Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1332 articles
Browse latest View live

Texas Chicken Menyambut Hari Merdeka Dan Hari Malaysia Dengan Promosi Hebat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih dalam mood bulan kemerdekaan Malaysia apa cara yang korang lakukan untuk meraikannya. Mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau di kenderaan korang atau membuat sesuatu yang membanggakan negara sehingga peringkat antarabangsa. Apa pun yang korang laku pastikan ikhlas untuk negara tercinta baru ianya sangat bermakna.

Bagi Maha nak meraikan kemerderkaan negara dan Hari Malaysia ini sangat senang jer dengan keluar makan lah hehehehe. Bukan makan yang biasa-biasa tau tapi kali ni Maha nak bawa korang makan di Texas Chicken. Ini kerana kat sana korang boleh dapat promosi makanan sempena meraikan 1 juta peminat Facebook mereka dan mengucapkan terima kasih kepada korang, Texas Chicken membawa kembali promo Merdeka Deal pada Hari Malaysia.

Pada tanggal 16 September 2019 ini satu hari sahaja Texas Chicken Malaysia dengan bangganya mengumumkan harga untuk 2 ketul ayam goreng original atau spicy bersama dengan 1 cawan minuman ringan (Regular) hanya RM6.90 sahaja (NP: RM14.90) untuk Malaysia Day Deal Texas Chicken. Gilerrrr memang berbaloi dah pulak tu air minuman ringan boleh diisi semula secara PERCUMA tau korang boleh minum sepuasnya.

Selain itu juga korang boleh tambah antara pilihan side menu pada harga RM1.60 sahaja satu.
1pc Honey-Butter Biscuit

1 Mashed Potatoes (R)

1 Coleslaw (R)

1 Flavoured Rice

Kalau bagi Maha set yang akan Maha pilih dengan ayam goreng tu mestilah biskut Honey-Butter yang unik tiada kat tempat lain hanya kat sini sahaja dan juga dengan kentang putar mereka sangat sedap gilerrr. Sebab tu Maha nak bawa korang untuk nikmati promosi harga murah ini untuk satu hari sahaja di semua cawangan Texas Chicken di seluruh Malaysia.


Cepat Maha rasa ini sahaja masa untuk raikan hari penuh makna bagi seluruh rakyat Malaysia sambil makan yang sedap dan murah bersama kawan-kawan atau keluarga. Hari cuti memang tiada alasan lah nak tak pergi. Selamat menikmati juadah yang enak di Texas Chicken.









Beli Barangan Buatan Malaysia atau Utamakan Produk Muslim

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam tempoh beberapa minggu ini di sosial media tengah hangat menceritakan isu beli barangan Muslim. Ramai yang bagi pendapat sendiri tentang perkara ini tidak kurang juga pada yang memberi pandangan sebaliknya.

Adakah ia kempen memboikot produk bukan Muslim?

Secara jujur bagi pendapat Maha ia bukanlah sebegitu maksud kempen ini. Ia lebih kepada utamakan produk muslim kerana ia dapat meningkat ekonomi orang muslim di Malaysia. Ini juga secara langsung akan mengurangkan jurang pendapatan rakyat berbilang kaum di Malaysia

Baru-baru ini juga Jemaah Menteri menolak Kempen Memboikot Barangan Bukan dari Pengusaha Muslim dan mahu rakyat lebih kepada Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Kempen ini sememangnya telah berjalan sejak dahulu lagi, tidak dinafikan ia memang baik untuk ekonomi negara.

Tapi ia tidak mampu mengurangkan harga barang seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan. Tetapi sejak kempen Utamakan Produk Muslim berjalan memberi kesan dimana terdapat kedai-kedai runcit dan pasaraya besar di Malaysia mula menurunkan harga beberapa barangan keperluan seperti minyak, beras, roti dan beberapa produk lain. Korang juga boleh membuat tinjauan sendiri untuk mendapatkan kepastian ini.

Apa pun kempen yang dilakukan kita kena tengok dari segi positifnya. Ini semua memberikan kebaikan kepada ekonomi negara dan juga menandakan kuasa ditangan rakyat dan kita mampu merubah apa yang sepatutnya. Seperti mana kita berani merubah kerajaan kenapa kita tidak merubah cara pembelian barulah kita tahu kesannya baik atau buruk kepada negara.








Keistimewaan Makanan Laut Bakar Dari Restoran Sisik Ikan Bakar Bandar Botanic Klang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tengah rancak sekarang ini di sosial media kempen utamakan produk muslim seperti mana posting di blog Maha sebelum ini. Jadi sebab itu sekarang ni Maha nak bawa korang kepada satu restoran 100% milik Muslim yang ramai orang cari. Bukan calang-calang tau restoran ini menyajikan makanan laut bakar yang menjadi pilihan warga Klang dan juga yang berhampiran dengannya.

Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak di Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanic Klang. Tapi kalau korang nak senang cari restoran ini terletak betul-betul depan GM Klang. Kalau cari tu Insha Allah tak sesat punya hehehe. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 8.00pagi hingga 4.30petang untuk masakan asli Melayu dan untuk malam pula dari pukul 5.00petang hingga 12.30 tengah malam untuk makanan laut bakar. 



Korang yang tinggal atau bekerja area Klang nak cari makan ikan bakar waktu malam boleh datang ke restoran ini memang meriah dengan makanan laut yang segar dan banyak pilihan. Korang boleh tengok sendiri lah masa Maha pergi makan hari tu ada pelbagai jenis ikan seperti Ikan Siakap, Ikan Bawal Mas, Ikan Jenahak, Ikan Kembung, Ikan Cencaru, Ikan Tuka dan banyak lagi. Itu baru ikan tak masuk lagi yang lain seperti Sotong, Udang, Kerang, Ketam, Pepahat, Lala dan macam-macam lagi lah.





Jadi korang boleh pilih nak bakar yang macam mana. Kalau nak masak berkuah pun ada kat sini macam yang telah dihidangkan kepada Maha dan kawan-kawan hari tu. Banyak sangat lauk pauknya semua masakan asli Melayu. Korang boleh cuba Ikan Siakap Bakar Tempoyak atau orang Pahang panggil Masak Pais. Ini paling menjadi kegemaran Maha tak begitu pedas dan juga rasa Tempoyak yang cukup rasa. Mungkin ada orang yang suka rasa Tempoyak lebih tapi bagi Maha yang ini sesuai dengan selera Maha.
Ikan Siakap Bakar Tempoyak

Selain tu, juga korang boleh cuba ikan dimasak pelbagai cara lain yang popular seperti Asam Pedas, Masak 3 Rasa, Stim Hijau, Bakar Berempah dan banyak lagi. Semua ini cukup rasa rempah dan juga bahan masakan mereka tidak lebih dan juga tidak kurang. Masak pun tidak berlebihan kerana kalau ikan yang terlebih masak ia akan jadi kering dan isi ikan tidak berjus.
Ikan Siakap Masak Asam

Ikan Siakap Masak Sambal

Ikan Bawal Masak Asam

Menu lain yang menjadi pilihan orang ramai yang datang makan kat sini adalah Sotong Bakar Manis macam yang Maha cuba ini. Sangat sedap yer sotongnya saiz yang besar dan juga rasa cukup rempahnya. Makanan laut kat sini juga boleh dimasak cara lain yang korang suka seperti Masak Petai, Masak Berlada, Goreng Berempah dan juga Masak Cili
Sotong Bakar Manis

Makan tanpa sayur-sayuran tak lengkap juadah yang seimbang betul tak. Kat sini pun banyak jenis sayur-sayuran segar yang korang boleh pilih untuk masak macam Kangkung Goreng Belacan, Kailan Ikan Masin, Sayur Goreng Campur dan banyak lagi. Nak makan ulam segar pun ada bersama dengan pilihan sambal ada Budu, Sambal Tempoyak, Sambal Belacan atau Cencaluk.
Udang Goreng Berempah

Pepahat Masak Berlada

Lala Masak Cili

Kupang Masak Berlada

Semua tukang masak kat sini sedia menyediakan hidangan masakan yang korang nak tu jangan bimbang cuma korang pilih jer nak makanan laut mana. Makan pun panas-panas sebab bila ada tempahan baru mereka masak jadi rasa lebih enak. Makan pula dengan nasi putih dan juga ulam-ulaman kampung bersama sambal belacan terbaik lah. Kalau tak jilat jari jilat pinggan punya wakakaka. 




Waktu malam di restoran ini korang kena cuba mereka punya Nasi Lemak Buluh Perindu. Bukan biasa-biasa tau kerana nasi lemak ini dimasak kukus dalam buluh dan juga nasinya bewarna hijau. Nasi lemak ini boleh dimakan dengan pelbagai jenis pilihan lauk-pauk seperti Sambal Udang, Sambal Paru, Ayam Rendang dan juga pilihan ramai makan bersama Ikan Bakar. Maha suka nasi lemak mereka ni sebab sambal sedap dan juga nasi yang cukup lemaknya.

Nasi Lemak Buluh Perindu

Sambal Udang

Ayam Rendang

Sambal Paru

Dulu restoran ini dikenali sebagai Restoran Resipi Warisan Tok dan kemudian baru ditukar nama  kepada Restoran Sisik Ikan Bakar ini. Kalau korang perasan banyak masakan di restoran ini dipengaruhi oleh masakan dari Negeri Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Selangor. Jadi sebab tu banyak variasi masakan yang memenuhi citarasa rakyat dari pelbagai negeri di Malaysia. 




Maha dah datang sini korang bila lagi jangan lupa nanti tag mereka bila dah cuba makan kat sini ok. Nak bawa family yang ramai sangat sesuai sebab restoran ini luas dan selesa. Nak parking waktu malam pun banyak walaupun kita tahu yang Bandar Botanic tu akan mati lepas pukul 7.00 malam. Tapi restoran ini ada untuk memeriahkan dan mengisi perut korang pada waktu malam. So cuba jangan tak cuba ok. Selamat menjamu selera semua.

Info lanjut dan promosi hebat boleh layari :
Alamat : Restoran Sisik Ikan Bakar 
               No 32 Jalan Kasuarina 1/ks7 Bandar Botanic
               41200 Klang Selangor
Whatsapp : 019-2263004
                   016-2240474

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3/5







Wangian Baru Avon Kombinasi Alam Dan Sinar Cahaya Kehidupan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. AVON satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dan begitu sinonim dalam produk kecantikan dan juga wangian ini. Maha adalah salah seorang pengguna minyak wangi mereka. Haruman pelbagai-sensori ini menghidupkan personaliti penuh keriangan dan kegembiraan buat semua yang berada disekeliling korang.

Kenzo Takada dianggap merevolusi fesyen dan melangkau batasan kreativiti dengan palet rona-rona ria. Kejayaan beliau dalam bidang fesyen dan haruman antarabangsa adalah selama 40 tahun. Kolaborasi beliau bersama Avon telah melahirkan koleksi AVON LIFE COLOUR– haruman yang benar mencermin kreativiti dirinya. Diinspirasikan oleh prisma, botol uniknya direka oleh Kenzo Takada ini bagaikan sejalur sinar cahaya yang memancar rona-rona prisma yang menakjubkan.

AVON LIFE COLOUR FOR HER EAU DE PARFUM 50ml



Haruman sungguh menggembirakan ini menyerlah aura positiviti dan memukau dengan kombinasi unik pir segar, raspberi, magnolia serta kehangatan orris dan kayuan cedar. Kalau yang wanita ni dari deria bau Maha ia lebih kepada wangian bunga dan juga manis-manis buah memang sifat orang wanita lembut dan manis kan.


AVON LIFE COLOUR FOR HIM EAU DE TOILETTE 75ml



Gagah dan sofistikated, haruman moden maskulin ini mengetengahkan letusan prismatik kekal lama dari lemon, halia, magnolia, green Mate Absolute, vetiver dan oakmoss. Bagi Maha wangin ini sangat sesuai untuk lelaki yang tidak suka kepada bau yang keras tapi masih maskulin. Ia tahan lama dan sesuai untuk dibawa pergi kerja atau urusan rasmi.

Harga untuk kedua wangian ini di semenanjung Malaysia hanya RM155.00 manakala Sabah dan Sarawak RM178.25.

FULL SPEED EAU DE TOILETTE 75ml


Diilhamkan dari sukan dan pemanduan berisiko, Full Speed merangkul setiap elemen cabaran untuk menunaikan kehendak jejaka hari ini yang bersifat tangkas penuh maskulin. Sesuai bagi lelaki yang suka sukan bermotor.

Nikmati deru keterujaannya dengan cetusan segar sitrus, sipres menyegarkan, diakhiri cendana mewah bagi anjakan tenaga yang cukup unik.  Setiap semburan memberi perspektif baru buat keyakinan maskulin. Harga di pasaran perfume ini adalah RM69.00 untuk semenanjung Malaysia dan RM79.35 untuk Sabah dan Sarawak sahaja.

Kesemua perfume keluaran terbaru ini sudah boleh didapati di setiap Wakil AVON, Butik Kecantikan AVON atau atas talian di shop.avon.my. Maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866)









Tip Persedian Sebelum Pergi Bercuti Luar Negara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. AirAsia buat promo lagi? Memang rugi sangatlah kalau ada yang tak grab promo hari tu. Maha punyalah nak lepaskan gian lama tak pergi travel, almaklumlah lebih setahun berehat daripada pergi bercuti luar negara ni sebab sibuk sangat. Jadi promo kali ni Maha terus booking 2 tempat sekali tetapi mestilah dengan harga yang super murah. Kali ni Maha pilih untuk pergi Krabi dan Bandar Acheh. Return tiket Krabi dalam RM129 manakala tiket ke Bandar Acheh lagi murah, RM89 je untuk return tiket. Berbaloi kan? Sebab Bandar Acheh Maha tak pernah pergi lagi.

Perjalanan dari rumah nak ke KLIA Maha akan pilih untuk menggunakan KLIA Transit. KLIA transit ticket bookingni terdapat di kaunter dan di beberapa website agensi pelancongan seperti Traveloka. Selalunya harga tiket KLIA Transit ni tak jauh sangat beza antara kaunter dengan online. So, Maha just beli melalui kaunter je malas nak fikir sangat pasal tiket ni. Maha memang suka gunakan KLIA Transit ni kalau nak ke KLIA2, sebab Stesen Bandar Tasik Selatan tu dekat sangat dengan rumah. Daripada ambil grab, better guna je kemudahan yang ada ni. KLIA transit ni sangat-sangat lah selesa dan bersih. Lagipun perjalanan daripada BTS ke KLIA2 hanya akan tempuh 3 stesen sahaja. Jadi, untuk korang yang duduk area Cheras atau Salak Selatan tu Maha cadangkan korang guna KLIA Transit ni sebab ia lebih cepat dan waktu menunggu yang singkat.

Okay, now Maha nak share 3 simple tip bila nak pergi bercuti jauh ni. Ya mungkin korang rasa hah 3 je? Tetapi bagi Maha perkara-perkara ni adalah asas persediaan yang perlu korang buat sebelum travel ke mana-mana sekali pun.

1. Pastikan Kelengkapan Mencukupi


Cukup di sini merangkumi dari segala aspek. Kalau untuk pakaian pastikan bawa cukup mengikut hari yang korang bercuti. Contoh korang pergi 4H3M pastikan dalam beg korang sekurang-kurangnya ada 4 helai baju dan 2 helai seluar atau kain. Baju untuk tidur cukuplah sehelai. Ubat-ubatan juga penting bagi Maha. Cukup sekadar bawa ubat yang asas seperti Panadol, minyak angin, plaster dan salonpas. Lagi satu kalau korang memang ada sakit yang perlukan ubat khas, pastikan bawa ubat yang korang perlukan tu. The last one untuk percutian di pulau atau pantai korang tak boleh tinggal ialah sunscreen. Sebab Maha nak pergi Krabi dan ia sebuah pulau, jadi sunscreen ni agak penting ya.

2. Data


Pastikan kemana sahaja korang pergi bercuti, korang mesti ada data. Supaya senang kalau nak call Malaysia menggunakan Whatsapps atau mana-mana aplikasi online yang lain. Di antara roaming atau beli simkad, Maha lebih suka roaming, sebab kalau roaming guna plan DiGi sangat murah 3 hari hanya RM25 untuk 4GB dan 60 minit call. Lagipun harga simkad pun tak jauh beza daripada tu. Tetapi kalau korang pergi dalam group, beli jelah satu simkad sana sebab selalunya simkad dia unlimited data. Lepas tu boleh share hotspot. 

3. Penginapan


Bagi yang beragama Islam, Maha nasihatkan agar carilah penginapan yang berdekatan dengan tempat makanan Halal. Supaya kita tidak rasa susah nak cari makanan halal macam kat Krabi. Tapi situ banyak juga tempat makanan yang Halal. Ini bagi mengelakkan korang asyik makan makanan segera sahaja.

Okay akhir sekali Maha just nak share, kalau pergi ke airport Maha lebih suka untuk menggunakan KLIA Transit. Tetapi waktu balik pula Maha prefer guna airport taxi yang ditawarkan di Traveloka. Airport taxi ni juga boleh di jadikan transport to KLIA2 kalau korang okay. Kenapa balik Maha prefer guna airport taxi? Kenapa tak ambil grab car je? First thing yang korang kena tahu, airport taxi yang ditawarkan di Traveloka boleh ditempah dengan lebih awal dan harganya sangat berbaloi. Lagipun waktu balik beg pasti dah makin beranak pinak, jadi Maha lebih selesa menggunakan kereta yang boleh hantar sampai depan rumah. Tak payah fikir lagi nak angkat beg dekat stesen BTS tu nanti.

Diharapkan beberapa tip yang simple daripada Maha ni bergunalah untuk korang semua. Krabi just a nice place untuk tenangkan fikiran, melihat keindahan ciptaan Tuhan ni. Laut yang terbentang luas dan pulau-pulau yang menghijau dan air laut kebiruan cukup meberikan ketenangan. Jauh lari dari kesibukan kota. Masa untuk bercuti ok.


*Gambar dari pexels.com






Manjakan Deria Rasa Dengan Set Minum Petang Dolly YumCha

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jarang kita nak nikmati minum petang waktu berehat setelah penat seharian bekerja atau melakukan aktiviti harian. Ini masa untuk manjakan diri dengan sesuatu yang jarang kita dapat menggabungkan secawan teh panas dan pencuci mulut Dim Sum.

Ini yang Maha cuba ceritakan di sini dimana Dolly Dim Sum menyediakan set minum petang yang juga dikenali sebagai Dolly YumCha. Minum petang dalam bahasa China dipanggil YumCha sebab itu set ini diberikan nama sedemikian. Uniknya set minum petang ini didatangkan dalam sangkar rekaan exclusive berwana keemasan. Terdapat tujuh jenis  kuih muih dan dim sum yang membuat korang rasa ia sangat comel.


Sekali tengok rasa macam sayang nak makan sebab seni pastri yang menarik dan sangat sesuai untuk diabadikan dalam potret korang. Macam Maha buat bergambar dulu sebelum makan comel gilerr. Paling atas sekali adalah tiga ekor Baby Owl iaitu pastri bentuk burung atas sarang yang dibakar keperangan dengan inti didalamnya bijan hitam manis. Sekali ngap jer habis seekor burung ni hehehe.
Baby Owl


Ditingkat dua sangkar pula ada Egg Tart yang dibakar sempurna dan rasa tidak terlalu manis dan tidak terlalu berlemak. Di sebelahnya pula ada Red Velvet dengan keju krim dan pengisian karamel. Kalau korang tengok dalam promo mereka letak Macaroon itu adalah juadah bermusim. Ini pun kalau masuk dalam mulut rasa nikmat sangat walaupun saiz kecil comel molek.
 Egg Tart dan Red Velvet

Bahagian paling bawah sangkar pula ada Hedgehog yang macam rupa landak tu. Sangat cute macam rupa sebenar tapi ia adalah roti lembut warna perang keemasan dan berintikan kastard di dalamnya. Manakala yang dalam cawan tu pula ada Mango, iaitu puri mangga bersama dengan buah laici dan strawberry didalamnya dapat dirasa bila digigit. 
Hedgehog dan Mango


Selain daripada dalam sangkar ada juga beberapa juadah tambahan yang datang bersama set ini iaitu Siew Mai iaitu dumpling yang di atasnya dengan salmon roe. Juga Almond iaitu dumpling Udang Harimau segar disalut dengan serpihan Badam. Tak lengkap set minum petang ini kalau tiada miunuman satu set teh premium Oolong iaitu teh aromatik tanpa gula dan panas. Teh ini korang boleh minta mereka tambah kalau tak cukup. 
Almond 

Siew Mai

Oolong Tea


Dolly YumCha ini sesuai untuk dinikmati 2 ke 3 orang sebab tu korang nampak kuantiti semua makanan tu ada 3 ketul. Harga untuk satu set ini hanya RM125++ dan hanya boleh didapati di tiga cawangan Dolly Dim Sum iaitu Pavilion, Sunway Putra dan Sunway Pyramid dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Set ini korang bukan sahaja boleh enjoy makan tapi juga enjoy untuk bergambar sebab comel sangat geram rasanya. Mungkin ramai yang akan jatuh cinta lepas ni kan hehehe. 

Info lanjut promosi dan menu baru layari :






Eat Cake Today Pamerkan Trend Kek Terbaru Dan Terbaik Tahun Depan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Wow siapa punya hari jadi tak lama lagi, mai sini Maha nak tunjukkan korang pilihan-pilihan kek yang terkini dan juga terbaru daripada Eat Cake Today. Bestnya kalau pandai dekorasi kek macam mereka ni memang untung. Tengoklah hasil-hasil kek yang telah menjadi trend dan juga pelbagai rasa ada kat ECT ni.

Maha berkesempatan untuk menghadiri pertunjukan kek sulung mereka yang pertama sepertinya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara. Tujuan utama pertunjukan kek ini adalah untuk memperkenalkan kepada semua rakyat Malaysia kepada trend kek tahun ini dan yang akan datang tahun 2020. Selalu kita tengok kek ada hiasa fondant sahaja di atasnya tapi kali ini lebih daripada itu.



Kagum sangat Maha tengok ada macam-macam jenis kek yang menjadi pilihan tahun akan datang seperti mana Kek Boba, Kek 3D, Kek Kristal dan macam-macam lagi. Semua ini dihasilkan daripada barisan chef hebat yang banyak memenangi anugerah diperingkat antarabangsa. Mereka adalah Chef Chong Ko Wai, Chef Lawrence Cheong dan Chef Chen May Ling.  







Jenis kek yang menjadi pilihan tahun depan


Decadent Jar Desserts


Manisan dan juadah miniatur yang dibuat sepenuhnya dari mula, dengan menggunakan bahan semula jadi bermutu tinggi, dalam 3 perisa berlainan dan dipersembahkan dalam balang! Meskipun comel pasti menambat selera. Manisan ini nampak cantil dan lazat dihidangkan dalam balang-balang kecil lagi comel yang menjadikannya manisan sesuai untuk minum petang, perkelahan dan jamuan istimewa untuk kanak-kanak, kawan-kawan, dan sebagainya. Tiga perisa berlainan adalah Mousse Yogurt Strawberi, Mousse Oren Vanila, dan Mousse Kacang Tanah dengan Span Vanila.

Boba Lava Cake


Jika korang sudah lama mengidamkan kek teh susu boba, inilah peluang untuk korang menikmatinya. Kek sifon perisa teh susu yang lembut dan gebu dengan taburan mutiara boba di atasnya atau tersembunyi di dalam kek adalah benar-benar seperti ledakan boba ala Boomerang! Jangan meneka rasa daripada rupanya, kami mencabar anda supaya mencuba kelazatan Kek Lava Boba ni!

Gems of the Blue Cake 10”


Trend Kek Geode kini sedang menguasai internet! Kek Geode Nilam yang cantik dan lazat ini membawakan tekstur gula Kristal yang berceranggah. Kek ini juga dihiasai bunga gula buatan tangan yang ideal untuk apa jua jamuan korporat dan majlis perkahwinan. Kek istimewa ini berkilauan dengan seribu sinar cahaya! Kek asas terdapat dalam dua perisa yang boleh pilih daripada Coklat Belgian dan mentega vanila. Akhir sekali tetapi tidak kurang penting, asas kek menawarkan pilihan kek betul (boleh makan) atau kek hiasan (olok-olok) untuk tingkat-tingkat yang berlainan.

Macarons Fault Line Cake


Tambahan sentuhan metalik dan makaron di bahagian tengah kek menjadikannya tampak seperti kek retak! Kek asas berperisa coklat karamel masin ini diselaputi krim mentega vanila dengan hiasan hari jadi akrilik emas di atasnya. Kek dengan garis-garis retak ini menjadikan kek perayaan anda satu-satunya gubahan seni sepertinya!

Gravitiminion Cake 10” (Topsy Turvy Cake)


Kek luar biasa ini sesungguhnya menjanjikan kelainan dan kemeriahan untuk parti anda. Ia mengandungi berbilang lapis dan setiap lapis dicondongkan dengan cara yang aneh tetapi dengan perkiraan yang tepat. Jika anda mencari sesuatu yang unik, kek minion tunggang terbalik ini menjanjikan keseronokan dan sesuai untuk parti hari jadi gila-gila atau majlis keramaian istimewa. Tetamu jemputan anda pasti kagum dengan kek yang sangat kreatif dan menakjubkan ini!

Projection Mapping Cake


Kegilaan terkini membawa kek ke satu tahap serba baharu. Satu cara hebat untuk menjadikan kek anda benar-benar satu tumpuan keajaiban ialah teknologi pemetaan projeksi atau penayangan yang diguna pakai untuk kek kotak bertingkat ini. Teknik pencahayaan dan penayangan yang menakjubkan menjadikan kek hasil gubahan seni zaman moden ini sangat unik dan sungguh menakjubkan! Anda boleh memilih kata-kata ucapan dan corak animasi mengikut gaya peribadi anda. Kek pemetaan ini akan membuat tetamu jemputan anda leka dilamun pengalaman animasi yang sukar dilupakan!





Eat Cake Today menganjurkan juga siri bengkel & kursus membuat kek yang baharu. Buat pertama kalinya, menerusi kerjasama dengan tiga chef pastri, iaitu Chong, Lawrence & May Ling, ECT akan menawarkan kelas Chocolate Showpiece Master tersendiri, kelas-kelas Sugar Showpiece tersendiri, kelas-kelas Sugar Flower tersendiri untuk berkongsi pengetahuan dan minat dalam seni gubahan coklat dan gula dengan mereka yang berminat dalam bidang yang sama.


Tempahan kek dan juga maklumat lanjut tentang ECT boleh layari:
Tel: 017-8800153







PINK-OUT Di Hotel Armada Petaling Jaya PINKTOBER Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Demi menyokong Pink Ribbon, restoran Utara di Hotel Armada Petaling Jaya akan diselubungi warna merah jambu sepanjang hari Ahad pada bulan Oktober dengan PINKtober. Minum petang bertema merah jambu untuk membantu Yayasan Kanser Payudara bagi meningkatkan kesedaran pada semua tentang kanser payudara dan memberi sokongan pada mereka yang terjeja disebabkan kanser ini.

Pengurus Besar, Hoon Tai Chee berkata "Dalam usaha memerangi kanser payudara, Hotel Armada Petaling Jaya dengan bangga menjadi sebahagian daripada sebab yang layak sebagai peranan yang dapat kita mainkan dalam memerangi penyakit yang mengerikan ini telah menjadi baik."

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran ini, Hotel Armada Petaling Jaya telah menyediakan pilihan warna merah jambu makanan dan minuman Hi-Teh Petang di restoran makan sepanjang hari minggu di Restoran Utara. Sebagai tambahan kepada persembahan masakan berwarna merah jambu yang dipelihara, hidangan Vegan yang luas juga dipaparkan sebagai diet vegan yang berpotensi memberi manfaat kepada pencegahan kanser.

Dengan menjamu selera di Hi-Tea Afternoon Pinktober di Utara, tetamu Hotel Armada Petaling Jaya akan mendapat diskaun sebanyak 10% daripada jumlah bil mereka yang pergi ke Yayasan Kanser Payudara. Dalam usaha mereka untuk mewujudkan kesedaran yang lebih luas bahawa pengesanan awal dan rawatan kanser payudara dapat menyelamatkan nyawa. Yayasan itu akan berada di Restoran Utara pada hari Ahad, 6 Oktober untuk mendidik para pengunjung tentang cara melakukan ujian diri payudara.

Juga dalam kerjasama dengan Hotel Armada Petaling Jaya ialah Kuvings Malaysia yang akan menyediakan tetamu dengan Pemeriksaan Kesihatan Percuma yang merangkumi Pemeriksaan Tekanan Darah, Pemeriksaan Glukosa Darah dan Tubuh Analisis Komposisi. Di samping itu, mereka akan mempamerkan beberapa Jus Pencegahan Kanser Resipi yang dapat dirasakan oleh para tetamu sebagai jus percuma akan diedarkan. Kuvings Malaysia akan berada di Utara 6th, 13th & 20th October.

Tersedia pada setiap hari Ahad sepanjang Oktober 2019, PINKtober Afternoon Hi-Tea berharga RM78+ seorang dari jam 12 hingga 4 petang. Hi-teh akan termasuk hidangan kegemaran seperti Daging Masak Assam Pedas, Roti Durian, Sotong Kangkung Dengan Tauhu Sumbat, Pasembor dan banyak lagi.

Semua jamuan di PINKtober Petang Hi-Tea Utara akan berpeluang untuk memenangi Juicer Ryan Reliable PERCUMA bernilai RM 1598.00 ihsan Kuvings Malaysia. Pemenang Cabutan Bertuah akan diumumkan pada November 2019.

Hubungi untuk maklumat lanjut dan tempahan :
Tel : 603-7954 6888 
Email : fnb@armada.com.my








Lebih 10 Makanan Halal Dan Menyelerakan Di Resorts World Genting

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dulu masa nak pergi Genting Highland banyak kena fikir bukan sahaja dari segi belanja tapi juga makanan yang nak dinikmati kat sana. Ramai orang kadang-kadang datang sana tak makan pun sebab bukan tak ada bajet tapi rasa was-was terutama yang muslim. Nak tak nak kena pilih fast food sahaja yang ada.

Cuma sekarang ini semua tu tak perlu nak bimbang lagi kerana tahu akan kepentingan kepada pasaran makanan Halal di Malaysia dan juga memikirkan tentang pengunjung muslim ke sini. Maka Resorts World Genting menyediakan pilihan tempat makan yang dijamin Halal 100% dan mempunyai sijil dari Jakim. Maha sendiri dah pergi sana dan mencuba makan yang ada iaitu di Jom Makan Street dan juga Medan Selera. 

Jom Makan Street Food


Sini bagaikan syurga makan kerana bila korang sampai sahaja kat sini dapat pilih lebih daripada 10 jenis makanan yang enak-enak. Kesemua makanan yang disediakan di Jom Makan Street Food ini dibawakan daripada beberapa makanan jalanan yang terbaik di seluruh Malaysia. Maha dapat rasa tak semua tapi beberapa menu yang menarik dan memenuhi selera tempatan kita.





Kat sini ada empat gerai jugalah yang di bahagikan kepada Gerai Nasi Ayam Claypot, Gerai Mee Kari, Gerai Nasi Lemak dan juga Sri Paandi Curry House. Makanan yang popular kat sini korang wajib cuba dan tak ada kat tempat lain adalah Nasi Ayam Periuk Tanah dimana nasi ayam menggunakan beras wangi dengan sos karamel didalamnya. Cara nak makan pun kena tahu dimana korang kena gaul kesemua nasi dan lauk serta sos tu sehingga sekata dan baru makan dan dapat nikmati kesedapannya.  
Nasi Ayam Periuk Tanah

Kuey Teow Goreng

 Mee Kari

Lain banyak lagi yang sedap juga Maha suka adalah Nasi Lemak dan juga Nasi Lemak Kunyit yang warna kuning ni. Rasa lemaknya dan juga sambal yang tidak begitu pedas serta boleh tambah lauk untuk Ayam Goreng Berempah atau juga Ayam Goreng Biasa. 
Nasi Lemak Ayam Goreng

 Nasi Lemak Kunyit Ayam Goreng Berempah

Nasi Goreng Kampung

Kalau korang nak kurang makan nasi boleh cuba mereka punya Roti Canai bersama kuah kari dan dhal. Juga ada Roti Nan Berkeju dengan Ayam Tanduri yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia kalau kat restoran mamakkan. 
Roti Canai 

Roti Nan Berkeju dengan Ayam Tanduri 

Nasi Daun Pisang

Juga kat sini korang kena cuba mereka punya satay yang disediakan oleh chef profesional. Satay Ayam atau juga Satay Kambing makan bersama sos kacang sangat best. Makan dalam keadaan panas sebab kat puncak tu memang sejuk jadi kena cari yang panas dan segarkan. 
Satay Kambing dan Satay Ayam




Jom Makan Street Food ini terletak di aras empat pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting dan ia dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari. Di sini konsep makan tiada cash tau korang kena topup Resort World Card yang ada di mesin dengan minima RM10. Kemudian guna kad tu untuk buat bayaran makanan yang korang telah pilih tersebut. Kalau kad ada balance korang boleh tukar semula kepada cash tau sangat mudah.

Medan Selera 


Satu lagi tempat yang menyajikan makanan dijamin Halal 100% di sini adalah Medan Selera. Ia menghidangkan beberapa pilihan rasa sajian Melayu yang popular. Masakan dari Pantai Timur, Utara dan Selatan. 



Sini pun Maha suka pergi makan kerana ada banyak makanan yang memenuhi selera Maha lah. Kat sini dibahagi kepada beberapa kategori makanan. Kategori Nasi & Rempah menyediakan pilihan makanan berasaskan nasi seperti Nasi Kerabu, Nasi Ayam Berempah dan banyak lagi. 
Nasi Kerabu

Nasi Kandar Ayam Goreng Berempah 

Nasi Lemak Daging Kicap Berempah 


Manakala bahagian Mi pula menyajikan pelbagai hidangan mi dan bihun termasuk Mee Rojak, Mee Bandung dan juga Bakso yang popular dari Indonesia. Dibawah kategori Laksa pula, ia menyediakan beberapa hidangan popular dari beberapa buah negeri di semenanjung termasuk Laksa Nyonya, Laksa Johor, Laksa Kelantan dan Asam Laksa.

Mee Rojak

Bakso

Mee Bandung

Bahagian makanan Asia Barat pula akan menyediakan Shawarma Ayam, Paha Ayam Panggang dengan Nasi Mandy, Ayam Gril Shish Tawook, Roti Arab dan Sandwic ayam dengan kentang goreng yang diinspirasikan daripada hidangan negara-negara Timur Tengah. Kalau nak masakan barat ada juga yang merangkumi hidangan seperti Ayam Goreng, Popcorn Ayam, Ikan dan Kentang Goreng, Sotong dan Kentang Goreng.
Nasi Beriani Kari Kambing

Shawarma Ayam

Popcorn Ayam dan Kentang Goreng

Medan Selera ini berada di aras bawah pusat beli-belah SkyAvenue, Resorts World Genting dan ia pula beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Kat sini konsep boleh bayar menggunakan cash dimana korang akan order dan ambil makanan kemudian bawa ke kaunter untuk pembayaran sebelum makan.


Jadi tiada lagi rasa ragu-ragu nak makan kat atas Genting Highlands ni sebab dah ada kawasan yang betul-betul Halal. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com.








Bromo Bukan Sekadar Gunung Tapi Banyak Lagi Tempat Menarik Untuk Dilawati

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama betul Maha tak update pasal percutian luar daripada Malaysia ni. Last rasa pergi Pulau Lingga tu je lah paling jauh wakakaka. Memang nak sangat pergi kalau ada mana-mana trip nak ajak jalan-jalan yang penting luar dari Malaysia lah baru syok. Alhamdulillah betul kata orang rezeki tak salah alamat. Sebut jer pasal percutian baru beberapa minggu lepas dalam bulan ni juga Maha dapat jemputan rombongan dari Dinas Pariwisata KEPRI untuk pergi ker Bromo

Yerrr memang mengidam sangat nak pergi bromo ni dah lama sebab tengok semua orang pergi best jer. Dapat pergi tengok Gunung Bromo tu depan mata pun rasa teruja dan seronok sangat dah.Kalau nak ke Bromo laluan masuk yang paling senang adalah melalui Surabaya. Maha dan kawan-kawan blogger serta travel agent yang lain telah sampai kat Surabaya 1 hari awal dari jadual. Jadi sehari sebelum bertolak ker Bromo kami bermalam dulu di hotel tengah bandar Surabaya. Pertama kali jejak kaki kat bandar yang boleh dikatakan padat juga tapi tetap masih bersih dan kemas terjaga. 

Kota Surabaya


Mungkin ramai orang dah tahu viral tentang Dato Bandar Surabaya seorang yang tegas dalam tugas dan juga memastikan semua penjawat awam di sana menjalan tugas dengan sepenuhnya. Ok lah Maha cerita sikit ke mana kami pergi semasa berada di Bandar Surabaya. Kami bermalam di Cleo Business Hotel. Situ sangat murah dan juga selesa untuk bermalam dan juga ia berada betul-betul dekat tengah bandar dan depan dengan Tanjungan Plaza. Jadi senang nak cari makan dan juga nak dapat kemudahan seperti Grab atau juga Gojek kat sini.





Kat Surabaya ni tempat wajib korang kena pergi adalah Patung Suro dan Boyo. Kalau tak bergambar kat situ maksudnya korang masih belum sampai ke bandar kedua terbesar selepas Jakarta. Patung tu adalah simbolik kepada nama Surabaya. Sejarah korang boleh baca Google dalam internet ada banyak Maha tak cerita kat sini. Selain itu juga korang kena pergi tempat tinggalan sejarah mereka yang juga menjadi perhatian orang setempat dan pelancong adalah Jembatan Merah. Ia ada kena mengena dengan perjuangan berdarah masyarakat Surabaya untuk mempertahankan tanah mereka. 




Itu sikit lah beberapa tempat yang Maha sempat pergi jalan sementara ada kat Surabaya tu. Banyak lagi orang cerita tapi kita ni pergi ikut trip jadi kena lah ikut jadual mereka. 1 Malam sahaja kat Surabaya dan hari esoknya kami mula berangkat ker Pasuruan. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam menaiki van. Sebab kami nak bermalam di Royal Tretes View Hotel yang mana satu hotel sangat cantik di lereng bukit pemandangan indah sangat.

Rumah Kaliandra


Pasal hotel nanti Maha ceritakan dekat posting yang satu lagi yang kali ini Maha nak share tempat menarik di sekitar Pasuruan yang sempat pergi selain daripada Bromo. Kalau korang datang mengikut Pasuruan di daerah tersebut banyak tempat pelancongan menarik. Kami sempat singgah di Rumah Kaliandra. Ini adalah satu rumah yang dibina oleh orang kaya di sana dengan rekabentuk Kolonial Belanda. Rumah ini sangat besar dan cantik terletak di lereng pergunungan Gunung Arjuno




Masuk dalam rumah ni seperti masuk rumah Belanda lama dan juga segala aksesori dan perabot masih dikekalkan dalam rumah ini. Ia juga dijadikan tempat penginapan pada pelancong yang nak bermalam di situ. Lebih kurang macam resort ada menyediakan tempat untuk spa, istirehat dan juga ada dusun yang mana dalam tu ada beberapa haiwan ternakan pemilik rumah ini seperti Rusa dan juga beberapa ekor Burung Merak. Kawasan sangat tenang dan juga begitu indah dikelilingi hutan hijau yang masih terpelihara. 




Pada yang suka akan fotografi atau mengambil keindahan alam semulajadi yang berlatar belakang gunung dan juga reka bentuk rumah lama, sini sangat sesuai untuk korang datang. Boleh habiskan masa lama kat rumah ini sahaja. Pemilik rumah ini masih ada ia di warisi dari turun temurun keluarga mereka.

Taman Safari Indonesia II


Selepas tu pula tak jauh hanya dua kilometer dari rumah tu korang boleh pergi ker Taman Safari Indonesia II. Ini adalah antara taman safari terbesar bukan sahaja di Indonesia malah di Asia. Ia berada di Kecamatan Prigen, Kabupaten Pasuruan. Bestnya safari mereka ini betul-betul tengah hutan semulajadi tidak macam Zoo kat KL tengah bandar. Lagi bestnya safari ini korang bukan sahaja boleh melihat haiwan liar malah boleh bergambar dekat dengan haiwan-haiwan yang ada dalam safari Ini. 








Bayaran yang dikenakan untuk satu haiwan 100 ribu rupiah kalau tak silap Maha. Korang boleh bergambar dengan Harimau, Orang Hutan, Ular, anak Buaya, menaiki Gajah dan banyak lagi aktiviti bersama-sama dengan haiwan. Masa kami pergi hari tu taman Safari ini memang sangat ramai orang pelancong tempatan dan tidak kurang juga yang dari luar. Bila masuk ke dalam taman safari ini suasana yang sangat lain begitu terpelihara alam dan haiwan serta manusia saling berhubungan. 

Gunung Bromo


Sudah penat berjalan kat sekitar tu kami berangkat pula pergi ke kaki pergunungan Bromo untuk melihat gunug yang menjadi ikonik kepada Surabaya ini. Malam tu kami bermalam di Ancala Inn di kaki Gunung Bromo. Kalu korang sampai waktu petang sebelum malam boleh lihat pemandangan matahari terbenam di situ sangat cantik dan menggoda. Kawasan kat sini pun dah sejuk sangat tak kira waktu sebab di pergunungan.




Pasal penginapan ini kemudian Maha akan ceritakan cuma nak kongsia pengalaman menaiki gunung. Kalau korang nak melihat pemandangan matahari terbit di pergunungan Bromo korang kena bertolak dalam pukul 3.00 pagi waktu Indonesia menaiki jeep khas sahaja yang dibenarkan. Pagi tu kami gigih lah bangun pagi-pagi buta semata-mata tak nak lepaskan peluang untuk melihat pemandangan matahari terbit yang dikatakan paling cantik.  





Kat situ korang kena pilih nak melihat matahari daripada aras yang mana kerana terdapa empat lokasi yang selalu menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat matahari terbit. Pertama adalah Bukit Cinta, kedua Bukit King Kong, ketiga Bukit Prahu dan paling atas adalah Bukit Penanjakan. Target kami nak naik Penanjakan kerana situ view paling cantik tapi sebab tesekat dengan kesesakan jadi kami berhenti sahaja di Bukit Prahu. Situ pun ok juga cantik. Cuma jeep akan berhenti di tepi jalan dan korang kena mendaki sikit dalam 10 minit untuk naik ke atas point view yang sangat menawan.



Kepenatan korang sangat berbaloi bila masa dapat melihat sendiri keindahan alam ciptaan Tuhan yang tiada kat tempat lain. Memang terpukau ketika mata memandang suasana matahari terbit dan juga pemandangan Gunung Bromo yang seperti berada terapung di atas awan. Beberapa tips persediaan nak naik atas ni pastikan korang memakai pakaian yang sesuai iaitu baju tahan sejuk, sarung tangan, snow cap dan juga pakai kasut mudah untuk memanjat. Tak perlu bawa beg besar cukup kamera atau juga telefon untuk mengabadikan memori indah yang sangat susah nak dapat ini.

Lautan Pasir


Lebih kurang dalam 2 jam berada kat atas tu kami pun turun ke bawah dengan kadar segera kerana nak pergi bahagian Lautan Pasir iaitu bahagian kaki Gunung Bromo. Kat situ naik jeep sama yang datang tadi. Sini adalah kawasan menarik juga untuk bergambar dan juga membuat pelbagai aktiviti seperti berkuda untuk naik ke puncak Bromo. Malangnya kami kesuntukan masa untuk naik ke kawah Gunung Bromo jadi hanya bergambar sahaja kat kawasan pasir tu. 



Situ pun banyak tempat boleh bergambar pastikan korang ajak supir atau pemandu jeep tu untuk bawa tempat yang paling cantik bergambar dengan belatar belakangkan gunung. Kemudian ke kawasan Pasir Berbisik untuk bergambar dan juga kat kawasan Bukit Teletubbies. Korang akan habiskan masa lama juga kat bawah ini untuk bergambar kerana banyak tempat menarik dan juga sudut yang nak diabadikan biar puas. Bukan senang nak datang sini menempuh perjalanan yang jauh. 


Cuma terkilan sebab kami tak dapat naik ke kawasan kawah Gunung Bromo. Kami habiskan lawatan ke kawasan lautan pasir sahaja dan terus bertolak balik ke hotel. Sebab hari terakhir kami kat Bromo kena kejar flight penerbangan petang tu. Jadi korang kalau nak datang Bromo pastikan plan betul-betul dan kena habiskan satu hari kat kawasan pergunungan Bromo sahaja. Buat segala aktiviti yang ada sana baru puas. 



Tapi apa pun bagi Maha ini adalah pengalaman bercuti yang tak akan dilupakan. Dapat kenali tempat menarik dan cantik di negara orang dan juga dapat melihat keindahahan ciptaan Tuhan dan menghargai alam semulajadi. Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Dinas Pariwisata KEPRI, serta Dinas Pariwisata Pasuruan serta semua pihak yang menjemput kami dan memberi layanan istimewa kepada blogger dan juga agensi pelancongan dari Malaysia sepanjang berada di sana. 

Tunggu posting kedua Maha tentang tempat penginapan atau hotel yang boleh dinikmati di sini pula ok. Selamat bercuti semua pergilah melancong untuk menambah pengalaman. 




  


Kubis & Kale Saji Makanan Sihat Dalam Satu Poke Bowl

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita dimomokkan dengan tanggapan bahawa makanan yang sihat adalah membosankan atau tidak sedap serta rumit untuk disediakan. Yer lah selalu kita makan tengok jer yang cantik pasti kita akan cakap makanan itu sedap. Maha sendiri pun selalu makan kat banyak tempat kalau makanan yang banyak sayuran mahupun kekacang ini kurang mendapat sambutan. 

Tapi kini Kubis & Kale membawa pencari-pencari makanan sihat ke arah satu perspektif yang sangat jauh berbeza. Dimana kita boleh enjoy makanan dengan puas dan juga sedap dalam satu Poke Bowl dengan susunatur yang sangat cantik dan menarik. Kalau tak percaya korang boleh datang sendiri cuba makan kat Kubis & Kale yang terletak di Lot 2 & 4, Jalan PJS 11/5, Bandar Sunway.


Masa Maha mula masuk restoran ini sangat teruja kerana ia adalah sebuah restoran baru dibuka dan juga konsep simple minimalist. Tetap menerapkan alam semulajadi daripada penggunaan warna serta juga dapur yang terbuka. Sebagai peminat makana sihat mesti kita nak tengok dari mana sumber bahan seperti sayur mahupun cara penyediaan makanan yang kita nak makan.




Paling Maha kagum adalah mereka begitu menekankan terhadap kebersihan dimana semua pekerja memakai glove dan juga mengenakan pakaian yang kemas. Penyediaan bahan masakan juga satu yang dititik berat sebab meraka menggunakan sayuran karbon seperti yang dibekalkan oleh Pakar Perladangan Karbon Janaan Semula Bandar dan Pertanian. Sayur karbon ini adalah makanan sayur hijau yang bersih dan selamat bebas daripada bahan kimia.




Dekat Kubis & Kale ini selain disediakan dalam mangkuk mereka memperkenalkan tiga jenis makanan baharu untuk peminat makanan yang pelbagai di Malaysia. Pertama Poke Bowl iaitu makanan mentah dan masak, yang kedua makanan masak sepenuhnya serta juga ketiga menu makanan untuk vegetarian/vegan. Jadi tak semestinya makanan sihat ni kena makan sayur jer kerana tubuh badan kita juga perlukan protein dan juga lemak yang sihat.



Maha nak kongsikan kepada korang beberapa fakta menarik tentang 'Poke' (mentah/segar) dan makanan vegetarian/vegan
- Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar/sejuk/diperap sendiri khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya.
- Lebih banyak makanan segar/dimasak
- Menawarkan menu bermusim
- Pilihan sos vegan
- Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian/vegan
- Pelbagai sos yang dibuat sendiri

Makanan yang Maha dah cuba kat sini memang sangat begitu sedap walaupun sihat yer. Korang boleh makan mentah atau juga dimasak. Kemudian ditambah pula dengan sos-sos yang menambahkan lagi kesedapan dalam semua hidangan kat sini. Korang boleh order menu yang ada protein dalamnya seperti ayam dan daging boleh pilih Grilled Molasses Chicken Breast, Green Chutney Chicken Thigh, Skirt Steak dan Herb Bake Dory
Grilled Molasses Chicken Breast

 Green Chutney Chicken Thigh

Herb Bake Dory

Kalau nak yang ada makanan laut seperti Salmon dan juga Tuna boleh pilih antara Mango Habanero Salmon, Shoyu Salmon, Orange Passion Fruit Salmon dan juga Green Goodness Tuna. Manakala untuk makanan mereka yang vegetarian/vagen ada pilih di antara Falafele, Maple Taufu dan Crab Cake. Boleh padankan pula dengan sos ciptaan mereka bagi menambah kesedapan seperti Chimichurri, Mango Mustard, Green Apple Hot Sauce, Ghost Sauce, Pesto Vinaigrette, Red Pepper, Pineapple Sauce, Roasted Ginger dan juga Garlic Infused Extra Virgin Olive Oil
 Shoyu Salmon

 Orange Passion Fruit Salmon

 Mango Habanero Salmon

Sebenar satu mangkuk sangat banyak khasiat dalamnya selain daripada saiz yang besar, kalau korang makan mesti kenyang yer sebab Maha makan satu mangkuk pun dah boleh penuh perut. Kata orang kalau makan banyak sayur cepat mengenyangkan dan disitu ia mengawal diet permakanan kita. Dari segi harga pula bagi Maha ia sangat sesuai dengan keperluan dan juga kuantiti yang ada dalam hidangan tersebut. Bermula daripada harga RM15.90 satu mangkuk memang puas dan berbaloi. 
Maple Taufu

Falafele

Sempena dengan mempromosikan Hari Vegan Antarabangsa pada 1 November nanti Kubis & Kale mengumumkan promosi istimewa iaitu 'Beli 1 Percuma 1' bermula dari 1 hingga 3 November. Ini nak menggalakkan gaya hidup lebih sihat melalui makanan kepada rakyat Malaysia. Restoran ini beroperasi setiap hari daripada pukul 11.00pagi hingga 11.00malam. So korang boleh datang untuk makan tengah hari atau juga malam kat sini. Restoran ini terletak berdekatan dengan station BRT SunU-Monash jadi korang boleh parking kat station tu dan jalan kaki jer lagi mudah.


Demo masakan daripada Aaron Lim, Pengasas dan Chef Kubis & Kale

Nanti kalau korang dah cuba makanan sihat kat sini boleh share ngan Maha kat komen ini ok. Sebab ini adalah pengalaman pertama Maha cuba makanan yang begitu banyak sayur serta juga kekacang dalamnya tetapi masih sedap dan mampu dihabiskan. Jangan bimbang ok korang pun boleh juga ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua. 

Info lanjut dan promosi lain boleh layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Tahniah Kepada Pemenang Hadiah Utama Kereta Proton X70 Dari LuLu Hypermarket

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebab utama kenapa Maha suka shopping kat LuLu Hypermarket bukan sahaja kerana harganya yang murah tetapi juga boleh menang hadiah-hadiah hebat. Ini kerana LuLu yang telah menapak di Malaysia sejak 2016 telah menganjurkan peraduan dengan hadiah-hadiah hebat. Tahun ini adalah peraduan kali kedua anjuran mereka.

Kalau korang yang biasa pergi beli belah kat LuLu Hypermarket di Munshi Abdullah atau juga kat cawangan 1Shamelin Mall akan tahu tentang peraduan Dream & Drive Shop & Win yang telah bermula sejak 1 Mei hingga 1 September 2019 yang lalu. Korang yang membeli lebih dari RM50 barangan di kedua-dua cawangan LuLu dalam satu resti layak untuk menyertai peraduan ini. Untungkan shopping dan menang hadiah siapa nak kasi. 
Ucapan daripadaMr Asif, Regional director of LuLu

Supermodel dan Pengacara TV Amber Chia

Baru-baru ini bertarikh 28 September 2019 bertempat di LuLu Hypermarket 1Shamelin Malltelah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang bertuah. Mereka telah mengadakan dua kali cabutan untuk peraduan kali ini iaitu pada tarikh 5 Julai dan 6 September 2019. Hadiah yang ditawarkan tahun ini lebih hebat dan memang sangat besar. 



Mana tidaknya Hadiah Utama sahaja 2 buah Kereta Proton X70 dan juga 6 biji Apple iPhone 7Plus  serta 6 biji TV 49" UHD jenama Toshiba. Tak habis kat situ 100 orang pemenang lain pula memenangi hadiah baucer bernilai RM100 daripada LuLu Hypermarket. Majlis penyerahan hadiah yang diadakan pada hari tu sangat meriah kerana bukan sahaja pemenang dan ahli keluarga yang hadir tapi juga Supermodel dan Pengacara TV Amber Chia turut memeriahkan majlis.

Di sini Maha senaraikan nama pemenang bertuah kali ini memang nasib mereka untung sangat. 


Pemenang hadiah utama Kereta Proton X70 
1) Khairul Hilmi 
2) Roslee Bin Misman

Pemenang hadiah Apple iPhone 7Plus
1) Faizan Farooq Siddiqui
2) Rana
3) Ho Foong Lian
4) Nur Syazwani Afiqah Bt Mohd Nazri
5) Soh Bau Lai
6) Kelly Lim

Pemenang hadiah TV 49" jenama Toshiba
1) Nur Adawiyah Bt Mohd Nasir
2) Sipinapa
3) Saw Wan Ying
4) Surina Yeo
5) En Yahya
6) Anoj Joseph

Semua pemenang sangat gembira pada hari tu terselah diraut wajah mereka selepas disampaikan hadiah. Selain itu juga semua tetamu kehormat dan juga hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional berbilang bangsa di Malaysia. Juga ada persembahan Silap Mata yang sangat menghiburkan. Tahniah sekali lagi Maha ucapkan kepada semua pemenang. Insha Allah tahun depan mereka akan buat lagi dengan hadiah yang lebih hebat dengar cerita. Sama-sama kita tunggu ok. 


LuLu juga bakal mengembangkan lagi cawangan mereka di beberapa lokasi baru seperti Setia City Mall, Bangi Gateway Bachang Melaka dan juga Johor Bahru dalam awal dan petengahan tahun depan. Best lah lagi dekat nak shopping kat LuLu tuk dapatkan harga murah mereka. Selamat membeli-belah semua.

Promosi dan juga harga runtuh layari :







FUHU Restaurant Membawa Suasana Makanan Asia Bertaraf Antarabangsa

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Resorts World Genting (RWG) adalah lokasi restoran makan malam yang pertama dari FUHU Restaurant. Konsep baru yang dibawakan oleh FUHU adalah pengalaman santapan unik menawarkan masakan Cina kontemporari oleh Celebrity Chef Alvin Leung.

Restoran ni kalau korang masuk sangat exclusive dari segi dekorasi dalaman seperti sebuah kelab. Ia mampu memuatkan sehingga 150 orang pengunjung dalam satu masa. Pada dinding restoran ada mural 'Lucky Tiger’ yang membawa maksud dalam bahasa Mandarin. FUHU adalah penggabungan makan, muzik dan kehidupan malam dengan hiasan chinoiserie yang memainkan unsur-unsur tradisional Cina. Secara benar restoran ini tiada halal kerana mereka menyajikan minuman alkohol kepada pengunjung bukan beragama Islam dan juga ia adalah Pork Free.




Idea kreatif chef Alvin Leung membuahkan hasil dalam menu yang unik gabungan timur dan barat. Mencerminkan rasa Asia dengan sikit sentuhan moden menjadi menu sini boleh diterima ramai. Hidangan signature di sini adalah Aromatic Crispy Duck, lengkap dengan sos morel truffle sebagai pilihan iringan,. Daging itik dimasak perlahan dan juga ada roti putih untuk dimakan sekali. Cara makan itik ini adalah dengan menghancurkan daging itik dan dimasuk bersama sos dalam roti tersebut.
Aromatic Crispy Duck


Boston Lobster Noodle

Salt & Pepper Squid

The Generals Fried Chicken with Waffle

Menu lain yang menjadi tumpuan adalah Boston Lobster Noodle, Salt & Pepper Squid, Spicy Granny TofuDuck Essence Porridge, The Generals Fried Chicken with Waffle dan Banyak lagi. Makanan style Cina ini memang kena nikmati secara perlahan-lahan dan ejoy agar kita dapat rasai setiap penjuru bahan yang digunakan. Akhiri makan malam anda dengan dessert istimewa mereka iaitu Double Sundae
 Spicy Granny Tofu

Duck Essence Porridge

 Double Sundae

Restoran ini terletak di Aras G, Sky Avenue dan berdekatan dengan Zouk serta ReadTail Karaoke. Kat sini mereka jadikan sebagai lokasi hiburan diwaktu malam untuk tetamu yang datang ke Genting Highlands. Masa untuk habiskan suasana sejuk dan gelap di puncak tinggi sambil makan dan berhibur. FUHU Restaurant beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad jam 6.00petang hingga 1.00pagi. 

IMAGINATRICKS


Di Genting International Showroom masih lagi berlangsung Imaginatricks. Iaitu satu persembahan akrobatik menggabungkan unsur humor dan juga muzikal yang menghiburkan. Korang boleh tonton persembahan ini sekarang sehingga tahun depan iaitu 24 Mei 2020. Ada slot setiap hari pada jam 8 malam kecuali pada hari Ahad pada jam 4 petang. 






Tiket berharga RM196 (Lebih Pilihan), RM146 (PS1) dan RM96 (Galeri). Yuran pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00 dikenakan. Ahli GRC (Genting Gewards Card) menikmati diskaun 10% standard melalui tunai, kad kredit atau penebusan Genting Points. Kalau korang nak tahu pasal persembahan ini lebih lanjut boleh pergi ke post Maha sebelum ini iaitu IMAGINATRICKS Persembahan Akrobatik Menakutkan Dan Menggerunkan








Marrybrown Meraikan 38 Tahun Sebagai Restoran Segera Halal Memperkenalkan Rendang Ayam Asli

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betullah kata orang bahawa makanan menyatukan kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Maha setuju dengan pendapat itu kerana kita rakyat Malaysia semua makanan kita ada dan memang kita makan.  Jadi tak dinafikan bahawa kita kaya dengan makanan tradisional yang sampai orang luar pun sanggup datang sini untuk menikmati makanan kita.

Sebab itu rantaian makanan segera Halal yang terbesar dan pertama yang diperkenalkan di Malaysia iaitu Marrybrown memberpekalkan juadah tradisional dalam set hidangan mereka. Korang sukankan makan Rendang Ayam jadi mereka bawaka kali ini promosi juadah kesayangan rakyat Malaysia kepada semua.


Maha pun suka makan kuah rendang tambah-tambah waktu Hari Raya, tapi kini korang boleh nikmatinya setiap masa bermula dari 19 September yang lalu sehingga 3 November 2019. Maha mula-mula tak percaya kat restoran makanan segera macam Marrybrown ada sediakan Rendang Ayam. Betul ke sedap, jadi Maha tekad pergi cuba sendiri sebab nak tahu tahap mana kesedapan rendang ayam itu.


Kali ini mereka perkenalkan dua kombo MB Rendang Ayam Asli iaitu Burger Ayam Rendang dari harga RM12.50 dan juga Nasi Rendang Ayam dari harga RM13.90. Maha cuba dua-dua sekali dan ternyata ia memang memenuhi selera rakyat Malaysia yang suka akan rasa kuah rendang. Sos rendang mereka ini tidak begitu pedas dan juga rasa lemak asli nya. Bila dipadankan dengan ayam goreng tu memang sangat sesuai rasa tak puas makan sekali.


Salam kombo Burger Ayam Rendang ini korang boleh dapat sekali fries dan juga minuman ringan. Dalam burgertu pula ada bun roti daging ayam bersama sos rendang dan juga timun sangat sempurna sekali. Kalau yang kombo Nasi Rendang Ayam tu pula dalamnya ada sama dengan minumam ringan, 1 biji telur rebus, hirisan timun, papadom dan juga nasi beraroma. Kenyang kalau makan satu set ini saling melengkapi.


Hari tu tak puas makan satu Maha siap order bungkus bawa balik lagi dan mereka sediakan dalam kotak bungkusan yang sangat cantik bercirikan Malaysia. Kalau korang rasa nak cuba juga menu baru dari Marrybrown ini boleh pergi mana-mana cawangan berhampiran kat seluruh Malaysia dah ada kombo ini. Maha dah cuba korang bila lagi. Sekali rasa mesti nak lagi lah.

Maklumat lanjut mengenai Marrybrown dan promosi lain boleh layari:







Korea No.1 Teh Premium HEUK HWA DANG Kini Di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Restoran minuman popular Korea Premium Tea & Dessert House di Hongdae iaitu Heuk Hwa Dang akhirnya tiba di Malaysia. Kini kalau korang selalu tengok drama Korea mereka selalu minum teh and kopi tu boleh nikmati di Malaysia juga. Cawangan pertama telah dibuka secara rasmi pada 24 Ogos 2019 yang terletak di Jalan SS 15/8a Subang Jaya

Selain  sebagai jenama Korea yang unik, Heuk Hwa Dang menarik banyak penggunanya apabila ia mula melancarkan pilihan pelbagai yang memenuhi yang disukai rakyat Malaysia. Paling popular adalah Brown Sugar Pearl Milk pengguna juga boleh menikmati minuman lain seperti Rose Bubble Milk Tea, Matcha Bubble Milk Tea, Kopi, Ice Cream, Nougat Crackers dan teh premium lain dalam reatoran yang direka sangat selesa.




Walaupun ia datang ke Malaysia dari Korea Selatan,  restoran ini masih mengekalkan rasa tulen yang dimiliki oleh Heuk Hwa Dang. Oleh itu, hampir 90% bahan mentah di kedai adalah dari Korea sendiri. Mereka juga menghasilkan biji Boba sendiri agar dapat kekalkan rasa dan juga kualiti setiap kali peminat datang berkunjung dan nikmati semua jenis minuman mereka. 



Maha sempat hadir pada majlis pembukaan restoran ini yang diadakan dengan penuh simbolik persembahan tarian lagu Korean "It's You"yang dibintangi oleh penyanyi beatbox Malaysia semasa pelancaran.  Di sebalik cerita "It's You"mencerminkan pemikiran jenama kepada pengguna It's You, Huek Hwa Dang akhirnya akan membawa budaya Korea dan pengalaman minum terbaik semata-mata untuk korang! Bersempena dengan pembukaan rasmi Heuk Hwa Dang, outlet itu mengumumkan tawaran istimewa promosi krim ice RM 1 pada hari pembukaan. 





Jadi kepada peminat minuman Korea dan juga Boba boleh lah try nak cuba kat sini. Bagi Maha rasanya lain kerana ia tidak terlalu manis nak banding dengan jenama teh dan kopi Boba yang dah banyak kat Malaysia sekarang ini. Ini cukup nice dan juga korang boleh dapat dengan rasa yang tersendiri seperti mana yang Maha minum hari tu iaitu Brown Sugar Bubble Milk Tea. 




Kalau nak dapatkan info lanjut pasal menu dan harga boleh ker sosial media meraka :
Alamat : HEUK HWA DANG
               No 57, Jalan SS 15/8a, SS 15
               47500 Subang Jaya Selangor.










Street Thai Food di Chapayom @ Central i-City Shah Alam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini suka makan makanan jalanan kalau melancong ke Thailand. Ala macam Pulut Mangga, Somtam, Thai Tea, atau juga macam celup-celup yang menggunakan kuah Tomyam. Ramai yang suka mesti akan cari yang sedap dan pastinya yang Halal. Sekarang ni kat Malaysia ada banyak restoran menyajikan hidangan macam ni.

Salah satu yang Maha nak perkenalkan di sini adalah Chapayom. Restoran ni baru sahaja dibuka di Malaysia dan cawanga pertamanya ada di Central i-City Shah Alam. Kalau korang masuk mall tu cari kat aras LG K01. Tak besar sangat dan bukan lah macam restoran lebih kepada macam stall yang dibuka tapi ada tempat duduk yang selesa untuk korang makan dengan kawan atau keluarga bila beli-belah di sana.



Maha dan cuba makanan mereka mula ingat biasa sahaja tapi bila rasa ok nice. Paling Maha suka adalah Mango Somtam mereka. Selalu kalau Somtam ni kena ada rasa masam dan pedas yang cukup. Kat sini memang semua tu korang boleh rasa pulak tu udang kering yang digunakan dalam tu pun cukup serasi bersama dengan kemasaman dari mangga muda yang dipotong Julienne tu.
Mango Somtam


Thai Lok Lok

Selain tu juga Maha cuba mereka punya Thai Lok Lok ala yang macam celup-celup dalam kuah Tomyam tu. Korang boleh pilih bahan apa nak masuk dalam kuah Tomyam tu harga mengikut berapa banyak bahan yang korang pilih. Kuah Tomyam mereka pun sedap cukup rasa dan pedas. Bila dah pedas perkena pula mereka punya signature minuman iaitu Thai Tea. Kat sini ada pilihan yang banyak antaranya adalah Thai Milk Red Tea, Thai Milk Green Tea dan Thai Milk Rose Tea.
Thai Milk Green Tea

Thai Milk Rose Tea

Thai Milk Red Tea


Pencuci mulut pula wajib mesti kena ada Mango Sticky Rice dan juga satu lagi adalah Jackfruit Sticky Rice. Pulutnya warna warni dan kena makan dengan kuah santan baru dapat rasa keserasiannya. Kalau tidak ia rasa kosong sahaja tau dan kuah tu agak masin jadi bila gabung ia sepadan. Kemudian kena cuba aiskrim mereka iaitu Green Tea Ice Cream with Boba dan juga Thai Milk Tea Ice Cream with Boba
Jackfruit Sticky Rice


Mango Sticky Rice 

Green Tea Ice Cream with Boba

Thai Milk Tea Ice Cream with Boba

Stall ni beroperasi kat mall ni setiap hari daripada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi kalau dah jalan-jalan dan shopping kat sini boleh lah singgah untuk makan petang kat sini. Kalau makan ni tak adalah kenyang sangat cukup untuk alas perut agar tak lapar dan tidak terlalu penuh untuk sambung perjalanan beli-belah korang kat mall tu. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera ok.

Maklumat lanjut dan juga menu serta harga boleh layari :







Nak Makan Dan Minum PERCUMA Di Paradigm Mall Petaling Jaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebut sahaja pasal makanan PERCUMA memang ramai yang terbeliak biji mata siapa tak nak kan. Maha sendiri kalau dapat pun nak. Tapi ada caranya korang nak dapatkan makanan dan minuman ini di Paradigm Mall Petaling Jaya.

Sebagai sebuah pusat beli-belah ikonik yang sentiasa memberikan kepuasa dan kelainan kepada pengunjung setia mereka, kali ini membawakan kempen 'Taste of Paradigm - Spend and Be Rewarded'. Itu yang Maha baru baca pasal mall ini yang korang juga jangan lepaskannya. Peluang untuk makan sepuas-puasnya dengan segala tawaran lebih 100 buah restoran dan F&B yang ada di dalam mall ini. Kempen ini tengah berjalan sekarang ini bermula dari 19 Ogos yang lalu dan akan berakhir pada 17 November 2019 nanti.

Macam mana nak sertai kempen ini mudah sangat korang ikut jer langkah-langkah yang Maha tulis :
1) Dapatkan pasport 'Taste of Paradigm' di kaunter Concierge aras G.
2) Belanja sekurang-kurangnya RM30 dimana-mana restoran atau kedai F&B yang terlibat dalam mall tersebut dan kumpulkan setem.
3) Cukup sahaja jumlah setem yang dikehendaki korang boleh tebus makanan percuma di mana-mana restoran dan kedai F&B yang turut serta.

Tak silap Maha ada banyak restoran yang terlibat dalam kempen ini berada di Paradigm Mall tersebut. Di antaranya adalah Sepiring, The Chicken Rice Shop, Waffuru Cafe, Seaweed Club, The Energy Club, Fish & Co, Warung Mama, Vanilla Mille Crepe, Paparoti dan banyak lagi. Korang boleh datang bila-bila masa dalam tempoh kempen dan makan kemudian dapat setem untuk dikumpul.

Mudah bukan caranya sebab korang memang akan makan bila dah penat shopping kat dalam mall tu. Jadi alang-alang makan tu pergi sekali dapatkan setem tak rugi pun. Lepas tu nanti korang boleh dapat makanan dan minuman percuma. Baru-baru ini pula mereka baru sahaja buat pengubah suaian kat aras LG yang sekarang menempatkan Food Arcade. Dalam tu ada macam-macam pilihan makanan seperti makanan Melayu, Itali, Timur Tengah, Thai, Jawa, Hong Kong dan Taiwan.


So masa untuk makan dan makan lagi di Paradigm Mall Petaling Jaya untuk menyertai pertandingan 'Taste of Paradigm'. Korang boleh makan dengan kawan-kawan atau orang tersayang nak cukupkan harga dalam satu resit. Jimat dah kat situ nanti boleh tebus makanan percuma lak memang best. Selamat menjamu selera semua ok.


Butiran lanjut tentang kempen dan restoran yang terlibat boleh layari :










Wajib Kena Ada Prego Sos Pasta Makaroni & Keju Baharu Ini Mudah Giler

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari-hari nak fikir untuk masak kat rumah, macam Maha ni suka cari yang mudah untuk disediakan dan pastinya kena sedap. Tak kisah lah kalau hanya campur sahaja dah siap yang penting kena dengan selera. Kadang-kadang nak juga cuba menu barat macam pasta atau spaghetti. Selalu yang membuatkan mood memasak terbantut adalah part nak menyediakan bahan. 

Semua orang mesti akan paling tak suka part tu tambah lagi kalau penat balik kerja nak masak. Lepas tu nak kemas-kemas dan juga nak siapkan kerja lagi memang jawabnya buka makan yang segera jer lah. Tapi sejak Maha mula kenal satu produk dari Prego ni rasa macam hidup mula berubah. Yer lah nak masak pun jadi senang dan hanya tuang dan campur apa bahan nak kemudian sedap.

Yang Maha maksudkan adalah Prego Mac & Cheese Pasta Sauce. Selalu kita tengok sos pasta atau spaghetti yang bolognese guna sos tomato dalam botol. Tapi kali ini Prego sediakan yang penuh dengan cheese leleh dalamnya. Siapa yang pecinta cheese kalau semua menda makan nak tabur cheese kena cuba Prego Sos Makaroni & Keju ini.

Kalau korang yang kreatif sikit boleh masak menggunakan sos ini menjadi lebih menarik dan unik. Mungkin korang boleh jadikan seperti spaghetti roll atau ada yang suka letak seafood dalamnya. Tapi bagi maha suka yang simple jer sebab tu kali ni Maha share resipi mudah orang bujang yang berkerjaya nak cuba hehehe. Maha namakan sebagai Spaghetti Prego Makaroni & Keju Leleh sebab sekali tuang sosnya sangat kaya dengan chesse buat korang tak sabar nak rasa.

Jom Maha share resipi nampak gaya macam pro tapi cepat. Bahan-bahan yang digunakan:

1 tin sos pasta 290gram Prego Makaroni & Keju
150gram Prego Spaghetti
2 sudu besar Minyak Zaitun
100gram Sosej Ayam
3 ketul Cendawan Butang
Garam secukup rasa

Cara nak masak macam biasa Maha share dalam bentuk video agar korang boleh menghayati macam mana masak sos Prego ini. Wajib tonton sampai habis video ini ok kalau nak jadi pro hehehe.


Tak lamakan cara nak masaknya sangat cepat semudah 1.2.3 sahaja. Tapi Maha tahu korang luar sana lebih kreatif buat menu masakan ni. Boleh tambah dengan apa sahaja bahan yang sesuai mengikut citarasa korang. Prego Sos Pasta Mac & Cheese ini baru dipasaran dan juga korang boleh beli di pasaraya atau juga supermarket. Harga jualan hanya RM6.49 untuk satu tin dan boleh masak macam makan untuk satu keluarga hehehe.


Satu jer tips yang korang kena pastikan bila dah masak sos penuh cheese leleh ini kena makan panas-panas. Kalau biar lama dan sejuk ia akan mengeras. Tapi kalau dah lama sikit korang boleh panaskan dalam microwave sedap lagi boleh makan banyak kali sebab ia tahan lama juga. Lepas ni hari-hari lah makan guna sos keju leleh ni. Boleh masak dengan Udang Goreng Cheese, Ya Allah sedapnya nak cuba lah nanti. 

Korang kalau dah cuba boleh share pengalaman memasak menggunakan produk ini ok. Nanti Maha boleh cuba resipi korang yang pelik-pelik dan menarik. Lepas ni masak kat rumah lebih mudah dan tidak memenatkan. Rasa lebih enjoy dan penting perut kenyang untuk sambung buat kerja lagi. Selamat mencuba semua ok.








Hotel Maya Perkenalkan Chef Eksekutif Sous Baharu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hotel Maya Kuala Lumpur mengumumkan pelantikan Chef Zainurin bin Mohd Salleh sebagai Chef Eksekutif Sous terbaru hotel itu bermula 15 Julai lalu. Dilahirkan dan dibesarkan di Masjid Tanah, Melaka, Chef Zainurin mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas bidang kulinari selama lebih 30 tahun bersama beberapa hotel terkemuka dan restoran ‘fine dining’ Jepun.

Sebagai pengenalan, Chef Zainurin memperkenalkan 3 jenis hidangan istimewa iaitu Hotate Mentai Mayo Yaki yang akan dijual pada harga RM22, Dragon Roll (RM27) dan Beef Sirloin Steak (RM34). Selain itu, 6 menu baru juga akan diperkenalkan di restoran makanan Jepun dan Kantonis Hotel Maya, Still Waters.




Hidangan-hidangan itu adalah Set Yaki Zakana, ikan salmon yang dipanggang dan disaluti dengan garam atau sos teriyaki, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso; Set Salmon Sashimi, potongan segar ikan salmon, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso; serta Set Tempura, udang dan sayur-sayuran yang digoreng dalam salutan tempura, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso.




Selain itu terdapat juga Set Sashimi Moriawase, potongan pelbagai jenis ikan mentah yang dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso serta telur kukus; Set Sushi Yaki Zakana, hidangan pelbagai jenis ikan dengan nasi bersama ikan panggang, sup miso, salad dan telur kukus; dan Set Ramen Gyoza, mi ramen bersama hidangan sampingan, serta nasi dan salad. Kesemua set akan dijual bermula harga RM30.


Chef Zainurin bin Mohd Salleh, Chef Eksekutif Sous Hotel Maya

Hotel Maya terletak strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas. Hotel ini menawarkan 205 bilik terdiri daripada Studio, Suite Junior, Suite Deluxe, Suite Eksekutif dan Apartment Eksekutif; 3 buah outlet makanan dan minuman, 2 ruang istirehat, perkhidmatan makanan dalam bilik, kolam renang hidroterapi, gimnasium dan kemudahan spa.

Info lanjut tentang hotel dan menu boleh layari :
Email : info@hotelmaya.com.my
Tel : 03-27118866








Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Pulau Tioman Pastinya Menyeronokkan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini adalah kali kedua Maha pergi ke Pulau Tioman iaitu antara pulau yang pernah dinobatkan sebagai pulau tercantik di dunia. Kunjungan pertama Maha ke pulau ini tak dapat nak mengembara setiap pelusuk pulau kerana kekangan pengangkutan. Tapi kunjungan kali ini Maha dapat pergi dari timur ke barat dan dari utara sampai selatan pulau memang puas.

Kali ini pengembaraan Maha adalah dibawa oleh Tourism Malaysia Wilayah Timur terima kasih kerana sudi menjemput Maha untuk sama-sama sertai. Sebenarnya ia adalah bersempena dengan program Engagement Day with Tioman Island Tourism Industry Players 2019 & Product Update Pulau Tioman. Jadi dapat berkenalan dengan semua pengusaha termasuk hotel, resort mahupun pengusaha aktiviti air dan darat yang ada di sana.


Perjalanan macam biasa dari KL nak sampai ker jeti mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan. Kali ini Maha dan semua rakan media lain dibawa menaiki feri daripada Jeti Tanjung Gemuk. Harga feri kat sini sama sahaja RM35 untuk satu hala. Jeti yang besar dan selesa tak begitu ramai orang serta feri juga besar dan selesa. Perjalanan dari jeti ker pulau pula mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ker jeti Kg Tekek


Bila dah sampai ke pulau tu hari pertama terus mula dengan aktiviti yang menarik kat sini. Maha nak kongsikan dengan korang apa aktiviti yang boleh korang buat kalau datang ke Pulau Tioman ini. Ye lah selain daripada nak bercuti dan berehat ada juga aktiviti mencabar dan menarik tak ada kat tempat lain. Jom kita try...

Melihat Ikan Dan Karang Tercantik Di Taman Laut Malaysia


Sesetengah kawasan Pulau Tioman ini telah direzabkan sebagai kawasan Taman Laut Malaysia jadi sebarang aktiviti untuk menangkap atau juga membawa pulang karang adalah dilarang sama sekali. Di antara kawasan yang menarik untuk korang snorkeling adalah di Pulau Rengis dan juga Pulau Tomok. Ini kerana kawasan ini masih terpelihara alam semulajadi dasar lautnya. Banyak karang yang cantik-cantik dan juga ikan yang pelbagai jenis. Masa Maha nak snorkeling hari tu kami naik boat daripada Jeti Marina Kampung Tekek dan mengambil masa lebih kurang 10 minit jer nak sampai pulau tu.



Kalau nak best masa korang datang buat snorkeling kat sini mesti kena bawa bekalan roti yang boleh dibeli di kedai. Bila dah bawa roti tu masa korang snorkeling tu tabur sahaja roti tu semua jenis ikan akan datang mengerumini korang memang best giler. Nak sewa peralatan snorkeling kat sini tak mahal dan ada banyak tempat yang menyerdiakan kemudahan sewaan ini. Kalau nak senang korang tanya jer kat resort yang korang menginap mesti mereka akan rekmenkan.






Buat aktiviti ini bernasib baik korang boleh bertemu dengan beberapa spisi ikan yang jarang ada dan sekali sekala jer muncul macam Maha hari tu sempat nampak ikan panjang macam Ikan Todak besar saiznya tak sempat nak selfie dengan ikan tu wakakaka. Kalau lagi baik korang boleh berenang bersama dengan penyu yang jarang-jarang muncul tapi ada kat sekitar laut tu. Best bagi Maha buat aktiviti untuk snorkeling satu hari pun ok.

Lepak Menyaksikan Matahari Terbenam Di Dataran Tioman


Korang tahu tak asal sebenar nama Pulau Tioman ini. Menurut orang kampung di ssini nama Tioman ini diambil daripada nama seekor burung yang cukup popular di sini iaitu burung Tiong. Manakala 'Man' adalah panggilan saya yang sering digunakan oleh orang tempatan. Jadi gabungan kepada dua perkataan ini maka dipanggillah Pulau Tioman. Bestkan kalau kita tahu tentang sejarah satu tempat yang kita pergi tu.


Sebab itu wajib untuk korang singgah dan juga menghayati permandangan yang menarik di Dataran Tioman. Di sini adalah kawasan luas yang selalu digunakan untuk program besar-besaran masyarakat tempatan. Kalau korang tak singgah dan bergambar kat dataran ini maksudnya korang masih belum sampai betul-betul ker Pulau Tioman ni. Selain daripada duduk dan bergambar kat sini korang boleh juga menikmati makanan minum petang yang disediakan di gerai-gerai tepi dataran tu best tau. Nampak sunset yang sangat cantik dan indah.

Sejukkan Diri Mandi Di Air Terjun Kg Asah 


Satu lagi tempt dan juga aktiviti yang korang boleh buat kat Pulau Tioman ini adalah mandi air terjun. Kat pulau ini ada dua lokasi air terjun dan yang paling popular selalu orang kunjungi adalah Air Terjun Kg Asah. Ia terletak di Kampung Mukut dan perjalanan selamat lebih kurang 15 dengan hanya menggunakan boat laju sahaja boleh untuk sampai ker sana. 



Peringatan kepada yang tidak kuat stamina untuk panjat air terjun ini boleh lah bertabah kerana korang perlu mendakit sikit dengan laluan jalan kaki yang disediakan. Lebih kurang 15 minit untuk orang yang jalan perlahan-lahan macam Maha ni hehehe. Tapi sepanjang nak naik tu ada tempat untuk berehat yang korang boleh singgah kalau penat.


Tapi kepenatan korang berbaloi naik sampai ke kawasan utama air terjun ini. Sebab korang pasti akan teruja dengan kesejukkan air terjunnya. Air kat sini sangat bersih dan sejuk sehingga boleh menggeletar kalau masuk. Seronok punya pasal masuk juga kat dalam kawasan air terjun ni. Cuma pada yang tidak pandai berenang kawasan tengah air terjun tu agak dalam jadi berhati-hati atau pakai live jacket


Kat kawasan air terjun ini korang boleh buat aktiviti selain dari mandi manda korang boleh piknik dan juga makan-makan. Tapi kena jaga kebersihan kawasan ini jangan buang sampah merata-rata ok. Maha suka mandi air terjun ni tapi sebab sejuk sangat jadi dapat mandi sekejap jer hehehe. Korang kena datang sendiri kat sini dah rasai keseronokkannya.

Cabar Diri Dengan Scuba Diving


Ini adalah satu lagi aktiviti wajib korang kalau datang ker Pulau Tioman ini. Memang orang kata kalau nak diving profesional tu kena ada lesen dan Maha memang tak ada. Tapi korang boleh cuba aktiviti Discover Scuba Diving (DSD). Banyak tempat menyediakan perkhidmatan untuk dive ini dan memang setiap tahun semua orang yang nak belajar diving atau ambil lesen akan berkumpula kat Tioman dalam satu program yang di panggil Start In Tioman (SIT)


Sikit Maha cite pasal SIT ini ia adalah program setiap tahun yang dianjurkan untuk mengumpul seramai mungking Diver seluruh dunia dan juga yang nak belajar dive dari asas. Tahun ni tak silap Maha mereka dah buat bulan Jun lepas. Tahun depan ada lagi dan meriah sebab sepena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020. Ok lah back pada aktiviti Maha untuk DSD tadi. Harga untuk korang nak DSD adalah dalam lingkungan RM180 seorang mengikut pusat dive yang korang pilih. Maha hari tu dive dekat dengan Damai Tioman Resort. Semua peralatan mereka sediakan dan juga memberi basic teknik pengajaran sebelum korang Dive.



Cuma satu jer kalau nak dive ini kena banyak bertenang dan jangan cepat gelabah. Bila korang tak ada water confident itu yang menyukarkan proses untuk dive ini. Mula-mula Maha pun takut memang sangat takut bercampur seram. Tapi sebab ada pengajar yang profesional membantu Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Walaupun tak masuk dalam hanya pada kedalaman 5 meter sahaja tapi cukup memberi satu pengalaman berharga kepada Maha pertama kali dalam hidup dapat Diving. 


Banyak lagi aktiviti yang boleh buat kat Tioman ini tapi yang ni jer sempat Maha kongsikan sepanjang empat hari berada kat sini. Nanti Maha akan sharekan pula lokasi tempat penginapan yang boleh korang duduk bila berada kat Tioman ini. Itu untuk posting kedua nanti ok. Cuma ni nak share dengan korang apa aktiviti yang Maha dah buat sepanjang berada kat Tioman. Nak ucapkan sekali lagi terima kasih kepada Tourism Malaysia Wilayah Timur kerana sudi menjemput Maha sertai program ini. Kalau ada nanti boleh lah jemput lagi pergi tempat lain pula ok. Hehehe.

Banyak program menarik yang telah dirancang dan juga bakal berlangsung tahun depan dekat Negeri Pahang umumnya dan juga khususnya di Pulau Tioman ini sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 tahun depan. Jadi korang boleh plan dari sekarang untuk ke mana-mana sahaja lokasi pelancongan menarik di Malaysia ni. Moga ia dapat menjana ekomoni negara dan juga dapat menaikkan nama negara sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan dunia. Selamat bercuti dan Visit Malaysia 2020.


Hashtag rasmi : #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #beyondkl #vm2020 #visitmalaysia2020 #tiomanvm2020 #tourismmywilayahtimur








Viewing all 1332 articles
Browse latest View live