh Market ni sangat menjimatkan dan juga tak perlu bawa cash banyak sebab harga dijamin murah dan berganda-ganda korang boleh beli. Tak ada cash guna debit card pun boleh kat sini. Tapi ingat kena bawa shopping beg sendiri lagi jimat tak perlu nak bayar bag plastik. Kita kena jaga alam sekitar juga dalam masa membeli belah ni betul tak. Jadi korang tepuk dada tanya nafsu mana nak beli lebih jimat dan banyak. Selamat membeli semua.

Info lanjut tentang promosi harga dan lokasi pasaraya layari :







Hujung Bulan Mengidam Nak Kunyah Kuih Kapit Crunchy Coklat Dan Peanut Butter

$
0
0
Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak tahu kenapa bila dah lepas bulan raya jer tiba lak mulut ni mengidam nak mengunyah kuih-kuih raya. Hari tu masa bulan Syawal tak bedal cukup-cukup kan mungkin sebab dah banyak sangat rumah ada kuih. Jadi jemu lak sebab tengok semua kuih hampir sama jer kan mungkin beza hanya rasa jer.


Tapi sebab mengikutkan sangat nafsu nak makan Kuih Kapit yang rangup dan ada inti dalamnya makan misi mencari kat internet dimulakan. Macam biasa bila search Kuih Kapit memang banyak yang ada tapi satu ini menarik minat Maha untuk cuba. Kuih Kapit Crunchy ada inti coklat dan juga Peanut Butter.

Bila tengok gambar dan harga yang ditawarkan termasuk penghantaran bagi Maha berbaloi lah. Kalau selalu kuih satu balang dalam lingkungan RM28-RM35 tu tak termasuk lagi penghantarankan. Tapi Kuih Kapit Crunchy ini hanya RM25.00 satu balang 600 gram termasuk dengan penghantaran. Jadi teruslah buka Facebook Page mereka dan Maha order online jer. Sebab masa masej tu mereka kata boleh hantar ke rumah jadi lagi senang. Mereka kata ada ejen yang jual kuih ni sekitar KL tapi malas nak keluar suruh mereka hantar jer wakaka.


Kalau korang nak cuba juga boleh pergi kat Facebook Page The Foodie's Shop. Situ ada no untuk korang call atau whatsapp atau juga boleh DM terus owner mereka. Maha hari tu order dua balang untuk Kapit Crunchy Coklat dan juga Kapit Crunchy Peanut Butter. Mereka ada juga yang satu balang dicampur kedua-dua inti ni harga sama kot.

Inti coklat tu mereka isikan dengan Coklat Belgium memang pekat rasa coklatnya tak lengkang kat gigi. Amaran kalau lepas makan kuih kapit ini pastikan korang bilas mulut dengan air kosong kalau tidak nanti nampak hitam-hitam celah gigi ok wakakaka. Kemudiah yang inti Peanut Butter tu pula tak terlalu manis dan masin secukup rasa satu balang tu boleh habis kejap jer. 

Paling penting adalah kuih kapit ni kena rangup dan yang ini Maha sendiri cuba memang dijamin rangup dan rapuh dalam mulut. Sebab tu sekali hadap jer sambil tonton tv boleh habis separuh tanpa sedar. Tak silap Maha owner kuih kapit ni orang Kelantan dan ia adalah 100% homemade tahu lah mereka buat kuih memang terbaik lah. 

Jadi lepas ni Maha nak order lagi sebab nak buat standby untuk kuih Raya Haji nanti. Tak lama dah nak sambut raya lagi jadi buat preparation awal takut nanti bila dah dekat raya stock habis sebab ia datang terus dari Kelantan. Lepas ni nak cari lagi kuih lain lak yang ada jual online buat kuih untuk hari raya senang. Sapa ada rekmen kat Maha ok hehehehe. 

Maha tinggalkan FB Page, IG dan no tel mereka senang kalau korang nak tempah nanti ok:
Tel : 019-9906 6464
         019-9906 6446








Ristech Cafe Satu-Satunya Di Enstek Nilai Menggabungkan Tiga Benua Masakkan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha dan kawan-kawan merantau jauh sikit untuk mencari tempat makan yang best dan cuba sendiri makanan mereka. Tak adalah jauh mana sangat pun kat Nilai jer sempadan Selangor kalau dari KL dalam 40 minit sampai hehehe.

Tetapi yang menarik kafe ini adalah bukan sahaja terletak pada lokasinya tapi juga adalah daripada hidangan makanan yang disediakan di kafe ini. Ini lah kafe yang Maha terjah hari tu iaitu Ristech Cafe yang terletak di Bandar Enstek Nilai. Kafe ini berkedudukan di tingkat atas deret kedai jadi korang kena tengok betul-betul papan tanda kafe ini. Paling senang korang cari jer Segi Fresh Market Bandar Enstek dan kafe tu ada kat atas pasaraya tersebut.

Hebatnya kafe ini adalah gabungan tiga jenis masakkan daripada benua yang berbeza. Ia menyajikan hidangan masakan Itali, Korea dan Barat yang dipelajari sendiri oleh pemilik kafe ini dan juga merupakan tukang masak kat kafe ini juga. Siapa sangka anak Melayu mampu menyediakan semua juadah dari negara luar ni. Segi penyediaan bahan-bahan, cara masakkan dan juga kualiti memang beliau pantau untuk kepuasan pelanggan.
Cajun Chicken Alfredo - RM12.90

Hari tu masa Maha datang cuba makanan kat sini kami dihidangan dengan dua jenis pasta iaitu pertama Cajun Chicken Alfredo dan juga satu lagi Linguine Shrimp and Spinach. Dua-dua ni dilimpahi dengan cheese yang banyak tak kedekut dan juga yang cajun tu ada daging ayam didalamnya bersama sosej. Manakala yang linguine dalam tu ada udang dalamnya. 
Linguine Shrimp and Spinach - RM12.90


Biasalah makanan Itali macam ni tidak pedas dan juga sangat berkrim kena makan setelah ia siap dimasak takut nanti cheese tu keras. Satu hidanga ni sesuai untuk seorang makan kalau datang dating dengan pasangan korang boleh order kedua-dua menu ni dan saling tukar-tukar rasa barulah romantik.
Ganjang Chikin - RM8.50 (6pcs)

Yangnyeom Chikin - RM8.50 (6pcs)

Kemudian untuk makanan dari negara K-Pop pula kat sini kami disajikan dengan dua jenis ayam goreng bersos istimewa iaitu Ganjang Chikin dan juga Yangnyeom Chikin. Bagi Maha ayam tu sangat sedap digoreng sempurna dan kalau korang suka pedas kena cuba Yangnyeom tu memang pedas. Manakala yang Ganjang tu pula lebih manis sikit sebab dihasilkan daripada soya sos.
Deep Fried Cordon Blue - RM18.90

Deep Fried Chicken Chop Special - RM14.90

Bagi yang suka western food boleh cuba pula mereka punya Deep Fried Cordon Blue dan juga Deep Fried Chicken Chop Special. Kedua-dua ini beza dari segi satu tu ada sos putih tak silap macam krim sos dan satu lagi yang chicken chop sinonim dengan sos black paper. Bagi  Maha hidangan ni kuantitinya sangat besar dan juga boleh kenyang kalau makan seorang. 
Swedish Meatball - RM10.90

Ristech Meat & Greet - RM5.00

Selain itu juga, masakan barat yang popular kat sini adalah mereka punya Swedish Meatball dan Ristech Meat & Greet. Ada dua jenis ball iaitu daging dan ayam yang dihasilkan sendiri. Sesuai dengan sos yang disediakan berkrim dan sangat disukai oleh kanak-kanak. Kemudian yang meat & greet tu lebih kepada buger dengan diapit oleh wafer. Patty dihasilkan sendiri sebab tu tebal dan besar. Ini sesuai untuk yang nak makan sewaktu dalam perjalanan sebab konsep'Grab & Go'.


Roti Goyang - RM7.00

Mulai minggu lepas kat sini juga menyediakan juadah untuk sarapan pagi. Jadi orang yang berhampiran boleh nikmati konsep sarapan English style sikit dimana kat sini ada 3 menu sarapan pagi utama iaitu Omelette Toast, Cinnamon Toast dan juga yang orang Malaysia suka adalah Roti Goyang semua harga RM7.00 sahaja. Semua sarapan ni kalau korang order akan dapat sekali 'Hot Espresso'. Boleh free flow dengan kopi kampung bukan Espresso tau hehehe.  
Green Tea Latte Viral - RM5.50, Ajushi Milk Tea Viral - RM7.00 dan Teh Puaka JB Viral - RM5.50


Kalau makan tak ada minum tak sah jugakan kat sini mereka ada minuman istimewa mereka sendiri iaitu Green Tea Latte Viral, Ajushi Milk Tea Viral dan juga Teh Puaka JB Viral. Ketiga-tiga ni korang memang kena cuba lain dari tempat lain. Paling best adalah Ajushi yang ada Boba kat dalamnya dihasilkan sendiri tau. Tak perlu baris panjang sini pun dah ada yang viral dan sedapkan. 


Konsep kafe ini bagi Maha mereka menekankan kepada santai dan juga hiburan dimana dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu tempat untuk mereka yang kaki game boleh main video game  sepuasnya dengan hanya RM18 untuk dua jam. Ada juga bahagian layan diri dimana korang hanya beli mee segera dalam cup kat kaunter dan korang masak sendiri mee tu dengan bahan tambahan yang disediakan. Selalu student sukalah bila time belum masuk pinjaman lagi wakakaka.


Sebab kata boss sini ramai pelanggan mereka terdiri daripada golongan student sebab kat sini juga ada sediakan wifi percuma dan siaran TV. Jadi boleh order minuman dan online sampai pengsan. Tapi bila lapar orderlah makanan sekali hehehe. Konsep ini sangat menarik tak sia-sia Maha datang jauh-jauh dengan kawan-kawan untuk makan di sini. Korang yang rasa nak cuba juga boleh datang sebab kafe ini buka setiap hari kecuali hari Jumaat tutup



Sekarang mereka start buka seawal pagi, jadi waktu operasi tu dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari untuk sarapan dan tutup sekejap kemudian buka semula dari pukul 3.00 petang hingga 10.30 malam untuk makan malam. Kalau korang nak buat private function juga ada ruang khas untuk majlis seperti hari jadi, reunion dan macam-macam lagi lah. Maha nak mark kafe ini tempat korang wajib cuba ok. Nanti dah cuba komen sini ok. Selamat menjamu selera semua.

Layari laman social media untuk sebarang update terkini kafe ini :

Alamat : Ristech Cafe
               C29-1, Jalan Pusat Niaga 1,
               KLIA Kuarters Business Centre,
               71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 019-2969306

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





Kenapa Maha Suka Asam Pedas Melaka Letops Hawow

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha kalau nak cari Asam Pedas sedap mesti kena turun ke Melaka kerana Asam Pedas sana jer yang kena dengan tekak ni. Tapi kalau setiap hujung minggu nak kena turun sana untuk makan Asam Pedas parak juga mahal lagi kos pergi balik daripada harga Asam Pedas tu.

Nasib sekarang ni Maha tak perlu lagi nak travel jauh-jauh untuk nikmati Asam Pedas Melaka sebab dah ada usahawan Melayu yang menyediakan lauk masakan sebijik macam dari Melaka ni. Maha tahu ni pun sebab cari kat Facebook jumpa page mereka iaitu Asam Pedas Melaka Letops Hawow. Nama pun dah letop rasa mesti lagi letopkan. 

Bestnya kerana mereka ada dua jenis lauk iaitu Asam Pedas Ikan Pari dan Asam Pedas Ikan Kembung. Harga pula untuk ikan pari RM7 sebungkus dan yang ikan kembung RM6 sebungkus. Bukan sahaja dapat lauk dan nasi putih tapi akan dapat sekali dengan telur masin dan juga sayur kobis goreng.

Jadi set mereka ni lengkap lah memang cukup sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam. Kalau korang tanya Maha dari segi rasa Maha boleh bagi full mark kat tukang masak ni kerana Asam Pedas mereka cukup rasanya pedas ada dan juga masam. Kalau sekali makan tu memang korang boleh berpeluh satu kepala kerana rasa kepedasan kuahnya. Dalam kuah tu pula mereka tak kedekut letak lagi kacang bendi, tomato dan juga daun kesum yang menaikkan lagi aroma makanan tradisi ni.


Bagi Maha lauk dan kuah yang diberikan tu sangat banyak tak kedekut punya tokei. Ikan bersaiz besar kalau tengok ikan pari tu boleh makan dua orang dengan kuah yang banyak. Ikan kembung tu pula seekor yang saiz besar bukan anak ikan diletak dalam tu yer awassss. Kalau tak habis kuah Asam Pedas ni Maha tak buang akan simpan dalam peti sejuk dan boleh dipanaskan untuk hari esok makan pula dengan roti canai perhh terangkat.

Cuma syarat mereka letak kalau nak makan untuk tengah hari korang kena order sebelum pukul 8.30 pagi hari yang sama atau lebih selamat korang order sehari sebelum nak makan. Begitu juga untuk makan malam kena order awal sekurang-kurangnya sebelum pukul 2.30 petang hari sama. Ini kerana nak jaga kualiti sebab mereka akan masak ikut order. Tempat pula kena minimum 2 bungkus baru mereka akan hantar ke tempat korang dengan kos penghantaran dikira mengikut jarak dan juga kawasan korang nak mereka hantar. 

Hari tu masa Maha order kos penghantaran RM5 sahaja sebab dekat tak silap Maha mereka punya dapur kat Cheras. Kalau korang nak senang order banyak sekali seperti satu pejabat biar banyak kerana kos penghantaran mereka kira sekali jer. Juga kalau korang buat majlis seperti doa selamat ker, Majlis Tahlil ker atau Majlis Pertunangan yang perlu makanan mereka boleh sediakan untuk kuantiti yang banyak dan hantar sekali. Setakat ni yang mereka hantar area Cheras, Ampang, Hulu Langat dan yang berhampiran termasuk KL. 

Maha babel panjang pun tak guna kalau korang tak rasa sendiri nanti kata nak jual produk lak. Tapi Maha cerita ni base on apa yang Maha rasakan dan alami sendiri. Kongsi untuk kegunaan korang juga mana tahu ada yang mengidam nak Asam Peda Melaka. Maha pun dah repeat order sebab sedap dan puas hati dengan masakan mereka. Siapa yang dah cuba nanti kongsi pengalaman korang kat sini. Kalau ada makan sedap-sedap macam ni boleh roger Maha mana tahu boleh order dan kongsi cerita kat blog hehehe.

Kalau korang nak order juga boleh ke laman sosial media atau whatsapp kat sini :
Tel/Whatsapp : 012-9987658





   

Food Carnival Di LuLu Hypermarket & Department Store Tawar Potongan Sehingga 70%

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak share ngan korang satu tips yang berguna kalau nak shopping kat LuLu Hypermarket & Deparment Store. Pastikan korang datang atau beli time mereka buat promosi kerana pada waktu itu harga barang memang sangat murah. 

Macam sekarang ni mereka tengah mengadakan promoi 'Food Carnival' yang telah bermula dari 19 Julai hingga 31 Julai 2019. Kalau time promosi macam ni memang korang boleh bandingkan harga yang jual kat pasaraya biasa dan juga kat sini jauh berbeza. Itu yang selalu Maha amalkan bole beli belah kat pasaraya yang begitu popular kat Timur Tengah ni. 



Baru-baru ini Maha ada pergi time pembukaan cawangan baru pasaraya LuLu Hypermarket 1 Shamelin Mall. Time tu memang dah murah sebab untuk meraikan pembeli sempena cawangan baru. Tak sampai beberapa hari jer mereka buat lagi promosi karnival makanan ini. Kalau korang datang ker pasaraya ini nampak sahaja logo karnival kat mana-mana item atau barang yang terlibat memang harganya dijamin murah.




Food Carnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada tarikh 19 Julai 2019 baru-baru ini. Pada majlis tersebut juga telah diadakan acara pemotongan Giant Cake tanda simbolik perasmian. Manakala pada tanggal 31 Julai 2019 nanti pula akan diadakan acara memotong Big Pizza di cawangan LuLu Hypermarket Capsquare tanda penutupan kenival ini.







So sepanjang 13 hari karnival ini berlangsung, korang boleh nikmati tawaran hebat untuk pelbagai produk ready-to-eat dan makanan yang berkaitan dengan promosi. Korang juga boleh pergi bahagian Hot Food dimana ada banyak jenis makanan disediakan untuk dinikmati seperti masakan tempatan, masakan Arab, masakan India, masakan Oriental serta pencuci mulut yang lazat, cookies dan jus.





Korang boleh rujuk jadual makanan yang disediakan ini untuk nikmati makanan berbeza setiap minggu.
9 - 21 Julai 2019   - Jus & Salad
22 - 24 Julai 2019 - Briyani
25 - 27 Julai 2019 - Shawarma & Pizza
28 - 29 Julai 2019 - Beras & Mie
30 - 31 Julai 2019 - Grill & Kebab 

Selain daripada bahagian masakan panas, ada juga produk kat bahagian keperluan dapur yang tersenarai dalam promosi ini. Pentingnya korang kena tengok ada jer logo Food Carnival ni harga barang tu mesti adaa diskaun giler-giler. Antara barang yang Maha tengok dan sempat beli hari tu seperti produk Maggi, Milo, Corn Flake, coklat, produk sejuk beku, roti, susu, dan banyak lagi lagi nak senarai satu-satu memang penuh kat sini.







Ada juga barang kat bahagian peralatan dapur dan elektrik serta elektronik yang tersenarai dalam promosi ini juga. Paling Maha terkejut adalah produk elektrik AirFryer jenama Philips sangat murah yer hanya RM389 sahaja. Banyak lagi lah barang dapur seperti periuk, pinggan mangkuk, tv, oven juga termasuk dalam promosi ini. 




Semua item yang tersenarai dalam promosi karnival kali ini ada potongan sehingga 70% jadi memang ia dijamin termurah yang pernah korang jumpa. So tinggal beberapa hari sahaja lagi ni sebelum promosi ni tamat korang kena cepat rebut harga runtuh kat LuLu Hypermarket ini. Nanti lepas ni mereka akan buat promosi lain lak item lain lak yang terlibat. 



Bagi merancakkan lagi karnival ini LuLu juga menganjurkan beberapa aktiviti untuk pelanggannya yang datang beli-belah kat sini. Macam hari tu ada masa Maha datang ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan Briyani, pertandingan Resipi memasak, pertandingan hiasan Kek dan banyak lagi. Korang juga boleh join semua aktiviti itu selain daripada datang membeli belah sahaja.


Pada tahun ini Lulu menganjurkan Peraduan Dream Drive yang bermula dari 1 Mei hingga 1 September 2019 ini. Tahun ni hadiah lagi hebat iaitu merupakan 2 buah Proton X70 sebagai Hadiah Utama bersama-sama dengan hadiah yang lebih menarik seperti Apple iPhone 7+, TV LED UHD dan Baucar Hadiah LuLu.






Apa yang perlu korang buat untuk layak sertai peraduan ini adalah dengan berbelanja di LuLu Hypermarket sebanyak RM75 dan ke atas dalam satu resit tunggal semasa tempoh peraduan. Kemudian pergi kaunter utama dan dapatkan kupon cabutan bertuah. Lepas tu isikan maklumat lengkap dan masukkan ke dalam kotak undian sangat mudahkan. Dah lah beli sekarang ni dengan harga murah pastu boleh masuk peraduan lagi menang hadiah. 

Masa Maha pergi beli barang hari tu kat sini memang boleh penuh satu troli. Sebab harga sangat berpatutan bila Maha compare dengan kat luar sana. Rasa macam nak pergi lagi minggu ni sapa nak pergi shopping jom kita beli-belah di LuLu Hypermarket & Department Store ni. Semoga beli-belah korang penuh kegembiraan dan si suami senym lebar jer nak bayar hehehe. Selamat beli-belah semua.

Nak tahu item yang terlibat dan harga barang tersebut korang boleh layari di sini :








Absolutely Halal Malaysia (AHM) Adalah Ekspo Halal Bagi Seluruh Rakyat Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini sepanjang cuti Sabtu dan Ahad lepas sempat pergi ker Absolutely Halal Malaysia di Mid Valley Exhibition Center. Korang untung sebab dapat pergi satu event julung kalinya diadakan di Malaysia anjuran Idea Max Event (M) Sdn Bhd. Bagi Maha ia adalah satu ekspo jualan dan juga promosi produk Halal yang berjaya.

Semua orang tahu yang Halal ini bukan sahaja tertakluk kepada makanan dan juga minuman tetapi juga ia adalah satu skop yang luas. Sebab sekarang ni produk kesihatan, produk kosmetik dan banyak lagi perlu kepada Halalan Toyyibah. Industri Halal ni bukan sahaja kat Malaysia malah kita tengok sendiri bawah Jepun telah menerokai Halal untuk diperkenalkan di sana sempena dengan cara sukan dunia Olimpik 2020 nanti. 


Jadi kita sebagai sebuah negara Islam kenapa tidak buka peluang ini lebih luas kerana Halal untuk semua orang tak kira bangsa, agama dan peringkat umur. Itu yang membuatkan penganjuran Absolutely Halal Malaysia edisi pertama yang berlangsung dengan meriah sepanjang 26 hingga 28 Julai 2019 lepas. Maha adalah salah seorang yang hadir kat sana kerana ini adalah peluang untuk ketahui produk Halal yang ada seluruh Malaysia.




Banyak rupanya semasa Maha sampai tu penuh MVEC tu dengan lebih kurang 280 buah booth dari syarikat dan produk yang berbeza. Memang waktu tu korang jalan tak tahu mana satu nak cuba dan beli. Selama 3 hari ekspo tu berlangsung dianggarkan lebih kuranglah dalam 80,000 orang yang hadir. Bukan sahaja orang Islam malah orang bukan Islam pun turut sama nak ketahui dan dapatkan produk Halal ni.



Meraka tahu Halal bukan untuk orang Islam sahaja tapi ia adalah lambang kepada kebersihan dan kesempurnaan sesuatu produk itu. Kat situ ada produk tempatan dan juga produk makanan antarabangsa yang dipamerkan dan dijual sepanjang ekspo itu berlangsung. Antara booth yang sempat Maha singgah adalah Malaysia Palm Oil Council iaitu badan yang mempromosikan pengembangan pasaran minyak sawit Malaysia dan produk dari minyak sawit. 




Ala contoh paling mudah adalah korang boleh tengok jenama seperti Saji, FGV, Carotino dan banyak lagi tu semua produk dipantau oleh MPOC. Jadi kita boleh ketahui dan juga belajar untuk 'Sayangi Sawitku' itu saranan kerajaan sekarang. Selain itu juga, masa ekspo tu antara booth makanan tempatan yang Maha sempat singgah seperti Omnomnom Mochi, kemudian ada D'Heritage Brand iaitu pengeluar produk Sardin Viral, ada juga booth Otak-Otak, kalau korang suka sushi ada booth sushi anak tempatan iaitu SushiKa, suka Dim Sum atau kuih Pau ada booth D'era Pouch, MZ Nusantara ada jual Popiah Krup Krap dan banyak lagi lah.






Kemudian Maha tertarik dengan booth dari produk antarabangsa juga yang membawa semua produk Halal mereka seperti KMT iaitu satu syarikat Korea yang membawa produk dari sana untuk rakyat Malaysia. Antara produk yang popular seperti Pepero, Binggrae Banana Milk, Shin Ramyun dan banyak lagi lah. Lepas tu pergi booth Nutrigold ada pelbagai produk minuman kopi dan juga coklat, Skylength ada jual pelbagai produk mee segera yang Halal dan banyak lagi booth.






Juga ada satu kawasan dipanggil Murah Zone yang mana bagaikan sebuah supermarket yang ada segala barang makanan dan pelbagai produk Halal yang dijual jauh lebih murah daripada pasaran kat luar sana pada masa ekspo ini berlangsung sahaja. Dekat situ sahaja Maha berbelanja banyak sangat memang semua murah dan best banyak pilihan untuk kaki makan macam Maha ni lah.






Banyak lagi sebenarnya aktiviti sepanjang berlangsungnya Absolutely Halal Malaysia ini seperti demo masakan oleh chef terkenal, sesi bertemu dan beramah mesra dengan selebriti terkenal tanah air, sesi cabutan bertuah, goodies bag istimewa dan banyak lagi. Puas hati masa Maha pergi sana yang syok lagi tak perlu bawa cash kerana ada sediakan bayaran melalui Maybank QRPay dan ada diskaun lagi kalau guna aplikasi tu. Next time kalau ada lagi event macam ni mesti kena pergi wajib. Nanti ada lagi Maha inform pada korang semua ok. 

Korang boleh follow sosial media AHM ni untuk tahu sebarang maklumat lanjut: 



  


Malaysia Coffee Fest 2019 - Arissto Membawa Nikmat Kopi Itali Sebenar

$
0
0

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Secara jujur Maha bukan coffee lover tapi kalau setakat nak minum secawan tu boleh lah bukan selalu atau setiap waktu. Itu sebelum Maha mengenali Kopi Arissto ni lah. Firstime kenal jenama Arissto ini adalah semasa mereka mengadakan majlis The Birth Of Arissto Tea awal bulan Julai juga. Waktu tu baru tahu ada jenama kopi dan teh yang berasal dari Itali ni.

Waktu tu dah jatuh cinta pada mereka punya produk baru iaitu teh memang kena dengan selera tekak Maha ni. Pulak tu ada pelbagai kapsul untuk teh ini yang korang boleh hasilkan mengguna mesin tekanan tinggi mereka. Rupanya mesin tu juga sebelum ini digunakan untuk menghasilkan minuman kopi berkualiti dan terbaik dari Arissto. 
Majlis Pelancaran Teh Arissto 7 Julai 2019


Sejak tu mula jinak-jinak dengan minuman kopi ini dan sedikit demi sedikit belajar macam mana mereka hasilkan kopi yang berkualiti dan juga bagai mana ia menjadi satu minuman kegemaran rakyat Malaysia. Kebetulan pula hujung mingg lepas 25 Julai hingga 28 Julai 2019 telah berlangsungnya Malaysia Coffee Fest 2019 di New Wing 1Utama Shopping Centre. Jadi masa itu lah Maha gunakan untuk terus mendekati jenama kopi ini yang orang kata paling berbaloi kalau di ambil.



Masa kat pesta selama 4 hari tu satu hari Maha habiskan masa kat booth Arissto. Nak ketahui tentang produk dan juga pakej yang mereka tawarkan. Percaya atau tidak korang bahawa Arissto adalah satu-satunya jenama kopi antarabangsa yang menyediakan pakej sewa peralatan untuk membancuh kopi ini serendah RM1 sebulan. Mesin mereka tu menggunakan teknologi stim tekanan tinggi Itali Espresso dan membangunkan Presso untuk menghasilkan kopi paling pekat dan likat.




Arissto telah melancarkan pakej ini yang membolehkan semua pemegang kad kredit dan kad debit menikmati mesin kapsul Itali yang inovatif. Yuran ini juga merangkumi semua yuran perkhidmatan dan penyelenggaraan untuk mesin kopi, jadi korang boleh menikmati kopi terbaik tanpa rasa bimbang. Juga paling best tanpa terikat dengan kontrak dan bila-bila masa sahaja korang boleh hentikan langganannya. 


Kalau nak mudah korang boleh tengok jadual ini dimana ada peberapa pakej yang ditawarkan oleh Arissto iaitu untuk langganan sebagai Member, VIP dan Gold. Korang hanya perlu untuk langgan 20 kapsul secara bulanan sahaja. Contoh korang ambil pakej member biasa satu kapsul jatuh RM2.16 dan darab dengan 20 kapsul jadi RM43.20 campur dengan mesin bulanan hanya RM1 jadi mereka akan tolak dalam akauan anda hanya RM44.20 sebulan. 


Kalau nak tahu lanjut korang boleh contact ejen mereka yang ada kat serata Malaysia. Mereka boleh bantu korang untuk keterangan lebih lanjut pasal pakej-pakej ini. Maha hari tu dengar sendiri baru faham dan jelas tentang pakej ini. Mereka ada juga pakej untuk langganan koporat atau yang nak letak kat pejabat bagi staff minum kopi setiap hari pun ada. Dengan harga yang istimewa dan menarik kalau korang rasa jenama lain agak membebankan. 



Kalau korang tanya tentang jenis kapsul kopi atau teh yang Arissto ada mereka memang ada banyak rasa. Kalau kopi mereka ada beberapa jenis kopi antaranya iaitu Amico, Luna, In Love, Sunrise, Lonely, Passion, Choco dan Coffee Milk. Semua ni boleh buat dengan menggunakan mesin Arissto tersebut. Kalau peminat teh pula mereka ada beberapa rasa juga seperti Prince, Princess, The Queen, The King dan Earl. Semua ni korang memang kena cuba sendiri kalau korang datang masa pesta hari tu memang boleh cuba semua kopi dan teh Arissto ni secara percuma ok memang puas minum.

Tu lah untung kalau ada pesta macam hari tu kena datang terutama pecinta kopi dan teh sendiri. Dapat cuba dapat tahu tentang kepelbagaian jenis kopi. Arissto ini adalah salah satu yang menarik bagi Maha bukan sahaja pakej tapi juga kualiti minuman mereka. Kalau nak info lanjut boleh layari laman web dan sosial media mereka seperti di bawah ok. 









Bulan Julai Pesta Makan Durian Yang Mengiler

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah Maha lama mengidam nak makan durian paling mahal kat Malaysia ni malah tak terlebih kalau Maha cakap Durian Musang King adalah yang paling mahal di dunia. Gilerr tak statment tu memang pun kerana negara luar seperti China sanggup import Durian terbaik daripada Malaysia.

Hajat Maha tu kesampaian juga kerana dapat jemputan untuk menikmati dua pesta Durian sekali dalam bulan Julai ini sahaja. Bak kata pepatah 'Orang Mengantuk Disorongkan Bantal' memang bertambah-tambah lagi lah sukanya dapat makan Durian. Pertama Maha makan kat Desa ParkCity Durian Carnival dan yang kedua pula kat  KenDURIAN di SS2 Petaling Jaya. Jom Maha kongsi detik indah dan penuh dengan Durian kat sini ok.

Desa ParkCity Durian Carnival


Karnival Durian ini telah berlangsung dengan meriahnya pada 19 hingga 21 Julai 2019 yang lepas. Masih terasa lagi kesedapan makan Durian pelbagai jenis yang ada kat sana. Karnival ini adalah anjuran Dulai Fruit Enterprise dengan kerjasama Durian Hill memang meriah. Ini kerana semua stock Durian dibawa terus daripada Pahang ke karnival ini untuk dinikmati segar.



Masa hari tu mereka buat konsep kupon dimana pengunjung boleh beli awal dengan nilai kupon RM68 dan dapat nikmati 1 bekas berisi 5 jenis isi durian iaitu Musang King, D101, D24, D13 dan Durian Kampung. Kemudian dapat pula Durian Daifuku, Durian IceCream, Durian Paratha, minuman Calamansi Juice atau Coconut Fresh serta goodies beg dan hadiah misteri.



Hari tu juga tetamu yang datang kalau rasa nak nikmati Durian lebih lagi boleh beli terus dengan harga RM58 sekilo untuk Durian Musang King serta RM38 sekilo untuk Durian IOI. Boleh makan puas-puas dan juga bawa balik sekali. Selain tu juga ada jualan booth kat dalam kemah yang dibangunkan di kawasan parking Plaza Arkadia ni. 




Masa ini memang meriahlah dapat makan Durian walupun tak banyak tapi tetap puas hati. Terima kasih organizer kerana jemput orang yang gilerr makan Durian macam Maha ni hehehe. Nanti kalau ada lagi tahun depan jangan lupa jemput lagi tau mesti datang punya wakakaka.  


KenDURIAN Daripada Maybank QRPay


Ini pun satu lagi pesta Durian yang Maha pergi baru lagi berlangsung pada 26 hingga 28 Julai 2019 bertempat di parking SS2 Petaling Jaya. Sebelum ini Maha dah pernah pergi KenDURIAN anjuran Maybank ini pada tahun 2017 masa tu mereka buat kat Durian King @ TTDI kalau siapa masih ingat lah. Kali ini mereka anjurkan lagi dengan lebih meriah dan lebih besar denang begitu banyak Durian pelbagai jenis.




Tapi kat sini Durian mereka lagi murah gilerr ok sangat-sangat berbaloi mereka yang dah datang beli kat sini. Kalau Durian Musang King Gred AA harga sekilo RM35 sahaja, Durian Musang King Gred A harga sekilo RM20. Durian lain pun ada harga RM15 sekilo untuk Durian D24, Durian Udang Merah dan D101. Jadi korang rasa tak melecur satu badan kalau dapat makan Durian sedap macam ni.





Kat sini konsep mereka pengguna yang ada Maybank QRPay boleh dapat harga seperti yang dinyatakan kerana segala pembelian tidak secara cash tetapi melalui aplikasi. Hari tu memang Maha balik rumah panas dan pening kepala sebab makan Durian banyak sangat. Ini sahaja masa dapat makan Durian yang sedap dan berjenama macam ni kalau nak beli kat luar memang mahal giler.



Sekali lagi Maha nak ucapkan terima kasih kepada Maybank kerana sudi jemput datang makan Durian kat sini harap next time ada buat lagi muka ni jangan lupa jemput pasti tak akan mengecewakan hehehe. Korang kalau ada tempat Durian yang best dan murah boleh rekmen mana tahu Maha boleh terjah sana pulak kan. Ok terima kasih semua selamat menjamu Durian ok.








Menjadi Panel Jemputan Untuk Program Assalamualaikum TV AlHijrah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha sudah berada dalam dunia blog ni sejak dari tahun 2010 lagi sehingga ker sekarang kerana korang juga pembaca blog Maha dan juga mereka yang masih tetap percaya kepada blogger tua ini hehehe. 

Sebenarnya nak cerita pasal pengalaman yang bermakna bila dapat jemputan untuk menjadi panel program tv. Sebelum ini ada juga tapi untuk rancangan rakaman cuma yang ini lain sangat kerana ia secara langsung. Pulak tu ia adalah program bual bicara tapi nasib secara santai dan relax jer kalau yang formal mati lah nak menjawab.



Kalau kawan-kawan yang dah tonton secara langsung pada tarikh 27 Julai 2019 hari Sabtu jam 8.00pagi hingga 10.00pagi di TV AlHijrah terima kasih Maha ucapkan. Kalau yang tak berkesempatan nak tonton Maha ada sediakan video yang telah dimuat turun dalam channel youtube Maha kat sini. Ini pun satu pengalaman buat pertama kalinya menjejakkan kaki kat stesen TV AlHijrah ni. 


Program ini bernama Assalamualaikum membincangkan tentang tajuk "Ada Apa Dengan Minuman Viral"bersama pengacara Fadzil Aziz dan Bella Yunus. Siapa yang selalu tonton dah biasa dengn program ini. Selain daripada Maha ada dua lagi panel jemputan yang memang hebat dalam dunia masing-masing iaitu Syedot ASMR seorang Youtuber yang suka buat video makan sedap-sedap, kemudian ada pula youtuber fesyen popular Nisa Kay. Maha jer yang suam-suam kuku kat situ hehehe rasa malu jer.



Tapi ia satu pengalaman yang sangat seronok dan jarang boleh dapat sebab tu Maha terima tawaran tu. Mungkin lepas ni lebih ramai lagi yang nak jemput masuk tv wakakaka. Nak jadi pengacara tak ada pengalaman dapat jadi panel macam ni pun ok lah. Sebelum ni kalau korang nak tengok Maha ada jadi juri dalam program tv serta juga memasak dalam tv. Nanti korang check kat Youtube maha ok. 


Sekali lagi nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi bagi peluang macam ni penerbit tv, pengacara dan juga barisan artis-artis. Paling penting adalah anda pembaca blog Maha yang sentiasa sokong blog makan ni ok. Maha akan terus menulis kat sini untuk korang semua.  







DIN By DIN TAI FUNG Membawakan Makanan Istimewa Dari Taiwan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran makanan popular dari negara Taiwan. Kalau korang sukakan Dumpling atau pau kat sini lah tempatnya. Restoran Din by Din Tai Fung 'No Pork'atau tanpa kinzir korang boleh lihat pada singboardnya. Maha cakap terus terang restoran ni tidak dapat pengiktirafan Halal kerana mereka menyajikan minuman beralkohol kepada pelanggan yang bukan beragama Islam.

Tapi dari segi makanan semuanya daripada sumber dan pembekal yang mempunyai persijilan Halal. Pekerja mereka juga ada yang terdiri daripada orang muslim. Sebab itu Maha berani masuk untuk cuba makan kat sini.  Restoran ini menyediakan masakan yang begitu popular daripada Taiwan tapi diolah mengikut citarasa tempatan kerana orang kita suka kepada kepedasan dan juga pelbagai rasa betul tak.





Kat sini memang begitu popular dengan mereka punya Xiao Long Bao atau dikenali dengan bun yang dikukus dalam bekas buluh. Hari tu Maha sempat cuba mereka punya dumpling popular iaitu Sambal Chicken Xiao Long Bao dan juga Chicken Xiao Long Bao. Makanan ni kena makan waktu ia panas dihidangkan ke atas meja jangan biar lama memang nanti rasa lain. 
Chicken Xiao Long Bao - RM17.00 (6pcs)

Sambal Chicken Xiao Long Bao - RM24.50 (6pcs)


Cara nak makan pun ada skill juga tau dimana mereka akan sediakan hirisan halia dan korang kena campurkan bersama dengan soya sos dan cuka yang disediakan diatas meja. Lepas tu baru korang celupkan bun tu kedalam sos tadi dan makan. Hati-hati ketika makanan kerana mungkin ia panas kalau pecah dalam mulut. Di situlah kemahiran anda akan diuji untuk makan hehehe. Tapi Maha bedal jer masuk dalam mulut kunyah pelahan-lahan dan nikmati memang terangkat.
Chocolate Xiao Long Bao - RM17.00

Mini Larva Custard Bun - RM16.60 (4pcs)


Unik kat sini mereke juga ada Chocolate Xiao Long Bao memang pekat isi coklatnya hehehe tu Maha boleh makan habis seorang 6 biji sekali mengadap sahaja. Semasa order korang boleh pilih nak set tu datang dengan 6 biji atau juga 10 biji kalau yang makan beramai-ramai. Hari tu juga Maha ada order pau yang ni memang kegemaran ramai iaitu Mini Larva Custard Bun dimana isi dalamnya adalah Salted Egg yang mengcair bila digigit atau dipecahkan.
Chicken Sup - RM24.50

Chicken Chop & Shrimp Fried Rice - RM45.30

Selain itu juga korang boleh order menu sampingan lain yang ada kat sini seperti Chicken Sup dengan herba, kemudian Chicken Chop & Shrimp Fried Rice yang pedas sebab tu nampak merah sikit nasi tu. Ada juga sayur-sayuran yang enak seperti Organic Pea Sprout with Shredded Chicken serta sayur paling Maha suka iaitu Shimeji Mushroom with Salted Egg iaitu cendawan yang disalut dengan telur masin dan digoreng rangup best giler.
Organic Pea Sprout with Shredded Chicken - RM32.10

Shimeji Mushroom with Salted Egg - RM32.80

Lupa lak nak cite yang orang Taiwan memang makan timun sebagai mereka punya pembuka selera sebeb tu kat sini mereka ada sediakan Spicy Pickled Cucumber yang diolah lebih kepada selera orang Malaysia ada pedas-pedas sikit. Bukan timun jeruk tau tapi ia memang timun segar kalau makan rasa kerangupan timun tu lagi.
Spicy Pickled Cucumber - RM14.70


Kalau minuman pula kat sini korang kena cuba mereka punya teh kerana ia adalah teh asli Taiwan dan memang rasa sangat menarik. Maha hari tu order Pu Er Milk Tea with Grass Jelly iaitu teh dengan susu dan satu lagi tu pula Sparkling Green Apple Juice untuk kesegaran. So puas makan panas-panas kena dengan air sejuk rasa lega sangat tekak ni huhuhu.
Pu Er Milk Tea with Grass Jelly - RM17.00 & Sparkling Green Apple Juice - RM17.00

Bagi Maha keseluruhan makanan kat sini memang memberi kelianan bukan sahaja rasa tapi pilihan yang ada. Kalau selalu kita makan nasi dan juga lauk sekali-sekala makan macam ni pun boleh kenyang dan juga sihat sebab ia dikukus. Mana tahu nak ubah selera boleh lah cuba restoran ini dan try makanan yang lain juga.



Korang jangan salah masuk restoran lak tau kena tengok ada tulis Din by Din Tai Fung. Dekat Malaysia ni hanya ada empat cawangan sahaja iaitu satu kat aras 4 Suria KLCC, kedua kat Johor Bahru Mid Valley Shoutkey, ketiga kat aras 3 Nu Sentral yang Maha makan ni dan juga akan dibuka nanti hujung tahun kot kat KLIA. Restoran ni dah ada banyak cawangan seluruh dunia dan memang cukup terkenal lah. 

Suasana restoran ni pun sangat menarik dengan dekorasi seperti mana restoran di Taiwan. Kat depan pintu masuk pula korang boleh tengok pekerja mereka menyediakan pelbagai jenis bun dan dumpling secara tradisi menguli dan juga menyediakan inti sehingga kepada mengukus. Kalau ada masa nanti Maha nak datang makan lagi kat sini nak cuba menu yang lain pulak. Kalau korang rasa nak cuba juga why not masuk jer dan mereka akan layan korang dengan mesra. 

Lokasi : Lot 3.05 Level 3 NU Sentral
Facebook : https://www.facebook.com/Din-by-Din-Tai-Fung-Nu-Sentral-708235806292318/
Waktu operasi : 10.00pagi hingga 10.00malam

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5






Ayam Bakar, Kambing Bakar Dan Daging Bakar Di Restoran Dapor Terbakor Kota Damansara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masa untuk makan lagi hehehe kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran bakar. Di mana kat sini korang boleh dapat pelbagai menu bakar-bakar seperti Ayam Bakar, Kambing Bakar dan juga Daging Bakar. Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Dapor Terbakor yang terletak di Jalan PJU 5/20D Kota Damansara

Restoran ini adalah konsep masakan daripada Utara tanah air ada banyak lagi selain daripada bakar-bakar ni. Tapi main dish mereka sini yang ini lah. Dibakar segar dan terus di tempat yang disediakan dengan cara tradisional. Lepas tu dihidang panas-panas dan sedap kalau dinikmati dengan sos istimewa mereka. 
Set Bakar Utara (Ayam RM9, Daging RM10 dan Kambing RM14)

Kalau yang memang kaki 'Ratah'lauk hidangan ini sangat sesuai untuk makan bergitu sahaja bagi mereka. Tapi kalau Maha suka makan denga nasi baru puas hehehe. Selain itu juga kat sini ada set seafood bakar juga seperti Ikan, Udang dan Sotong. Harga bakar-bakar kat sini semua tetap mengikut set. Semua Set Bakar Utara ini dihidang bersama dengan nasi sekali ok lah tukan.
Siakap 3 Rasa - RM25

Selain daripada bakar macam Maha cakap tadi kat restoran ini ada menu seperti Set Masak 3 Rasa. Hari tu kami order Siakap 3 Rasa RM25 sahaja. Besar juga ikan ini kalau korang tengok ni boleh makan untuk empat orang kot hehehe. Dari segi rasanya sangat sedap tak terlalu pedas dan juga cukup semua tiga rasa yang kita nak itu manis, masin dan masam lengkap.
Set Butter Milk (Ayam RM9 dan Udang RM11)

Kalau yang nak lebih berlemak berkrim korang boleh order Set Butter Milk. Ada pilihan korang nak Udang Butter Milk atau juga ada Ayam Butter Milk. Tengok kuah butter yang pekat dan memikat sedapnya meleleh kalau makan dengan nasi. 
Set Tomyam Ayam
Sayur Pak Choy Masak Tiram

Melengkapi lagi makan tengah hari kami hari tu kami order pula Set Tomyam. Orang Malaysiakan suka makan nasi berkuah jadi kami order Tomyam Ayam ini sangat sesuai untuk makan kalau order sekali dengan bakar-bakar tadi. Makan nasi juga kena ada sayur kat sini korang boleh order Sayur Pak Choy Masak Tiram.
Mee Kuah Udang - RM20

Mee Kuah Gearbox - RM20

Bagi mereka yang nak kurang makan nasi boleh juga cuba Set Mee Kuah Utara. Dalam set itu ada pilihan dimana boleh order yang suka makanan laut iaitu Mee Kuah Udang manakala yang nak gearbox pun ada iaitu Mee Kuah Gearbox. Korang boleh tengok sebesar alam udang dan juga gearbox tu puas korang nak hirus sum-sum dalam gearbox tu kan. Udang pula banyak dan tidak kedekut langsung.



Mee Kuah ni sedap sebab kuahnya pekat dan juga cukup rasa orang utara punya style masakkan. Nasi kat sini ada dua jenis yang korang boleh pilih iaitu nasi putih atau nasi ada warna kuning sikit sebab ada rempah macam nasi ayam kot. Jadi korang rasa tergugat tak nak makan kat sini boleh cuba semua menu mereka ada banyak lagi tak sempat nak tulis semua. Restoran ni buka setiap hari jadi korang boleh datang cuba bila-bila masa untuk makan tengahari atau makan malam. Selamat mencuba dan menjamu selera ok semua.

Info lanjut tentang restoran Dapor Terbakor layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5








Tahniah Lost World of Tambun Cipta Sejarah Dalam Asia Book Of Records

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pada hujung minggu lepas Maha dapat jemputan daripada taman temaLost World of Tambun yang mana baru-baru ini diumumkan sebagai Top 10 Water Park paling ramai pengunjung di Asia Tenggara. Kali ni nak meraikan satu lagi kejayaan yang berjaya dicapai di sini.  

Maha nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada Lost World of Tambun Perak kerana telah diumumkan sebagai pemegang rekod dalam Asia Book Of Records (ABR) melalui pencapaian 'Most Expansive Ice Sculpture'baru-baru ini. Detik sejarah itu telah diumumkan pada tanggal 3 Ogos 2019 oleh wakil daripada Asia Book of Records disaksikan bersama Pengurus Besar Lost World of Tambun, En Nurul Nuzairi Mohd Azahari dalam acara penuh gilang gemilang ini.
En Nurul Nuzairi Mohd Azahari selaku Pengurus Besar Lost World of Tambun



Bagi mencapai kejayaan ini beberapa kateria yang diambil kira oleh pihak ABR sebelum ia boleh diiktiraf. Diantaranya adalah semua binaan dan juga ukiran ais mestilah sama seperti yang dicadangkan dalam lakaran dan mencapai ketinggian paling kurang 200 kaki



Ukiran ais juga mesti kekalkan bentuknya selama sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 2 jam. Itu adalah cabaran paling hebat yang mereka hadapi kerana nak pastikan arca ais ini kekal selama itu dalam kawasan terbuka dan juga suhu di sana yang tidak menentu sepanjang tempoh mengukir ais yang memakan masa 26 jam untuk semua ukiran siap. 
Chef Tarmizi Ismail dan Chef Sabri Hassan

Ia bukan lah kerja mudah yang boleh dilakukan oleh seorang sahaja tapi melibatkan kerjasama ramai pihak. Ini termasuklah barisan chef profesional iaitu Chef Sabri Hassan, Chef Tarmizi Ismail  dan Chef Harun Jalil bersama dengan 25 pemahat dan 25 orang amatur dibantu oleh 67 orang pelajar Kolej Komuniti Chenderoh. Kalau dapat dilihat arca ais yang telah diukir ini menggambarkan unsur-unsur reka bentuk dan tarikan yang ada di Lost World of Tambun Theme Park sendiri. 




Maha tumpang gembira kerana menjadi sebahagian daripada kejayaan yang dikecapi ini melihat sendiri bagaimana 250 blok ais dan setiap satu seberat 100kg diukir penuh teliti ini tersergam gah di depan mata. Tahniah sekali lagi Maha nak ucapkan kepada Lost World of Tambun Perak kerana telah mencapai tahap rekod Asia yang membanggakan kita seluruh rakyat Malaysia. Bangga kerana kita tahu bahawa Malaysia Boleh!









Aitea By Thaitee Tea Yang Pertama Boleh Di Bancuh Dalam Air Sejuk

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang suka minum air teh dalam rasa yang panas atau sejuk? Kalau Maha suka minum yang sejuk tak kira lah pagi ker atau petang mahupun malam. Selalunya kalau uncang teh ni kena rendam dalam air panas dulu nak keluarkan warna, rasa dan aromanya.

Tapi kali ni Maha jumpa yang pertama seumpamanya iaitu uncang teh boleh dibancuh dalam air sejuk terus. Aitea By Thaitee Tea ini lah teh yang Maha maksudkan tu dan pastinya ia adalah produk minuman ada pengesahan Halal Malaysia tau. Aitea ni ada banyak variasi teh tapi yang Maha dah cuba adalah Sencha iaitu Green Tea dan juga Teh Flower Tea. Sencha atau teh hijau ni yang boleh brew dalam air sejuk terus atau ais suam sangat mudah dan menarik.

Sencha Green Tea


Teh hijau mereka ini telah diproses dengan cara pengasapan selepas ia dikeringkan. Daun teh mereka juga dipilih dari perladangan peringkat tinggi untuk memastikan daun berkualiti dan segar. Menggunakan teknologi "Mengukus" cara Jepun untuk mengekalkan kualiti yang tinggi dalam daun teh tersebut. Kalau korang tengok warna teh yang dihasilkan dekat dengan warna hijau segar semula jadi. Rasa manis sikit boleh minum begitu sahaja atau juga tambah sedikit gula sahaja tau.



Kalau Maha nak minum teh ni akan rendam dulu uncang tu dalam lebih kurang 1-2 minit sehingga keluar warna dan aromanya. Kalau korang minum dengan air panas ia menghasilkan rasa yang lebih kuat dengan aroma panggang. Kalau dengan air sejuk pula bagi Maha sangat sesuai untuk hilang dahaga dalam waktu cuaca yang panas dan tidak menentu sekarang ni.


Harga untuk Secha Green Tea ini hanya RM20 satu kotak yang mengandungi 20 uncangteh dalamnya. Kalau nak jimat korang beli jer dua kotak harganya jadi RM35 sahaja jimat kat situ. Beli kat mana Maha beli online jer kat Facebook Page@Aiteabythaitee. Nanti mereka akan hantar terus ke rumah korang mudah sangat.

Teh Flower Tea


Kalau yang Teh Flower Tea tu pulak dalam satu kotak tu ada pelbagai pilihan rasa korang boleh mix. Macam yang ni ada 5 jenis teh dengan satu kotak ada 12 uncang pada harga RM39.90 sahaja. 5 jenis teh tu korang boleh pilih daripada :-



1) Winter Bloom Tea 
Mengandungi campuran Chrysanthemum, Chrysanthemum Musim Sejuk, Daun Bambu dan Jasmine.Aroma Chrysanthemum dan melati melegakan semangat anda. Rasa manis dan aromatik teh adalah dahaga-quenching dan mempunyai kesan anti-penuaan.


2) Rosy Invitation Tea
Mengandungi campuran Rose dan Osmanthus. Intipati mawar meningkatkan kulit anda sementara bunga Osmanthus menghilangkan nafas dan keletihan dan mengurangkan rasa panas. Teh ini juga boleh mencerahkan kulit anda.


3) Taste of Earth Tea
Mengandungi campuran Buckwheat, Bamboo Leaves dan Osmunthus. Rasa penyegar, wangi dan aromatik dari soba dan Osmanthus akan mengisi mulut anda dengan keajaiban bumi. Teh ini akan menyegarkan limpa dan usus anda, membantu penghadaman anda dan menyuburkan paru-paru anda. 


4) Birth of a Beauty Tea
Mengandungi campuran Red Dates dan Ginseng. Ia mempunyai aroma yang kaya tetapi aftertaste manis. Bahan-bahan meningkatkan peredaran darah dan mempromosikan umur panjang.


5) Essence of Red Tea 
Mengandungi campuran Rose, Roselle dan Black Grapes. Mempunyai aroma bunga ringan tetapi menyenangkan. Bahan-bahan ini membantu mengekalkan kulit wajah, mengurangkan keletihan, menggalakkan metabolisme dan menghilangkan rasa dahaga

Rasa Maha orang perempuan suka yang ni sebab ada bau wangi yang kuat. Bagi Maha dan korang yang sibuk dan juga tiada masa nak bancuh air minuman Aitea ini sangat cepat dan mudahl. Kat office bahagian pantry tu kena ada sekurangnya sekotak senang nak bancuh dan mudah untuk dinikmati. 

Korang juga boleh sertai Mid Autumn Fest Contest yang bermula 2 - 9 Aug 2019 di laman Facebook Page mereka kat sini :-


Kalau nak tempah boleh layari laman Facebook mereka di sini ok:

Hashtag : #aitea #aiteabythaitee







Minum Petang Ala Orang Putih Dengan Scones And Me

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita ni orang Malaysia kalau minum petang mesti ada teh atau kopi bersama dengan Pisang Goreng atau juga Keropok Leko. Itu wajib ada kadang-kadang nak lebih moden sikit mungkin ada yang buat Donuts untuk makan petang bersama keluarga. Sekali sekala apa kata kita ubah sikit selera tu cuba satu makanan yang agak baru untuk Maha.

Korang pernah dengan tentang Scones? Wahh very the omputeh kan kalau korang makan ni waktu petang kat halaman rumah bersama dengan secawan teh panas jiran sebelah jeling jer kan wakakaka. Scones ni pun Maha baru tahu ada kawan perkenalkan kepada Maha. Ia merupakan satu hidangan bakar dari British yang biasanya dibuat daripada gandum atau oat dengan serbuk penaik sebagai ejen penaik dan dibakar dalam kuali panas.


Itu yang Maha sempat baca pasal Scones ni tapi tak tahu macam mana rupan sebenarnya. Sehinggalah Maha order sendiri Scones ini yang dihasilkan oleh orang Melayu kita. Maha cari kat Facebook lah jumpa pasal makanan ni dan ada rupanya pengusaha yang membuat kuih ini. Nak kata kuih tak juga nak kata roti pun tidak kerana ia agak keras. 

Masa sampai sahaja Scones tu kat rumah baru Maha dapat tengok sendiri rupa makanan ini. Saiz agak besar satu penumbuk kanak jugalah dan ia agak tebal. Kalau makan macam tu sahaja pun boleh sebab dah ada pelbagai perisa dalamnya. Ia tak lah terlalu manis macam kuih atau kek ia lebih rasa natural. Nak lagi sedap Scones ni dipotong bahagian tengah dan dimasukkan jem atau krim.



Boleh juga dimakan dengan dicelup ke dalam teh panas menjadikan ia lebih lembut untuk dikunyah. Tadi Maha cakap Scones ni ada banyak perasakan. Maha order hari tu ada 8 jenis Scone iaitu Classic, Raisin, Choc Chip, Almond Honey, Butterscotch, Cranberry, Blackforest dan Cheese Parsley

Maha paling suka yang Choc Chip dan Blackforest yang hitam tu memang Maha penggemar coklat. Satu lagi yang Maha suka sangat ada Almond banyak kat atas tu memang best makan gigit terasa kerangupan Almond tu. Kalau korang tanya harga tu ada pilihan mengikut bajet korang. 

Harga untuk setiap jenis Scone:
- Classic Scones (10pcs RM30)
- Raisin Scones (10pcs RM35)
- Cranberry Scones (10pcs RM35)
- Choc chip Scones (10pcs RM35)
- Butterscotch Scones (10pcs RM35)
- Almond Honey Scones (10pcs RM35) 
- Blackforest Scones (10pcs RM40)

Tu kalau korang beli satu jenis sahaja dalam satu kotak. Macam Maha ni beli campur pelbagai jenis Scone dalam satu kotak pun boleh. Kalau campur macam Maha ni harga untuk sebiji Scones tu jadi RM3.50 sahaja. Tapi minima order adalah 4 biji Scones dalam satu kotak tak boleh lah nak order sebijik jer memang mereka tak hantarlah hehehe. Masa Maha order hari tu harga tu dah termasuk dengan kos penghantaran tau memang murah.
Almond Honey Scones

Blackforest Scones

Butterscotch Scones

Cheese Parsley


Mereka boleh hantar terus ke rumah korang atau nak ambil sendiri pun boleh kalau yang dekat area Sentul dan KL. Tapi korang kena order sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh penghantaran dan buat bayaran penuh baru mereka sediakan. Sebab mereka buat Scones ni bila ada tempahan sahaja nak jaga kualiti. Owner pun orang Melayu yang buat jadi tak risau nak makan memang confirm Halal. 
Classic Scones

Choc Chip Scones

Cranberry Scones

Raisin Scones


Maha tanya juga kalau makanan ni simpan berapa lama boleh tahan beliau cakap kalau simpan dalam peti sejuk boleh tahan 2 ke 3 minggu. Bila nak makan korang hanya keluarkan sahaja dari peti dan panas dalam microwave mudah. Jadi bila lagi nak cuba makanan yang jarang kita dapat kat Malaysia ni. Kalau orang selalu melancong ker UK mereka akan makan makanan ni sebab popular kat sana. Ada setengah orang putih panggil 'Shortbread', tak tahulah janji sedap. 


Korang boleh order dengan klik link whatsapp ni jer http://sconesandme.wasap.my. Juga boleh pergi kat Facebook Page dan InstagramScones And Me kat situ lah laman rasmi mereka. Maha hari tu jumpa page tu lah terus terpikat dan order nak rasa. Tak rasa kita tak tahukan. Nanti korang dah rasa boleh kongsi pengalaman kat sini ngan Maha ok. Selamat mencuba.

Instagram : https://www.instagram.com/sconesandme
Whatsapp : 019-660 0524 (Aju)







Viewing all 1332 articles
Browse latest View live