Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1332 articles
Browse latest View live

Jom Shopping Barangan Korea Di Gyeonggi Korean Food Fair MyTOWN Shopping Centre

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang terlepas promosi produk Korea yang Maha kongsikan sebelum ini, sekarang ia telah kembali lagi. Gyeonggi Korean Food Fair kini berada di Ground Flour MyTOWN Shopping Centre bermula dari 6 Ogos hingga 18 Ogos 2019. Kali ni jangan ketinggalan lagi ok kerana masa masih panjang untuk korang beli produk dari Korea.

Cuma edisi kali ini lebih menarik kerana ia membawakan konsep makanan yang popular di sebuah daerah iaitu Gyeonggi. Ia adalah wilayah yang paling ramai penduduk di Korea Selatan. Nama Gyeonggi bermaksud 'Kawasan sekitar ibu kota'. Oleh itu Gyeonggi-Do boleh diterjemahkan sebagai 'Wilayah sekitar Seoul'. Kalau siapa pernah sampai ke sini tahu lah kat area ini cukup popular dengan street food mereka.



Sebab tu bahagian tengah karnival kali ini mempamerkan beberapa jenis makanan K-street seperti 'Odeng'. Tapi mereka menggunakan 'Eomuk' iaitu sejenis kek ikan yang direndam dalam suop special mereka. Kat sini ada tau korang boleh beli dan makan panas-panas seperti mana kat Korea. 




Selain itu juga kat sini ada menjual juga beberapa makanan seperti biasa Kimchi segar yang dihasilkan sendiri. Juga ada beberapa makanan yang digemari rakyat Malaysia yang pedas mahu pun yang manis. Terdapt juga yang di letak dalam peti sejuk seperti Rice Cake dan Kimchi untuk yang mampu tahan lama. Memang kita tahu makanan Korea ni lebih sihat dan juga bagus untuk penjagaan diri. 





Part yang paling Maha suka bila datang kat karnival makanan macam ni adalah untuk dapatkan produk yang harganya lebih murah kerana ada diskaun. Contoh macam Binggarae Milk dan juga Lotte Pepero. Banyak kedai lain menjual produk ni tapi kat sini harga promosi giler-giler susu pisang ni hanya RM21.99 untuk 6 kotak 200ml. Manakala untuk Pepero pula satu kotak saiz besar RM25.99 yang mengandungi 8 kotak kecil dalamnya.



Ramai yang suka Kimchi Ramen dan juga Shin Ramyun kat sini pun ada jual. Harga Shin Ramyun hanya RM14.99 untuk 5 pek 120gram. Manakala Kimchi Ramen dalam mangkuk tu hanya RM6.99 satu. Tapi kalau beli 2 dapat 1 percuma tau. Bagi yang suka Manjun atau kita kenal sebagai Seaweed kat sini ada banyak perisa Habanero, Sea Salt dan Wasabi. Harganya pula hanya RM30.00 untuk dua bungkus besar. 





Korang kena carai bahagian paling untung banyak kerana beli 2 dapat percuma 1. Terutama kat part minuman seperti Hangsung Tea harga satu RM29.99, manakala Hong Cho atau cuka buah harga satu botol RM23.99. Kalau kat karnival ni makanan yang ada pengesahan Halal akan dipamerkan logo Halal daripada mana jadi korang boleh lah tengok dengan jelas tak perlu ragu. 



Satu sudut yang disukai oleh kanak-kanak kerana kat situ ada jual produk makanan snak untuk budak-budak. Kat sini ada biskut, ada Coco Ball macam koko crunch, lepas tu ada Post Flake, minuman popular kanak-kanak iaitu Paldo Pororo siap ada mainan percuma dalam kotak tu, aiskrim dan banyak lagi. 




Last sekali satu bahagian yang disukai orang orang perempuan iaitu bahagian penjagaan diri untuk wanita. Kat sini ada jual pelbagai produk untuk wanita seperti Aloevera Body Cleanser, Essence Oil, Vitalizing Nutrition Hair Pack dan banyak lagi. Siap disediakan lagi cermin untuk orang perempuan mencuba produk mereka ni. Memang suka lah kalau dapat beli yang jenama terkenal kat Korea dengan harga murah. 



Selain daripada jualan makanan kat Gyeonggi Korean Food Fair ini juga ada banyak lagi aktiviti menarik sepanjang 13 hari berlangsung. Kalau korang beli barang kat sini lebih RM100 layak untuk sertai peraduan SPEND & WIN Lucky Draw, Hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Juga ada juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang akan diadakan pada 10 Ogos hari Sabtu. 





Kalau kat pentas utama tu juga ada persembahan K-POP Dance, Mascot Appearance, Eating Competition, Cooking Demonstration dan banyak lagi. Korang boleh rujuk jadual yang Maha sertakan ini untuk ketahui aktivit sepanjang karnival ini. Jadi memang best lah datang tak bosan meriah. Ibu-ibu boleh beli barang si ayah boleh tengok persembahan dan anak-anak boleh masuk peraduan mewarna. Jadi datang lah bawa satu keluarga kat karnival ni mesti meriah punya ok.







30 Tahun Tinggalkan Zaman Kanak-kanak Tabika Dulu Berbeza Dengan Sekarang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Post hari ni tiada kena mengena dengan makanan yer. Sahaja nak mengimbau kembali zaman masa kecil-kecil dahulu. Zaman tidak pernah nak fikir pasal susah payah dalam hidup dan mencari rezeki. Masa tu hanya tahu untuk bermain bermain dan juga bermain. Masa tu masa paling seronok dalam hidup sebab dapat bermain bersama kawan-kawan.

Kenapa tiba-tiba hari ni teringat zaman kanak-kanak ni yer? Yer lah ini semua sebab cuti Raya Korban ni Maha balik kampung dan diceritakan oleh mak dan ayah tentang Tabika tempat di mana Maha mula mendapat pendidik waktu usia 5 tahun. Tabika tu dah lain sangat dan banyak perubahannya. Tabika dulu tak macam zaman sekarang ni ada hari suai kenal. Dulu nak nangis pun tak sangat sebab Tabika tu tak jauh dari rumah jadi mak ayah akan hantar terus ke Tabika dan balik mereka jemput.


Kalau korang tanya kat mana tempat yang Maha maksudkan ia adalah Tabika KEMAS Felda Siantan Jengka 19. Maha ni kan anak generasi kedua Felda. Dulu dikenali sebagai Tadika iaitu Taman Didikan Kanak-kanak. Setelah 30 tahun tidak ke sana walaupun setiap kali balik kampung lalu depan Tabika tu rasa teruja sangat dapat datang sini balik. Sebab ia sangat berbeza dengan zaman Maha dulu serta kanak-kanak sekarang. Kalau dulu masih ingat lagi kat dalam Tadika tu ada pelbagai jenis permainan seperti buaian, jongkang-jongkit, gelongsor dan macam-macam lagi.


Tapi kanak-kanak sekarang lebih hebat dan juga lebih menghargai kehidupan. Ye lah mana tidaknya Maha tengok kat dalam Tabika yang dulu banyak mainan tapi sekarang ni banyak dengan tanaman. Bukan tanaman yang biasa-biasa tau dalam tu ada tanaman seperti padi. Korang bayangkan kawasan yang tidak pernah ada orang tanam padi tapi boleh tumbuh kat sini. Kawasan yang kering kontang dan tiada salur air. Pokok padi pula hidup membesar elok dan juga mengeluarkan hasil lagi. 


Pulak tu masa Maha tengok Tabika ni kanak-kanak sini diajar untuk bercucuk tanam dengan pelbagai sayur-sayuran yang jarang tumbuh kat kawasan panas ni. Korang boleh tengok sendiri betapa besarnya pokok sayur Kubis yang ditanam kat dalam Tabika ni. Hidup subur dah kalahkan pokok sayur yang orang selalu tanam di Cameron Highland. Tak tengok lagi pokok sayur lain seperti sawi, kangkung, daun sup dan paling menarik cendawan pun mereka tanam kat sini. 


Kagumlah tengok dengan perubahan yang berlaku kat Tabika tempat Maha belajar dulu. Memang hebat sangat kat sini. Kalau nak tengok model rumah asal peneroka FELDA pun ada di Tabika ini. Almaklumlah kebanyakan rumah asal Felda telah digantikan dengan rumah baru yang lebih cantik dan juga besar. Kalau ada sesiapa yang nak datang melawat dan tengok sendiri projek taman Botani yang diusahakan oleh cikgu serta anak-anak Tabika ni boleh datang melawat bila-bila masa jer dibuka kepada umum. 


Semua ni sesuatu yang menggamit memori bila berada kat Tabika ini. Biar semua itu menjadi memori indah dalam minda sebagai seorang anak peneroka Felda yang dulu hidup susah dan sekarang mampu miliki segalanya. Mungkin sebab didikan dari kecil di Tabika dan juga didikan ibu bapa yang menjadikan Maha seperti mana sekarang ini. Kalau boleh kembali ke zaman kecil dulu mesti lagi bestkan. 


Sekarang Maha lagi berasa bangga kerana Tabika KEMAS Felda Siantan Jengka 19 ini berjaya menjadi satu-satunya wakil negeri Pahang keperingkat top 5 untuk Anugerah Pintar Botani TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Jadi Maha nak mohon jasa baik semua yang membaca blog Maha ni untuk sokong Tabika yang pernah Maha belajar ini dulu untuk menang peringkat akhir nanti. Caranya mudah sahaja dengan klik 'LIKE'kat posting Facebook KEMAS yang Maha share di bawah ini.


Hanya LIKE sahaja yang diambil kira tapi kalau korang rajin share lah sekali hehehe. Sebab like paling banyak dikira sebagai markah bonus selain daripada permarkahan juri. Tarikh akhir LIKE adalah pada 14 Ogos 2019. Kita bagi sokong atas usaha keras cikgu dan juga anak-anak serta peneroka Felda di sini dalam memberikan suasana pembelajaran yang terbaik dan selesa untuk generasi muda pewaris negara ini. Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada korang yang dah sudi like dan share, korang memang hebatlah. Doakan semoga Tabika ini berjaya menjadi contoh yang terbaik dan juga membimbing anak-anak menjadi yang berguna dan berjaya di masa akan datang.


Hashtag rasmi : #imkemas #kemas4u #sentiasadihati #PintarBotani2019
*Gambar kredit Facebook KEMAS




Realme C2 Menjadi Pilihan Sewaktu Jualan Shopee Brands Festival

$
0
0
Untuk meraikan bulan Merdeka, realme Malaysia bersama Shopee Malaysia menawarkan jualan telefon pintar eksklusif pada Hari realme atau ‘realme Day’ semalam. Jualan realme Malaysia telah mencapai keputusan terbaik di mana 1000 unit realm C2 telah dijual semalam di mana 500 unit dijual dalam masa 30 minit sahaja.

"Kami di realme Malaysia sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia di mana senantiasa menyokong produk kami. Rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk membeli dan mendapatkan telefon pintar dengan harga berpatutan. Kami yakin bahawa realme Malaysia akan terus melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar.. Kami juga gembira dapat bekerja dengan Shopee atas peluang ini untuk rakyat Malaysia” kata Tiffany Teh, Brand Manager, realme Malaysia.

realme C2


Rakyat Malaysia dapat membeli telefon pintar realme C2 (2 + 16GB) pada harga yang berpatutan iaitu RM349. Lima puluh pelanggan pertama juga bakal menerima kad SD dan barang ‘merchandise’ realme.

"Pembeli hari ini membeli telefon bimbit dalam talian(online) kerana mereka dapat memilih dari pelbagai model yang sesuai dengan keperluan dan keinginan mereka dari keselesaan rumah mereka. Keyakinan mereka untuk membeli telefon pintar di Shopee adalah bukti bahawa platform kami adalah dipercayai dan selamat. Yang menggembirakan lagi apabila pembelian dibuat tiada caj penghantaran.

Ianya di hantar secara percuma. Kami gembira dapat menawarkan pelbagai promosi di platform kami untuk pengguna Shopee, yang pada masa ini berjumlah kira-kira 20 juta,sambil menganjurkan kempen seperti Hari realme atau ‘realme Day’. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada realme mengenai jualan yang mengagumkan dan menantikan lebih banyak kerjasama dengan mereka," kata Marianne Chuo, Marketing Lead, Shopee Malaysia.

Sesuatu yang membanggakan buat realme di mana hari ini berjaya mencatat penjualan sebanyak 500 unit realme C2 yang dijual dalam 30 minit dengan harga RM349. Sungguh memberangsangkan !!!

realme Day


Hari realme atau lebih dikenali dengan ‘realme Day’ adalah sempena dengan Shopee Brands Festival. Ianya berlangsung dari sekarang hingga 18 Ogos di mana pengguna yang berbelanja di Shopee Mall bakal menerima tawaran dan promosi menarik.

Anda bakal menikmati tawaran dari serendah RM1 setiap hari untuk jenama kegemaran anda semasa ‘Shocking Sale’. Dapatkan baucar Surprise Hour 50% diskaun dan hadiah apabila membeli produk terpilih. Pembelian melalui Shopee Mall hadir dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan keaslian 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Untuk mengetahui promosi dan maklumat lanjut layari http://bit.ly/realmeshp


Hashtag rasmi : #realmeMalaysia #Journeywithrealme #daretoleap






5-in-1 Power & Energy Series Bakal Berlangsung Di MITEC

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ini telah diadakan sidang media bagi memperkenalkan dan melancarkan acara 5-in-1 Power & Energy di MITEC. Acara tersebut di jadualkan akan berlangsung dari 3 hingga 5 September 2019 juga di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).


Power & Energy Series ini diiktiraf oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim Malaysia (MESTECC) dan dianjurkan bersama oleh pembekal kuasa utama negara iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB). Acara ini adalah sejajar dengan kecekapan tenaga MESTECC dan inisiatif tenaga boleh diperbaharui. Malaysia mempunyai potensi besar dalam sumber tenaga boleh diperbaharui, terutamanya dengan peralihan baru untuk peralihan tenaga yang dikenali sebagai Peralihan Tenaga Boleh Diperbaharui (RETR) 2035.

Dalam hal ini, Power & Energy Series mewujudkan platform yang baik untuk meneroka strategi dan pelan tindakan yang mungkin untuk menyokong pertumbuhan pesat industri, terutamanya dengan usaha dari entiti swasta untuk memulakan strategi untuk menghasilkan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui. Pemain industri juga akan dapat mengetahui perkembangan inovasi dan teknologi terbaru dalam acara tersebut.
Nick Rastall, Pengarah Portfolio Asia Clarion Energy

Dalam sidang media tersebut Nick Rastall, Pengarah Portfolio Asia Clarion Energy berkata "Beberapa acara utama telah diambil tahun ini dan ditambah dengan Minggu Utiliti Asia untuk membentuk acara 5-in-1 Power & Energy Series yang pertama. Tidak hanya peserta akan mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu dari industri yang berbeza, tetapi juga memberikan peluang perniagaan yang bernilai bagi organisasi utama dalam bidang berkaitan. Acara ini memainkan peranan penting dalam menyatukan syarikat tenaga dan utiliti terkemuka dengan profesional yang inovatif, untuk memacu perubahan landskap dan menemui masa depan industri tenaga Asia".

Turut hadir sama dalam sidang tersebut adalah Datuk Zulkefli Hj. Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Convention and Exhibition Bureau (MYCEB). Badan ini berfungsi sebagai hab pusat untuk membantu perancang mesyuarat dan acara untuk membida dan merancang acara perniagaan antarabangsa di Malaysia dan bertindak sebagai saluran untuk pembangunan produk nasional kepada semua penganjur tempatan dan antarabangsa.
Datuk Zulkefli Hj. Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif MYCEB

Acara 5-in-1 Power & Energy Series terdiri daripada lima eliment penting ini iaitu :-

POWERGEN Asia
Banyak acara pembangkitan kuasa dan perbincangan panel akan menyaksikan pakar berkongsi isu kewangan dan strategik, revolusi hijau ASEAN, pengoptimuman prestasi tumbuhan, kuasa konvensional 4.0 dan kuasa tumbuhan digital untuk memajukan sektor generasi Asia.

DISTRIBUTECH Asia
Banyak profesional dan pemaju yang berbakat akan berkongsi strategi teknikal untuk menyokong integrasi kuasa yang boleh diperbaharui dengan cepat ke grid dan penyelesaian kuasa untuk menstabilkan penyelesaian kuasa mandiri secara berkesan.

SolarVision
Acara ini menghidangkan rantaian nilai pasaran tenaga solar keseluruhan, dari komponen terkini dan teknologi sel atau modul untuk melindungi pembiayaan dan pembangunan untuk pemasangan dan operasi.

Energy Capital Leaders Asia 
Membincangkan peralihan tenaga dari perspektif pelaburan, acara ini didedikasikan untuk membantu komuniti kewangan dan pelaburan untuk menjana perubahan dan nilai lebih daripada peluang yang timbul daripada peralihan Asia kepada tenaga boleh diperbaharui.

Minggu Utiliti Asia
Memfokuskan kepada transformasi digital utiliti dan kecekapan tenaga digital, acara ini direka untuk membantu utiliti melakukan perniagaan dengan pemimpin teknologi digital di dunia dan untuk membantu pelanggan komersil dan perindustrian memenuhi kewajipan kecekapan tenaga mereka untuk menjimatkan wang dan meningkatkan program kemapanan.


Acara yang bakal dianjurkan ini bakal melibatkan 350 peserta pameran dan dijangka menarik lebih daripada 11,000 pelawat dan 2,000 pembeli antarabangsa. Ini akan mendedahkan strategi praktikal ke arah mencapai sasaran yang boleh diperbaharui, sambil menangani isu-isu utama keselamatan tenaga di seluruh rantau ini.

Acara Power & Energy ini dibuka kepada para profesional dan pelawat perniagaan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang untuk tarikh 3 & 4 September 2019. Manakala pada tanggal 5 September 2019 ia akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja. Maklumat lanjut dan pendaftar secara atas talian telah dibuka di laman https://www.asian-utility-week.com/registration. Sebagai alternatif pelawat juga boleh mendaftarkan di MITEC pada tarikh 2 September 2019 dari jam 1.00 petang hingga 6.00 petang. Semua orang dijemput hadir.








Design Sendiri Hadiah Untuk Tersayang Dengan Printcious Mudah Dan Cepat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dulu-dulu kita selalu susah nak pilih hadiah untuk diberikan kepada insan tersayang tak kisahlah hadiah harijadi atau pun juga hadiah untuk perkahwinan. Kadang-kadang tu takut kerana hadiah tu sama dengan orang lain. Ye lah sebab beli kat kedai jadi memang semua serupa jer.

Maha juga pernah alami situasi begini terutama nak hadiahkan pemberian kepada kawan untuk majlis perkahwinan mereka. Tapi sekarang Maha tak perlu bimbang lagi kerana Maha boleh cetuskan ilham dan juga idea dengan kreativiti sendiri untuk dijadikan hadiah yang sangat bermakna.

Macam contoh korang boleh tengok yang Maha design ini cantik tak? Ini Maha reka sendiri design tu di laman Printcious. Kat situ sangat mudah dimana korang boleh design ikut templet yang disediakan dengan pelbagai produk yang menarik serta terkini.

Maha hari tu telah design sendiri Cushions Sparkling atau juga orang panggil Magic Cushions. Sebab apa magik kerana ia ada dua lapis yang berbeza iaitu lapis pertama tu berwarna kilat dan juga kalau di sapu sebaliknya akan keluar design yang korang nak. Menarik tak korang boleh letak apa sahaja gambar yang korang suka kat cushion ni.

Maha rasa kalau pasangan yang baru kahwin memang sesuai korang berikan hadiah perkahwinan mereka dengan cushion istimewa ini. Korang letak gambar pasangan pengantin tu nanti akan jadi kenangan paling bermakna kerana ia adalah sentuhan peribadi korang istimewa untuk mereka tanda kita masih ingat pada kawan baik kita.

Korang juga boleh design t-shirts seperti Mana yang Maha pakai ni nampak exclusive tak ada nama Mahamahu kat situ. Kat web tu mereka ada pelbagi saiz t-shirts yang sesuai mengikut saiz dari orang dewasa hingga ker kanak-kanak. Dari segi kain pula mereka menggunakan 100% Cotton yang lembut dan selesa untuk dipakai.

Design yang korang buat itu pula dijamin tidak mudah tanggal kalau dibasuh dalam mesih sekali pun. T-shirts macam ni sangat sesuai untuk korang buat hadiah harijadi kepada kawan-kawan atau juga buat anak buah mesti mereka suka. Letak lah kata semangat atau juga design yang lebih trending mesti mereka tambah sayang kat korang punya hehehe.

Bukan sahaja untuk sentuhan personal dalam design kat Printcious ni tapi juga kalau korang nak order satu buck yang banyak pun mudah. Contoh nak buat event company macam hari keluarga atau juga ada seminar dan juga gala dinner korang boleh tempah cenderemata koporat yang unik dan menarik melambangkan syarikat korang.

Menariknya kalau tempah banyak kat sini boleh dapat harga lagi hebat dan bebaloi. Mereka akan siap hatar kepada korang semua barang yang ditempah ini. Mereka juga ada menyediakan khidmat sewa Photo Booth untuk majlis korang. Beberapa langkah mudah perlu buat iaitu design kat laman web mereka dan nanti mereka print dah hantar cepat dan mudah. Macam contoh Magic Mugs yang Maha order ini. Ni pun menarik sebab ada dua warna bila korang masukkan air panas ia akan berubah mengeluarkan design yang korang nak. Kalau tidak ia akan nampak satu warna sahaja kosong hitam atau juga putih.
Langkah 1 - Pilih barang dan buat design anda sendiri

Langkah 2 - Sahkan pembelian dan isi butiran diri

Langkah 3 - Pilih cara pembayaran

Langkah 4 – Pengesahan barang 

So lepas ni Maha tahu mana nak tempah untuk buat semua hadiah istimewa ini. Banyak lagi barang yang korang boleh design kat sini seperti Phone Cases, Puzzles, Mousepads, Baby Rompers, Button Badges, Caps, Keychains, Luggage Tags, Magnets, Clocks, Buntings dan banyak lagi. Cara mudah jer lepas korang pilih barang dan buat design pastu masa untuk membayar. Hari tu Maha punya tempahan siap dalam masa 2 minggu sahaja dan mereka hantar terus ke mana lokasi yang korang nak. Nanti nak order lagi buat hadiah kepada pembaca blog makan Mahamahu siapa nak angkat tangan.








Dari Makanan Korea Street Kini Tekenal Di Serata Dunia - MyeongDong Topokki

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu kalau nak cerita tentang tempat makan Korea ni ramai yang memang suka lah. Walaupun jauh beribu batu sana tapi tetap makanan Korea ini menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia. Kali ni Maha bawakan Restoran MyeongDong Topokki yang memang original dari maknan Korea Street kepada yang popular. 

Korang tahu ker apa maksud MyeongDong? Maha ada baca sikit pasal MyeongDong ini yang membawa maksud'Terowong Cerah'. Ini kerana ia adalah satu jalan atau laluan yang diterangi dengan cahaya neon dan popular sebagai kawasan beli-belah utama di Seoul, laluan perarakan dan daerah pelancongan di sana. Tengok walaupun Maha tak pernah sampai sana tapi buat juga sikit research sebab nak makan kat sana wakakaka.



Kat sana popular dengan makanan jalanan seperti topokki, ayam goreng, dan pelbagai snek. Jadi daripada banyak makanan popular itu mereka bawa beberapa yang betul-betul orang Malaysia suka dan boleh makan seperti Ramyun, Jjigae, Bokkeumbap dan Deopbap bersama dengan Panchan. Semua tu Maha tak tahu nak sebut tak tahu rupa makanan pun tak tahu. Tapi bila dah datang makan kat sini baru tahu apa semua tu.

Kalau korang tanya paling Maha suka adalah variasi ayam goreng mereka. Korean popular dengan ayam goreng yang rangup dan juga disalut dengan pelbagai sos. Kat sini Maha sempat mencuba dua jenis ayam goreng yang popular menjadi pilihan orang ramai bila makan di sini iaitu Yangnyeom Chicken, Ganjang Chi-ken dan satu lagi ni bukan ayam tapi goreng juga iaitu Cheesy Bulgogi Fries
Yangnyeom Chicken (RM10.90), Ganjang Chi-ken (RM10.90) Dan Cheesy Bulgogi Fries (RM10.90-Beef)

Kalau korang tahan sangat pedas korang memang kena cuba Yangnyeom iaitu pedas tahap giler baban. Maha satu ketul jer boleh habis. Tapi yang tak tahan pedas boleh cuba Ganjang kerana ini disalut dengan sos bawang putih jadi sangat sedap. Satu tu Fries rangup yang disaluti dengan cheese dan juga rempah bulgogi.
Jajjangmyun (RM18.90)

Hangul Chicken Ramyun (RM18.90)

Myeongdong Topokki (RM11.90-Large)

Kalau korang yang suka makan mee Korea boleh cuba mereka punya Jajjangmyun, Hangul Chicken Ramyun atau juga Myeongdong Topokki. Kita tahu makanan Korea ni memang kaya dengan sayur-sayuran dan dalam semua masakan mee mereka ni pun banyak sayur yang segar-segar. Tapi satu jer yang Maha perasan pada semua makanan mee Korea ini mesti kena ada telur rebuskan wajib kot orang sana suka makan telur ayam rebus lebih sihat kot. 
Bulgogi Beef Deopbap (RM18.90)

Dol Sot Bibimbap (RM20.90-Beef)

Dakgalbi Chicken Deopbap (RM18.90)

Sebenarnya orang Korea pun ada juga makan nasi. Tapi nasi mereka tak macam kita makan banyak sekali mereka seimbang dengan sayuran, daging dan juga rempah istimewa. Kalau korang nak try nasi mereka yang sedap boleh cuba juga Bulgogi Beef Deopbap, Dol Sot Bibimbap atau Dakgalbi Chicken Deopbap. Maha suka sangat nasi mereka sebab tak pedas dan juga ada rasa masam-masam manis. Dah macam tajuk filem lak hehehe. 
Kimchi Jjigae (RM18.90-Beef)

Last sekali kalau korang tak cuba mereka punya kimchi tidak sah jadi kena cuba juga Kimchi Jjigae. Memang kena rasa sup kimchi rebus yang sihat dan panas-panas. Satu lagi makanan Korea ni kalau tak pedas mesti panas memang kena makan baru sedap. Jadi jangan sibuk bergambar atau borak-borak sampai makanan sejuk nanti tak sedap. 

Semua set yang Maha ceritakan ni disediakan sekali dengan ikan bilis goreng yang garing bersama dengan kimchi segar serta sayur yang direbus juga sup panas. Kecuali lah yang ayam goreng tu tak adalah menu sampingan tu. Kalau korang nak cuba makan kat Restoran MyeongDong Topokki ni ada banyak cawangan seluruh Malaysia. Nanti korang check kat laman web mereka untuk ketahui lokasi restoran ni kalau nak cuba lah. Nanti dah cuba boleh share pengalaman korang kat sini ok. Maha dah makan korang bila lagi. Selamat mencuba semua.

Info lanjut lokasi dan juga menu yang menarik kat sini boleh layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5






Transformasi Utara Coffee House kepada Restoran 'UTARA' Lebih Segar Dan Moden

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selepas 22 tahun beroperasi sebagai Utara Coffee House, restoran terkenal di Petaling Jaya telah mengalami perubahan besar yang menyaksikan restoran itu dijenamakan semula sebagai 'UTARA'. Wajah baru diperkenalkan kepada para tetamu dan media semasa sesi pembukaan semula yang diadakan baru-baru ini. Kalau korang tanya Restoran Utara ini terletak di mana, sebenarnya ia restoran dalam Hotel Armada Petaling Jaya.

Siapa yang selalu baca blog Maha ada banyak review di restoran hotel ni terutama setiap kali sambutan seperti Hari Ibu, bulan puasa untuk Bufet Ramadan, perayaan Tahun Baru Cina, mahaupun perayaan Krismas. Semasa sesi pembukaan baru-baru ini lebih kurang 200 tetamu yang hadir untuk merayakan dan menikmati hidangan utama dengan imej baru di restoran yang telah mendapat persijilan Halal sejak 2014 sehingga sekarang.



Apa yang Maha dapat lihat paling ketara adalah dinding kaca yang sebelum ini kalau korang perasan dengan tinted gelap. Kini semua itu telah ditukar dengan dinding kaca yang nampak lebih luas dan pencahayaan luar lebih semulajadi. Juga penting kalau korang yang lalu dari Faderal Highway tu boleh nampak direct tetamu yang ramai makan dalam restoran ini. 


Selain itu juga reka bentuk dalaman baru yang bergaya gabungan konkrit dan kayu serta belbagai warna dan bahan yang konsisten. Rose emas / tembaga dan kaunter marmar ditambah sebagai sorotan untuk mencerahkan warna-warna yang sejuk dan hangat. Keterbukaan restoran Utara kini memudahkan lebih banyak penglihatan, mobiliti dan komunikasi antara kakitangan serta pengunjung yang nikmati makanan di sini.



Kalau korang nak kenal siapa individu yang bertanggungjawab dalam projek pengubahsuaian restoran ini adalah Elizabeth Yap dari firma reka bentuk dalaman StudioN3m. Mereka menawarkan dua penambahan ketara kepada restoran ini. Pertama adalah bahagian dapur terbuka di belakang restoran dan kedua adalah bar kafe terbuka di bahagian depan. 



Melalui konsep dapur terbuka ini pengunjung menjadi penonton kerana mereka dapat melihat bagaimana makanan mereka disediakan. Juga ia menampakkan fungsi lebih besar apabila bar kafe terbuka dibina untuk berkhidmat di antara restoran dan lounge lobi. Oleh itu, kakitangan perkhidmatan dapat berkomunikasi terus dengan para tetamu di 2 kawasan yang berbeza dengan mudah, tanpa menjejaskan piawaian perkhidmatan.







Walaupun Utara mungkin telah menjalani perubahan lengkap, restoran itu masih mengekalkan kesedapan masakan yang menjadi lambang kepada restoran ini. Bagi Maha restoran Utara ini sangat popular dengan masakan tempatan yang luar biasa seperti Nasi Lemak Utara, Roti Durian, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Assam Pedas, Siput Sedut Masak Cili Padi dan Ketam Masak Berlada serta banyak lagi. Semua ini memang Maha suka makan kat restoran ini. 





Sebagai sebahagian daripada menu barunya, Utara telah menambah beberapa hidangan Vegan untuk memenuhi semua pengunjung Vegan. Di samping itu, menu Set Vegan yang istimewa juga disediakan untuk pesanan tetapi diperlukan tempahan awal 3 hari. Buffet untuk makan tengahari, minum petang dan makan malam juga akan menampilkan Sudut Vegan khas. 








Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 12.00 malam. Maha nak ucapkan tahniah kepada Restoran Utara atas kemajuan perubahan yang sangat orang putih kata'Awesome'. Moga terus maju jaya dan terus menghidangkan makana yang hebat-hebat serta sedap di sini. Lepas ni makin keraplah Maha datang makan sini syok tu.

Kalau korang nak cuba makan di Restoran Utara imej baru ini boleh hubungi:
Tel : 603-7954 6888
E-mel : f&b@armada.com.my







Viral Cendol Kampung Hulu Dari Melaka Kini Boleh Dinikmati Orang Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang search Cendol Kampung Hulu memang cukup popular tau ramai orang dah mencuba cendol terbaik dari Melaka ini. Tapi sekarang ni orang Kuala Lumpur pun boleh nikmati cendol yang sama kini diterletak di dalam Aeon Big Mid Valley. Ini juga merupakan cawangan ketiga cendol ini dimana HQ mereka di Melaka dan yang kedua di Muar.

Bagi Maha specialnya cendol ini menjadi pilihan orang ramai dan tular dimana-mana kerana cara penyediaan cendol itu sendiri. Selalu kita tengok setengah tempat mereka akan kisar ais untuk jadi base kemudian baru diisikan dengan santan dan juga gula Melaka. Tapi Cendol Kampung Hulu ini lain sangat dimana mereka akan bekukan santan dan kemudian santan itu dikisar menjadi base. Dicampur pula dengan bahan utama lain iaitu cendol dan juga gula Melaka menjadi ia kombinasi yang cemerlang lah.




Cendol sini lain daripada yang lain kerana banyak pilihan topping yang boleh dipilih mengikut selera kita. Senarai cendol yang terdapat di cawangan ini:-

Cendol Durian
Ini adalah cendol pilihan Maha kerana memang sangat suka kepada durian. Kat sini mereka menggunakan antara dua jenis durian iaitu D24 dan IOI. Kat sini mereka bukan bagi pes durian tau tapi mereka bagi dua ulas durian. Kat sini mereka sentiada ada stok durian walaupun bukan musim durian tau. Memang tak kedekedut korang tengok lah puas makan dan satu padanan yang mantap.

Cendol Longan
Ini pula cendol yang kedua Maha suka iaitu Cendol Longan. Boleh tengok betapa banyaknya isi longan diletak kat atas cendol tu. Satu mangkuk tu sangat kenyang kalau korang makan tau memang best. 

Cendol Dragon Fruit
Cendol ini menggunakan isi Buah Naga yang asli. Mereka tak guna buah naga yang putih tau kerana yang warna merah atau ungu ni lebih manis dan sedap. Bila korang hirup cendol dan kena kunyah sekali buah tu baru dapat rasa.

Cendol Corn
Jagung juga adalah satu gabungan yang sesuai dengan minuman kegemaran rakyat Malaysia ini. Cendol Jagung kat sini sangat sesuai untuk korang isi dengan topping aiskrim vanila kat atasnya. Yang lain pun boleh juga letak aiskrim tapi bagi Maha yang ni sangat padan.

Cendol Cocktail 
Ini nampak macam lebih kebaratan sikit sebab topping kat atas cendol tu ada buah cocktail. Buah cocktail dari dalam tin ni sangat manis tapi kat sini ia dipadankan dengan kemanisan dari gula Melaka. 

Cendol Buah Kabong 
Buah Kabong ni adalah sejenis buah dari pokok yang tinggi perlu dikupas untuk dapatkan isi dari biji seperti Pinang. Buah ni lembut dan memang selalu orang akan masukkan dalam minuman dan dalam minuman cendol ni pun ia gandingan yang sangat serasi. Kalau siapa suka buah ni boleh dapat setiap masa tiada musim.

Cendol Kelapa Laut Madu
Kelapa Laut pun sama juga adalah situ isi yang diambil dari buah seakan kelapa berwarna hitam. Perlu dikupas dan dikeluarkan isinya untuk dinikmati. Selalau dihasilkan minuman yang dapat menyejukan tekak diwaktu panas. Gandingan dengan cendol ni pun menjadi dan tidak terlalu over rasanya just nice sebab dalam tu dah ada gula Melaka.

Cendol Regular
Ini adalah cendol biasa yang mana dalamnya ada isi cendol, red bean, gula Melaka dan juga ais santan yang dikisar halus. Nak hebat lagi cendol biasa ni korang boleh letakkan di atasnya aiskrim vanilla, atau krim cheese. 



Semua harga cendol ni sama jer RM10.00 untuk satu mangkuk cuma kalau yang cendol Durian tu jer RM20.00 mahal sikit sebab guna Durian berkualiti manakala cendol biasa RM8.00. Kemudian kalau korang nak tambah lagi aiskrim atau buah-buahan di atasnya kena add on RM2.00. Gerai ni buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam sebab dalam mall. Nak cuba tak perlu ke Melaka kat KL pun ada juga. Selamat mencuba.

Info lanjut tentang Cendol Kampung Hulu ni boleh ke laman sosial media mereka di sini:








Khatulistiwah @ The Curve Mutiara Damansara Terkenal Dengan Kopi Dan Makanan Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni kita ke sebuah kafe tak silap Maha yang mana konsep lebih moden dan juga berada dikeliling kemajuah dan kepesatan bangunan. Ini lah kafe yang Maha maksudkan iaitu Khatulistiwah yang dipertik daripada perkataan Melayu Khatulistiwa yang membawa maksud garis bulatan yang membahagikan bumi menjadi dua bahagian, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.

Mungkin sebab iklim di Malaysia iaitu Khatulistiwa sebab itu kafe ini mengambil sempena nama tersebut. Kalau korang lihat pada logo kafe ini apa yang korang dapat gambarkan. Apa yang Maha dapat gambarkan pada logo kafe ini adalah bentuk herba asli tempatan yang popular dalam masakan Malaysia iaitu Bunga Lawang


Sebab itu makanan kat kafe ini adalah makanan tradisional Malaysia yang begitu popular seperti Nasi Ulam, Nasi Kerabu dan Nasi Lemak Pandan. Semua nasi-nasi ini boleh dipilih dengan lauk pilihan yang korang suka iaitu Rendang Ayam, Ayam Goreng Berempah, Gulai Ikan dan Daging Bakar. Mulanya Maha pun tak tahu makanan apa yang menarik kat sini tapi hari tu masa Maha datang ke kafe ini cawangan The Curve Mutiara Damansara baru tahu mana yang sedap.



Maha paling suka adalah makan Nasi Ulam bersama dengan Ayam Goreng Berempah. Nasi Ulam ni kita rakyat Malaysia tahu nasi yang digaul dengan sayur-sayuran tradisi tempatan yang segar seperti daun cekur, daun pegaga, daun kaduk dan juga banyak lagi. Walaupun korang nampak jer nasi ni serve dalam mangkuk kertas tu tapi kuantiti banyak dan ayam tu sangat besar. Makan juga bersama dengan sambal gesek dan acar sangat terangkat. 
Nasi Ulam Ayam Goreng Berempah (RM12.50)


Lepas tu pula Maha mencuba satu lagi nasi yang popular dari Pantai Timur semenanjung iaitu Nasi Kerabu. Nasi Kerabu ni Maha padankan dengan Daging Bakar juga ada dalam set tu adalah keropok ikan dan telur masin. Best gilerrr makan selera sangat kerana cukup rasanya cuma yang ni tiada budu sahaja dalamnya. Ada sambal gesek dan juga kelapa goreng bersama dengan sayur tempatan membangkit nafsu boleh habis satu mangkuk tu.
Nasi Kerabu Daging Bakar (RM13.50)


Pada yang nak kurang makan nasi boleh cuba mereka punya koleksi mee ada kat sini Asam Laksa, Mee Curry dan Mee Soup. Hari tu Maha mencuba satu daripada koleksi mee mereka ini iaitu Mee Sup. Walaupun nampak macam putih jernih tapi dalamnya ada rasa sup dan juga banyak bahan-bahan seperti cendawan, fish ball dan fish cat serta macam-macam sayur lagi. Nak tambah uhmpp lagi dalam Mee Sup ni jangan lupa letak mereka punya sambal kicap yang sangat pedas yer berapi kalau isi banyak hehehe.
Mee Soup (RM9.50)


Tapi sebenarnya keistimewaan kafe ini adalah terletak pada minuman kopi mereka. Ini kerena mereka blend kopi sendiri daripada biji kopi asli menjadi minuman yang mempunyai rasa sendiri. Kopi mereka boleh dinikmati secara Kopi-O atau Kopi Susu. Walaupun Maha ni bukan peminat kopi tapi bila tengok kopi kat kafe ni banyak macam-macam jenis jadi tersuka tanpa sengaja.



Kopi mereka juga bukan sahaja boleh dinikmati di kafe ini tapi juga boleh dibeli dan dibawa balik. Ada pek kopi istimewa yang diberi nama sempena dengan fauna di Malaysai iaitu Murai Batu. Ia adalah gabungan yang terbaik dari biji kopi Indonesia dan Kolombia. Kopi ni lebih gelap dan juga selalu orang Malaysia minum sebagai kopi Kaw original tanpa campuran lain.



Kemudian ada pula kopi Pekaka Api yang menggabungkan biji dari Arab Ethiopia dengan biji Robusta Indonesia. Rasanya lebih kuat dan juga bau kopi lebih pekat. Kalau korang nak cuba sendiri boleh beli dalam pek yang menawan dan menarik ini. Nak jadi hadiah pun cantikkan best. 



Selain hadiahkan kopi korang juga bila datang kat Khatulistiwah Kafe ini boleh beli mereka punya koleksi Tumbler yang cantik dan menawan ni. Juga ada Coffee Maker yang exclusive sangat elegant untuk membancuh kopi-kopi mereka tu. Jadi bukan sahaja boleh makan tapi boleh beli cenderamata kat sini. Kafe ini buka setiap hari dari pukul 10pagi hingga 10malam sesuai kalau korang datang beli belah kat area Mutiara Damansara ni dan bila dahaga atau lapar singgah kafe ini jer.

Info lanjut dan juga promosi layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 45
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 3.5/5







Oh My Kunafa Pencuci Mulut Penuh Dengan Cheese Leleh

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Posting kali ini penuh dengan lelehan cheese dan juga kemanisan siapa yang tidak boleh tengok diharap terus tengok yer wakakaka. Bukan apa kali ni Maha nak bawakan kepada korang satu makanan yang bukan daripada Malaysia. Ia merupakan makanan yang bergitu popular dari Timur Tengah.

Kalau korang biasa ke restoran Arab atau Turki di Malaysia dessert ni memang wajib ada tapi dalam saiz besar. Tapi kali ini memperkenalkan kepada korang pencuci mulut Kunafa dalam saiz kecil dan comel. Pencuci mulut ni kalau korang biasa makan memang bila tarik cheese yang ada dalam tu sangat banyak dan meleleh. Mereka buat Kunafa ni tak silap Maha menggunakan Cheese Akkawi yang berasal dari Palestin beserta dengan Mozarella cheese. Sebab tu sangat Cheesy kata orang putih.

Perhhhh mana Maha tahu semua ni sebab Maha dah rasa sendiri Kunafa yang dibuat oleh seorang usahawan tempatan. Korang boleh search jer kat Facebook 'Oh My Kunafa' kat situ ada banyak cerita pasal kesedapan pencuci mulut ini. Juga dalam FB Page tu ada senarai ejen untuk korang nak tempah.

Kalau korang order Kunafa kat sini mereka akan hantar kepada korang dalam bekas seperti dalam gambar ini. Dalam bekas tu ada satu mangkuk high barrier aluminium foil yang mengandungi Kunafa dalam nya. Kemudian ada sekali disediakan satu botol Sirap Rose atau air gula yang manis dan wangi serta juga kacang Pistachio yang telah dihancurkan bersama dengan beberapa kuntum Rose Merah.  



Memang kalau korang makan Kunafa ni kat mana-mana restoran mesti ada semua ni dan itu juga lah yang korang akan dapat bila order kat sini. Satu pek pencuci mulut ni harga hanyaRM30.00. Kos penghantaran lain mengikut lokasi. Jangan risau kerana Maha tengok kat FB tu ejen mereka ada di serata Malaysia jadi boleh jer nak order dari mana-mana korang berada selagi ada perhubungan internet githuww. Tiada minima order untuk Kunafa ni ejen akan hantar kalau nak COD pun boleh.

Cara nak makan Kunafa ni pun sangat mudah. Dalam bekas yang dihantar tu disediakan nota panduan untuk korang nak panas atau masak pencuci mulut ni. Bukan nak masak sangat pun ia hanya untuk kita cairkan cheese yang ada dalam doh tu agar bila kita makan terasa cheese leleh dan lembut. Kaedah nak panaskannya banyak cara korang boleh keluarkan Kunafa dari bekasnya atau panaskan terus dari bekas tu menggunakan oven dengan suhu 180°C hingga 200°C dalam masa 10-15 minit. Juga boleh guna microwave, airfryer, magic pan atau kukus.

Cuma nak pesan lepas sahaja korang panaskan Kunafa ni terus tuangkn air gula tu dan juga taburkan sekali dengan kacang dan kelopak rose yang telah diramas-ramas. Ini kerana cheese tu cepat mengeras kalau korang biar lama pada suhu biasa. Tak sedap lak nanti. Kalau korang nak lebih manis letak lebih air gula tu ikut kesukaan korang. Bagi Maha satu botol yang disediakan tu sesuai untuk satu bekas Kunafa tu.

Dessert ni sesuai sangat untuk korang buat minum petang atau juga hidang selepas makan tengah hari atau malam sebab nama pun pencuci mulutkan. Kunafa ni boleh tahan lama korang hanya perlu simpan dalam peti sejuk jangan peti beku lak. Lepas tu masa nak makan defrost sekejap dalam 15 minit dan baru start bakar. Satu bekas Kunafa tu memang boleh kenyang sekali makan untuk seorang tapi kalau Maha kena dua wakakak sedap doh.



Lepas ni tak perlu nak pergi sampai ke Timur Tengah nak cari dessert ni kan kat Malaysia dah ada yang buat. Memang menarik lah bagi Maha sesuatu yang baru dan juga jarang-jarang kita nikmati. Nanti korang boleh contact mereka kat FB page mereka ok. Dah cuba nanti macam biasa korang tinggalkan komen kat sini nak tahu juga pengalaman korang mungkin ada yang pertama kali makan Kunafa ni kan. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan lanjut layari :
                    https://www.facebook.com/fanthaghiro.roses








Beko Membantu Kerja Memasak Lebih Mudah Dan Sihat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni walaupun duduk bujang tetap memasak juga kat rumah walaupun tak selalu. Ye lah kadang-kadang korang nampak Maha makan sedap-sedap kat restoran dan hotel-hotel tapi ada masa juga Maha nak makan sesuatu yang menjadi kesihatan. Bukan nak cerita atau review pasal produk makanan kesihatan sebab memang Maha tak ambil semua tu.

Sebab sebenarnya makanan yang sihat adalah datang daripada apa yang kita masak dirumah. Ditambah pula menggunakan barangan elektrik yang membantu memudahkan dan memberi kebaikan tambahan dalam masakan kita juga penting. Sebab itu Maha bersama beberapa rakan blogger lain baru-baru ini telah hadiri program 'Eating Healthy with Beko Malaysia' di The Pinnacle Petaling Jaya


Ia lebih kurang macam kelas masakan juga dimana kami diajar untuk menyediakan makanan sihat dan seimbang untuk makanan harian dengan menggunakan peralatan berkualiti tinggi daripada Beko. Kalau korang tak pernah dengan jenama Beko ni Maha ada buat satu resipi menggunakan Beko Hand Mixer sebelum ini. Sebenarnya Beko ni ada banyak lagi produk yang cekap pengguna.



Macam contoh selalu kita kalau nak kisar buah untuk buat jus kita akan gunakan pengisar biasa atau blender. Memang sama buah akan hancur dan jus akan keluar tapi dengan Beko Vacuum Blender kita akan dapat lihat bagaimana hasil buah yang dikisar tanpa vacuum dan juga yang menggunakan vacuum ini. Selepas beberapa minit sahaja air jus tomato ini berubah dan terasing sendiri kerana ada kandungan oksigen yang terurai semasa proses pengisaran. 


Semua teknologi itu membantu dalam menyediakan masakan yang lebih berkualiti dan dalam masa sama ia adalah lebih sihat. Maha bukan pakar nutrisi tapi sebab ada datang kelas macam ni jadi dapat juga sedikit sebanyak ilmu yang berguna. Hari tu kami semua diberikan beberapa resipi masakan sihat untuk kami sendiri sediakan dengan bantuan daripada beberapa orang pakar.

Kami diberikan kepada tiga kumpulan kecil untuk sediakan enam menu masakan sihat. Diantara menunya adalah :-
1) Garlic Bread
2) Mushroom Soup
3) Lemon & Thyme Roasted Chicken
4) Spinach Apple Smoothie
5) Frozen Yogurt Bites
6) Coconut Banana & Coco Milkshake  

Maha hari tu berkumpulan dengan geng acik-acik bawang sambil memasak sambil membebel jer. Siapa lagi kalau bukan Cik Lily dan Ayu Rafikah. Geng kami kena sediakan dua menu sihat iaitu Garlic Bread dan Mushroom Soup. Kalau korang nak resipi Maha sediakan kat bawah ni korang follow jer step by step Insha Allah jadi sedap punya. 

Nak masak Mushroom Soup kami menggunakan produk Beko Induction Cooker yang build in ni. Sangat kemas dan juga mudah untuk dikendalikan. Korang boleh set timer untuk untuk reminder tempoh masakan agar tidak terlebih masak dan juga dapur ini pintar boleh sendiri perlahan bila masakan terlalu panas atau menggelegak. Tengok hasil masakan sup kami sempurna dan juga cukup rasa yang penting sihat.





Kemudian untuk membakar Garlic Bread pula kami menggunakan Beko Built In Oven yang begitu inovatif. Oven ni ada pintu berkaca dan lampu dalaman yang boleh lihat masakan kita dari luar tak perlu buka pintunya. Hasilnya roti tu bakar dengan sekata dan tidak terlalu hangus serta masih rangup ditepi dan lembut ditengah. Juga team satu lagi yang masak ayam panggan pun mengunakan oven sama. Tengok hasil ayamnya warna masakan yang sangat cantik dan garing kulit tapi masih berjus isi didalamnya.



Team satu lagi pula masak resipi pencuci mulut yang sihat tanpa sebarang perasa dan juga pemanis tambahan iaitu Frozen Yogurt Bites dan juga Coconut Banana & Coco Milkshake. Nak hancurkan dan sekatakan Yogurt bersama buah-buahan tu mereka menggunakan produk Beko Hand Blender kalau korang kisar bahan tidak terpercik dan juga menggunakan pengisar keluli tahan karat boleh tanggal.




Milkshake pula mereka menggunakan produk yang Maha ceritakan mula tadi iaitu Beko Vacuum Blender. Blender ini bagus bukan sahaja kerana ada teknologi vacuum tu malah juga ada fungsi ketetapan dimana korang boleh set untuk blender ini bekerja mengikut fungsi yang korang mahukan. Seperti milkshake ada butang kat bawah tu untuk buat milkshake korang hanya masuk bahan dan tekan butang tu blender ini dah tahu nak kisar berapa lama dan juga kelajuan berapa. Mudah bukan. 

So selalu orang cakap nak sediakan masakan sihat ni sangat rumit dan leceh tapi dengan adanya Beko ia menjadikan kerja memasak lebih seronok. Tengok lah semua menu yang lazat dan sihat ni kami hasilkan dengan mudah dan menggembirakan. Betul lah orang kata kalau nak hidup lebih mudah jangan cari jalan susah. Mungkin korang boleh cuba juga resipi sihat yang Maha belajar ni sama-sama kita amal makanan yang sihat dan seimbang. 








Pho Street Hidangan Asli Vietnam Melancarkan Menu Istimewa Hari Kemerdekaan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jauh berbenar Maha nak bawa korang makan kali ini ke negara IndoChina mana lagi Vietnamlah. Restoran Pho Street iaitu jenama restoran yang terkenal dengan hidangan barat Vietnam Street. Siapa pernah pergi sana tahu lah makanan popular mereka Maha tak pernah sampai lagi jadi memang nak rasa hidangan mereka. Selalu tahu makanan popular mereka iaitu Vietnam Spring Roll sahaja.

Tapi kat restoran ini memang banyak sangat makanan yang mesra Muslim. Sempena dengan bulan kemerdekaan yang akan datang ni mereka melancarkan promosi baru yang menarik iaitu "We Are Pho Everyone". Promosi ini akan mula dijual dari jam 1.30 petang hari Isnin 9 September di semua enam cawangan Pho Street di seluruh negara.  


Selepas itu, setiap mangkuk Pho Beef Combination korang boleh dapat diskaun RM6.20 dari harga asal RM19.90. Promo ni untuk masa yang terhad sahaja tau bermula 9 September hingga 16 September 2019 pada Hari Malaysia
Pho Beef Combination

Restoran ini popular untuk pelbagai jenis makanan jalanan seperti mangkuk mi yang menggembirakan dan Banh Mi rangup. Pho Beef Combination lebih dikenali sebagai Noodles Beef yang didalamnya mengandungi beef balls, beef slices, beef shank, beef tandons dan beef tripe.  Ia disempurnakan dengan sup hangat yang direbus selama 8 jam, dalam tu ada mie beras panjang dari Vietnam, dihiasi dengan kualiti daging Halal dengan resipi rahsia mereka sendiri.
Roasted Lemongrass Chicken with Fragrant Rice

Menu lain yang ada kat sini disajikan makanan jalanan klasik Vietnam dari semua penjuru negara tersebug dan termasuk makanan ringan, mi dan nasi.  Kalau korang nak makan nasi boleh cuba mereka punya Roasted Lemongrass Chicken with Fragrant Rice. Ayam tu rasa unik bagi Maha sebab ada lada hitam dan juga serai. Memang firstime makan ni tapi sedap penuh selera. Kemudian untuk side menu mereka atau appetizer boleh cuba Fresh Summer Roll with Prawn & Fresh Herbs serta Crispy Spring Roll.
Fresh Summer Roll with Prawn & Fresh Herbs

Crispy Spring Roll

Minuman pula tak sah kalau tak cuba mereka punya Vietnamese Coffee yang sejuk atau panas. Kaki kopi suka lah ni sebab rasa kopi yang kaw tapi sedikit manis kot sebab tu orang Vietnam manis-manis hehehehe. Juga kena try minuman Passionfruit & Basil Mojito yang ni lebih segar dan sihat. Lepas makan yang panas dan pelbagai herba ni kena cuci sikit kan.
Passionfruit & Basil Mojito, Vietnamese Three Colour Dessert dan Vietnamese Coffee


Last sekali boleh tutup dengan pencuci mulut mereka iaitu Vietnamese Three Colour Dessert atau macam lebih kurang Cendol. Tiada ais dalamnya hanya air pekat macam rasa kuah kacang pun ada. Bagi Maha sedap tak terlalu manis sangat dihidang dalam cawan. 




Pengalaman makana makanan Vietnam satu yang agak kurang biasa bagi Maha, tak apa boleh datang selalu kerana ada promo semperna Merdeka nanti. Bawa keluarga datang makan kat sini best juga. Lepas ni nak pergi bercuti ke Vietnam lah nak cuba makanan mereka tapi sana susah nak cari yang Halal macam kat Malaysia ni.

Info lanjut pasal promosi ni dan juga restoran Pho Street boleh layari:








Nathan’s Famous Dari New York Kini Di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Orang Amerika memang suka makan sosej dalam bun roti kerana bagi mereka itu lebih mudah untuk dinikmati dan cukup mengisi perut mereka. Tapi kita orang Malaysia makan sosej dengan roti macam tu tak kenyang kot hehehe mesti nak juga nasi. Mungkin sekali sekala nak merubah selera boleh juga cuba.

Nak ker New York tu jauh jadi macam mana yer? Hurmmm sekarang tak perlu bimbang lagi kerana semua makanan popular dari negara Uncle Sam tu dibawa terus khas untuk kita orang Malaysia menikmatinya. Paling penting ia adalah Halal dan masih mengekalkan cara penyediaan makanan dan juga bahan-bahan masakan yang diguna pakai dari sana.



Tempat makan yang Maha maksudkan ini adalah Nathan’s Famous. Mungkin agak asing bagi rakyat Malaysia tapi kat sana ia cukup popular. Nathan’s kini di Malaysia telah ada tiga cawangan iaitu di Suria KLCC, Paradigm Mall Kelana Jaya dan Sunway Lagoon. Tak silap Maha Malaysia ini adalah negara pertama mereka di rantau Asia Tenggara.



Kat sini konsep mereka lebih santai macam fast food jugalah di mana korang order dan mereka akan masak apa yang di order kemudian bayar dan berlalu pergi. Itu konsep yang popular diamalkan di negara asal mereka. Dari segi menu makanan pula banyak yang ada kat sini seperti fries, burger, hotdog, sandwich dan juga minuman.


Maha cerita ni sebab Maha sendiri dah pergi cuba makan kat sini nak jadi orang putih katanya wakakaka. Tak adalah Maha makan sebab nak tahu apa yang istimewa sehinggakan ia begitu popular di sana. Orang kata kalau tak cuba makan tak cintakan dan betullah memang Maha dah jatuh cinta pada makanan mereka.
Double Tex Burger (RM18.00)



Paling menarik sekali adalah mereka punya burger iaitu Double Tex Burger. Burger ni sangat besar yer kerana dalamnya ada dua keping daging bersama lapisan keju, cendawan dengan sos keju dan juga onion ring. Bila Maha gigit burger ni dapat rasa dalamnya manis-manis dan juga sangat berlemak dari keju. Pattynya juga sangat terbal dan masih berjus di dalamnya.  Satu biji burger ni dah kenyang kot bagi orang saiz kecil dari Maha hehehehe.
Philly Cheesesteaks (RM17.00)

Tapi Maha masih lapar lagi jadi hari tu Maha order pula Philly Cheesesteaks. Ni pun saiz besar juga dimana dalamnya ada sliced steak beef dengan sautéed onions, capsicums, cendawan dan California cheese sauce. Saiznya lebih kurang 7” diapit dengan Hoagie Roll. Peringatan makanan ni kena makan waktu ia masih panas barulah terasa lelehan cheese yang memukau dan mengasyikkan.
Crispy Beef & Cheese Hotdog (RM14.50-Beef dan RM12.50-Chicken)


Sudah dua menu ni rasa kenyang tak, kalau tak kenyang juga korang boleh cuba mereka punya menu wajib iaitu Hotdog. Ada dua pilihan yang Maha dah cuba di sini iaitu Crispy Beef & Cheese Hotdog dan juga Chili Hotdog. Korang boleh pilih kalau nak sosej tu daging atau ayam ada cuma bezanya adalah sos di atasnya. Bagi crispy beef tu ada sos cheese banyak atasnya dengan kepingan daging yang digoreng garing.
Chili Hotdog (RM12.50-Beef dan RM10.50-Chicken)



Manakala satu lagi tu pula yang chili tu bukan lah sosnya dibuat daripada cili tapi lebih dikenali oleh orang kita sebagai Coney Sauce. Ia adalah sos istimewa yang dimasak dengan isi ayam dan juga rempah ratus istimewa. Daging yang digunakan di Nathan’s ini adalah daging lembu import dari Australia yang berkualiti tinggi.
Mushroom Cheese Fries (RM9.50 –Regular dan RM12.50 –Large)

Satu lagi yang juga menarik dan wajib kena cuba di sini adalah mereka punya Mushroom Cheese Fries. Ini juga saiz tak ingat dunia punya memang banyak fries dalamnya besar-besar serta penuh dengan limpahan California cheese sauce bersama cendawan. Kentang ni pun kena makan masa masih panas sebab korang boleh rasa ia punya kerangupan dan lembut di dalam.

Bila dah makan mesti kena ada minumankan, kalau tidak tercekik nanti sebab tu kat sini mereka juga ada jual Lemonade. Unik minuman Lemonade di sini adalah ia original perahan dari buah Lemon tanpa sebarang pewarna dan juga perasa tambahan. Sebab tu kalau siapa suka air ni mesti tahu ia original atau tidak.


So kalau rasa nak berangan jadi orang Amerika boleh lah cuba makanan kat Nathan’s ini. Tak salah pun nak cuba kerana makanan mereka sedap dan juga dihidang panas-panas. Kalau korang tak dapat pergi kat cawangan mereka yang ada boleh juga korang follow mereka punya Food Truck. Lokasi food truck ni korang boleh dapatkan kat FB atau IG mereka yang Maha kongsikan kat bawah ni ok. Nak order melalui online pun boleh kat FoodPanda atau Grab Food. Syok juga layan makan hotdog dan juga burger kat sini korang tak nak cuba ker. Selamat menjamu selera semua ok.

Lokasi food truck dan promosi lain layari :-







Active Soymilk Menjaga Kesihatan Dalam Kelazatan Masakan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni hari-hari korang nampak update dan post makan merata tempat dan macam-macam jenis makanan yang masuk dalam perut ini. Tapi sebenarnya Maha ada juga mengambil beberapa makanan dan minuman sihat untuk seimbangkan dengan keperluan badan dan juga aktiviti berblog ni.

Walaupun nampak Maha ni perut agak maju kehadapan ni tapi Alhamdulillah hasil dari pemeriksaan dengan doktor tiada masalah kolestrol atau juga darah tinggi. Cuma sekarang ni Maha nak kurangkan buncit kat perut ni jer wakakaka. Sebab tu Maha sudah mula mengamalkan minuman Active Soymilk dari Active Life Malaysia


Ni pun sebab hari tu Maha pergi satu kelas sesi memasak bersama dengan Chef Sidney Kan dengan kerjasama Active Life Malaysia. Mula-mula malas nak pergi tapi bila dia kata boleh kurangkan masalah buncit perut terus Maha nak pergi nak tahu. Kat situ mereka menggunakan produk minuman Active Soymilk yang dihasilkan daripada kacang soya organik 100% tanpa GMO. Nak tahu GMO tu apa korang boleh Google bahayanya kepada makhluk hidup.
Chef Sidney Kan


Selain itu juga, dalam minuman ini mereka menggunakan kacang soya tanpa kulit. Diperkayakan  lagi dengan fenugreek, prebiotik dan probiotik baik untuk kesihatan usus. Bila usus yang sihat maka makan senang terhadam dan itu yang boleh mengurangkan buncit perut macam Maha ni wakakaka. Ia juga bagus untuk mereka yang ada masalah intoleransi laktosa, masalah gastrik serta memperbaiki keadaan kulit secara semulajadi.


Banyak kot khasiat produk ni kalau ibu yang menyusukan anak sangat sesuai untuk mengambil minuman susu soya ini kerana ia meningkatkan susu badan. Kanak-kanak yang ada alahan pada susu binatang juga boleh mengambil susu soya ini untuk lebih memberi protein dan perkembangan tubuh kanak-kanak. Sebab tu Maha dah start mula mengamalkan minuman ini dengan amal minum satu cawan waktu pagi dan malam.


Kalau korang susah nak minum susu atau juga soya macam tu korang juga boleh masukkan dalam masakan sehari-hari. Macam yang Maha belajar pada kelas hari tu dimana chef mengajar kami mencuba masakan kesukaan rakyat Malaysia seperti telur kukus dan juga kari. Daripada masak kari dengan santan apa kata ganti dengan susu soya korang boleh dapat kesedapan juga kesihatan dalam masakan.


Hari tu ada tiga resipi yang ditunjukkan kepada kami iaitu resipi AL Soymilk Fish Broth, Healthy Egg with AL Soymilk dan AL Soymilk Chicken Curry. Korang tengok lah sedap dan menyelerakan hidangan yang dihasilkan mengunakan produk ini. Kualiti pemakanan nutrisi dengan kerapa melalui makanan tambahan yang berkualiti memainkan peranan penting dalam kesihatan harian kita. 


Hari tu juga selain daripada belajar memasak kami juga diterangkan tentang kesihatan dan kebaikan makanan soya ini oleh Pakar PemakananActiveLife Mr Thomas. Beliau sarankan untuk pengambilan yang kerap setiap hari dan konsisten agar memberi kesan yang maksima. Kalau satu tin 600gram ini boleh tahan untuk 15 hari jika diambil dua kali satu hari. Satu tin Active Soymilk ini harga dipasaran RM59.00.
Pakar Pemakanan ActiveLife Mr Thomas



Jadi lepas ni kita tahu ada bahan yang boleh digantikan untuk menjadi makana kita lebih sihat dan juga masih rasa sedap. Maha sendiri pun banyak belajar tentang semua ini bila datang program berguna ini. Active Life ni banyak lagi produk lain kalau korang tengok kat Facebook dan juga laman web mereka. Nanti korang boleh beli dekat farmasi atau juga secara online ok. Makan boleh tapi pastikan seimbang dengan makanan sihat itu yang Maha pelajari.

Info lanjut produk Active Life layari :





Xinnature Dim Sum Meneroka Pasaran Halal Di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita tahu Dim Sum adalah makanan bangsa China yang mana mereka suka nikmati makanan ini pada waktu pagi mahupun tenghari serta malam. Makan dengan Dim Sum yang panas-panas lagi syok tu. Tapi sebagai kita rakyat Malaysia yang berbilang bangsa keperluan untuk meneroka pasaran halal membuka inisiatif kepada Xinnature Dim Sum untuk ke arah tersebut.

Xinnature Dim Sum adalah pengeluar produk makanan Dim Sum yang cukup terkenal di Malaysia. Kini mereka mahu mengembangkan lagi produk ini agar boleh dinikmati seluruh rakyat Malaysia. Walaupun masih dalam proses tapi perjalanan ke aras itu telah dimulakan. Maha sendiri dijemput untuk mencuba Dim Sum yang enak keluarkan mereka sendiri melalu dapur yang dikawal dari seji kualiti dan sumber masakannya. 




Hari tu ramai peminat dan juga pengusaha yang mahu mengusahan jualan produk Dim Sum mereka juga dijemput bagi mencuba beberapa menu Dim Sum Mesra Muslim ini. Paling menarik perhatian Maha adalah Custard Bun iaitu pau didalamnya ada inti telur masin yang cair meleleh. Ni maha tak sempat ambil gambar masa makan sebab memang sedap giler kegemaran Maha.




Kemudian mereka mengeluarkan produk Dim Sum yang diperbaharui seperti Petai Bun, Vege Bun dan juga Otak-otak. Semua ni sangat sesuai dengan selera rakyat Malaysia dan juga pastinya Halal. Macam mana nak dapatkan Xinnature Dim Sum ini? 



Sebenarnya mereka adalah pengeluar produk Dim Sum dan mereka memperlawa kepada usahawan muda dan juga muslim untuk berkerjasama dalam mengembangkan kosep kiok Dim Sum di seluruh Malaysia. Namun mereka bakal membuka cawangan pertama Xiannature Dim Sum di Ampang Point dan juga beberapa lokasi yang telah dipilih seperti Melawati Mall, Sogo KL dan IOI Putrajaya. Tunggu pengumuman selanjutnya ok. Maha pun tak sabar nak cuba ni.

Info lanjut layari:









Pesta Makanan Dan Minuman Tasty Australia 2019 Kini Di Isetan KLCC

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini yang pernah pergi Australia? Mesti ramaikan tapi Maha jujur tak pernah sampai ke sana lagi dan memang ada cita-cita nak pergi negara Kangaroo tu satu masa nanti. Tapi sekarang ni Maha nak nikmati dulu semua produk makanan dan minuman keluaran Australia di Malaysia.

Mana nak dapat semua ni korang kena pergi ke Isetan KLCC kerana tengah berlangsungnya Tasty Australia 2019 dari 30 Ogos hingga 11 September 2019 yang dibawakan oleh The Model Cook ke Malaysia. Maha dah pergi sana hari tu kerana ada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Mr Koji Oyama, Pengarah / Pengarah Urusan Isetan Malaysia dan juga Mr Michael Growder, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.  


Mr Michael Growder, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia

Korang tahukan yang Australia ni memang cukup terkenal dengan produk makanan yang sihat dan juga berkualiti tinggi. Dalam pameran tu ada lebih daripada 25 jenama dan juga 80 jenis produk yang dijual dibawa daripada daerah Autralia Selatan dan Australia Barat. Tasty Australia kali ini mengutamakan kemampanan dan kebijaksanaan memilih makanan tanpa GMO dan juga gaya hidup yang sihat melalui pemakanan.






Kalau korang datang sendiri kat sini dan tengok memang banyak jenama mereka yang begitu popular seperti madu asli mentah dari Hutan Selatan. Mereka adalah pengeluar dan pembekal madu Jarrah terbesar di dunia, yang dituai dari sarang lebah di hutan Jarrah kuno Australia Barat. Hutan ini tidak dapat ditemui di mana-mana di dunia, memberikan Madu Farm Fewster dengan rasa yang unik dan original tanpa bahan kimia atau racun perosak.








Juga ada produk Popcorn yang sedap menggunakan jagung premium Australia, popcorn keseluruhan ini mempunyai lebih banyak serat dan protein daripada banyak makanan ringan lain, menjadikannya makanan ringan yang sihat untuk anak-anak dan orang dewasa untuk menikmati sebagai makanan seimbang. Ia bebas gluten dan bebas secara GMO dan dihasilkan dalam kemudahan tanpa kacang.





Kat sini korang kena cuba dan beli Nestar & Miss Sweetie Vegan Chocolates. Coklat ini menggunakan bahan-bahan terbaik dan berfungsi dengan coklat tulen di kuali tembaga padu 100 tahun yang terkenal di Nestar. mereka menggunakan kaedah tradisional dan masak perlahan yang membuatkan rasa coklat lebih nikmat dan enak.




Australia juga adalah pengeluar Truffle terkenal dunia dimana 100% dibuat di Australia Barat menggunakan bahan-bahan segar. Ia mengandungi 100% Tuber melanosporum - Périgord Black Truffle yang terkenal yang berasal dari ladangnya di rantau Manjimup yang terletak di Barat Selatan Australia yang sejuk.








Tu baru sikit sahaja produk makanan yang ada sini banyak lagi macam kepingan epal Bravo yang sedia dimakan dengan flavonoid tinggi yang baik untuk kesihatan jantung, minyak trufel ikonik dari Australia Barat, quino yang ditanam 100% di Australia, buah-buahan straps dehidrasi semulajadi dan pelbagai makanan dalam bekas yang menarik dan mudah untuk dibawa.

Salted Beef Sandwich

Beef Burger

 Kakadu Truffled  Potato Croquettes





Memang Maha datang sini dapat kenal banyak produk mereka yang tidak pernah tahu dan juga rasa. Korang juga boleh makan masakan yang disediakan di sini. Macam hari tu Maha sempat cuba Salted Beef Sandwich yang menggunakan bahan daging Halal dan juga segar dari Australia. Juga ada Beef Burger, Kakadu Truffled  Potato Croquettes dan banyak lagi disediakan oleh chef profesional.




Kalau yang kaki kambing tu boleh cuba macam Whole Roasted Australian Lamb Leg dan tutup makan dengan Koala Brownies. Memang boleh makan kat situ jer atau juga bungkus bawa balik cara masakan meraka lain lebih sihat dan lazat. Harga juga kat sini adalah yang ditawarkan lebih murah dengan yang biasa ada kat pasaran.




Selain daripada makanan juga terdapat cabutan bertuah dengan hadiah baucer bernilai RM500, hamper makanan dan hadiah cenderahati Australia dengan setiap pembelian. Korang juga akan gembira dengan harga ‘value buy’ untuk produk makanan dan minuman Australia tertentu, terutamanya semasa ‘extra special buy’ selama satu jam serta bertemu dengan para pelopor Australia.

So lepas ni siapa yang tak pernah jejak kaki kat Australia boleh nikmati makanan original Australia di Malaysia. Maha datang sini hari tu seronok sangat sebab rambang mata nak beli banyak produk yang menarik dan sihat. Isetan ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam jadi sempatlah balik kerja singgah kejapkan. Cuti hujung minggu yang panjang ni pun sempat lagi korang pergi dapatkan produk Australia ni. Selamat membeli-belah.

Info lanjut layari :
Facebook : https://www.facebook.com/The-Model-Cook-311068972269387/






AEON Membawakan Kipas Elektrik Pintar Yamazen Mesra Kanak-Kanak

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni kita dalam musim panas yang mana bukan sahaja panas datang dari cuaca tapi juga daripada pembakaran terbuka yang banyak. Jadi penggunaan peralatan elektrik yang tinggi pada masa ini terutama kipas betul tak. Kita balik kerja dan juga nak tidurkan anak-anak mesti nak kipas agak selesa dan lena sahaja berehat.

Jadi kadang-kadang yang ada anak-anak kecil boleh merangkak dan juga berjalan mereka pantang kalau nampak kipas meja yang berpusing mulalah nak hulur tangan. Itu yang selalu dibimbangkan oleh ibu bapa atas keselamatan anak-anak kecil. Tapi sekarang ini tak perlu nak bimbang lagi kerana AEON Malaysia membawakan satu peralatan mesra kanak-kanak iaitu Yamazen Touch Stop Electric Fan

Kenapa Maha kata ia kipas ini mesra kanak-kanak kerana ia ada fungsi 'Sensor Child-Lock'. Fungsi ini adalah kipas akan terberhenti secara automatik apabila ada sentuhan terus kepada kipas tersebut. Setelah mati kemudian kipas akan hidup semula secara automatik selepas 15 saat. Jadi kat situ kalau ada anak kecil yang cuba sentuh kipas ia akan mati dengan sendiri dan ini menambah keselamatan anak anda.



Selain itu juga, kipas ini ada fungsi '8-jam auto-shutoff' untuk menjimatkan tenaga elektrik. Ini sangat berguna kepada mereka yang selalu lupa nak off kipas bila keluar rumah dan fungsi ini akan memberhentikan kipas selepas ia ditinggalkan dalam tempoh lama. Paling penting kipas pintar ini didatangkan dengan remote control jarak jauh yang membolehkan korang on atau mengawal segala fungsi tanpa perlu pergi dekat. Ramai orang suka ada remote ni tak perlu nak bergerak banyak kan hehehe.



Macam mana Maha tahu semua pasal kipas ini sebab hari tu pergi tengok sesi demonstrasi yang dilakukan di AEON. Kipas elektrik no 1 di Jepun ini boleh korang dapatkan di semua cawangan Pasaraya AEON dan AEON Big seluruh Malaysia dengan harga RM199.00 sahaja. Didatangkan dengan tiga jenis warna pilihan iaitu biru, pasir emas dan juga clear. Jadi sebab kecanggihan dan uniknya kipas ini Maha telah rembat satu bawa pulang hehehehe senang hidup.

Selain daripada teknologi yang baru dalam kipas ini mereka masih ada lagi fungsi asal kipas berdiri ini iaitu dengan tiga tahap kelajuan. Lepas tu pula kat board kipas tu semuanya di pamer secara digital. Bilah kipas ini pula ada lima yang menawarkan kesenyapan enjin kipas elektrik semasa penggunaan tempoh yang lama. Kaki kipas boleh laras ketinggian dalam 800mm hinga 1000mm. 


Penat lah cite semua ni korang boleh tengok sendiri lah kelebihan kipas ini kat semua cawangan pasaraya AEON. Maha tertarik dengan fungsi yang lain daripada kipas biasa itu yang penting. Korang rasa ok tak nak beli, dapatkan sekarang juga yer. 








Bento Dan Onigiri Hanya RM1 di myNEWS Biar Betul

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha kalau dengar ada makanan RM1 ni memang giler terus nak pergi serbu. Tambah lagi pula bukan makanan biasa-biasa ia adalah makanan Jepun. Siapa sini suka makanan Jepun kita geng jom pergi serbu kat myNEWS

Sempena dengan bulan September ini sahaja myNEWS memberikan hanya RM1 untuk pembelian Bento dan juga Onigiri. Kalau korang tak pasti Bento ni macam mana ia adalah satu hidangan makanan yang lengkap ada nasi Jepun, lauk seperti ikan atau ayam dan sayur segar atau jeruk dalam satu bekas kotak tersusun. Bento yang jual kat sini ada macam-macam jenis masa hari tu Maha nampak ada Bento Salmon Salsa dan juga Bento Jumbo Chicken Cutlet. Jadi Maha beli yang ayam dapat RM1 best syok.



Manakala Onigiri pula ia adalah nasi Jepun yang dibentuk menjadi segitiga, bersama inti didalamnya dan dibalut dengan Nori atau rumpai laut. Onigiri ini pun ada banyak inti dalamnya ikut kegemaran korang lah. Kat sini ada jual Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese, Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken, Onigiri Teriyaki Salmon, Onigiri Tuna Mayo dan Onigiri Tobiko Kani Mayo. Paling Maha suka adalah yang salmon sedap giler.  



Kedua-dua makanan ini sangat enak dan berkhasiat. Kat myNEWS ni mereka hasilkan hidangan ni setiap hari jadi ia segar. Pulak tu saiz sangat sesuai untuk yang macam Maha ni tak ada masa hanya boleh on-the-go sahaja. Kat myNEWS ini Bento dan Onigiri mudah untuk dibawa dan dinikmati bila-bila masa dan dimana juga. Maha suka sambil lalu depan myNEWS singgah beli dan makan kat office kalau balik kerja beli makan kat rumah mudah.



Tapi macam Maha cakap yang promosi RM1 ini hanya untuk bulan September sahaja dan ada hari-hari tertentu sahaja. Untuk Bento Tuesday RM1 hanya setiap hari Selasa bulan September manakala untuk Onigiri Thursday RM1 pula hanya setiap hari Khamis bulan ni juga. Jadi kalau korang beli hari-hari lain ia masih dijual cuma pada harga asal lah. 


Nak dapatkan RM1 ni pun bukan boleh beli macam tu sahaja. Korang kena muat turun aplikasi myNEWS dalam telefon korang dan daftar dalam aplikasi tu. Jadi nanti masa nak bayar korang boleh gunakan e-dompet yang adalah dalam aplikasi tersebut dan baru boleh dapat promo tu. Nasib hari Maha datang tu hanya tinggal sikit jer memang cepat habis sebab murah giler kot RM1 untuk makanan Jepun ni.


Jadi standby untuk beberapa minggu yang tinggal ni korang kena pergi cepat-cepat kat myNEWS yang terpilih sahaja. Bukan semua myNEWS ada tau korang kena tengok lokasi yang mereka update kat Facebook dan juga Instagram myNEWS. Maha hari tu pergi kat Plaza Pantai kerana situ ada Maru Kafe dalamnya. 

Maru Kafe ini dia macam satu station yang dalam tu ada jual macam-macam produk makanan Jepun yang enak-enak selain Bento dan juga Onigiri. Kat situ ada juga jual macam-macam produk bakes seperti Hokkaido Roll, Hokkaido Chocolate Roll, Hanjuku Cheese Cake, Hanjuku Chocolate Cake dan banyak lagi. Hokkaido ni memang Maha suka sedap dan lembut. Jadi pastikan korang pergi cawangan yang betul tau jangan pakai redah jer nanti sebab tak semua ada Maru Kafe ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ok.

Senarai lokasi myNEWS yang terlibat korang boleh lihat di sini :








Sah Produk Gula-gula Creamy Candy Jenama White Rabbit Tiada Halal

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai peminat gula-gula yang semakin menjadi popular di Malaysia sekarang ini iaitu Creamy Candy White Rabbit yang di import ke Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara. Bukan sahaja popular dalam bentuk gula-gula tapi juga dihasilkan sebagai perisa aiskrim. 


Namun baru-baru ini kenyataan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) telah mengesahkan gula-gula susu White Rabbit merupakan salah satu produk yang tidak halal selepas laporan ujian makmal mendapati terdapat kandungan protein khinzir dalam ramuannya. 


Di negara tersebut juga telah mengambil langkah untuk mengasingkan dan meletakkan serta melebelkan gula-gula serta semua bahan yang diimport dibahagian tidak halal. Bagitu juga dengan Jabatan Kemajuan Islam Malayisa (JAKIM) menyatakan bahawa tidak pernah menerima permohonan sijil Halal terhadap gula-gula susu White Rabbit, yang diimport dari China ini.

Namun kajian mendalam akan dilakukan oleh JAKIM bersama dengan Kementerian Kesihatan tentang kandungan seperti mana yang didakwa oleh negara jiran tersebut. Jadi kita sebagai orang Islam sekiranya ada rasa was-was makan lebih baik ditinggalkan agar tidak diterlibat dalam Syubha. Sebuah negara yang kuat amalan Islamnya juga telah menyatakan sebaiknya lebih baik kita jauhkan. Hanya sekadar peringatan dan nasihat. 








Kalau Lapar Korang Suka Order Makanan Apa

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau lapar korang suka oder makanan apa? Itu satu soalan yang memang sukar untuk dijawab apabila korang tengah lapar. Macam Maha kalau time tengah lapar apa sahaja makanan yang ada dekat Maha akan makan tak adalah nak memilih sangat. Yang penting mesti Halal dan selamat untuk dimakanlah. Sebab tu saiz macam ni makin mengembang wakakaka.
Gambar sekadar hiasan 

Soalan ini lagi bertambah rumit kalau time korang tengah sibuk nak siapkan kerja kat pejabat atau juga ada urusan penting. Sampai ada yang sanggup abaikan rutin makan kerana mengejarkan kesibukan itu. Dalam satu kajian yang dibuat melangkau waktu makan tak kisah pagi atau tengah hari akan memberi kesan kepada berat badan dan juga kesihatan.

Melangkaui waktu makan sebenarnya akan menyebabkan peningkatan pengeluaran insulin. Jika kita menghabiskan lebih dari 3 jam tanpa makan, kadar insulin meningkat. Oleh itu, rasa lapar akan lebih tinggi dan membuatkan korang makan lebih daripada kuantiti yang diperlukan dan disitu proses penghadaman lebih lambat. Nampak sangat bijak yer kat situ wakakaka.

Itu apa yang Maha dapat dalam pembacaan secara atas talian tentang makan. Sebab tu korang tak boleh skip makan ikut suka walaupun sesibuk mana sekali pun. Kalau tak ada masa untuk masak kat rumah atau korang tengah sibuk kat pejabat mesti kena makan. Sekarang dah ada solusi untuk makanan datang kepada korang dan tidak perlu pening keluar mencari makanan.

Contoh paling mudah adalah food delivery. Penghantaran makanan kepada anda dalam masa yang kita perlukan dan juga makanan yang kita nak. Sebab Maha ni memang suka menggunakan khidmat penghantaran makanan. Banyak sekarang syarikat penghantaran makanan yang ada hampir diseluruh Malaysia terutama yang duduk di kota-kota besar ini.

Sekarang ni Maha paling suka order makanan kat satu restoran yang menjadi kegemaran Maha. Korang pernah dengar tak pasal Siakap Keli. Jangan salah faham yer tiada kena mengena dengan portal SiakapKeli yang selalu keluar berita terkini tu. Apa yang Maha maksudkan adalah Restoran Sikap Keli Seafood. Ini adalah satu restoran makanan Ala Thai dan masakan Melayu yang terletak tak silap Maha kat area Puchong

Sebenarnya secara fizikal Maha tak pernah lagi makan di restoran ini. Tapi Maha selalu order online untuk penghantaran pelbagai jenis makanan yang enak dan cepat dari restoran ini. Kalau seorang Maha akan order makanan recommended kat sini iaitu Nasi Goreng Seafood mereka. Kalau korang yang nak makan makanan set boleh order dengan set nasi mengandungi nasi putih bersama dengan lauk pauk dan juga telur mata.

Minuman pula korang kena cuba mereka punya Jus Mangga Susu memang terbaik dan juga original yang kaw giler-giler. Kalau kat rumah dengan keluarga yang ramai boleh order lauk makanan laut seperti Ikan Siakap yang boleh dimasak dengan pelbagai cara iaitu Tiga Rasa, Stim, Kicap, Sambal, Masam Manis dan banyak lagilah. Kemudian untuk lengkapkan nutrisi makanan korang kena ada sayur jadi boleh pilih antara Kailan Ikan Masin, Kangkung Belacan, Bunga Kubis Goreng dan pelbagai lagi menu sayuran. 

Akhir sekali orang kita suka order Telur Dadar agar banyak lauk pauk senang. Restoran ni ada perkhidmatan penghantaran makanan untuk waktu tengah hari dan juga makan malam. Banyak lagi makanan yang ada kat dalam list menu Restoran Siakap Keli Seafood ini.

Semua ini Maha tahu semasa tengok melalui aplikasi FoodPanda. Mula-mula nak makan western tak selera jadi cari makan Melayu nampak restoran ini. Maha dan banyak kali order melalui aplikasi tu. Hanya dihujung jari sahaja makanan boleh pilih dan buat bayaran kemudian makanan akan sampai. Jadi tiada alasan untuk korang skip makan dan boleh kekal makan mengikut waktu. Korang masih tetap boleh buat kerja seperti biasa sementara tunggu makanan sampai.

Banyak lagi sebenarnya cara untuk makan dengan lebih senang tapi yang ini lah Maha selalu gunakan. Trend order makanan melalui penghantaran makanan dalam talian ini makin meningkat setiap tahun di negara yang sedang membangun seperti Malaysia ni. Itu yang membuatkan khidmat mereka bukan setakat hanya menghantar makan tetapi juga menyelamatkan waktu makana anda dari terus diabaikan. Tiada alasan untuk berlapar ok.








Viewing all 1332 articles
Browse latest View live